Ahad, 10 Ogos 2014

26 Tak mati pun kalau kerajaan nak tutup Facebook

Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
   
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.


"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.
   
Turut hadir Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Hajah Zurainah Musa.
   
Namun, Ahmad Shabery yang juga Ahlj Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya,  itu kita perlu tengok balik", katanya.
   
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. - Bernama

Sumber Sinar Harian.

1. Nak tutup Facebook, tutup sahaja. Sebelum Facebook dibuka kepada orang ramai pada tahun 2006, orang tak mati pun takde Facebook. Sebelum tu orang guna Friendster, MySpace, Tagged dan social networking yang lain.

2. Orang2 Malaysia juga akan lebih proaktif dan lebih banyak meluangkan masa di dunia sosial nyata berbanding dunia sosial maya. Majikan juga tidak perlu pening2 nak blok FB dan risau pekerjanya asyik main FB.

2. Dengan tutupnya FB, pasti akan muncul lebih ramai hacker yang akan mecari cara nak lepasi dan bypass Facebook.

3. Kita juga akan melahirkan lebih ramai pakar IT dan lebih banyak laman rangkaian sosial tempatan akan dibangunkan dan mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.

4. Negara China dan Korea Utara selamba badak je tutup FB, tak mati pun rakyat2 diorang, malah laman social network mereka sendiri lebih popular dan digunakan di negara sendiri.

5. Kerajaan mengkaji nak tutup FB sebab terlalu banyak penyalahgunaan FB seperti fitnah, pergaduhan, isu perkauman dan lain2, bukan sebab FB dicipta oleh Yahudi. Cadangan untuk menutup FB ni pun ditimbulkan lepas ada individu yang menghina YDP Agong. Kalau pak menteri nak tahu, sebelum ini lagi ramai orang hina Islam dan Nabi kat FB, tapi takde pula cadangan nak blok FB.

6. Ramai yang menyarankan berpindah ke Ummaland, rangkaian sosial yang dicipta oleh muslim untuk muslim seluruh dunia. Persoalannya, kenapa hanya untuk muslim? Buka sahajalah untuk semua, jadikan ia alternatif kepada FB sebab yang penting ia tidak dicipta oleh Yahudi dan tidak menyokong Israel.

7. Namun pada hari ini, ramai yang menganggap FB itu sebagai satu keperluan utama dalam kehidupan terutama dalam perniagaan, hubungan rakan dan keluarga, perkongsian minat, perbincangan dan politik. Kalau betul2 nak kawal dan pastikan rakyat agar menggunakan FB dengan berhemah, kuatkuasakan sahaja pendaftaran FB dengan kad pengenalan, seperti mana no. telefon bimbit sekarang kena daftar dengan maklumat peribadi mahupun talian prepaid. Tubuhkan sahaja Jabatan Facebook Negara or whatsoever.

8. Tapi bukan FB sahaja yang ramai orang bermasalah, di blog, Youtube, Google+, Twitter, Instagram dan lain2 web sosial juga penuh dengan orang yang menabur fitnah, menimbulkan ketegangan kaum dan agama dan sebagainya.  So agak mustahil untuk paksa orang daftar dengan kerajaan semua akaun2 mereka di Internet.

9. So daripada susah2 nak suruh orang daftar, lebih baik kerajaan cari satu mekanisma untuk kesan pengguna2 Internet kat FB, blog dan lain2 media sosial yang bermasalah ni guna IP address ke, monitor gateway Internet ke dan lain2 cara seperti yang FBI guna untuk mengesan penjenayah IT ini.

10. Tapi sebelum tu, pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan SKMM ke, tolong pantau dan ambil tindakan dulu terhadap semua fanpage kat FB dan blog2 tak kira la yang pro-BN atau pro-PR agar jangan buat provokasi dan fitnah, sebab aku tengok walaupun ada fanpage PR yang teruk2, fanpage BN pun tak kurang teruknya juga.


Ibarat hanya kerana ada sedikit orang yang melanggar peraturan jalanraya, jalan ditutup kepada semua orang.




tags: shabery cheek kaji kewajaran tutup blok facebook fb skmm kementerian komunikasi multimedia individu hina ydp agong

26 ulasan:

  1. kalau tutup fb, mcm mana saya nak bagi 1 Like= 1 doa kpd kanak2 yg sakit dan cacat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi mampos dgn ko punya like tu

      Padam
    2. Tu sarcastik la kayu.

      Padam
    3. Pegi jahanam sama sarcastik ko tu

      Padam
    4. Pegi jahanam sama sarcastik ko tu

      Padam
  2. Betul tu, macam mana nak tanya kengkawan tentang kerja sekolah kalau tak hadir ke sekolah?
    Tak semua orang ada whatsup, twitter, instragram dan entah macam macam rangkaian sosial yg lain? :/

    BalasPadam
  3. kinoi, ko takde telepon ke? mesej aje ler.

    BalasPadam
  4. aik..kalau McD boleh plak minta kerajaan suruh tutup...
    apesal bila facebook pakat melenting...?
    boikot McD je ke....setiap sebatang rokok menyumbang satu peluru taknak boikot ke?

    pathetic!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap sebatang rokok menyumbang satu peluru? aihh... fakta apa ni? hahahaha.

      Padam
    2. kah kah
      soo ciibbaa*****..

      Padam
    3. Hahaha..giler punye fakta.takut aku baca.

      Padam
  5. Sebenarnya mmg ada pon yg memantau facebook kita.. Penah dengar cyber security malaysia? Diorg mmg boleh access semua fb rakyat malaysia, even yg dah kena delete pon..jaga2 cik salmah..
    Sumber: penah attend kursus ngn diorg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. cyber security... nak tipu makcik felda buleh la.. org cybersecurity tu pekerje gomen buduh2 saja.. mana ada pekerja gomen yg cerdik sangat? Sumer kerje nak mentekendarah dan ngabeh bogheh rakyat saja.. tetiba ada yg pandai mcm boleh buat roket ni.. mmg gua musykil la.. mcm FBI pulak tu.. tolonglah jangan tipu makcik felda lagi.. org gomen ni bodoh mcm telo.. siamang pun cerdik dan lebih menghiburkan..

      Padam
    2. Cara percakapan dan penulisan menunjukkan tahap intelektual anda

      Padam
    3. haha mkck felda ibaratkn org bndr mcm pndai, brader bndr ibaratkn mkck felda mcm bdh, nmpk x?? nmpk x kesengalan org yg xmenjamah ubi kayu?

      Padam
  6. haha2 i don't give a fak la dia tutup pun, yg anti penutupan fb kat malaysia ni pun dtg dr geng anti mcd viral je... memang double standart perangai puihh

    BalasPadam
  7. Lagi satu, kalau bukan fb pon, ok let say ummaland la kan... Terjamin ke takde org tulis status bangang dlm tu? Kompen takde org hina agong? Takde org hina agama? Takde org komen racist? Adoila..mentaliti rakyat kelas ketiga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia macam ni. kita nak banned fb sebab dia product yahudi. tapi kita pun perlu ada platform sendiri untuk social networking. so kita tubuhkan ummaland, product orang islam sendiri.

      bab takkan ada hina menghina ni, memang tak de sapa boleh kawal sebab keyboard warrior memang dilahirkan azali semulajadi cenggitu. yang penting tujuan utama, boikot product yahudi dulu..

      Padam
    2. Maknanya kita ni kena bersosial dgn org islam jela ek? Takleh kawan ngn cina, india, mat saleh, jepun, rusia, etc yg lain semua kita xleh kawan? Dan salah ke kalau nak kawan dgn yahudi skalipun kalau dia boleh menjadi kawan yg baik, menyumbangkan ilmu, dan kita boleh tarik dia kpd islam? Dulu2 rasulullah hari2 suap nasik kat makcik yahudi buta, berniaga dgn yahudi.. Takde pon dia pilih kawan dgn islam je? Kalau kita pon nak bersemangat berpuak2 assabiyah, apa beza kita dgn arab jahiliyah?

      Padam
  8. Apsl fb je? Twitter, instagram, whatsapp, weechat, youtube tu ade je hina mghina, racist2 sume, xnak tutup jgk ke? Buat akaun d laman sosial lain utk mgantikan laman sosial yg mpunyai fungsi yg sama, xsia2 ke namanya tu? Ke pihak bkuasa je yg mls nk layan aduan2 tu sume?

    BalasPadam
  9. mmg x mati pown kalu kerajaan nk ttup fb, cume mati kutu je ler, org nyer plak hidup dlm kemurungan..siyes xde life kn org zaman skng? cam syial..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke hidup dlm kemurungan sbb takde fb? Org zaman dulu takde fb..hidup bahagia je. Kualiti hidup tu lebih terasa. Gaduh2..fitnah2 dlm dunia siber ag la xde. Fb tu cuma addiction je. Fitrah insan utk cari perhatian dan ske amik tau hal org

      Padam
  10. Tutup facebook lebih baikdari byk bercakap sampai mulut berbuih..

    BalasPadam
  11. Its not an easy job by just blocking...tp sy akui FB byk beri kesan buruk kpd masyarakat skrg berbanding kesan baik. Tp kalau kita pemilik FB y untung berbilion,"ape ku kisah?! Itu masalah korg semua guna cara salah, janji aku masyuk"

    Ke nak buat fatwa FB haram..hmmmm. Payah jugak nanti...

    BalasPadam
  12. tutup jela fb.. Bkn ap pun.. Lg best kot tanpa fb.. Aman jee..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.