Rabu, 13 Ogos 2014

51 Kahwin itu mudah kalau kita mudahkan

1/3/2014 - Tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku datang dekat dia, depan tetamu semua dia tanya, "Mu nak nikah tak harini?".

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? Haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya "Ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"


Ustaz tu cuma jawap, "Boleh, memang sah, tapi tak pernah orang buat".
Ayah aku jawap "Orang tak buat biar saya buat".
Dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga.

Dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yang jadi tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku.

Mudah tak nak halalkan hubungan? Mudah sangat kalau kita mudahkan.

Inilah kisah bertunang sesaat.

Ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua.

Ya! Ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku.

10/5/2014 - Alhamdulillah, aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu, tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah.

Sempoi tak baju nikah aku pertama aku? Suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee.

Inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot.

Insya ALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

* Update: 10/5/2014 - nikah rasmi itu ialah saya nikah semula di mana lengkap dengan cop imam, surat pejabat agama, HIV test dan kursus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di Malaysia.




Di atas adalah kisah benar Mira Pak Nasir dan ia terus viral. Beruntung beliau kerana mempunyai orang tua serta mertua yang sangat terbuka dan memahami. Suatu ketika dulu aku pernah menulis mengenai isu ini kat artikel "Perkahwinan orang Melayu yang sangat kompleks", dan ia menjadi artikel yang paling popular dalam blog Buasir Otak ini sehingga hari ini. Mungkin kerana ramai orang terutama lelaki yang mahukan pasangan serta orang tua memahami erti perkahwinan yang sebenar menurut Islam.

Perkahwinan itu sebenarnya mudah, kita yang membuatkan ia susah. Bila ia sudah susah, rumit dan kompleks, maka ramailah orang yang mengambil jalan mudah dengan berzina.

Namun mungkin sekarang ini sudah ramai ibu bapa dan generasi muda bakal pengantin ni dah sedar dan telah pun banyak kali membincangkan mengenai isu ini, cuma ini adalah kali pertama aku baca kisah benar sebuah perkahwinan yang benar2 mudah yang benar2 mengikut ajaran Islam dan tidak terikat dengan  budaya.

Apa2pun tahniah kepada pasangan Amira dan Muhd Arih. Kami doakan semoga kalian kekal bahagia sehingga ke jannah. Dan semoga kisah ini menjadi pencetus dan pendorong kepada mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga serta mereka2 yang bakal mendapat menantu baru.




tags: kahwin itu mudah kalau kita mudahkan kisah cerita benar amira mira pak nasir muhd arih berkahwin perkahwinan mengikut islam adat budaya melayu susah rumit kompleks complicated jalan mudah berzina prosedur malaysia jabatan agama halal elak maksiat

51 ulasan:

  1. Ya Allah bahagianyaaa macam ni.. Semoga bahagia hingga ke syurga.. amin!

    BalasPadam
  2. suka tengok parent yang tak demand nak itu ini... alhamdulillah... salute !

    BalasPadam
  3. Meleis lebih suka dpt cucu haram dari nikahkan anak atas alasan bajet kna ckup hantaran nk tinggi majlis nk kena grand. Puii la..

    Btw as usuall word by meleis in fb. gua doakan pasangan ni bahagia till yahanannanah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. meleis macam ko la kan

      Padam
    2. Meleis lebih baik dari melayu yg akan terus layu layu sehingga mereput . Puii

      -nightfall-

      Padam
    3. meleis la melayukan melayu kite ni siot

      Padam
  4. bagus bagus... respect. dan bg aku tak riak/sombong nya dorang nk post public, semoga menjadi pedoman kepada kt luar2 sana yg nk kawen, dan juga kt mak bapak.

    BalasPadam
  5. Pehh kiranya tunang dgn kawen serentak ye? Okeyy .

    BalasPadam
  6. banyak benda yang tak perlu dalam majlis perkahwinan orang-orang melayu...ramai yang suka nak glamer sehari berbanding kehidupan selepas berkahwin anak sendiri..
    contohnya aku..terpaksa buat personal loan 20K..kos sebenar lebih daripada tu..lepas kawen bulan-bulan 2.5k daripada gaji buat bayar loan rumah,kete dan insuran je..sampai sekarang x mampu nak pakai smart phone,subscribe data plan or astro..kepada yang baru nak kawen atau baru keje tu plan la betul²..cuba elakkan berhutang kalo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PTPTN mcm tak masuk dalam list bayaran bulanan je.. mesti nak tengok Anwar Ibrahim jadi PM kan.. dengan harapan PTPTN tak payah bayar la kan... Takpe.. doakan wan azizah jadi MB dulu, nanti dia naik jadi PM..

      Sokong PKR.. Tolak Khalid..

      Padam
    2. eden and wife tak amek PTPTN..dan sume hutang belajar sudah habis bayar..den tak harap pape pun dgn politikus cari mkn and opurtunis...

      Padam
    3. tanpa nama 9:07 ingat semua org amik ptptn ka? ada yg dapat biasiswa/loan mara/parent bayar dll. x semua org mcm lu suka loan ada riba

      Padam
    4. Betul tu, orang yg tak berapa nasib baik je ambik ptptn, orang bijak dia dapat biasiswa. Nasihat saya tak payah ambik ptptn. Kenapa? sebab kita pinjam RM55,000. Bayar Balik RM 75,000.00.
      Bayangkanlah, kalau dapat kerja tetap pun, berapa tahun dan berapa bayaran bulanan yang akan dipotong dari gaji utk selesaikan hutang ni? Memang tak berbaloi beb.

      Padam
  7. selalu yg byk songeh dan mcm2 utk hal perkahwinan adalah pengantin perempuan dan mak pengantin... nak mcm tu nak macam ni, itu kena ada ini kena ada, buat macam ni xleh buat mcm tu xleh... mcm2... nk hantaran byk, kad kahwin mahal, pre/post wedding photoshoot la ntah haram kejadah apa lg ntah... mostly semua org perempuan yg bhat keputusan, org laki ikut je angguk kepala je... belum apa2 dh nampak org perempuan lebih dominan & org lelaki kena patuh ckp org perempuan, bkn org perempuan yg patuh ckp lelaki... patut la dunia nk terbalik skg... lain islam suruh buat lain yg kita buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak juga...saya pernah kene sound ngan pihak pengantin lelaki sbb kahwin tak ikut adat katanya.Takde sanding,sarung cincin dlm bilik (hanya suami dan parents jer masuk),kenduri pun simple ajer.Yang diorg tak tahu ialah duit hantaran pun ayah saya tak tetapkan berapa,suami mampu bg RM5K saja dan ayah saya serahkan semua duit hantaran tu pada kami utk mulakan hidup baru.
      Dgn duit tu kami byr deposit sewa,brg kelengkapan rumah dan plg penting takde utang...bahagia.

      Padam
    2. baju sedondon dgn photoshoot adalah contoh pembaziran yang boleh dielakkan..kalo buleh duit hantaran tu xyah la nak fix..biarla pengantin yang decide sesama dorang..susah senang nanti dorang yang hadapi...

      Padam
    3. yup betul. pihak belah perempuan, masa mula-mula discuss mmg buat-buat setuju kawin simple sebab nak tarik minat lelaki. bila dah dekat tarikh mulalah ungkit itu ini,up sana sini sebab tau lelaki terpaksa ikut

      Padam
  8. Kat malaysia still kuat megikut adat, n adat semakin dasyat dilaksanakan sehingga mcm2 benda x perlu (sbb nak ikut org putih stail) serta bersanding byk kali. Lg2 kita byk follow artis, kalau x follow artis x up to date.

    Kdg2 kita follow adat sbb nak ambil hati org tua (nak buat glamer sikit) atau hati org kampung/sedara2 yg anak kita dah berkahwin. Sbb implikasi nikah ekspress mcm situasi diatas akan mengundang kata2 ragu2/mengata sbb apa kawin ekspress n bukan melalui adat melayu. N smpi skrg mmg agak payah nak tinggalkn adat even jika ditanya pasangan just nak nikah je cukup, sanding2 x perlu sg melainkn org sponser.

    Melaikan keluar fatwa negeri yg x benarkan persandingan, susah nak cari jalan lain nak kurgkan kos n birokrasi kawin sbb dah jd darah dging org melayu sendiri. Tp sy still harapkan nikah yg simple dgn jamuan biasa, x perlu sanding2 sbb ikut amalan budaya/agama lain. Lgpun nikah ialah kos yg plg murah, lepas akad nikah terus setel. Yg penatnya ialah bersanding sahaja + photoshoot.

    Tp kalau dua2 anak yatim, for sure nikah terus, x payah sanding. Senang cite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. so mcm tu sebelum nak kawin perempuan tu, kena kill mak bapak suku sakat keluarga perempuan tu senyap2 buat mcm kena bunuh ala2 kena eksiden dan meninggal pastu baru pegi lamar perempuan tu? seems legit lol

      Padam
    2. Bukan maksud nak bunuh mak bapak dia kalau masih hidup...kalau status anak yatim dr awal utk kedua2 pihak..senang sikit nak kawin (advantage). Itu je..x perlu negatif sgt.

      Padam
  9. Great article bro!
    Daripada biar anak2 muda bercinta bertahun-tahun sebab nak kumpul duit takpun siap amek personal loan untuk majlis kahwin yang belanja memcecah 10k dan ke atas, lebih baik nikah je dulu.
    selamat dunia akhirat. mashaAllah.

    BalasPadam
  10. Sedikit pertambahan. Memang sebelum ni ramai dah pasangan yang berkahwin dengan sederhana dan tidak bermewah, cuma bagi aku kisah pernikahan mereka ni unik. Mula2 mereka plan untuk bertunang je, dan2 tu jugk bapak diorang nikahkan mereka terus on the spot tanpa dirancang dan tanpa melalui segala jenis proses dan prosedur yang ditetapkan. Mereka hanya follow apa yang ditetapkan oleh Islam sahaja untuk bernikah, lepas2 tu baru mereka buat segala prosedur rasmi yang ditetapkan oleh undang2 Malaysia. Salute to them, terutamanya ayah pengantin perempuan yang menjadi kadi untuk menikahkan sendiri anak perempuannya.

    BalasPadam
  11. nikah ikut jabatan agama malaysia pun dikira menyusahkan ke? sampai pergi nikah dulu daftar kemudian.. paling2 pergi dengar ceramah agama 2hari, ambik test hiv, completekan document dengan jabatan agama. nyusahkan apanya mira oi?

    aku sokong kalau cakap menyusahkan kalau bakal mak mertua/ bakal bini/ mak sendiri/ saudara mara yang sebok nak majlis grand2, kemah beropol2 berair-cond2, pelamin tema taman la apa la. sewa set karaoke, pre-wedding segala bagai.

    betul yang wajip dalam islam adalah nikahnya.. tapi kena juga menghebahkan majlis pernikahan itu.
    "Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)"
    walimah tu seperti meraikan..

    so bagi aku, nak nikah yang tak menyusahkan bukan dengan, nikah kat siam, nikah dulu daftar kemudian, tak payah kenduri kendara

    tapi bagi aku, nikah yang memudahkan adalah
    nikah dengan memenuhi undang2 negara malaysia.
    hebahkan pernikahan dengan majlis kecil-kecilan seperti tiada pelamin, tiada meja beradap, tiada set karaoke, tiada khemah beropol, tiada makeup over, tiada sewa baju kahwin yang over, tiada doorgift yang budgetnya mahal, tiada pre-wedding.
    tapi simple seperti khemah 4-5buah yang kosong dan polos. meja dan kerusi makan yang kosong tapi bersih. makanan yang simple tapi sedap. make up sendiri dengan pakai baju raya yang comey sikit. doorgift bunga telur/bekas telur dengan telur seketul cukup la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah mmg menyusahkan. daftar nikah, kursus kawen, ujian hiv, semua bkn rukun nikah... ia hanya prosedur ciptaan manusia.. dlm islam xde pun benda2 tu, so xjd masalah kalau nak nikah dulu ke apa, yg penting islam dulu. psl kenduri apa semua tu boleh buat kemudian... hebahan pun cukup setakat dihebahkan dikalangan keluarga dan rakan tersekat shj... lgpun ia cuma sunnah, bkn rukun nikah juga.

      Padam
    2. daftar nikah, kursus kawen, ujian hiv, semua bkn rukun nikah

      ye bukn rukun nikah tp tengok zmn sekang kdg kena buat gk orang sosial tak hengat agama punya.... hatta org punya bini pun ad malaun pun mau sapu madef(*$#&(@#&^$ xde hormat langsung ka dlm berkawan2 meleis sungguh yg ni ak setuju tp lebih2 dr itu yg x setuju...

      Padam
    3. prosedur nikah memang tak la susah mana tapi mengambil masa yang panjang untuk settle semuaya..nak test HIV kena kat hospital kerajaan..kalo kat bandar-bandar besar kena booking date at least sebulan awal..test HIV ni pun bukan hari-hari boleh buat..mcm yang budak tu buat dah ok la..nikah depan ahli keluarga dan sanak saudara.pastu hebahkan kat facebook..modern style...haha

      Padam
    4. nk kawin kena g kursus kawin 2 hari, tp kes cerai, curang, dera pasangan masih byk... ini menunjukkan kursus 2 hari tu x efektif mana pun... mgkn kena kursus 2 bulan baru efektif kot... sbb meleis ni kan buat benda hya sbb nak lulus je, bkn sbb nk menghayati ilmu tu sendiri

      Padam
    5. Sebelah perempuan memang susah la sikit bab borang tu. Macam2 kena isi. Form bnyak. Tapi sebelah laki mudah je. Aku print borang dari laman web JAWI, isi kejap, pastu ptg jumpa jurunikah kat masjid..tak sampai 15 minit settle urusan dengan jurunikah. Esoknye pergi JAWI, settle dalam masa lebih kurang 15 minit gak. Bayaran RM 5 je. Surat kelulusan nikah dan keluar. Pastu bahagian pihak pmpn pulak settle dia punya borang. HIV test tu pulak aku wat kat klinik kesihatan daerah area kuala selangor. sekejap je. dalam sejam camtu dah dapat result semua. Kesimpulannye takdela susah mana pun nak kawin ni..yang selepas kawin tu lagi susah.hahahah. Ni bini prgnnt bby kembar. gelabah dah aku semua benda kena beli sepasang.

      Padam
    6. anon10:38, kena faham kenapa kena daftar. nanti kalau nak bercuti2, at least ada doc yang sah mengatakan dah halal bernikah. bab hiv tu, mane la tau pasangan menipu, rupanya ada hiv, kan dah naya. bab kenduri kemudian tu aku tak de masalah. biasalah kenduri kemudian, sebab selalunya orang nak buat serentak dengan adik beradik yang lain kendurinya, jimat belanje.

      anon11:24, kalau kat bandar sebab terlalu ramai kan, sampai kena buat booking. tapi kalau kat kampung tempat aku, doctornya siap terus panggil sebab katanya "saya suka memudahkan urusan orang yang nak membina masjid ni" salute sama itu doctor. 5 minit siap. bab hebahkan kat fb tu aku sokong, modern style + jimat banje kad kawin + setem. cuma ye la, ada sesetengah orang masih suka berkad2 lagi. tapi buat kad simple2, tak pun fotostat je. buat vogue2 pun, lepas kenduri, orang buang juga.

      anon 11:33, betul cakap ko, ni yang susah kalau jenis yang tak suka mendengar majlis ilmu. orang beri ilmu kat depan, dia dok main sms la, tidur la kat belakang. padahal kalau betul2 dengar content yang cuba di sampaikan, memang banyak kebaikannya.

      anon3:46, perghhh bakal dapat kembar. tahniah ye.. just beli yang mampu je dulu. kalau adik beradik atau saudara mara boleh bagi pinjam barang baby dorg yang dah tak pakai, pinjam la sekejap. tapi make sure dah pinjam, jaga betul2 dan pulangkan dengan keadaan yang baik.. sebab baby cepat je membesar, pakai sekejap je pun.

      Padam
    7. Hehe..mekacih la anon 454. Bagus gak cadangan tu.

      Dari anon 346

      Padam
    8. salam untuk encik "tanpa nama"

      saya tidak langsung mengatakan undang2 itu susah, tidak ye,
      saya cuma mengatakan islam itu mudah, dan pernikahan ini on the spot, dan kami dh pun selesaikan pernikahan kami secara terus,

      jadi tiada langsung istilah atau ayat atau perkataan yg mengatakan undang2 itu susah,

      mohon baca dan fahami secara baik :)

      Padam
  12. asal perkahwinan tu mmg lah mudah.. masalahnya kita hidup pelbagai kaum di negara ini.. maka sibuklah org melayu yg takde jatidiri ni nak tiru bangsa lain.. bangsa lain tak tiru pun bangsa melayu punya cara...

    kita yg sibuk2 tiru bangsa india nak bersanding2...
    sibuk nak pasang khemah ada ropa2 macam india punya khemah...
    kalau nak jemput org kampung makan.. pasang khemah biasa je la... nk cantik2 sgt nk buat apa..
    tengoklah.. untuk meniru bangsa india sahaja kita sudah hampir habis RM2,000... dengan ropa2 khemah.. dengan tempat duduk pengantin lagi, juruandam ikat sanggul mcm india lagi, pelamin lagi, bunga pahar, bunga manggar, corak inai mcm celaka, berpayung, sirih junjung, potpurri, pulut kuning, bilik hias macam rumah india... tu semua nak ikut india.. pastu duit habis.. india tak datang pun kenduri ko...


    paling meluat kalau tiru cina.. kenapa nak agungkan cina ni sangat? sampai majlis kahwin kita zaman sekarang sibuk nak tiru cina.. gaun kahwin ala-ala org cina cuma tambah tudung jer, tu pun mak suruh... pastu nak ada veil.. nak ada bunga utk pegang.. lelaki pulak pakai coat hitam mcm cina tp muka melayu coklat, tak putih pun.. pastu mesti nk ada pengapit masa bersanding sbb cina ada pengapit.. bersanding tiru india, nak ada pengapit tu sbb tiru cina.. pening..pening.. utk itu sahaja dah habis RM2,000 sbb baju pengapit pun kita sponsor takut lari tema..

    (bersambung...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa nak jemput datang kenduri, kad mesti kena cetak cantik2.. sebab cina buat mcm tu.. pilih design kad dan bila puas hati, hantar kedai cina utk cetak.. dia charge mahal pun takper.. servis bagus katanya.. padahal jemput kat facebook pun dah cukup.. nak lagi bagus, pergi jumpa sendiri kawan2 tu.. tak pun sms jer.. kat situ habis RM500..

      bila pasangan pengantin cina buat style hantar pengantin guna kenderaan mewah, kita pun sibuk nak tiru.. kereta ntah sape disewa mahal2, dihias2 mcm cina.. keluar jer dari pintu kereta, muka melayu.. cenderamata utk tetamu nak mahal2 mcm style cina.. patutnya bagi telur rebus pun dh cukup.. kat situ pulak habis RM3,000 sebab cenderamata mahal sangat.. kereta yg disewa pun BMW 5 siries..

      pastu makan nak bersuap2 sbb cina kahwin makan suap2.. cina minum silang tangan dgn isteri pun sibuk nak tiru jugak.. cina bagi hantaran kasut hitam berkilat, smartphone, jersey sukan, minyak wangi.. senang citer barang2 mewah lah.. pun sibuk nak tiru jugak.. untuk hantan dan minum silang tangan guna gelas mcm cina, dah habis RM20,000..

      (bersambung...)

      Padam
    2. paling tak boleh blah.. bab photographer.. sibuk nak amik gambar style cina.. angle mesti senget2.. gambar mesti ada blur sana sini.. macam album kahwin kat kedai cina.. tapi upah photographer melayu (ini bagus).. siputnang jugak yg pandai.. muka dia muka melayu tp amik gmbr mcm cina.. pastu ramailah budak2 kita rebut2 nak amik gmbr dgn siputnang.. siputnang jugak yg kaya.. habis RM15,000..

      lepas habis majlis.. mintak cuti dgn bos 2 minggu.. nak bulan madu.. bos kata 3 hari jer.. dia pulak melawan bos.. katanya orang cina ada bulan madu kat tmpt jauh2, mana boleh amik cuti pendek... nak tiru cina jugak.. tiket kapalterbang, sewa hotel mewah, bershopping sakan... eh.. bulan madu kalau tak dirakam, rugi.. kenangan tu nak tunjuk kat anak cucu(padahal anak cucu tak bukak pun album tu nanti).. okey.. kita sewa photographer bawa sekali pegi bulan madu... kos pengangkutan dan hotel kita yg bayar.. tak masuk upah servis photographer lagi.. habis lagi RM20,000...

      kira2 semuanya, untuk meniru cina sahaja, kita sudah habis RM60,500... termasuk tiru india yg RM2000 tadi, dah habis dekat RM62,500.. lepas tu mula la khemah yg disewa dari melayu, susah nak bayar.. duit penanggah, org2 yg tolong angkat pinggan cawan, berminyak2 basuh pinggan mangkuk, sediakan lauk, liat nak bayar.. sound sistem sewa kat melayu lari2 nak bayar.. duit budak2 kompang dan silat buat2 bodo mcm diorg tak wujud..

      itulah bahananya bila kita agungkan cina sangat2 ni.. kita yang rugi.. hilang saudara, hilang jiran.. hilang kawan2... yg dapat cuma bini yg banyak songeh.. kalau tak kena gaya, album dari siputnang pun belum siap, dah sibuk nak mintak cerai..

      (tamat)

      Padam
    3. salute la! anon anti nasi goreng cina haha2

      Padam
    4. perjuangan untuk bangsa ni tak perlu nak salute sape2.. kita mesti berjuang bersama2.. jangan terlebih2 nak agungkan bangsa lain sampaikan adat mereka pun kita nak tanam dalam jatidiri anak cucu kita... sekarang ni kita berjuang secara bersama dan bersatu..

      kalau nak salute, salute la pejuang2 bangsa yg dah lama meninggalkan kita.. kerana mereka, kita masih berdiri di sini.. dan kita sebagai org melayu, jangan pula membuat sesuatu yg akhirnya anak cucu tak mampu berdiri seperti kita berdiri sekarang..

      Padam
    5. Apabila otak berada dalam kotak, apa yang difikirkannya hanyalah apa yang dia nmpak dalam kotak tu je. kebetulan dalam kotak tu ada tulis "made in China"

      Padam
    6. apabendanya kawin ikut cina anon mabuk ketum ni
      kalo kawin ikut cina, pakai colok, dengan baju merah yang laki ada tanglung dengan songkok merah dan pompuan pun sama.lepas tu berarak

      tapi ye la anon "ikut cina" ni terlebih pandai...
      agaknya anon ni la yang dulu anon pejuangkan keja ikut kelulusan
      meroyan tak sudah

      Padam
    7. penulisan terbaik setakat ini dr pembela bangsa melayu hahha

      Padam
    8. salam untuk encik "tanpa nama"

      saya tidak langsung mengatakan undang2 itu susah, tidak ye,
      saya cuma mengatakan islam itu mudah, dan pernikahan ini on the spot, dan kami dh pun selesaikan pernikahan kami secara terus,

      jadi tiada langsung istilah atau ayat atau perkataan yg mengatakan undang2 itu susah,

      mohon baca dan fahami secara baik :)

      Padam
    9. sorry slh balas kat komen lain,. :D

      Padam
  13. cerita atas tu angn2 je la boleh jadi 1org dlm 10 org haha2 baca boleh nak jd pun nasib je haha2

    BalasPadam
  14. Tp kdg2 kita selalu berfikir di pihak pengantin, tp cuba in future anda ada anak perempuan n sedia utk dikahwinkan...nak buat ikut adat atau mcm psasangan di atas? Jwpannya bergantung pada individu sendiri, tp x terkejut jika anda still nak anak anda kawin ikut adat sedia ada, cuma lebih bersederhana.

    BalasPadam
  15. akuni as a perempuan sebenaye x kesah majlis kahwin cemane pon.mase aku kawin aku ckp kat mak aku nak simple yang mungkin tapi bapak aku lak sebok nak malam berinai la bagai.alasan kawin sekali jek..okla aku layankan tapi separoh duit hantaran da pegi kat mende mengarot tuh.pastuh belah laki mak mertua aku pulak lagi over.laki aku n aku dcide nak buat doa selamat pangil orang masjid je sudah tapi mak mertua aku over sangat..khemah sampai 10 buah jemputan 3k..perghhh..yang jadik mangsa laki akula..tepakse pinjam personal loan..dea pulak jenis anak denga jek cakap mak bapak.end up da 2 tahon kawen pon utang personal loan lambat lagi nak habis..rumah x beli lagi kereta pakai kereta masa bujang.menyusahkan kehidupan kitorang lepas kawen sebab kawen nak grand yang bukan kehendak sendiri..salute mak bapak yang nak simple ceni

    BalasPadam
  16. yeayyy..bulan depan aku kawin

    BalasPadam
  17. Dipermudahkan segalanya mengikut kehendak Islam...paling best abah sendiri yang nikahkan....harap-harap dapatla macam ni..simple, sederhana dalam masa sama ikut sunnah..

    BalasPadam
  18. perkahwinan yg berkat adalah yg mudah prosesnya, dan murah maharnya.. :)

    saya singgah sini dari blog mialiana... :)
    done follow sini.. #2687
    jemput singgah : Hikayat Budak Pening

    BalasPadam
  19. Benda ni laa yg aku duk debat masa abang aku nak kawen dulu...
    Susahnya peeeerrrggghhh!!!! Bayangkan nak jumpa imam masjid kawasan nak mintak sain pon smpai berkali2 buat appointment...
    Kalau MB Selangor...hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu nasib ko la. tak sama semua orang. aku dulu kol trus jumpa dan sign. org lain pun kol,esok jumpa..dah leh sign. tapi kalau berkali2 pun tak dapat jumpa utk sign jugak..tak bagi ko kawin la tu.hahaha

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.