Iklan Leaderboard

Rabu, 18 Disember 2013

75 Perkahwinan orang Melayu yang sangat kompleks

Kahwin. Sekarang time cuti sekolah ni memang musim orang kahwin. Walau ada yang perlu meredah hujan dan banjir, kahwin mesti terus. Siapa tak nak kahwin? Rata2 semua manusia dalam dunia ini mahu kahwin kerana dengan perkahwinan ia menghalalkan apa yang haram. Tapi tahukah anda di zaman sekarang ini, perkahwinan Melayu itu prosesnya sangat susah, kompleks, rumit, complicated dan memerlukan duit yang sangat banyak?


Berikut adalah infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia yang direka oleh Adlan Khalidi. Infografik ini sangat membantu bagi pasangan yang sedang bercadang untuk berkahwin terutama yang mahu mengikut adat dan budaya perkahwinan Melayu. Tapi kalau tengok daripada rajah tu, bermula dari proses "Merisik", sampailah yang bawah sekali "Mulakan hidup baru", rasa2 berapa banyak wang yang harus dihabis dan dibelanjakan?


Ramai yang sanggup berhabis beribu2 sampai ada yang buat pinjaman peribadi semata2 untuk majlis raja sehari, sedangkan selepas "Mulakan hidup baru" itulah yang lebih banyak memerlukan duit dan perbelanjaan. Ada yang menganggap tidak mengapa berhabis2an untuk majlis perkahwinan kerana berkahwin itu sekali dalam seumur hidup, namun kita tahukah yang kita hanya akan berkahwin hanya sekali dalam seumur hidup? Kalau perkara yang sekali seumur hidup itu begitu berharga dan tidak harus disia2kan, ujian UPSR, PMR dan SPM juga sekali seumur hidup, tapi tak ramai pulak yang bersungguh2 belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang?

Malah ada juga yang masa berkahwin belanja sampai jutaan2 ringgit tapi akhirnya bercerai juga. Nilai suatu majlis perkahwinan bukan penentu kebahagiaan rumahtangga kita, so kenapa nak berhabis banyak sangat? Lepas dah kahwin, kena fikir nak sewa rumah, nak beli kenderaan yang sesuai untuk keluarga, makan minum laki bini anak, susu dan pampers anak kecil, perbelanjaan sekolah anak dan macam2 lagi, lagi banyak duit nak guna. Kalau kata kita pinjam RM30K semata2 untuk majlis perkahwinan yang gah, apa kata kalau belanja hanya RM10K sahaja untuk majlis perkahwinan yang sederhana, dan baki RM20K tu buat bayar downpayment kereta atau rumah sendiri?


Ada juga yang kata, takpe lah kalau diorang mampu apa salahnya bermewah2 untuk majlis perkahwinan? Lepas dah kahwin pun diorang masih ada banyak duit apa untuk teruskan kehidupan. Namun walau seseorang itu punyai banyak duit dan harta sekalipun pun, punyai berjongkong2 emas sekali pun, adakah Islam mengajar kita untuk bermewah2, membazir dan bermegah2 atas harta dan kekayaan kita yang sangat bersifat sementara di dunia ini?


Sedar tak sedar perkahwinan orang Melayu di Malaysia sudah dicemari dengan perkara2 yang langsung tidak ada dalam ajaran Islam. Hantaran yang mak bapak letak untuk anak perempuan mereka dah semakin tak masuk akal sampai boleh dinilaikan dengan taraf akademik anak mereka dah macam barang dagangan. Kalau anaknya pandai mengaji Al-Quran, pandai memasak, taat kepada suami, tidak berhias untuk orang lain, berbaloi juga la kalau bagi hantaran tinggi2. Ini ada segelintir yang dahlah mintak hantaran tinggi, tapi mengaji pun tak pandai, pemalas buat kerja rumah, kat rumah selekeh tapi pergi pejabat bersolek mengalahkan mak datin.

Tu baru bab hantaran, belum perkara2 lain macam pre-wedding/post-wedding photoshoot, kad jemputan kahwin mahal2, bersolek melampau2, pengantin perempuan pakai tudung masa akad nikah je, lain daripada tu bukan main seksi dedah aurat untuk tontonan semua orang selain suami sendiri, cukur2 kening, pakai inai macam orang India, tepung2 tawar, tukar2 cincin perkahwinan, bersanding atas pelamin, kek 8 tingkat, hiasan bilik pengantin bak bilik raja, ada kugiran main muzik, sesi karaoke oleh pengantin dan para tetamu serta lain2 adat dan trend merapu yang mencemarkan sebuah perkahwinan Islam yang sebenar.



Tapi bab tak faham hukum perkahwinan ni bukan pada belah pengantin sahaja malah turut di segelintir pihak yang menjalankan kuasa seperti tok kadi sehingga menekan dan menyulitkan proses akad nikah. Malah memperlihatkan situasi di zaman ini telah menjadikan zina itu lebih mudah daripada kahwin sebab perkahwinan yang sebenarnya sangat mudah itu telah disusah2kan dengan pelbagai adat, budaya, trend, birokrasi dan perkara2 merapu.


Dan aku bukan nak mengata mana2 pihak, tapi bila bab2 perkahwinan ni biasanya orang perempuan yang lebih2. Kalau aku tengok rancangan2 kahwin artis kat TV tu, masa pasangan artis tu tengah buat2 survey dan shopping barang untuk majlis kahwin, perempuan tu la yang banyak menentukan itu ini, nak yang macam tu macam ni, nak warna itu ini, nak pelamin macam tu macam ni, nak hantaran macam tu macam ni, nak ambik gambar kahwin macam tu macam ni, yang lelaki diam je sambil angguk2kan kepala jadi pak turut, yelah sayangkan bakal bini lah katakan.


Belum berkahwin lagi dah nampak orang perempuan lebih dominan dan berkuasa dalam hubungan, so adakah bila dah kahwin nanti boleh expect wanita itu boleh patuh dan taat kepada suami serta boleh mengikut telunjuk suami? Adakah lepas kahwin nanti si suami boleh menjadi dominan dan mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju sebuah rumahtangga kalau sebelum kahwin pun semua benda perlu ikut telunjuk orang perempuan?


Kalau ikut cakap Mantot kat sini, dia suruh orang lelaki tinggalkan orang perempuan yang meminta2 sesuatu di luar kemampuan kita sebelum bergelar isteri, tapi aku taklah sampai suruh korang terus2 break. Kalau sekarang anda tengah bercinta dengan wanita yang macam ini, cuba nasihat dan fahamkan mereka mengenai benda2 macam ni dulu sebab aku percaya, manusia itu boleh berubah.

Kalau diorang boleh berubah, sanggup beri kuasa membuat keputusan di tangan kau, tak kisah hidup sederhana mengikut kemampuan lelaki, tidak meminta untuk bermewah2 dan menunjuk2, tidak membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, boleh terima kita seadanya, boleh menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suami selagi mana tidak menyuruh membuat sesuatu yang mungkar dan menyalahi agama, maka teruskan hubungan korang.

Tapi kalau si dia masih tidak boleh menerimanya, putuskan sahaja hubungan korang. Ada banyak lelaki lain di luar sana yang lebih sesuai dengannya dan boleh menerima cara hidupnya. Namun percayalah, ada banyak juga wanita di luar sana yang lebih sesuai dan jauh lebih layak untuk anda.


Berikut adalah antara lain2 artikel berkaitan yang harus korang baca kalau belum baca lagi... penat tu aku tulis.




tags: infografik proses perkahwinan orang melayu malaysia kahwin rukun nikah rumit complicated susah belanja duit banyak hantaran mahal tinggi pengantin pihak lelaki perempuan mas kahwin mahar taraf akademik tok kadi tak faham hukum dr maza ustaz asri isteri dominon suami queen control taat patuh derhaka curang ingkar engkar rumahtangga cinta

75 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ini semua salah UMNO-BN! UMNO-BN yang memulakan adat yang begitu sukar seperti ini. Cuba ikut cara DAP! Senang dan murah.

      Padam
    2. Ini suma salah Parameswara. Abad ke-15 dulu itu Parameswara masok Islam tapi dia maseh cedok budaya Hindu dia & dia satukan 2 budaya/agama ini. Jadi apa yang orang Melayu praktikkan sekarang ini bukan Islam tapi Hindulam hahaha!!!

      Kalu u tengok perangai Mamak Kotey Mahadeath & Sharizat Lembu u boley nampak perangai keling yang diterap dalam diri 2 ekor lembu ni hasil produk Hindulam Parameswara hahaha!!! Hidup Hindulam!

      Padam
    3. ingatkan melayu suka kahwin kat shopping kompleks.....

      Padam
    4. celaka haramjadah jugak bab kawin pun nak salahkan orang politik
      oooooo patut la nuwar berahim dan mustapa ali berzina...
      sebab payah nak kawin rupanya

      Padam
  2. Balasan
    1. it hurt baby.....

      Padam
    2. kesian orang kolumpo

      Padam
  3. Teringat aku masa belajar Undang2 Keluarga Islam kat UPM bawah Dr. Fauzi dulu... Islam itu mudah dan memudahkan... Dia pon ader gak sebut pasal hal ni... Memandai2 je org kiter reka menda merapu nih... Perkara yang mudah disusahkan... akibatnya nengok la sekarang; bila pernikahan menjadi susah dan mengerikan, org Melayu yg ngaku Muslim amik pendekatan mudah tapi haram; Zina.

    BalasPadam
  4. Katakan kita kawin dengan pompuan yg ada degree, ikut market wang hantaran 15k - 20k. Tetapi adakah pompuan tu sendiri berbaloi untuk dinikahi kalau dia tak hormat suami, mulut lepas, suka ugut2 suami, meminta2 yang tak patut pada suami.Aku rasa kalau perempuan jenis ni lah, wat habis duit jer belanja mahal2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayoyo Azman apasal u pikir pening sangat? Ingat apa Nabi pesan?

      Dari Abu Hurairah (R.A): Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka. (Hadith Muslim : Book 8 : Hadith 3457) (http://www.quranexplorer.com/Hadith/English/index.html)

      Yang u pigi cari kerana degree buat apa? Kalu itu bini tada hormat suami, mulut lepas, suka ugut2 suami, meminta2 yang tak patut pada suami, then most probably itu perempuan dalam hati dia tada agama punya orang la! Ayoyo!!!

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. bosan la topik, manjang citer hal ni puihhhh, btw wow org non muslim sula pndi pki hadith aaa ayoyoyo apa sula jadi Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. komen ko lg bosan... ntah apa2 yg ditulisnya. ko ingat yg tulis tu betul2 bkn non muslim ke? even kalau dia non muslim pun apa masalahnya kalau dia nk petik hadis nabi?

      Padam
    5. topik nye selalu ditulis kat blog ni alih kes nya ulang benda yg sama je xkan abis smpi mampus! itu sebb hal ni lebih baik diselesaikan depan mata kalau asik tgk kat orang lain sendiri punyer salah pun org len akan nampak, dah tu napa pki nama samy vellu takut pki nama elok? aa masalah nya problem bila diap pki hehe2 :)

      Padam
    6. Susah btul
      nak paham bahasa ko.ko asal mana?

      Padam
  5. Adik ipar aku masa nak kahwin mintak nk buat sederhana ajer sbb nk jimat.Tapi mak mentua aku plak yg bersungguh sungguh nk buat besar besaran.Nak show off kat org kg gamaknya.
    Last last masa hari kenduri..muka pengantin stress sbb hutang menimbun.Emak yg bagi arahan senyum puas!
    Kesian!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. same kes dengan aku..btw aku ni bini..laki aku mase kawen dengan aku da cakap kat mak pak dea nak wat simple je.buat doa selamat pon ok.belah laki je pon.tapi mak pak dea yang melebih2 nak tu nak ni..alasan takut t kemudian ari laki aku ngungkit wat majlis kawen dea kecik sebab masa adek dea kawen wat besar2(adek laki aku kawen dulu dari dea)sudahnye si laki aku ni elok2 ade simpanan kawen da kene pinjam loan plak..
      pastuh sekarang ni hidop kitorang susa sebab da kene baya loan..tulah orang tue laki aku..benci siot

      Padam
  6. Sigh..ini punca knp aku cm malas dh nk pkir kwin even gf dh desak n siap ugut2 ajak kawin..bkn aku xnk,bkn psl family die or aku x ok,nk2 lg ayah die pnah ckp 'sy xjual anak,ttapknlh brape yg mmpu' ms akak die kawin dulu,tp mslhnye psl trlmpau byk bnde aku kn pkir n siapkn b4 wedding..jap2 mrisik,i2 laa,ini laa..simple things,catering satu kpale dh rm10 n nrmally jmputan kawin in accordance wit ttamu ms akak aku kawin dl lbih kuang 1000-1500(kaum krabat aku trsgt laa ramai),so obviously i hav 2 pay at least 10k juz 4 da food..???..kang xjmput mmg smpai kiamat ngumpat..2 blum lg hntran,mmg sah2 12k n mcm2 bnde lain lg..i still remember ms akak aku kawin dl die kuarkn nearly 30k tuk knduri kndara etc..2 bari blah pmpuan,klau aku yg laki yg sah2 nk kn bg hantaran ni cmne plak???..aku dgr mremang bulu roma aku..ntah laa..pkir2 blik rsnye mcm smpai ke sudah aku xkawin..stress rsnye dgn meleislogic ni..sume nk kn proper,ade slh kang ngutuk smpai ke sudah..tp aku gak yg kuar duit..aiyo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro xpyh nak pening pale. Buang je benda yg xbkenaan dlm majlis kawin ko nnti. stakat brinai silat kompang karaoke PA system aku rasa kalo xda pun xpa.

      Lg2 bapak dia sporting. ha apa lg letak je hantaran murah2. ckp je pkahwinan berkat ikut sunnah nabi.

      Btw aku kawin dlu pun kos 17K je. Cuma benda ni nak kena plan awal. Tulis dlm buku berapa kos kau then ko senaraikan benda2 penting yg ko nak masa majlis ko nnti. yg mna xpnting ko bleh buang..

      Ada satu lagi cara. jgn.kawin dgn pempuan kebanyakan. ko cari pempuan yg jenis paham agama yg btudung labuh ... gerenti murah + berkat..

      Padam
    2. Nk kt pmpuan kbykn mmg xlaa..bpak die imam bro..die pn brpndidikan agame orgnye,so xjdik issue sgt..yg aku pning psl catering lg,dgn aku ni anak bongsu so rmai tin kosong yg suggest buat 2 biar mriah sket..dgn krabat aku rmai nk mmpus..nk xnk kn jmput sume psl kang klau aku xjmput mmg mgata aku smpai kiamat .kang klau gathering ms raye bl jmpe dh strt tarik muke..dilemma bro..27k in my pocket now,aku dh eliminate mn yg xprlu tp bl kire2 still insufficient..n aku xkn jdik segile some people yg prabis sume duit n poket kosong after wed..pkir blik,mmg aku kn prepare by 35k at least br aku leh kawin dgn ati yg snang..sigh.....

      Padam
    3. kasihan... bakal pengantin mmg nak bajet, tp mak bapak dan sedara2 mara pula menjadi penghalang yg paling kuat. patutlah ramai pengantin terpaksa akur dgn peer pressure.

      muka sedara2 manis, muka pengantin kelat sbb hutang menimbun. belum lg duit utk belanja rumah, kereta, penjagaan ibu mengandung, anak etc. suma kena fikir mana nak cekau.

      untunglah org membujang... banyak benda x payah pk.

      Padam
    4. Klau fikirkan mulut orang mmang xkawen smpai bila2 r ko bro..aku pn bru kawen tahun lpas, dngn orang johor plak lg..yg sememangnya mmang kaya dngan adat resam merapu bagai..in the end aku kawen dngn wang hantaran 5k je..halangan?mmang xyah ckap r..dtang dari segenap sudut..cuma aku nk bgtau ko kna NEKAD jela..smbil tu doa2 la moga2 dipermudahkan segala urusan,dilembutkan hati smua pihak..kita nak buat benda baik,in sya Allah klau kita niat nak menegakkan syariat Allah akan permudahkan segala urusan..yg penting betulkan niat ko kawen dlu kerana Allah..

      Padam
    5. Mak ai 35K dah mlampau sgt tu bro. bg aku la kalo nak jemput ramai org. baik ko jgn guna katering. bli lembu je sekor.

      Mcm belah aku pihak pempuan. jemputan 500++ Org. Masak sendiri dah bleh jimat around 800++. kalo katering dh 5k lbih satu kapla rm10.

      mcm belah aku laki, jemputan dlm 200 so amik katering je.

      Cuma aku nak pesan. ko kena la tegas. yg nk kawin ko bknnya sedara mara ko ... pedulikan apa org nk ckp.
      Percaya la pas kawin nti lg byk ko nak guna duit.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. aku x perlu fikirkan semua ni...sebab aku x perlu kawin.....sapa la nak kat aku ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. TAKDAK JANTINA KA?

      Padam
  9. Mampuih la.aku dah la baru dpt keja baru..keluarga pmpn pulak sruh kwin tahun depan. Kereta pun baru ja mampu beli. Lepas tgk gmbr kat atas..lemah ja semangat ni..mana la aku nak cari duit smpi banyak cmtu utk kwin..adoi..

    BalasPadam
  10. sy dulu masa nak kawen saya mintak kat keluarga tak payah buat kenduri tunang bagai..sbb bg saya tak payah nak kenal2 mmg dah dah kenal pun dgn bakal suami hehe.. tp proposal saya ditolak sbb takut org kata..huhu terpaksa la buat kenduri tunang kos pun dah rm5k utk makan2 saja.. bila nak kawen.. saya usulkan pula nak buat kenduri skali dgn lelaki didewan sbb mak ayah saya tak dpt hadir sbb kena betugas disabah.. nak buat kecil-kecilan dalam 400 org.. sekali lagi kena tolak..sbb TAKUT org kata..terpaksa la buat kat rumah dgn catering 1000 org kos dlm 10k+++ tgk2 yg mai tak sampai 400 org yg mai... pembaziran yg amat2.. door gift pun sama..makcik saya nak semua tetamu dpt beg. dlm beg tu ada bunga telur+ cookies+sapu tangan. saya usulkan cuma bg sapu tgn.. dia kata adat kena bg bunga telur dan kuih.. tp nak moden punya.. jd tukar ke cookies.. 1000beg.. tgk2 bunga besepah2 buang kat luar rumah.. pembaziran.. sedih saya.. kalo suma yg makcik saya nak tu pakai duit dia tak la.. ni idea dia... kos saya yg tanggung.. lepas kenduri kawen tu.. saya betul2 kering..sbb simpanan saya sumanya habis.. mak cik saya senyum puas.. sedih2.. paling saya tak tahan lepas 3 bln saya kawen.. anak makcik saya pula kawen.. paling menguriskan hati saya.. suma barang yg makcik saya beli lebih lebih tu dia pakai untuk kenduri anak dia dan semua idea saya dia buat kat kenduri anak dia.. dan barang2 tu dia ambil tanpa minta dgn saya..duit hadiah tetamu masa kenduri saya makcik saya amik semuanya.. walhal suma kos kenduri saya,saya yg bayar.. huhu.. sedih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruknya manusia skrg..saudara mara pn nk ambil kesempatan dgn kita..isk3

      Padam
    2. pengajarannya, sapa yg keluar duit dia yg buat keputusan. kalau makcik ko nak buat kenduri besar bagai, suruh dia keluar duit.

      sapa suruh ikut ckp makcik ko? skrg siapa yg susah bayar hutang?

      Padam
    3. xpe bro..percayalah perkahwinan tu membuka pintu rezeki..yg lpas tu biar jela..yakin dengan Allah..rezeki ko nnt makin bertambah2..

      Padam
    4. cakap kat makcik ko tu...
      gi mampos la ko haramjadah suka pergunakan orang

      dia buat eksperimen dulu kat kenduri ko pastu kenduri anak dia,buat yang ok ok punya.memang sial manusia camni

      Padam
  11. Soo Wincci Menggigil Dilamar Iqram Dinzly di M Suite Embassy Row => http://syokbah.com/soo-wincci-menggigil-dilamar/

    Penyanyi yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci mengakui berasa terkejut apabila dilamar oleh pelakon drama ‘Ayoub’, Iqram Dinzly ketika majlis pelancaran album mini terbarunya, ‘Su Win Si by Soo Wincci’, di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang, baru-baru ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni apehal lak masuk citer lain woiii!!

      Padam
  12. aku dulu masa nak kawen pun buat loan, tp 10k je lah...set limit untuk bajet, majlis nikah buat terus ke majlis bersanding...tu pun takde hantaran, just maskahwin je...fotogragi takde,band takde, emcee takde, kompang takde, ape yang aku dan pasangan pentingkan adalah jamuan makan...kekadang ramai yang nak grand tapi jamuan makan tak seberapa...walimatulurus kn bersifat mengenalkan pengantin kpada org ramai dan saudara mara, jadi nak kenalkan tu kena lah jamukan mereka makanan yang sedap, tak payah mahal, asalkan sedap...

    dan kalau ade makcik2 atau kawan2 duk bebel suh buat majlis grand jugak, ape susah, soh la dorg sponsor...kita akan menyesal guna duit banyak time kahwin sbb takut nanti dah kawen duit dah takde pulak...kahwin tu hanya sekali, jgn nak bazirkan duit pada bnda yang orang lain mudah lupa, biarlah knangan tu kita yang merasai...

    dan satu je prinsip aku bila nak kawen, aku fikir dalam Islam kawen itu adalah perkara mudah, dan kehidupan selepas kawen 1000 kali lebih jimat dan mudah berbanding hidup bujang...Alhamdulillah...

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. and satu lagi, tayah la buat majlis grand2 sebab tak nak org mengata. aku tanya korang la, kalo korang gi satu majlis yg simple giler, setakat mana korg nak mengata pun? paling2 makanan x sedap atau mekap tak lawa. abes cakap2 dalam kete sekejap je, mana masuk kepala pun.

      Padam
  14. Kalau tak mampu tak payah lah kahwin bodo

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastu nk zina ke bodo?

      Padam
    2. tahanla nafsu bai. itupun tak reti2 ke?

      rajin2 baca Quran dik. dlm tu terang2 cakap, sapa yg x mampu nak kawin, hendaklah dia menahan nafsunya.

      persoalannya sekarang, anda manusia (akal kawal nafsu) atau haiwan (berakalkan nafsu)?

      Padam
    3. Zina pun guna duit apa? Bodo org skrg tak fikir panjang kalau nak kawin, tau tak mampu tapi ada hati nak berabis bagai...owh adat difikir satu kemestian tu la pasal tak nak belajar timba ilmu, lps tu kata terkongkong dgn kehendak masyarakat dn keluarga...apa yg org cakap ikut jelah bukan sbb betul tapi diri tu yg bodo tak fikir panjang...buat lah loan bla2 so tu lah solusinya tapi bodo Berganda ganda...so kalau tak mampu tu jgn kawin bodo

      Padam
    4. annakholat, i like your comment~ *high five* XD

      Padam
    5. cik plain bila nak berumahtangga? kalau sudi sy ingin menjadikan cik plain sebagai isteri sy yg sah... harap cik plain jgn minta hantaran tinggi2 sgt kerana gaji sy hanya rm1500 sebulan...

      Padam
    6. 1.5 k je...ada hati lak tu....

      Padam
    7. Nikah mutaah stail syiah.. lagi jimat.. guna ayam KFC je.. kuikuikui!

      Padam
    8. "jihad yang paling utama dan tertinggi ialah jihad melawan nafsunya~"
      nampak sangat senang melawan nafsu ni macam makan kacang~ patutlah Allah bagi keutamaan & meletakkan jihad melawan nafsu paling tinggi" oh!

      Padam
  15. kompleks sebab ikut hawa nafsu..kalau ikut panduan agama xkompleks...tepuk dada tanya iman didalam hati...itu beza antara orang islam dan orang mukmin..

    BalasPadam
  16. Skrg nak kawin ada 3 masalah
    1. Nak dpt kebenaran kawin mcm2 prosuder dr klinik n jabatan agama..xkan setel beberapa hari..selalunya dekat sebulan kalau xde perubahan tarikh nikah
    2. Org ppuan bila dah tgk mcm2 Artis kawin..mula la mcm2 nak utk majlis perkahwinan..nak fotoshoot n video, nak byk baju persalinan, nak mak andam terbaik..habis beribu2 utk satu hari...sbb nak fairy tale punya pasal mcm barat
    3. Kalau ada pengantin berjimat..parent pulak nak glamer lg2 anak pertama kawin..nak tip top sbb anak bujang hensem/anak dara cantik kawin xkn buat simple2. Kalau sponser xpela gak

    Conclusion - disebabkn mengikut adat..yg jd mangsa ialah pengantin sendiri...last2 baru fikir baik habis duit utk beli barang rumah. Pasal prosedur..sbb 2 nak kawin senang samasa thailand atau tangkap basah...disebabkn nak pwrkahwinan 'diresatui' keluarga n masyarakat...jd la mcm skrg

    Better mufti negeri keluarkan arahan xleh buat majlis kawin besar2 x lebih 2 khemah n tiada persandingan...just pengantin dduk makan je n xperlu nak silat atau kompang..ada yg kata bidaah tp no komen bg sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bakal pengantin kena tegas dlm bersopan terhadap mak bapak dan sedara mara dlm pengurusan perkahwinan. terutama kalau bajet pengantin yg keluar. mcm mana nak tegas? fikir2 kan. jgn jadi pak turut. yg berhutang pengantin juga.

      ingat2 citer seniman bujang lapok tu.

      Padam
    2. ak kawin paling simpel,kursus kawin daftar kawin,,tentukn tarik,,suami bwak 100 rnggt tuk mas kawin akad nikah,bca doa selamat dpt surat kawin dah setle,,tk bwt majilis kenduri langsung,,alhmdulilah utang tak de...

      Padam
  17. Tp apakan daya...syurga bawah tapak kaki ibu...kalau melawan dosa seluas lautan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. syurga dibawah tapak kaki suami bagi isteri ehehe2 kau tim sama bapak la

      Padam
    2. Yang ko pegi lawan mak siapa suruh....guna toleransi, psikologi anak kpd ibu, kdg2 ibu bukan nak show off pun tapi tak snggup lagi lepaskan anak dgn perempuan lain...tapi ini tdk ibu dgn anak 2x5 bodo sapa suruh

      Padam
    3. syurga bawah telapak kaki ibu...
      tapi kalau dah suruh membazir takkan takleh nak bangkang kot.
      ibu tu pun manusia gak bukannya Nabi tak pernah buat salah.
      toksah la dok perasan sangat dengan pakai ayat tu jdi anak anak kena ikut buta tuli je cakap parent

      Padam
  18. kesimpulannya, jangan asyik dengar cakap orang lain..jangan ambik endah sangat kalau ada mulut-mulut gatal yang mengata..

    pada aku, kita keluar duit, so kena follow thw bajet lah..jangan bajet cuma rm10k, tapi menempah persediaan macam rm100k..

    BalasPadam
  19. Ak belom kawin sbb masalah mcm ni,desakan para mak sedara mara belah pompun nk hntaran beribu ribu...

    -PetaiLejen110z

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jgn kawin...tapi kalau ko nak jadi bodo mcm kbykan org, silakan

      Padam
    2. "Wahai orang beriman, Janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolokkan lebih baik dari yang mengolok-olok........Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, Dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim"
      Ayat 11 : Surah Hujrat

      So..x perlu la nak panggil org bodoh atau gelaran buruk2 lain. Itu semua permainan syaitan nak hasut kita nak ikut emosi nak maki org suka hati.

      Padam
  20. aku xnak komen byk, aku cuma nk komen psl gambar kawin masa banjir kt atas tu je. logik org melayu ni sinsing kain tayang peha xpe janji baju kain seluar xbasah. sama je bila majlis kahwin yg mula dari tengahari sampai petang, sbb tak nak solekan hilang dr muka sanggup xsolat zohor takmo amik wuduk. oh melayuku

    BalasPadam
  21. Tak pelik bila anak muda lagi memilih utk buat zina.
    Nak kawin pun mahal, tu sebabnya.
    Iman tak kuat, duit takdak, tp nafsu ada. Macam mana?

    BalasPadam
  22. Aku dulu kawin abis 13k...tu pun rasa dah byk dah. Kwn aku abis smpi 20k keatas....giler ler.

    BalasPadam
  23. Sedangkan nikah just bayar mas kawin je yg wajib..kita yg nak ikut adat supaya nak ambil hati org sekeliling n sedara mara..kang buat simple satu kampung n beberapa keturunan akan mengata...oh melayu

    BalasPadam
  24. Betultu.Sekarang ni majlis tunang pun macam majlis nak kahwin j.Gila membazir wei..

    BalasPadam
  25. bertuah dapat mertua yang sporting..tak letak harga duit hantaran..tapi bagi gak 10K ( hutang bank 20k..adehh...) sebab bini ada degree and dah keje...duit hantaran dapat balik lepas kawen rasa lega sangat tapi hutang bank 6 tahun lagi baru habis...skang walau gaji 3k++ tapi still tak cukup..habis bayar hutang kete, hutang rumah, hutang kawen..mujur bini keje cukup la utk makan setiap bulan..

    BalasPadam
  26. Sebenarnya yang nampak daripada penulisan tu, yang salah bukan adat, tapi kehendak.

    Bagus jugak kena sekali nafas itu semua, sebab bila terfikir nak bercerai, bolehlah ingat balik berapa serabutnya masa nak akad nikah tu. Dan tak pernah lagi dengar orang batalkan pernikahan kerana fail masa akad nikah. Tok tok kadi ni biasanya dia menyakat lebih.. hahha

    Benda2 kat atas tu tak salah pun. mampu buatlah, tak mampu tak payah. Gunakan nikmat yang diberi untuk zahirkan rezeki yang ALLAH bagi takde masalah pun kata ustaz.

    Cuma mungkin ramai yang terlepas pandang saat akad tu sendiri... Yang jadi saksi, wali lepas tak syarat2 dia? Benda2 ni kalau tak sah, tak lepas, memang teruk. Akad tak lepas = tak sah pernikahan = zina =zuriat dan macam2 lagi. Benda lagi penting dibahaskan daripada setakat adat2 yang nak buat takpe tak buat pun takpe.

    Yang jadi saksi, apa syaratnya? Lepas tak? Ke terlepas pandang?

    Nak salahkan kemahalan itu semua? Salahkan ibu yang terpengaruh dengan NONA.

    BalasPadam
  27. abg saya masa nk kahwin dulu dia bg byk jgak la kata dua.. mula2 kt parents cko dia ada duit utk jemput 500 jemputan je.sedara mara dn kawan2 dia.kalo nk jemput kwn parents n kalo nak lebih pls sponsor sikit.. then kt kakak ipar plak..nak mewah sblum kawin tp susah lps kawin or sederhana sblum kahwin then lega lepas kahwin? kalo mewah sblum kahwin nnt bila dh selesai rumah sewa murah duduk ats tikar meja mkn pun tak da.. kalau sederhana insyaAllah rumah lps kahwin elok2. ..ada meja makan..tv mesin basuh peti ais...

    BalasPadam
  28. Aku tertanya-tanya, kenapa lelaki saja yang kebanyakannya asyik bercerita pasal hal ini. Yang tukang shared pun orang lelaki juga. Lelaki memandang dari segi wang banyak dihabiskan, tetapi bagaimana pula dengan permintaan ibu bapa, saudara-mara yang suka menyibuk. Tunang? kalau boleh tak nak tunang pun, kahwin je terus, senang. Tapi kalau dah ibu bapa yang hendak begitu. Yang lelakinya pula kenalah berani untuk berbincang kalau duit tak cukup. Perkahwinan bukan melibatkan anda berdua. Pandai berbicara dan diajak berbincang itu juga perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sanggup berhutang dan berhabis duit semata2 utk memuaskan hati orang2 yg suka menyibuk? kalau ya, tahniah diucapkan...

      Padam
  29. betul2 susah nak jadi orang melayu ni :D


    Lelaki minum darah dari kepala yang dipenggal – Saksi pembunuhan budak di Sungai Kelang
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/lelaki-minum-darah-dari-kepala-yang.html

    Yakin Adegan Kemban Sharifah Sakinah Diterima Penonton
    http://syokbah.com/adegan-kemban-sharifah-sakinah-diterima/

    BalasPadam
    Balasan
    1. afadoifoi!! pefeningfing laafaa! afapefe lafarifu tufakafa tofopikfik jefenifi??

      Padam
    2. Afahahsgshahhshhjsjsjsjsjdjdjkddkdkdkdjsjsjsshh

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...