Ahad, 22 Disember 2013

18 Nilai hartanah meningkat ibarat wanita cantik

Dulu aku pernah tulis pasal harga rumah yang semakin tak masuk akal di Malaysia. Tahun depan dikatakan cukai taksiran DBKL meningkat, tapi sebenarnya bukan cukai yang naik tapi nilai hartanah. So macam mana suatu nilai hartanah itu boleh meningkat? Nilai hartanah meningkat kerana ia ibarat nilai kecantikan bagi seorang wanita. Apa kaitan nilai hartanah dengan wanita, biar aku terangkan.

1. Bagi seorang wanita, harga mereka akan meningkat apabila mereka memakai alat2 solek kerana mereka kelihatan lebih cantik dan anggun.

2. Jika mereka tidak memakai alat solek, harganya akan menurun, bukan?

Oleh itu nilai kecantikan seorang wanita bolehlah diumpamakan dengan nilai hartanah. Kalau anda buat sebuah rumah yang cantik, pasti harganya tinggi. Seperti juga wanita, kalau mahu cantik mereka pakai 'makeup', barulah mahal. Kalau tak pakai 'make-up', nampak murahlah sikit.


So aku ada solusi untuk menurunkan harga rumah. Aku cadangkan salah satu cara untuk mengurangkan harga rumah adalah para pemaju perlu membina rumah dengan rekabentuk yang sangat simple, sangat kurang menarik tanpa sebarang make-up serta bersaiz sangat kecil. Kawasan perumahan juga perlu dibangunkan di kawasan2 yang jauh dari bandar yang nilai hartanahnya tinggi seperti di dalam hutan, tepi lombong dan lain2 yang dirasakan sesuai.


Tapi ianya agar sukar dilaksanakan kerana sudah menjadi naluri dan sifat seorang wanita, mereka tentu sentiasa mahu kelihatan cantik dengan memakai alat solekan. Begitu juga dengan rumah, tak mungkin pemaju mahu bina rumah yang buruk2 agar dapat dijual dengan harga yang murah, bukan? Sebab itu mereka perlu bina rumah dengan rekabentuk yang sangat cantik dan mewah serta bersaiz luas agar dapat dijual dengan harga yang mahal seterusnya meningkatkan nilai hartanahnya.


* * * * * * * * * *

Sebenarnya aku saja nak test macam mana reaksi korang kalau aku yang cakap macam tu instead of seorang Menteri, tapi nampaknya cuma seorang je yang marah cakap aku hina perempuan. Mungkin yang lain sama ada tak kisah sebab yang cakap benda tu adalah orang2 biasa macam aku bukan pemimpin, atau dah tahu yang dah ada menteri yang cakap dulu.


Wanita MCA yang meminta Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf kerana kenyataannya yang membandingkan wanita dengan harta tanah, dan beliau telah pun meminta maaf.




tags: nilai hartanah harga rumah ibarat wanita perempuan tinggi mahal meningkat cukai taksiran dbkl naik tengku adnan ku nan menteri wilayah mca samakan seksis hina kaum wanita kaitan mohon maaf pakai alat solek wear make up price higher properties same as woman

18 ulasan:

  1. minta admim amik kes budak remaja yang menolak hashtag #KamiBantahCouple seboleh boleh dorang tolak hukum Allah haih tak matured langsung

    BalasPadam
  2. ini bukan soal cantik tak cantik sahaja noob, actually nilai hartanah yang bubble gila gila sebab speculate oleh orang kaya. pernah dengar orang cakap hanya orang ada duit boleh buat duit? kat malaysia kerajaan tak control pembelian hartanah. sepatutnya penjualan rumah perlu diutamakan kepada golongan yang belum mempunyai rumah. even in islam kediaman adalah basic need yang kerajaan perlu utamakan kepada rakyat(bukan bermaksud bagi free ok). tapi yang berlaku sekarang sebaliknya. nilai hartanah jadi speculate sebab macam aku sebut tadi. orang kaya yang sedia ada rumah dan ada duit lebih beli rumah tapi bukan untuk didiami, after few month dia jual semula rumah tu. katakan dia beli sekarang sebuah double storey around rm500k(dalam pembinaan) , selepas 1 year dia jual semula rumah yang dah siap tu. harga sure melambung. kenapa aku kata kerajaan kita tak kontrol pembelian rumah? tengok jer lah kes skim perumahan pertama. ada keperluan ke kerajaan open untuk pembeli yang telah ada rumah?

    so jangan hairan kenapa harga rumah/hartanah semakin tinggi walaupun kita rasa kita tak mampu beli actually harga yang tinggi tu datang by demand jugak. aku pernah pergi survey lot condo area jalan ampang harga paling murah+bumi kuota(kuota bumi ni benda paling mengarut) around rm900k. ini pun unit yang basic. kalau premium unit mostly around rm1m plus. yang menariknya semua unit semakin hari semakin habis dijual.

    cuba tengok aspek kedua. malaysia my 2nd home. siapa yang banyak beli rumah area mont kiara. hartamas. mutiara damansara. bangsar. ops sekarang iskandar...

    #kapitalis always win

    BalasPadam
    Balasan
    1. +1

      more info please
      tambah lagi bro, kongsi lagi info2

      -oyen-

      Padam
  3. Kebanyakan rumah makin naik harga sebab orang kaya dan berkemampuan tu da makin ramai. So mereka nk membanyakkn aset beli rumah yang mahal2 sebab mereka tau satu hari nanti harga rumah tu akn melonjak dan bole dijual dengan harga mahal. Demanad banyak, so makin tinggi harga rumah untuk kepelrluan orang kaya nie dari keperluan rakyat kelas ke 3 yang miskin xmampu beli merce.

    BalasPadam
  4. Ko amik logik kenyataan Tengku jabba the hut tu eh noob?

    BalasPadam
  5. Letak rumah harga kos rm100k jual rm600k pun laku...sbb demand byk...kalau kerajaan x kira bn atau pr control sekalipun sgt payah..benda ni berlaku di setiap negara2 maju x kira UK US Australia even singapore...yg buat harga rumah mahal ialah org kaya malaysia sendiri sbb mereka ada modal n just buat bisnes beli rumah pun dpt pulangab berkali2 ganda dlm beberapa tahun even goyang kaki je.

    Benda ni hanya berlaku di kawasan lembah kelang jb n penang...kebetulan juga tmpt ramai org cari makan...kerajaan hanya boleh kawal harga rumah yg dibina kerajaan..tp jika dibina swasta..diaorg nak cari untung semata2 n payah nak control. Sbb 2 rmi org kata buat bisnes rumah antara bisnes cepat kaya tp perlukan modal besar.

    Renung2kn..even sy jd PM pun pening nak setelkn hal ni sbb dah jd kebiasaan rumah kawasan bandar sgt mahal n cepat naik...lg2 yg buat bisnes rumah ni ialah byk dr golongan mata sepet..fhm2 je la golongan yg dah kuasai besar sektor ekonomi Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ker kerajaan tak leh kontrol corporation? atau yang betulnya kerajaan sudah di kontrol oleh kapitalis? hihi

      Padam
    2. Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah,

      "Ayah, apa itu politik?".

      Jawab ayah,

      "Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan.

      Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

      Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.

      Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

      Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

      Jemu mengejutkan ibu yang lena, si anak mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka pintu bilik pembantu rumah, si anak melihat si ayah berada bersama-sama dengan pembantu rumah.

      Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

      Sewaktu sarapan pagi esoknya, Si ayah bertanya kepada si anak

      "Dah faham apa itu politik?"

      Si anak yang sedang makan dengan selambanya menjawab

      "Dah".

      Lantas si ibu mencelah

      "Jadi apa dia politik tu?"

      Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab.

      "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja. Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik".

      #copypaste

      Padam
  6. noob macai anuwar mmg cilaka.kalau xpuas hati rumah mahal apahal nk kaitkan dgn kaum perempuan pulak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang cakap tu menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan perempuan pakai mekap sama la dengan rumah yang harga mahal, macai

      Padam
    2. pala angguk ko!!! jgn pandai2 nk fitnah tengku adnan pulak. org fuckatan pukimak mmg suka tabur fitnah.. celaka betul! dahla tulis artikel yg merendahkan martabat kaum wanita. ingt org perempuan tu mcm barang ke ada harga2 mcm boleh dijual beli???

      Padam
    3. dasar macai, kalau tidak sebab apa wanita MCA marah kat dia? sebab dia yang keluarkan ayat tu, merendahkan martabat wanita. cuba tengok kat yahoo malaysia ada berita pasal wanita MCA suruh tengku adnan mintak maaf lepas dia keluarkan ayat tu.

      Padam
    4. Merendahkan martabat kaum wanita?hei,sedarlah,sape yg letak harga pada mas kawin n kos walimatul urus?mmg xsemua mcm 2,but mostly does,n mungkin mas kawin pun akan kena gst pas neh,n jgn defend benda yg too obvious berlaku kt mesia ne.igtlah,duit bukan segalanya,tp segalanya perlukan duit...

      Padam
    5. K-K-K Komco breaker!!!

      Padam
    6. hahaa..sokong anon 11:06, tahu lak perempuan nk marah, tp bab hantaran kalau lelaki mintak kurang, kata xboleh, ini standard harga skrg, malula kalau kurang, kira sedar xsedar, korg still letak harga diri dkt duit..

      Padam
  7. asal macai je bodoh, asal bodoh je macai ... aku kekadang taip perkataan 'bodoh' tapi yang keluar kt skrin 'macai' ... kenapa la ko bodoh sangat macai?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.