Iklan Leaderboard

Isnin, 2 Disember 2013

31 Buasir Otak: Genap 2 tahun

Hari ini 2 Disember 2013, hujan turun tak berhenti2 dari pagi. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun pun blog ini wujud. Nampaknya target nak dapat 3 juta pageviews pada hari ulangtahun ke-2 tak kesampaian, hanya sampai 2.9 juta pageviews sahaja.


Sepanjang 2 tahun ni macam2 berita, rencana, artikel, pandangan, kritikan, kutukan, pujian, nasihat, kupasan, ulasan, segmen, kontest dah pun dicoretkan. Tidak tahu apakah ada yang membaca setiap nukilan penulis2 Buasir Otak ini. Ada entry yang cepat je orang baca tak sampai 4 jam dah 1,000 pageviews, ada juga entry yang  1 hari baru dapat 1K pageviews, mungkin topiknya kurang menarik minat untuk orang baca, atau gambar awek tak cukup seksi.

Untuk membaca sedikit sebanyak kisah penubuhan blog ini boleh baca kat entry ulangtahun pertama dahulu sambil menjenguk entry pertama di Buasir Otak ini. Sempena dengan ulangtahun ke-2 ini juga, kami akan kongsikan sedikit di balik tabir admin dashboard Buasir Otak.

Posts > All
Comments > Published
Stats > Overview (All time)
Stats > Posts (Month)
Stats > Traffic sources
Stats > Audience
Layout
StatCounter dashboard, tools yang aku guna untuk detect IP address korang

Kami juga ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pembaca blog Buasir Otak yang menyokong kami selama ini, terutama para pembaca yang begitu rajin menulis dan membalas2 komen. Kami amat menghargai setiap komen, pendapat, pandangan, kritikan, kutukan, makian, cacian, sarkastikan dan trollan anda. Kalau ada yang gaduh2 tu, kami bukanlah nak mulakan flame war, hanya  sekadar ingin berkongsi pandangan kami dan pandangan pembaca yang kami kasihi dan hormati sekalian.


Berikut merupakan top 100 pembaca Buasir Otak yang paling banyak meninggalkan komen sepanjang 2 tahun ini:

: : : BUASIR OTAK HALL OF FAME : : :


Pembaca yang mengungguli Hall of Fame Buasir Otak tidak lain tidak bukan adalah cik Plain83 dengan 977 komen, jauh meninggalkan pengkomen di tempat kedua iaitu Mecha_praline dengan 597 komen, peminat model robot yang selalu menulis komen2 bernas sehingga seringkali menimbulkan perselisihan dengan pembaca lain yang berbeza pendapat. Tempat ketiga dengan 502 komen adalah seorang legend di Buasir Otak pada suatu ketika dahulu iaitu Zack yang seringkali membuatkan orang ramai butthurt dengan beliau, namun kini beliau sudah menghilangkan diri.

Tempat ke-4 pula adalah Ayam Afrika dengan 393 komen yang juga turut sama memanaskan kotak2 komen di Buasir Otak. Tempat ke-5 dengan 368 komen tidak lain dan tidak bukan adalah saudara Nazha Anua, seorang klogger (komik blogger) yang telah banyak menyumbangkan karya seni beliau di Buasir Otak.

Akhir kata tidak lupa juga, terima kasih kepada semua ANON2 a.k.a TANPA NAMA yang selalu memeriahkan blog Buasir Otak ini dengan komen2 yang bernas walau siapa pun anda, di mana pun anda berada, kecuali yang suka komen lucah, spam iklan dan guna identiti orang lain memang aku delete.

Sekian.




tags: buasir otak 2 genap dua tahun perjalanan journey blog blogger blogspot dashboard admin statistic pageviews overview posts traffic sources referring urls sites search keywords audience enable disable buka tutup anonymous comment komen tanpa nama anon behind the stage screen di balik tabir entry artikel pertama 1st anniversary ulangtahun 

31 ulasan:

  1. TAHNIAH!!YOUR BLOG IS THE BEST!!

    BalasPadam
  2. Happy 2nd Birthday BO, semoga target untuk tahun hadapan dapat dicapai~ ( ノ^ω^)ノ゚

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah la tempat pertama paling banyak komen...rasanya klau campur semua komen aku tu x boleh lagi nak saing tempat pertama.....aku bnyak kali tukar nama.....

      Padam
    2. plain, cepat genapkan 1000 :D

      Padam
  3. Balasan
    1. ok, habis baca dah:) tahniah kepada blog buasirotak atas pencapaian almost 3 juta pageviews dan ulangtahun ke-2..

      1. aku kenal dengan blog ni masa lepak kat blogserius..selalu tengok PON kena maki caci dengan anon kat sana..haha..dahlah selalu komen merepek2 siap dengan link yang tak ada kaitan..jumpa kat blog ayamdanbabi pun macam tu jugak..

      2. bila klik kat link tu dan ia direct ke blog ni, aku tekan pangkah je terus..beberapa kali jugaklah..sampailah 1 hari tu aku tergerak nak baca dulu entri kat sini..then, i find it somehow interesting..

      3. dan aku terus baca sampai habis semua entri dalam blog ni..adalah dalam 3, 4 hari jugak..aku pun ping PON kat chatbox..tanya boleh ke aku nak send kartun buasir kat dia..
      last-last, adalah jugak beberapa kartun aku menyelit kat sini..

      Aku harap blog ni terus ketengahkan segala isu semasa yang ada dengan ulasan yang membina dan tak bias macam biasa..

      terima kasih jugak sebab selalu backlink ke klog aku..huhu..

      dan aku doakan ruang komen ni jadik luahan dan perbincangan ilmiah di kalangan pengguna internet sekalian:) best juga sebenarnya bersahabat di alam maya ni kan..

      salam:)

      Padam
  4. MANA RANKING UTK ANON??? KAMI ANON INGIN MENUNTUT HAK KAMI UNTUK BERADA DI RANKING NO. 1!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAK MENGOMEN HAK KAMI!!!...

      Padam
  5. Skrang memang menhargai nanti kalau dh femes mampus nak ingat para2 pembaca hidup anon

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia nak femes mcm mana, dp pun guna muka patrik... sampai mampos la xfemes pun sbb org x kenal. lain la blogger gila glamor cam yuyu zulaikha, fatin liyana, hamis zalikha & obegemuk.

      Padam
  6. Tahniah atas Ulang tahun ke-2 Buasir Otak

    BalasPadam
  7. tahniah noob...dah nak masuk 2014....rasa mcam sekejap je masa berlalu...moga terus sukses buasirotak...

    -ahmad top100-

    BalasPadam
  8. Thanks..top 5 pun jdla..janji niat sy ikhlas utk memeriahkn blog BuasirOtak.

    BalasPadam
  9. noob noob pun dah 2 tahun. noob! bukan best pun blog kau. noobies je yg baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah, termasuk ko & aq, dah la tanpa nama, mmg noobies kasta paling bawah.

      Padam
  10. tahniah team buasir otak
    dulu2 zaman aku kurang busy macam la ni
    selalu aku komen sini, selalu jugak dapat backlink
    tapi aku yg dulu bukan yg sekarang lagi hahaha

    apa2 pon tahniah la
    2 taun dgn 3 juga pageview hebat tu
    isu & content yg genuine

    dari sini jugaklah byk aku belajar pasal blogging
    btw terselit jugak sebagai top 10 tukang komen
    tq woi

    BalasPadam
  11. Zack mana kau???

    BalasPadam
  12. wah tahniah. aku pun tersenarai.. Terharu..T_T

    BalasPadam
  13. ada gak aku dalam list ni..

    mula2 tengok PON wat link dalam blogserius, dengan tajuk yang ntah pape, n dengan komen yang ntah pape, aku rasa PON ni merepek je lebih..

    bila aku cuba bukak blog ni dan baca, uuiiikkk...sangat berbeza macam individu yang beza..komen macam hampeh, tapi hasil penulisan blog, ble tahan..

    pape pun tahniah, dah 2 tahun, moga terus sukses dan rajin2 la tulis, sebab aku malas nak cari maklumat sendiri..ahaks..

    BalasPadam
  14. selamat ulang tahun kedua BO! wpun x capai target, tp teruskan perjuangan anda dan team.

    owh, nama aku pun ada dlm list juga? terima kasih terima kasih

    BalasPadam
  15. Otanjubi omaeto, Buasir Otak!
    Agak bangga gak tersenarai dalam Top 100 pengomen. hihi.
    Aku hari2 baca, tapi malas nak komen. Lepas ni aku nak rajin komen lah! hahahaha

    BalasPadam
  16. Tahniah tot. I iz sad nama aku tak naik untuk pengomen terbanyak.

    -Megah Angkasa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kau mengarut setan?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...