Iklan Leaderboard

Ahad, 29 Disember 2013

33 Perkahwinan bukan semata2 untuk kamu

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan hubungan antara dua orang yang diiktirafkan mengikut agama atau undang2 sivil. Mengikut Islam, perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Dalam perkahwinan banyak memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan lain2 kerana perkahwinan itu bukan untuk anda semata2.

Gambar hiasan perkahwinan Fizo Omar dan Mawar

So untuk kali ini Aila nak kongsikan penulisan dari Seth Adam Smith, seorang blogger dari US, penulis buku dan juga chief editor di ForwardWalking.com mengenai "Perkahwinan bukanlah untuk anda".

Gambar hiasan perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan

* * * * * * * * * *
Setelah berkahwin selama satu setengah tahun, saya baru-baru ini membuat kesimpulan bahawa perkahwinan bukanlah untuk saya.

Sekarang sebelum anda mula membuat andaian, teruskan membaca.

Saya berkenalan dengan isteri saya di sekolah tinggi apabila kami berumur 15 tahun. Kami menjadi rakan selama sepuluh tahun, sehinggalah kami membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi sekadar kawan. :) Saya amat menggalakkan percintaan sesama sahabat baik. Saat-saat manis akan dikongsi bersama.


Walau bagaimanapun, jatuh cinta dengan kawan baik saya tidak menghalang saya daripada mempunyai ketakutan dan kebimbangan tertentu tentang perkahwinan. Semakin Kim dan saya menghampiri keputusan untuk berkahwin, lebih banyak saya dihantui dengan ketakutan. Adakah saya sudah bersedia? Adakah saya membuat pilihan yang tepat? Adalah Kim orang yang tepat untuk saya kahwini? Adakah dia akan membuat saya bahagia?

Kemudian, pada suatu malam, saya berkongsi pemikiran dan kebimbangan itu dengan ayah saya.

Mungkin setiap daripada kita mempunyai ketika dalam kehidupan kita di mana kita merasakan masa berjalan dengan lambat atau udara menjadi pegun dan segala-galanya di sekeliling kita seolah-olah menarik kita ke dalam, menandakan ia akan menjadi salah satu peristiwa yang kita tidak akan lupa sampai bila-bila.

Saat ayah saya memberikan jawapan kepada kebimbangan saya adalah salah satu peristiwa itu. Dengan senyuman dia berkata, "Seth, kamu betul-betul mementingkan diri sendiri. Jadi saya akan berikan jawapan yang mudah: perkahwinan bukan untuk kamu. Kamu tidak berkahwin untuk membuat diri kamu bahagia, kamu berkahwin untuk membuat orang lain gembira. Lebih-lebih lagi, perkahwinan kamu bukan untuk diri kamu sendiri, kamu berkahwin untuk sebuah keluarga. Bukan hanya untuk keluarga mertua dan lain-lain, tetapi untuk anak-anak kamu akan datang. Siapa yang kamu mahu untuk membantu kamu membesarkan mereka? Siapa yang kamu mahu untuk mendidik mereka? Perkahwinan bukan untuk kamu. Ini bukan kerana kamu. Perkahwinan adalah mengenai orang yang akan kamu kahwini."


Pada ketika itu jugalah membuatkan saya sedar bahawa Kim adalah orang yang tepat untuk saya kahwini. Saya sedar bahawa saya mahu membuat dia gembira; melihat senyuman dia setiap hari, membuat dia ketawa setiap hari. Saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya, dan keluarga saya mahu dia menjadi sebahagian daripada kami. Dan mengenangkan kembali setiap kali saya melihat dia bermain dengan anak saudara perempuan saya, saya tahu bahawa dialah orangnya yang saya mahu bina keluarga bersama.

Nasihat bapa saya itu sebenarnya suatu pendedahan yang sangat mengejutkan. Ia sangat bertentangan "falsafah Walmart", di mana jika ia tidak membuat anda bahagia, anda boleh kembalikan semula dan dapatkan yang baru.

Tidak, perkahwinan yang sebenar (dan cinta sejati) tidak pernah tentang kamu. Ia mengenai orang yang kamu cinta - kehendak mereka, keperluan mereka, harapan mereka, dan impian mereka. Perasaan mementingkan diri berkata, "Apa yang ada di dalamnya untuk saya? ", sementara Cinta bertanya, "Apa yang boleh saya berikan?"

Ada saat di beberapa ketika dahulu, isteri saya menunjukkan kepada saya apa yang dimaksudkan dengan cinta tanpa memikirkan diri sendiri. Untuk beberapa bulan, hati saya telah bercampur baur antara takut dan marah. Kemudian, setelah tekanan memuncak sehingga ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi, emosi meletus. Saya kejam. Saya pentingkan diri.

Tetapi sebalik mengikut sifat pentingkan diri saya, Kim melakukan sesuatu yang indah - dia menunjukkan saya perasaan kasih sayangnya. Mengetepikan semua rasa sakit dan penderitaan yang disebabkan oleh saya, dengan penuh kasih sayang dia membelai saya dan menenangkan jiwa saya.


Barulah saya menyedari bahawa saya telah lupa akan nasihat ayah saya. Sementara di sisi Kim perkahwinan itu adalah kerana cintanya pada saya, pada sebelah saya pula perkahwinan itu semuanya tentang diri saya. Kesedaran ini membuatkan air mata saya mengalir, dan saya berjanji kepada isteri saya bahawa saya akan cuba untuk menjadi yang lebih baik.

Kepada semua yang membaca artikel ini - yang sudah berkahwin, yang hampir berkahwin, yang masih bujang, atau yang telah bersumpah untuk bujang selamanya - saya mahu anda tahu bahawa perkahwinan bukan untuk anda. Tiada sebarang perhubungan cinta sebenar adalah untuk anda. Cinta adalah mengenai orang yang anda cinta.


Dan, secara paradoksnya, lebih banyak anda benar-benar cintakan seseorang itu, lebih banya cinta anda akan terima. Dan bukan hanya dari pasangan anda, tetapi dari rakan-rakan mereka dan keluarga mereka dan beribu-ribu orang lain yang anda tidak akan akan perolehi sekiranya anda mementingkan diri sendiri dalam percintaan.

Sesungguhnya, cinta dan perkahwinan bukan untuk anda semata2. Ia adalah untuk orang lain.

* * * * * * * * * * 

Sebelum ni Aila pernah cakap yang abang Noob suruh tulis apa2 pasal informasi dan teknologi, tapi ada yang komen cakap kenapa tak tulis pasal girly2 things. So Aila pun dah tanya abang Noob pasal ni dan dia cakap tulis la apa2 yang Aila nak, lagipun dia cakap blog ni bukan cerita pasal politik sahaja. Sebelum2 ini pun abang Noob banyak menulis berkaitan cinta dan rumahtangga, jadi Aila rasa tak salah kalau Aila nak kongsikan sesuatu yang berguna untuk panduan kita semua. 

So Aila harap korang janganlah marah kalau tak suka dengan entry Aila. Bukannya Aila tulis kat blog ni setiap hari sampai mengambil alih tugas abang Noob. Yang mana yang tak suka dengan Aila, korang boleh baca je tulisan abang Noob dan penulis2 lain tanpa sebarang gangguan, Aila tak pernah memaksa korang untuk baca entry Aila... (ಠ_ರೃ)




tags: marriage isn’t for you perkahwinan bukan untuk kamu anda seth adam smith blog blogger writer penulis editor in chief forwardwalking.com rumahtangga jodoh cinta hubungan kasih sayang tanggungjawab pengorbanan berkorban perkahwinan fizo omar mawar abdul karim gambar foto photoshoot kelantan majlis pasir puteh zain saidin rozita che wan che ta kahwin 

33 ulasan:

  1. saya suka entry ni .. ia menyedarkan saya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus topik ni, mana2 lelaki yang masih belum bersedia untuk berkorban jangan fikir untuk kahwin lagi. aku pun 50-50 ni hahahaha.....

      Padam
  2. aku ada baca kat 9gag haritu
    faith in humanity restored

    BalasPadam
  3. xpe aila...aila dah buat yg terbaik.pedulikan haters...kita x mungkin dapat puaskan semua org..teruskan menulis...saya suka baca entry awak...jiwang2 gitu....

    BalasPadam
  4. betul tu aila....pedulikan haters..kita xmgkin dpt puaskan hati semua org..sy akn tetap baca aila punya entry..btw nice entry..:)

    BalasPadam
  5. Percintaan sebenar lg byk berlaku selepas perkahwinan. .dr situ kita diuji samada kita mencintai pasangan kita dgn kelebihan n kelemahan yg ada...so entry noob kali ni adalah jika kita inginkn cinta, 'we have to earn it', n istilah cinta itu buta mmg selalu berlaku skrg. .lg2 dibutakan dgn wang ringgit n harta.

    Papepun nice entry..supaya anak2 muda faham maksud cinta..bg sy cinta itu satu kasih sayang yg disertakan dgn pengorbanan besar..x kira cinta kat ibubapa, anak2,pasangan,Allah n Nabi

    BalasPadam
  6. Takda yg salah atau betul dalam hidup. Pengalaman saja yg membezakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau aku rogol mak kau, adakah ianya cuma pengalaman hidup??

      Padam
    2. tanpa nama 9.31, komen dari org gila mcm ko juga merupakan satu pengalaman hidup pembaca BO

      Padam
  7. Pd aku, ramai letakkan perkahwinan sbg matlamat.
    Selepas matlamat dicapai, kapal dibiar hanyut dibawa arus.
    Perkahwinan sepatutnya hanyalah permulaan.
    Permulaan kehidupan.

    Entri ni bagus.

    BalasPadam
  8. Touching giler entry ni..entry mcm ni la yg saya suka.ada isinya..ada kesedaran..mengubah dan mengajar benda2 yg kita tak nmpak..aila!excellent work

    BalasPadam
  9. So Aila harap korang janganlah marah kalau tak suka dengan entry Aila. Bukannya Aila tulis kat blog ni setiap hari sampai mengambil alih tugas abang Noob. Yang mana yang tak suka dengan Aila, korang boleh baca je tulisan abang Noob dan penulis2 lain tanpa sebarang gangguan, Aila tak pernah memaksa korang untuk baca entry Aila... (ಠ_ರೃ)
    Macam sentap jek bunyinyer.. mesti kecik ati pasal aku komen ari tu kan.. bukan x suka ape yg aila tulis. tapi just nak komen supaya blog ni jadi lebih baik . sy baca blog ni sbb gaya panulisan noob mmg lain dr yg lain dari segi kepelbagaian topik, dan gaya pengolahan sesusatu isu. mmg terbaik. so kalau bole Aila kekalkan benda ni. x nak la baca item2 copypaste, boring giler . olah ikut style Aila tapi sendiri mengikut acuan yg dah sedia ada.
    Kalau tukang masak tomyam brenti keje lepas tu keje kat kedai makan tomyam lain, dia kena masak ikut kedai yg dia baru keje tu, xle ikut kedai lama dia. nnt customer lari.. huhu..
    eii ape da aku melalut. anyway tahniah aila sbb entri kali ni , nice. tidak mengecewakan. saya bagi 3 bintang. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg ko dah komen?? ko nak kena ke?? ko dah sakiti hati aila...jangan sampai aku jumpa ko kat luar...

      Padam
    2. macam syok je haha....

      Padam
    3. lol buasirotak bukan mengenai pasa diri kita tapi pasal org lain, ala2 suckerpunch haha2 tak sangka twist citer last dia mcm tu lol , ni lg ok dr post sebelum ni ~.~

      Padam
    4. yg ko ni siap bg 3 bintang bagai... sejak bila noob lantik juri kt blog ni utk menilai & bg markah kat penulisan diorg???

      Padam
  10. ni sebijik2 translate dari artikel orang putih ke?gigih gila..

    btw, nice content..

    BalasPadam
  11. walaupun sebahagian besar entry ni masih copy paste dari sumber lain, sekurang2 nya copy paste tu belum banyak bersepah lg... at least aku x nmpk bersepah2 lagila. btw, ko translate sndri ke alia? jika ya, terjemahan yg baik.

    apapun, aku lebih suka jika ko banyakkan artikel hasil penulisan sendiri. x kisahlah ko nak jadi blogger cintan cintun or girly2 pun, asalkan original.

    pasal isi cerita, aku no komen. setuju dgn point2 yg diutarakan.

    BalasPadam
  12. sekali lagi artikel copy paste. woi benda ni aku dah baca dkt 9gagla. cubalah jadi blogger yg tahu menulis topik sendiri

    BalasPadam
  13. Entry yang agak boring...again. Kurang olahan dari penulis. 80% copy & paste. Title bagus, content tak der yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni mmg macam sial kan? biarla dia nak tulis apa, copy paste dari mana pun. ke ko jeles sbb xde blog? ko ingt blog2 hebat x copy paste ke? blogserius tu boleh kata 99% content dia dikutip dr internet atau org len yg bagi, xde pulak ko nak kondem? bodoh sial aku ckp menyampah dgn org2 mcm ko

      Padam
    2. BLogserius tu Blog Hebat ke..? ko ni btl2 amateur la.. blog mcm tu pun ko rase hebat. bkn aku nak puji blog ni, tp entri2 yg diorg buat sblm ni sume dr olahan sendiri, lain dr yg lain. sbb tu aku suka. aku pun ade gak bace blog serius, tp takat layan cuci mata kejap2 je la. baca sekali lalu jek, sbb kurang nilai2 keintelektuan dr penulisnyer huhu.. tu pasal aku nasihat aila suruh tulis ikut style abg noob.
      Aku tgk ramai yg komen mcm ni, x suka item copy paste. kalau ramai yg komen benda yg sama harap dapat amik perhatian. huhu

      Padam
    3. x salah kalau nk perbaiki diri, tp x perlu sampai nak ikut style noob ke hapa. setiap org ada identiti sendiri, so aila, just be urself & create ur own unique style. jgn ambil kisah sgt apa yg org lain ckp, sy pun faham sbg blogger baru byk benda yg kita baru nk belajar, bkn tiba2 je boleh jd tere, semua org pun mcm tu. so yg demand lebih2 sgt tu, get a life dude!

      Padam
    4. Well this blog shouldnt be following what other blogs did. It should be different. If its just copy and paste, then there is no point to make an entry. And btw, you dont have to write two paragraphs just to point out that you were asked to write an entry, you still new etc...you just have to improve urself to prove that you are worth it.

      Padam
    5. perkongsian yang baik apa salahnya dikongsi. hadis nabi, kata2 motivasi, petikan kata2 ustaz, nasihat dan panduan berguna, walau org lain yg tulis atau perkatakan, xsalah dikongsikan di mana2 termasuk di blog. sharing is caring bukan? lgpun mungkin artikel di tempat lain sgt bagus tp tak ramai yg tahu atau baca, so apa salahnya kita sebarkan agar ia dpt sampai kpd lebih ramai org? lgpun bukan setakat copy paste tp dah sertakan kredit & backlink dah kira bagus apa...

      satu lg... xpayah speaking sgt laaaa.

      Padam
    6. That is not my points. You totally dont get it. Your statements was made solely to make yourself seems like a good-hearted person in public.

      And one more thing...speaking is a knowledge. And why exactly you are against people who are speaking in english?

      Padam
    7. aduh menggelabah la ko ni. ni mesti org pompuan minah saleh celop ni. tetiba je nk suruh org lain prove you r worth it? worth it for what??? worth to be a blogger? or worth enough to be a writer in this blog? sapa ko n judge atau tentukan org lain worth or not? dia xperlukan pengiktirafan dr ko atau sesiapa... dia tulis kt sini, even noob, zero, shamsul adli or whoever writer yg tulis kt blog ni sbb diorg rasa nk tulis, xde sapa yg paksa diorg tulis, dan diorg x mintak korg byr 1 sen pun utk baca tulisan diorg. so kenapa korg nk kondem dia lebih2 siap kena buktikan utk worthy bagai... dia x mintak pun korg hargai dia ke apa, dia cuma nk berkongsi sesuatu dgn kita. kalau korg rasa dh pernah baca kat tempat lain & xmau komen apa2 psl topik ni, just move on dude. kenapa itu pun susah nak faham?

      Padam
    8. Gadoh gadoh.. mmg bes gadoh utk pikat awek kan? Rasa mcm filem tamil je

      Padam
  14. kalau aku jumpa tanpa nama 30 dis 8:44 kat luar, mmang aku pijak2 kepala ko sampai lunyai...berani ko kutuk hasil karya aila? ko tau x dia dah berusaha gigih menterjemah satu persatu artikel ni? walau pun diambil dari internet tapi diolah dan diterjemah dengan begitu sempurna...ko anon sial apa yg ko dah buat dalam hidup ko? xde pape pun....blogserius dgn blog asg tu baru kaki copypaste 100%....pastu blogserius bnyak typo, manakala blog asg pulak terjemahan mcam kimak...gila sampah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutuk dan komen ialah dua perkara yang berbeza. Saya beri komen. Yang mengutuk ialah awak sendiri.

      Padam
  15. aku sokong tanpa nama mat/minah saleh celup ni.. ko agak kalau buat entri copy paste tu bole jadik diri sendiri ke..? x salah kalau nak share pape , tapi olah la mcm lain sikit, xde la boring nak baca.. kitaorg yg komen Aila ni bukan x suka tulisan Aila. tapi harap Aila dapat perbaiki je utk jadi yg lebih baik. Aila pun jangan la amik ati, ok. kita sume sayang Awak huhu.
    Lagi 1 Mamat Tanpa Nama31 Disember 2013 9:14 PTG : yg ko nak marah2 sangat nape.
    dah admin letak ruang komen ni kitaorg kasi la komen. bukannye kitaorg guna bahasa kesat pun. huhu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...