Ahad, 8 Disember 2013

21 Pejuang kebebasan yang hidup hampir 1 abad

Nelson Mandela bukan seorang selebriti. Dia seorang warga berkulit hitam, tak hensem, badan tak tough, dah tua, tak selalu keluar TV, tak pernah keluar wayang, sebab itu bila dia mati, takde gadis2 melayu tergedik2 update kat status Facebook diorang tulis RIP Mandela bila dia meninggal beberapa hari lepas macam diorang tulis RIP Paul Walker, namun jasa dan pengaruh dia jauh lebih besar mana2 selebriti dan artis barat.


Siapakah Nelson Mandela ini? Jasa terbesar beliau adalah mengetuai perjuangan mengubah dasar aparteid yang menindas hak masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dan mengubahnya kepada demokrasi berbilang bangsa. Beliau meninggal pada usia 95 tahun, bermakna beliau telah hidup hampir 1 abad dan merasai perubahan zaman dari zaman perang Dunia Pertama sampai lah ke zaman Internet.

Berikut adalah sejarah ringkas mengenai tokoh dunia Nelson Mandela:
Nelson Rolihlahla Mandela dilahirkan pada Julai 1918 di daerah Transkei, dan memulakan karier sebagai peguam di Johannesburg pada waktu yang sama dengan aktiviti politiknnya.

Beliau menjadi ketua komander kepada ‘Umkhonto we Sizwe’ atau Spear of the Nation, sayap kepada ANC yang kini telah diharamkan dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Algeria dan Ethiopia.

Mandela kemudian ditangkap polis pada 1962 di Afrika Selatan kerana pergerakan yang dipimpinnya, dan beliau dipenjarakan selama lima tahun.
Mendiang didakwa mensabotaj dan kemudian dipenjarakan seumur hidup pada 1964 ketika perbicaraan Rivonia, yang mengambil nama sempena sebuah bandar di pinggiran Johannesburg di mana beberapa pemimpin ANC ditangkap.

Beliau menggunakan perbicaraan itu untuk menyampai sebuah ucapan yang kemudian dijadikan manifesto pergerakan anti-apartheid.

Mandela pada awalnya dihantar ke penjara di Pulau Robben, di mana dia menghabiskan 18 tahun sebelum dihantar ke penjara Pollsmoor di Cape Town pada 1982, dan kemudian ke penjara Victor Verster berhampiran Paarl.

Beliau dibebaskan pada 11 Februari, 1990 dan melangkah keluar dari penjara sambil mengangkat penumbuk ke udara sebagai tanda kejayaan.

Pengkritik berkata, penggal lima tahun ketika dia menyandang jawatan presiden sebagai tahun menyaksikan kenaikan jenayah dan rasuah di negara itu. Namun penyandang seterusnya tidak menerima kasih sayang dan rasa hormat masyarakat seperti yang diterima Mandela.

Setelah bersara, beliau memberi focus terhadap menjadi orang tengah kepada konflik, yang menyaksikan konflik Burundi sebagai sesuatu yang paling diingati. Beliau juga cuba untuk menaikkan kesedaran tentang AIDS, penyakit yang telah meragut nyawa anak lelakinya, Makgatho.

Mandela berkahwin buat kali ketiga pada usia 80 tahun bersama bekas isteri mendiang presiden Mozambique, Samora Machel.

Mandela memiliki tiga anak perempuan, 18 cucu, sembilan cicit dan tiga cucu tiri. Beliau mempunyai empat anak tiri melalui perkahwinannya bersama Machel.

Sumber Astro Awani. Lagi boleh rujuk sini, sini dan sini.



Antara petikan kata2 motivasi daripada Nelson Mandela:
1. Nothing in this world is impossible and Mandela makes sure to remind us of that.

“It always seems impossible until it’s done.”

2. A lot of people find it easy to be pessimistic and think of the negatives that can arise out of a situation. But in this quote, Mandela shows us that thinking positive is the only way to go. The more positive you think, the more positive the outcome will probably be.

“I am fundamentally an optimist. Whether that comes from nature or nurture, I cannot say. Part of being optimistic is keeping one’s head pointed toward the sun, one’s feet moving forward. There were many dark moments when my faith in humanity was sorely tested, but I would not and could not give myself up to despair. That way lays defeat and death.”

3. Living isn’t just about doing for yourself, but what you do for others as well.

“For to be free is not merely to cast off one’s chains, but to live in a way that respects and enhances the freedom of others.”

4. An ode to the fact that racism is not passed on genetically, but passed on through teachings.

“No one is born hating another person because of the color of his skin, or his background, or his religion. People must learn to hate, and if they can learn to hate, they can be taught to love, for love comes more naturally to the human heart than its opposite.”

5. Keep your friends close and your enemies closer.

“If you want to make peace with your enemy, you have to work with your enemy. Then he becomes your partner.”

6. Be brave!

“I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear.”

7. Sometimes you can leave a place and find that the only thing that has changed after all the years is yourself.

“There is nothing like returning to a place that remains unchanged to find the ways in which you yourself have altered.”

8. Life is a course with endless obstacles to hurdle.

“After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb.”

9. We are too quick to give up and refuse to get up from our failures. If we don’t fight to get up, we are giving up on something bigger — life.

“The greatest glory in living lies not in never falling, but in rising every time we fall.”

10. From the poorest of countries to the richest of nations, education is the key to moving forward in any society.

“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.”





tags: tokoh pejuang penentang dasar aparteid apartheid hapus kulit hitam putih bangsa presiden pertama penjara mati meninggal dunia dead death die age umur 95 world cup rugby south africa afrika selatan quote image picture gambar photo mahathir najib perjuangan umno lagenda 1918-2013

21 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kematian Nelson Mandela ini ialah konspirasi UMNO-BN. Nelson Mandela belum mati. Yang mati cuma SB Polis yang menyamar sebagai Nelson Mandela untuk memburukkan pembangkang.

      Padam
    2. kahkahkah...yang ni lawak!!

      Padam
    3. tanpa nama12:50PTG, ngko tak caya ke? Memang sah MACAI UMNO la ko ni..

      Padam
  2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
    Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
    orang lain, maka komen akan dipadam
    untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah2 la tu noob. tiap kali posting ko copypaste reminder nih. macam bongok.

      Padam
  3. oh mandela...ingt tun mahathir td..dia pn dah hidup dkt separuh abad jgk kot

    BalasPadam
  4. Takziah kepada keluarga mendiang. Mandela's legacy will never be forgotten... he has inspired many people to change for the better :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  5. Semoga amal baik mendiang semasa hidup diberi ganjaran sewajarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dia kafir dah dijanjikan neraka utk mereka, camne nak diberi ganjaran.

      Padam
    2. Sila berikan takrifan anda apa itu org kafir.

      Btw, anda bukan Allah jd jgn cepat hukum org lain. Mendiang telah bwk perubahan besar i0salah satunya menghapuskan perkauman/ apartheid. Kita pula masih terperangkap dlm mentaliti perkauman.

      Org yg anda cop kafir memperjuangkan hak sama rata antara kaum dijanjikan neraka, adakah kita konfem masuk syurga di kala tindakan kita masih berbaur perkauman?

      Padam
  6. masa mendiang hidup takde sesiapa ke dakwahkan beliau supaya memeluk Islam??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  7. :'( sob2 ditakdirkan di hantar seseorang yg mengemparkan seluruh dunia mampu mendakwah org kafir yg baik yg masih idup lg :(

    BalasPadam
  8. Daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali..

    Mandel - simbol penyatuan bangsa dunia..
    Sebak jugak bila baca kisah Mandela yang menyarung jersi skuad ragbi springbok kebanggaan bangsa kulit putih masa world cup ragbi kat afrika selatan - membuktikan dia tak berdendam dengan kulit putih.yang dia perjuangkan cuma kesaksamaan dan keadilan..

    BalasPadam
  9. Sesetengah orang hanya LEBIH dikenali selepas mereka mati.

    Mandela antara orang tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu jugak Onn Jaafar, Abdul Razak, Abdul Rahman, Hussien Onn.. Mahathir & Abdullah badawi belum termasuk lagi..

      Padam
  10. Takziah untuk kehilangan Nelson Mandela

    BalasPadam
  11. Layan movie invictus

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.