Iklan Leaderboard

Selasa, 31 Disember 2013

43 Solusi untuk keluar dari bebanan hidup

Minggu lepas ramai orang marah2 pada Prof Dr. Muhaya kerana wawancaranya mengenai solusi keluar dari bebanan hidup oleh Sinar Harian. Ramai yang cakap dia tak peka, tak sensitif, tak prihatin dan lain2 lagi. Tak cukup dengan itu, ada juga terselit cercaan dan kata nista terhadap wanita pakar motivasi ini.

Sumber

Sebenarnya benda ni bukan benda baru. Dulu Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pun pernah kena tibai hanya kerana dia menunjukkan sokongan dan kecenderungan terhadap BN. Malah Ustaz Kazim Elias pun kena kutuk dan hina hanya kerana dia dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mana kemudiannya dia tolak pelantikan itu. Seperti juga Ustaz Asri @ Dr. Maza, kalau time dia tegur pemimpin UMNO, orang PAS menyokong dan jadikan bahan rujukan. Bila time dia tegur pemimpin PAS, dia pulak kena kutuk balik.


Pertamanya, korang semua bukan malaikat, bukannya sempurna sangat pun sampai nak menghukum orang dan mengkeji sana sini. Asal menyokong BN, bodoh, tak betul. Asal menentang BN, bagus, bijak, pandai, betul, satu geng, mulia, tak pernah salah. Siap ada yang cakap syarat untuk menjadi macai UMNO - wajib bodoh. Kalau dah namanya macai, ko jadi macai sapa2 pun memang bodoh, tak kira la UMNO ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, atau sapa2. Berselisih pendapat dan pandangan dengan orang lain juga tak membuatkan kita boleh mengutuk, menghina, mencaci, memaki, mencerca orang itu.

Tiada orang yang hidup dalam dunia ini sentiasa betul dan sentiasa salah. Aku pun ada benda2 yang dibuat oleh kerajaan yang aku kritik, tapi ia tak menjadikan aku penyokong pembangkang atau menjustifikasikan yang aku je yang paling betul dan mulia.

Kedua, macam kes Prof Dr. Muhaya tu, pada aku dia bagi pandangan dia berdasarkan kapasitinya sebagai seorang pakar motivasi, tajuk wawancara dia pun "Solusi untuk keluar dari bebanan hidup", bukan "Solusi macam mana kerajaan boleh turunkan harga barang". Dia bukan pakar ekonomi, ahli politik, atau ustazah. Takkan la dia kena kondem dan kritik kerajaan juga baru korang anggap sebagai geng korang, kalau tidak akan ditarafkan sebagai macai? Korang siapa? Korang ni pun mulia sangat ke?


Lagipun bab2 kondem kerajaan ni dah ramai sangat orang buat termasuk aku, korang, pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO sendiri, so aku faham dia cuba untuk bagi motivasi tanpa cenderung kepada mana2 pihak. Seperti yang dikatakan beliau:
Umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

Ya, memang tak dinafikan semua barang harga semakin meningkat. Tak kira la kat mana2 cuba bandingkan harga barang hari ini dengan 10 20 tahun yang lepas. Semua meningkat. Ko bantah la macam mana pun, peningkatan tetap akan berlaku. Jangan kata harga yang dikawal kerajaan persekutuan sahaja, benda yang dikawal oleh kerajaan negeri seperti di Selangor juga ada yang naik termasuk la gaji2 MB, Speaker, Exco dan ADUN.


Kebanyakan yang aku kritik sebelum2 ni pun sebab terlalu banyak peningkatan harga berlaku dalam masa terdekat dengan jumlah peningkatan yang agak mendadak serta alasan2 peningkatan harga yang tak masuk akal, tapi ia tetap tak menjadikan aku lah yang paling betul. Sebab tu Prof. Dr. Muhaya ni cuba bagi solusi macam kita hendak menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat ini selain daripada marah kerajaan sahaja.
“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Mungkin ada orang yang akan kondem aku juga, tapi suka tak suka sekarang ini adalah masa di mana kita kena pandai menguruskan perbelanjaan kewangan kita, lihat balik apa keperluan, kemahuan dan kemampuan kita. Kalau keperluan kita lebih dari kemampuan kita, nak tak nak kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan pendapatan kita untuk tampung keperluan itu seperti buat kerja lebih masa, buat bisnes, kerja part time, freelance atau ternak ikan keli dan yang paling penting adalah lakukan penjimatan dalam perbelanjaan. Malah kalau korang pandai, dalam masa peningkatan harga ini lah korang ambik kesempatan untuk cari rezeki lebih.


Ni pun sekarang dah musim kembali ke sekolah, memang bulan ni banyak duit perlu guna lebih2 lagi kalau ramai anak yang bersekolah, so benda2 ni memang tak boleh nak elak, sebab tu merancang perbelanjaan tu penting. Dan kalau nampak ada orang2 terdekat dengan kita yang memang susah dan sangat memerlukan, tak salah kalau kita2 yang ada rezeki lebih sikit ni hulurkan sedikit bantuan kepada mereka untuk meringankan bebanan mereka. Kalau nak berharap orang2 besar dan berada ni bantu, korang pun faham realiti kebanyakannya macam mana, so jangan berharap sangat.


Dan nak kata Dr. Muhaya ni tak prihatin atau apa dengan masalah yang melanda seluruh rakyat Malaysia ni, dia dah jelaskan dalam penjelasan keduanya yang berlatarbelakangkan kolam (itu pun nak jadi isu):

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Ya, kita semua dah mengeluh, dah merungut, dah mengkritik, dah menghentam, malam ni pergi pula ke Dataran Merdeka untuk Perhimpunan Guling Kerajaan Perhimpunan TURUN 2013, so lepas tu apa? Aku percaya kerajaan takkan turunkan semula benda2 yang dah dinaikkan, mungkin setakat membatalkan apa2 yang belum dilaksanakan lagi, lagipun kerajaan pun baru umum 11 langkah penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan seperti berikut:
  • Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
  • Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Bagi aku langkah2 ni bagus sekurang2nya dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat ini di mana bukan sahaja rakyat perlu berjimat malah kerajaan juga. Namun walau pendekatan penjimatan kerajaan ini dibuat selepas Tun Mahathir menyekolahkan pentadbiran Najib di blog dan akhbar, serta saranan daripada Rafizi Ramli dan Ustaz Dr. Zaharuddin, tapi better late than never. Tapi macam biasa, masih banyak lagi suara2 sumbang tak puas hati dengan langkah penjimatan ini sedangkan kerajaan dah buat apa yang diorang mintak for the sake of nak menentang kerajaan sahaja. Buat benda buruk dah pasti kena kutuk, buat benda baik dan betul pun kena kutuk juga hanya sebab sentimen politik.


So siapa yang nak berhimpun malam ni untuk protes dan bantah siri kenaikan harga barang, terpulang, sebab hak berhimpun secara aman memang dah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia walau mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan di mana suatu perhimpunan seramai 5 orang atau lebih adalah menyalahi undang2 mengikut tujuan perhimpunan tersebut.

Bagi yang tak mau berhimpun dan tidak menyokong perhimpunan ini, tak perlu kutuk2 orang yang nak pergi berhimpun malam tahun baru ni. Kalau rasa nak duduk rumah berhimpun bersama keluarga, nak tidur ke, pergi sambutan ambang tahun baru kat Putrajaya ke, nak main bunga api ke, nak pergi masjid ke, terpulang. Tapi yang pergi berhimpun dan menyokong perhimpunan ni pun tak perlu nak kutuk2 juga mereka yang tak pergi dan tak menyokong hanya sebab mereka ada ideologi, pendapat dan pandangan yang berbeza.


Cuma setelah beberapa siri2 perhimpunan dan demonstrasi besar2an yang dilakukan sebelum2 ini, aku masih belum nampak apa2 impak yang ketara sebab bila berhimpun, kumpul ramai2, melaung2, pergi bergerak ke destinasi, bagi ucapan atau serah memorandum, pastu balik rumah. Pemimpin2 negara pun takde sorang pun yang peduli atau ada di situ untuk mendengar luahan perasaan korang. Hari2 esok kembali macam biasa, tiada apa pun yang berubah, hidup anda masih kekal sama.

Kalau nak tengok sesuatu betul2 berubah, sama ada korang yang berubah mencari sendiri solusi bagaimana untuk keluar dari bebanan hidup, atau tunggu jelah 4 tahun lagi masa PRU14. Itu pun kalau majoriti rakyat kawasan parlimen nak berubah lah. Serius, jangan lah berharap pada kerajaan sangat untuk ubah nasib kita. Kita bukannya hidup baru setahun dua, dah tahu sangat macam mana orang di atas memandang kita yang di bawah ni.




tags: turun perhimpunan demonstrasi demo rusuhan protes guling kerajaan himpunan turun bantah kos sara hidup harga tinggi meningkat dataran merdeka 31 disember 2013 pakai baju hitam polis jumpa bom emel rafizi ghous solusi keluar dari bebanan hidup prof dr muhaya kena bantai hentam dr fadzilah kamsah ustaz kazim elias dr maza ustaz asri perbezaan ideologi politik 11 langkah penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan potong elaun menteri tidak prihatin jangan boros tun mahathir che det blog jimat cermat the cost of government

43 ulasan:

  1. aku tak penah harapkan 'kerajaan ubah nasih' aku ni..
    Allah yg ubah nasib...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun tak mampu nk ubah nasih ko jendol.

      Padam
    2. aq pn xmampu nk ubah nasib ko cendol..

      Padam
    3. aku tak mau la hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. bila berbelanja, hanya ikut KEPERLUAN je.. aku pun ada KEMAHUAN. ada something yang aku idamkan.. side income boleh la buat seperti agen unit trust and insurance, tapi bukan full time sebab masa terikat dengan waktu bekerja. nak menambah lagi pekerjaan sampingan, aduh boleh kerat 4 la dah kot badan ni. kalau ada duit banyak lagi, boleh la joint venture ke, tapi yang kecik2 je la mampu.

      selalunya simpanan untuk target KEMAHUAN ini (seperti melancong dan bershopping tu pun time sale) kadang2 tak sampai target pun, sebab tiba2 kena repair kereta motor/ repair rumah/ saman / benda2 yang tiba2 tak dijangka.

      faham tak? aku tak nak hanya pagi2 bangun tidur pergi kerja, balik kerja uruskan rumah anak2, cuti sabtu ahad balik kampung atau duduk dirumah melayan family, ulang benda yang sama seumur hidup.

      Ini adalah contoh KEMAHUAN
      Teringin nak melancong? tak pe, tengok je 3H2M/ Romantika dalam TV tu.
      Teringin nak shopping barangan branded? tak pe, ko window shopping pun dah ok, tak pun, ko cium je bau kedai bundle tu.
      Teringin nak makan sedap sekali-sekala? tak payah, semua tu tak berkhasiat!
      Teringin nak hadiahkan parents something yang berharga? :(

      herrmmm.. so sad..

      Padam
    4. kalau dah ada KEMAHUAN mcm org kaya tp KEMAMPUAN masih rendah, kenala usaha lebih utk memenuhi nafsu KEMAHUAN sendiri tu. xkan kerajaan jgk kena tampung semua KEMAHUAN rakyat Malaysia. at least dpt tampung KEPERLUAN dah ckp bagus bg mereka yg benar2 MEMERLUKAN.

      Padam
    5. hahaha.. anon 4:56, kalau dah berusaha kerje siang malam, buat side income lagi. tapi nak memenuhi KEMAHUAN pun masih tak tercapai. tak payah KEMAHUAN tinggi membukitla, contoh cukup la pergi melancong dalam Malaysia, pun masih tak cukup duitnya. so macam mane? ko nak suruh berusaha lebih? lebih tu banyak mana? sampai anak keluarga terabai. cenggitu? then ko nak suruh manusia ni hidup just dalam life cycle yang flat ke? tidur-bangun-kerje pagi sampai petang-balik kerje - uruskan rumah-then sambung tidur balik.. berulang seumur hidup. macam tu?? just kais pagi makan pagi, ikut keperluan je.. macam tu?? hahahaha.. memang manusia yang tak de impian, cita-cita dan KEMAHUAN!!!

      point aku kat sini bukan nak cakap suruh Kerajaan tanggung KEMAHUAN rakyat, point aku kat sini, janganla kerajaan menambahkan bebanan rakyat dengan menaikkan harga barangan sehinggakan duit simpanan yang aku dah sediakan khas untuk nafsu KEMAHUAN aku terpaksa dikorek/dikikis/dipecahkan demi untuk membayar harga barang2 yang dah naik ni.

      ok la aku bagi contoh;
      sebelum ni budget minyak kereta aku sebulan rm300 sebulan. now dah lari jadi rm330 sebulan, touch&go aku sebulan rm100, kalau betul tol naik, aku kire sebulan kena rm150 pulak.. so total penambahan rm80.. tu baru minyak and touch&go. belum lagi makan dan lain2.

      kite hidup ni, sebenarnya bukan semata2 hanya nak memenuhi KEPERLUAN seharian tapi biarla sekali sekala merasa KEMAHUAN itu.

      aku pun punye KEMAHUAN
      KEMAHUAN seperti mengerjakan UMRAH/HAJI semasa badan masih sihat ni
      KEMAHUAN seperti BERZAKAT, bukan hanya menerima zakat/BR1M

      apa2pun, biarla apa yang kita buat tu seiring dunia dan akhirat.

      Padam
  2. "Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku."

    BalasPadam
  3. nice entri dan ulasan yang mantap noob..

    tulah, sebab kat Malaysia ni tak ada budaya "meraikan perbezaan pendapat, ideologi" yang kuat..
    asal tak sebulu je kena cop macai, asal tak sependapat je kena cop dengan benda2 jijik..ni terpakai untuk mana2 puak la..

    pasal Dr Muhaya, aku respek dia sebagai seorang motivator..dan penonton yang dengar pun kena ambil input tu dari sudut seorang motivator..bukan politik, ekonomi dan blablabla..

    untuk semua penulis dan pembaca buasir otak, selamat tahun baru 2014 :-)
    harap kita semua lagi produktif dan dapat bagi komen/pandangan secara matang :-)

    BalasPadam
  4. kdng cibai penyokong fuckatan menipu rakyat ni xboleh nak kena tegur langsung bila diorg kena tegur, memang maha c1ba1 2x5 je ngan BN

    "Seperti juga Ustaz Asri @ Dr. Maza, kalau time dia tegur pemimpin UMNO, orang PAS menyokong dan jadikan bahan rujukan. Bila time dia tegur pemimpin PAS, dia pulak kena kutuk balik. "

    nak org sokong korang ubah perangai supaya menerima teguran klu x smpi mampus la korg xkan berjaya

    BalasPadam
  5. 1. Himpunan guling kerajaan? Dulu himpunan shamsidar. Haha

    2. Wartawan sinar pun satu. Bab ekonomi pergi tanya motivator. aura positif negatif jerlah jawapannya. Cuba tanya prof jomo ker..prof nazari ker..tau la dorang kilas. Haha.

    3. ini nasihat dari hanip. Untuk negara yang korup. Yang hancur demokrasinya. Tidak ada apa lagi yang boleh diharap. Untuk bergantung. kalau ringgit malaysia makin tak bernilai cari dollar la bhai. Bangla takda spm pun boleh dapat dollar singapore. Indonesian takda spm pun jadi kontraktor kat malaysia.

    4. gerakan rakyat dimalaysia kena banyak belajar dari thailand. Dorang sangat organize. Nak buat bantahan bukan sekadar 2jam. Paling kurang 2minggu. Contoh himpunan malam ni aku anggap seperti himpunan biasa tak ubah seperti meraikan pesta demokrasi sahaja. malah aku tak setuju dorang sibuk berhimpun dikawasan yang umum telah maklum tempat biasa untuk rakyat bersuka ria. berhibur konsert. minum dan berjoget. cari tempat lain kalau boleh. kenapa nak ganggu orang lain nak berhibur?

    5. Bab tak boleh menerima perbezaan pendapat ni aku setuju. Bagi aku orang yang paling susah meraikan perbezaan pendapat siapa lagi kalau bukan anak kepada iskandar. 22 tahun memerintah hanya tahu isa musuh politiknya. Perkara ni membentuk satu circle dendam tidak berkesudahan kepada mangsa yang ditindas.

    6. Nasihat oleh orang yang kenyang perutnya manakan sama nasihat orang yang sama-sama kelaparan. Rujuk kisah umar oleh dr. Maza.

    7. Benarkah tidak ada barang yang harganya turun? Berlaku jujur pada diri masing-masing. Pernah beli emas ketika harga jatuh? pernah beli barang ketika harga diskaun? aku tau prof muhaya cerdik pandai. dia juga tahu di uk grocery store disana ada harga naik turun setiap hari. malah boleh cek online. harga ayam kat malaysia pun ada turun naik. aku beli toys pun ada turun naik. sebenarnya ini bukan isunya. isunya kuasa beli rakyat semakin jatuh. itu yang dirungut oleh ramai orang. jika dilihat dari dulu memang semua harga barang dan perkhidmatan menaik secara kasar. tapi kuasa beli rakyat waktu itu yang belum terjejas tidak menimbulkan kemarahan dorang. ringgit yang semakin lemah, hutang negara semakin meningkat hingga memaksa kerajaan menjual aset negara dan pengaliran wang haram keluar inilah yang merisaukan kita semua.

    8. last but not least. cuba korang invite prof motivasi ni bagi talk then bayar sejam rm50 macam buruh kasar terima gaji. tengok dia positif ke negatif.

    #mecha.



    BalasPadam
    Balasan
    1. hanip mana? hanip malaysiannews tu ke?? sori walau aku pn penyokong pembangkang tp aku dh hilang hormat pada dia kerana keangkuhannya yg melampau

      Padam
    2. bagaimana pula dengan cecair?? siapa menteri perdagangan uganda??

      Padam
    3. kau jgn main2 mat, aku panggil ustaz astronomi nanti lari kepanasan kau kena renjis2 dipilis

      Padam
    4. Rakyat malaysia penat nak buat bermingu2.. baru nak buat sehari demo pon dah takut kena tangkap huhu..

      Kerajaan BN the best :) apapon kerajaan BN kena tangani masalah ketirisan ekonomi sebab nak sekat rakyat ni bukan la mudah sekarang rakyat masih banyak sokong BN tapi sepuluh dua puluh tahun akan datang belum tahu.. kalau nak kekal dulu kini dan selamanya semua isu harus ditangani dengan baik dan kemakmuran negara dapat dikecapi bersama..

      Padam
  6. aq duk tengah2...tak sokong mana2 politik..even korang kutuk pun...maki ke.sedarlah harga barang xkan turun....sape lah nak dgr suara korang?..aq je yg duk baca apa yg korang tulis... ada ke menteri2 len baca apa yg ko tulis...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. apa jadahnya tiba2 lagu waris? waris pun nk gi berdemo jugak ke?

      Padam
    2. warikh ke waris?

      Padam
  8. ko dgr carta 40 era..ada la lgu waris...

    BalasPadam
  9. so dah ada org kena bom ke belum?

    BalasPadam
  10. Ulasan yg mantoop dari encik noob. Cuma bila kita disuruh bkerja lbih utk mendapatkan wang... masa utk kita berehat akan pendek. dan masa kita utk anak2 dan keluarga akan terjejas... anak2 akan kurang kasih sayang ibu bapa.. kesian.

    Midnite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu midnite, cuma pada pandangan saya, kalau tak nak kerja lebih masa dan korbankan masa untuk family pun takpe, cuma kita kena korbankan sedikit perbelanjaan lain terutama perbelanjaan kemahuan agar pendapatan kita boleh balance dan dapat menampung keperluan kita semula.

      Padam
    2. Korbankan Perbelanjaan ? Semalam aku pegi Pasaraya Hwa Tai kat Pasar Borong Pandan JB, aku tengok makcik2 beli barang rumah x penuh pun 1 troli. diorg ambik betul2 benda yang perlu. sebenarnya diorg dah lama adjust benda ni. x tau nak ejas mcmana lagi. Harap jangan bercakap atas kapasiti org yg gaji besar, tapi tanggungan kecil (maksudnya ade banyak balance gaji dia), tapi kena la pikir org2 kebanyakan yg gaji dia dah memang ngam2 je dengan perbelanjaan keluarga dia (tapi biasenye x pernah cukup pun). Bukan x bole nak adjust perbelanjaan, tapi kalau harga naik gila2 lagi lepas ni nak suruh ejas mcmana lagi? Ejas sampai makan nasi dengan kicap je ke? then what? X payah nak cakap pasal ganti barang skolah yg perlu sahaja, org yang susah mmg dah lama tau benda ni. inilah formula yg diorg guna sejak azali. kalau boleh jangan la susahkan lagi dengan kenaikan harga barang..
      Pape pun Tahniah, seperti biase , entri abg nub ni ade jgk baca kat tempat lain, tapi olahan yang sangat bagus, 4 bintang.

      Padam
    3. Solusinya kalau tak boleh korbankan perbelanjaan kerana keperluan dah melebihi pendapatan, berbalik kepada yang atas tadi, kena korbankan sedikit masa dan tenaga untuk cari pendapatan lebih dengan buat bisnes, over time, part time, freelance dan sebagainya, atau minta bantuan dari pusat zakat dan jabatan kebajikan. Apa lagi pilihan yang ada? Kalau nak tukar kerajaan, nak tak nak kena tunggu PRU14 nanti, tapi masih tak menjamin kemudahan dalam hidup kita.

      Padam
    4. Kembali kepada tuhan percaya keberkatan yang Allah berikan.. rezeki yang sedikit akan cukup dan berlebihan kalau berkat..

      Padam
    5. i love you noob sayang..Muahxx..

      Midnite

      Padam
    6. haha....love you too..

      Padam
    7. Babi anon atas menyamar jd aku

      Padam
    8. hahak.bknnya dy ckp perkara yg xelok..dy cuma luahkan cinta dy kt noob..biasalah manusia kdg2 dahagakan ksh syg,,fahami dan selamilah hati dy....

      Padam
    9. korang boleh aja datang ke masjid setiap hari khamis malam jumaat,

      selalunya dihidangkan juadah makan malam untuk jemaah selepas habis sembahyang isyak sekiranya ada buat tahlil pada malam itu.

      kemungkinan keikhlasan kita diragui, namun lebih elok dari pergi pusat membeli belah, tengok wayang atau makan di restoran.

      saya anggap ini langkah penjimatan baik untuk kita dan juga baik untuk kerohanian kita.

      tapi tak semua masjid/surau ada kapasiti sediakan juadah makan malam.

      Padam
  11. gila panjang noob,...tahniah terbaik

    BalasPadam
  12. kdg2 bagus jg harga brg naik...ia dpt mendidik kita supaya pandai menguruskan kewangan...tapi realitinya sukar utk kita berubah...mcm perokok tegar..mereka perlu berhenti atau krgkan merokok utk menjimatkan perbelanjaan....tapi ramai mana yang bleh berhenti merokok walaupun secara perlahan-lahan..aq rasa cket je...begitu jg dgn yg lain...kdg2 pebelanjaan kemahuan sudah menjadi suatu kemestian kpd mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul2....zaman skarang nie banyak kemahuan dah jadi keperluan..

      Padam
  13. so tadi malam apa ciittaaaaa?? kerajaan dah guling ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. adoii..logik la cket..ko ingt senang ke nk guling kerajaan?

      Padam
    3. bukan main lagi gebang nye.. hasil nye xde pun...buat habis duit je turun ke dataran merdeka..tu belum masuk kos topeng ntah pape tu....

      Padam
  14. saya suka ulasan prof muhaya :)

    BalasPadam
  15. Kerajaan BN ni ekclusif..
    Bila orang kritik kerajaan je dapat label pembakang hohoho
    Bila orang sokong langkah kerajaan dapat label machai..

    Tapi dalam kerajaan PR (negeri pemerintahan PR) tak pulak penkritik di label sebagai pembakang yang sokong langkah kerajaan PR tak pulak dilabel sebagai machai PR.. lol..


    Nak kondem Dr Muhaya watpe dia cakap dari konteks motivasi diri dan hati..
    Untuk meningkatkan kekuatan dalaman.. tenaga batin dalaman yang kuat bagi mengatasi apajua rintangan.. :)

    BalasPadam
  16. fuh, panjang lebar ditulisnya.

    BalasPadam
  17. Solusi yang gagal dihadamkan sesetengah pihak kerana sesungguhnya menunding jari itu lebih mudah berbanding berfikir. Kerajaan mahupun Pembangkang, pembayar cukai telah mengamanahkan anda dengan beberapa perkara. Laksanakan tanggungjawab.

    BalasPadam
  18. Kemahuan manusia takde batas. Bila dh berkeluarga, byk kemahuan kena dikorbankn utk anak2 wpun inya bermakna hidup akan jd flat, rutin yg sama je setip hari bertahun2. Mahu melancong, makan sedap mcm org bujang, jgnlah berkeluarga.

    Masing2 kena faham berkeluarga memerlukan pengorbanan yg sgt besar. X bole nak salahkan kerajaan selamanya bila hidup susah. Mcm noob ckp, org atas sana tu peduli apa dgn kita. Akhirnya kita jgk yg kena buat sesuatu. Salahkan mereka je xkan ubah apa2.

    Di satu sudut lain, org2 bujang harus bersyukur kerana beban mereka xla seteruk dgn org yg ada anak2 kecil.

    BalasPadam
  19. Alahai sian prof tue...
    Semua orang terkesan dengan kenaikan..
    So bergantung pd kita lak nak usaha lebih macamna nak atasi masalah harga tue..
    Duk mogok ke apa ke sama je..
    Bukan nak turunkan barang pun.. cuma nak bagi tekanan je..
    Solusinya tetap sama.
    Kan?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...