Rabu, 1 Januari 2014

33 Ambang Tahun Baru 2014 di seluruh Malaysia

Tahun 2014 telah pun muncul menggantikan tahun 2013 yang telah pun melabuhkan tirainya. Kedatangan Tahun 2014 ini disambut dengan pelbagai cara, ada yang menyambut dengan menonton pertunjukan bunga api, menghadiri konsert ambang tahun baru, mendengar ceramah agama, membaca kitab suci Al-Quran, berhimpun membantah kenaikan harga barang, tengok wayang, malah mungkin ada yang merempit dan juga tak ingat Tuhan menyambut bersama kekasih di hotel2 murah di ibu kota. Apa2 pun, jom kita saksikan antara gambar2 di ambang Tahun 2014 di sekitar negara.


Sambutan pertunjukan bunga api dan konsert:

Putrajaya
Putrajaya
KLCC
Bukit Bintang
Bukit Bintang
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka
I-City Shah Alam
Kota Bharu
Kota Kinabalu
Pulau Pinang

Sambutan dengan versi yang lebih Islamik:

Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bharu
Ceramah UAI Padang Haji Ahmad Badwi, Bagan
Ceramah UAI Padang Haji Ahmad Badwi, Bagan
Ceramah UAI Padang Kota, Pulau Pinang

Sambutan perhimpunan membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka:




















Sambutan di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:


Kredit gambar - Google (banyak sangat).

Walau siapa pun anda dan di mana pun anda, aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2014" kepada semua pembaca Buasir Otak tak kira yang sama atau berbeza ideologi, latar belakang, kaum, agama, jantina dan lain2. Semoga kita pada hari ini lebih baik dari yang semalam.

Berikut adalah perkongsian oleh seorang rakan FB:
Secara logiknya, adakah hari Tahun Baru ini memang istimewa?

Izinkan saya beritahu anda, perlu ke kita anggapnya sebagai sebuah hari yang istimewa dan menyambutnya dengan cara yang istimewa? Seperti bersungguh2 tunjuk semangat patriotik ketika menyambut Merdeka, kita menyambut hari lengkapnya pusingan bumi mengelilingi matahari pada 1 Januari, membuat amalan 2, 3 kali ganda masa bulan Ramadhan, belajar erti fitrah dan kemaafan hanya pada masa Aidilfitri dan nilai pengorbanan masa Aidiladha. Jujurnya, perlu kita lakukan sesuatu yang istimewa PADA HARI ITU SAHAJA?

Benda yang saya rasa istimewa adalah dengan membuat baik 24/7, belajar sejarah negara lebih daripada apa yang ada dalam buku teks, maafkan musuh ketat yang dah 10 tahun berperang tak sudah-sudah, korbankan sesuatu untuk yang memerlukan dan bersyukur selepas bangkit dari tidur dan semua ni tak perlu masa yang istimewa untuk lakukan perkara yang istimewa.

Setiap hari adalah istimewa kerana masih hidup atas rahmat Allah. Allah bukan bagi rahmat bukan setakat hari Jumaat dan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang hidup kita. Jika Allah tak memilih waktu untuk beri nikmat, rahmat dan terima taubat (kecuali bagi sesetengah perkara), kenapa kita tak cuba buat sesuatu yang istimewa untuk hari ini dengan tolong orang lain dan buat baik? Setiap pagi kita bangun adalah hari istimewa bagi kita

Kuro Kyoshiro
Jejaka yang melengkapkan (separuh) azam tahun 2013

Just nak inform, mulai tahun baru ni juga, aku akan agak sibuk dengan kehidupan di dunia nyata dan mungkin aku tak dapat update sekerap mungkin di dunia maya ini. So mungkin penulis lain akan membantu mengisi kekosongan itu, aku harap korang dapat memberi sokongan kepada mereka.




tags:selamat tahun baru 2014 koleksi gambar sambutan ambang tahun baru seluruh sekitar malaysia himpunan guling kerajaan turun harga barang laman web moe kpm kena hack

33 ulasan:

  1. 1st utk 2014..hahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konspirasi & fitnah jahat UMNO-BN

      Padam
  2. 1/1/2014, hari di mana orang begitu teruja sambut lengkapnya pusingan bumi mengeliligi matahari. sambutan pun tak munasabah pun, tak istimewa sangat, lebih daripada tukar kalendar or bertambah dekat dengan ajal.

    tetapi saya puji buat sambutan ceramah, sekurang-kurangnya ada altenatif untuk sambutan konsert ambang tahun baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang period pusingan bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun, tapi bukan tepat2 tahun baru..maybe pertengahan tahun 2013 sampai pertengahan tahun 2014 gitu......

      Padam
    2. Encik ahmad tukar dp profile awk leh??..sumpah mnyirap drh sy tgk..

      Padam
    3. tergelak aq baca komen ko anon..tahan je la anon..dah dy rasa diri dy handsome..nk wat cane..

      Padam
  3. Tahun bertukar angka. 2013 jadi 2014.
    Kita? Takkan taknak bertukar juga?
    Dari perangai buruk, cuba tukar jadi perangai baik sikit
    *nasihat utk diri sendiri dan semua*

    BalasPadam
  4. Selain ceramah uai kat penang, kat ipoh pun sama gak buat aktiviti keagamaan n nasyid

    Malas nak celebrate 2014..just berubah angka di hujung n x perlu celebration yg menghabiskan duit..better kita as muslim celebrate tahun hijrah yg kita kadang2 buat x tau kewujudannya selain just cuti umum

    2014 ialah tahun mencabar utk ekonomi semua rakyat...kenaikan harga mmg akan wujud x kira tahun ni atau tahun depan..tp pemimpin sibuk naikkan gaji mereka n rakyat just perhati je dr jauh tanpa kenaikkan sebanyak mereka.

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru kepada semua pembaca blog BO
    ceramah UAI tu bukan buat kat padang kota tapi kat padang haji ahmad badwi,bagan
    pada ak memang seronok pergi ceramah UAI dari pergi konsert-konsert walaupon ada jugak sikit-sikit dia pangkah kerajaan
    apa-apa pon malam tu aku terasa tak sia-sia aku sambut tahun baru dengan laungan takbir

    BalasPadam
  6. uia mai penang meriah gila xpayah nak pasang bunga api hehe
    jemput ke www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  7. tu la UIA senang xpayah pasang bunga api pun meriah
    jemput dtg : www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  8. semua hepi sambut tahun baru..aq sorang je yg sedih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takkanlah hang sorang je yg sedih dlm dunia ni??

      Padam
  9. nk list azam baru pd tahun 2014,,,azam tahun 2013 pun xtercapai lg..

    BalasPadam
  10. tahun ni berazam nk kawen secepat mungkin

    BalasPadam
  11. aku sentiase menyokong kalau ade penulis baru hehe.. tapi tolong ye, jangan la buat entri copy paste.. haha.. (mesti tekanan kan penulis baru tu.. ) hikhik.. anyway. Heppy New Year !! eh, lupa plak. Wish Happy New Year ni x haram ke..? mane la tau ni sume konspirasi Pihak tertentu utk meghakis akidah umat islam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni bkn nk bagi semangat...apelah...btw..happy new year..

      Padam
    2. abah kau!!! kalau aku jumpa budak wan ni kat luar, aku tetak2 leher kau sampai putus!!
      i lebiu aila...

      Padam
    3. mcm ni la melayu, bkn nk bg semangat, tau nk jatuhkan org je... dlm kepala hotak penuh dgn aura negatif je...

      wan tlg la tulis blog, aku x sabar nk komen & bg komen2 negatif kt entry ko...

      Padam
    4. amboii..bkn main lg ko brani nk tetak2 org...wan ni ada blog ke?apa nama blog dy...aq nk try jgk baca dy punya entry..kot2 penulisan dy mantap..mantap la sgt..huh

      Padam
  12. Happy new year noob! Always always with fresh juicy articles ha? Keep it up!

    BalasPadam
  13. Selamat 2014 noob dan team buasirotak:-)

    Jom sesama kita tukaq sikit/banyak attitude kepada yang lebih eloq :-)

    Hijrah selagi sempat:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  14. asal thn baru jer, konsert. tak de benda lain ker?

    BalasPadam
  15. Aku tau aku slowpoke, memandangkan aku jgk bz dgn kehidupan realiti. Selamat tahun baru 2014 utk noob dan fools syndicate.

    Malam tahun baru aku lepak2 di rumah tido je. Kl sesak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.