* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tema Minggu 11 - Karoot Komedia dan Silent Comedy
1. SEPAHTU
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: LMAO)
Diorang buat sketsa perlawanan bola antara Harimau Malaya dengan Super Lawak FC. Ada adegan tukar bendera, baling duit syiling sampai masuk baju Luna Maya yang agak lucah di situ, one two som dan lawak ulangan cium ular. Bagi sebuah persembahan komedi bisu, persembahan mereka agak bagus, cuma sebab malam ni ada 2 pusingan so rasa sekejap sangat persembahan peserta.
Rating juri: 3 bintang
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sepahtu buat lawak sambungan pasal Rahim bawak lari kereta Perodua Alza minggu lepas. Jep dan Shuib cari Rahim kat rumah dia nak mintak balik kereta, tapi Rahim salah faham ingat hadiah tu untuk pemenang Man of the Match minggu lepas. Banyak jugak gelak diorang ni tapi memang lawak gila.
Rating juri: 4 bintang
2. BOCEY
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: LMAO)
Bocey buat sketsa sukan sepak takraw pulak. Abam jadi tekong, lepas dia libas terus semput sebab perut bocor. Lepas tu diorang tampal gam pastu pam. Tapi dulu kumpulan Jambu pernah buat sketsa takraw ni dalam rancangan Lawak Minggu Ini.
Rating juri: 4 bintang
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Diorang buat sketsa pasal sekumpulan askar sedang berlatih kawad. Abam jadi tuan sebab banyak calit kat badan. Banyak punchline masa kawad macam berkawad menari, pusing ke belakang reverse parking, demo jalan itik dan buat jambatan manusia. Tapi yang bagusnya diorang gunakan betul2 kumpulan dikir barat karoot komedia tu untuk membantu persembahan diorang.
Rating juri: 4 bintang
3. NABIL
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: LMAO)
Nabil pergi ke perpustakaan kena sound sebab bising dengan tapak kaki, pasang lagu kat notebook lupa pasang kabel headphone, alarm kat jam tangan memekak, handphone pulak berdering sampai dia makan handphone tu. Tapi lawak kentut tu agak tak senonoh dan lama sangat.
Rating juri: 4 bintang
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Kali ni Nabil jadi jurujual guna loghat utara nak lelong kumpulan dikir barat tu. Kumpulan dikir barat tu boleh order lagu melayu bila aku kaya, lagu nasyid macam cantik macam comel, lagu Miley Cyrus Wrecking Ball belum download, boleh tengok cerita hindustan, drama cina, cerita romantik. Apa2pun isi dan idea2 dia memang kreatif.
Rating juri: 4 bintang
4. SYJ
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: LMAO)
Idea diorang dah bagus, diorang buat sketsa kartun Oggy and the Cockroaches. Lawak dan gerakan diorang memang macam kartun macam main2 lampu, bagi kek harijadi dan lain2. Aku faham lawak diorang, cuma mungkin Nora Danish dan orang lain ramai tak faham sebab tak tengok kartun 3 ekor lipas yang annoying tu.
Rating juri: 2 bintang
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Jehan jadi minah rempit, nak pergi merempit dengan balak dia. Yasin jadi atuk yang jaga Jehan. Syuk pulak jadi bapok jual donat. Diorang guna loghat utara dan banyak isi yang berkaitan dengan negeri Kedah, membuatkan mereka dapat banyak sorakan dari penonton. Cuma lawak donat tu aku tak faham sangat, tapi aku rasa mesti double meaning nih.
Rating juri: 4 bintang
5. SHIRO
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Ajak tengah pancing ikan, tetiba datang Shahrol nak mancing jugak tapi dengki bawak radio memekak kuat2, baling lalat kat Ajak. Ajak tak puas hati ajak wrestling lepas tu tiba2 menari haha.
Rating juri: 4 bintang
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: LMAO)
Ajak jadi orang tua jumpa doktor sebab sakit perut akibat keracunan makanan. Punchline lawak macam pa nama, what is your name, macam mana nak halang lalat makan nasi lemak, padam kaki lipas jadi lintah dan lain2. Cuma aku rasa AC masuk cepat sangat mungkin sebab dah over run.
Rating juri: 4 bintang
6. JAMBU
Silent Comedy - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Macam dulu, lawak silent Jambu memang merapu dan takde motif pun tapi itulah kekuatan diorang, memang kelakar. Pasal main tali skipping pun boleh jadi bahan lawak.
Karoot Komedia - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Diorang jadi 2 orang kaya pangkat Dato' main golf, pastu bincang pasal bisnes, saham merapu, dan bila sampai tang nak jadi besan tu paling karut gila, siap jadikan Nora Danish denga Syed Haikel anak diorang, Luna Maya jadi bini Tauke, dan paling tak boleh blah, suka hati kenakan Datuk Yusof Haslam jadi driver Yus hahahahahaha, pandai dia twist penonton. Ini adalah persembahan paling paling paling lawak untuk malam ni.
Rating juri: 4 bintang
Peserta yang tersingkir: SYJ
Kesimpulan:
Minggu ni aku puas hati. Rata2 semua lawak2 belaka dan tak mengecewakan, terutama pusingan Karoot Komedia tu, memang best. Bagi aku persembahan dalam gelanggang MLM2013 ni tak boleh lama2 sampai 6 7 minit, buat 3 4 minit je dah cukup, baru semua peserta akan cuba bagi punchline dengan banyak dan laju.
Macam aku cakap minggu lepas, yang tinggal sekarang semuanya top2 gun dan power2, so nak tak nak, akan ada juga salah satu peserta yang akan terkeluar walaupun persembahan mereka bagus, dan nampaknya nasib tidak menyebelahi SYJ apabila mereka tersingkir, namun walau mereka tersingkir, mereka tersingkir dengan bermaruah dan pasti orang akan ingat mereka sebagai salah seorang peserta terbaik dalam Maharaja Lawak.
Cuma aku agak pelik dengan sikap peminat2 peserta kegemaran mereka yang over dan fanatik yang selalu bagi komen2 butthurt. Dah macam macai parti politik pulak aku tengok. Yang ni dok kutuk yang sana, yang sana duk kutuk yang sini. Yang ni kata yang sana tak lawak, yang sana kata yang tu tak lawak. Bila peserta kegemaran mereka dikritik kerana persembahan agak kurang, habis kita pulak dikutuknya, termasukla juri2 habis semua kena berat sebelah lah, apa lah.
Tak boleh ke kita sokong je semua peserta dan bagi moral support pada mereka? Ada masa mereka naik, ada masa mereka turun. Kalau nak kritik persembahan mereka pun tak perlu kutuk, hina, caci maki. Diorang kat belakang stage semua kawan2, peminat2 pulak gaduh sama sendiri. Dan tak perlu kutuk orang lain sebab minat kat peserta yang bukan kita minat, sebab minat dan selera orang lain2. Kalau aku rasa peserta A lebih lawak dari peserta B, tapi kau rasa peserta B lebih lawak dari peserta A, apa masalahnya pun? Hak aku nak rasa siapa yang lawak, hak kau nak rasa siapa yang lawak, so tak payah kutuk2 dan perlekeh orang lain.
Lagipun siapa menang siapa kalah, semua tu dah memang rezeki. Kalau peserta yang buat persembahan best tapi tersingkir, nak buat macam mana sebab undian tak banyak. Kalau peserta yang tak lawak sangat tapi menang jadi juara, nak buat macam mana jugak, dah rezeki diorang sebab ramai peminat yang sanggup keluar duit mengundi mereka. Dan bila Shuib menang Man of the Match, walau ramai yang cakap Pak Yus yang lebih layak menang, nak buat macam mana lagi? Dah itu rezeki dia so tak payah kutuk2 sangat.
Ranking aku untuk persembahan Minggu 11:
Pusingan 1: Silent Comedy
1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
6. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 2 bintang)
Pusingan 2: Karoot Komedia
1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SYJ (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
6. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu sebelas minggu-11
Really I like your psot.
BalasPadamReally I pun dah jatuh cinta pada awak 'psot'
PadamJambu tk best pun kau ckp best..
BalasPadamjambu suka buat lawak merepek.. aku pening dengan lawak diorng.kalau sekali dua takpe lah ni selalu. SYJ pulak aku admit idorg lawak tpi aku paling benci org buat alak luch/double meaning
BalasPadamx perlu nak kutuk org buat lawak.. JAMBU DAH WAT ORG KETAWA BYK .. HEBAT LA TUE.. KALO KORANG X NAK KETAWA JAN KETAWA AND JANGAN MENGUTUK... MACAM PANDAI BUAT LAWAK... LU PIKIRLAH SENDRI KATA NABIL...
BalasPadamsepahtu lah kumpulan yg paling banyak kena kutuk..... tapi ada diorng melenting? takde kan? tu pun masih tak nampak. bodoh orang2 macam ni
BalasPadamTAPI JURI TAHUN NI PILIH KASIH MACAM BODOH SIAL
BalasPadamx bgs kata org b,,,oh s.al
Padambagus la juri bagi 4 bintang kat semua orang, ko nak apa lagi?
Padamstesen keretapi yg syj ckap tu port utk bapok
BalasPadamKan penah ad drama tajuk donat dulu kat astro cter pasal lelaki lembut ni...norman hakim ngan fizz fairuz plakon dia..perumpamaan nye luar nampak kasar, tp bila usik lembut rupenye..xdela double meaning sgt..
BalasPadamdatuk yusoff ckp babi dekat kat jambu...lol!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSepahtu Rotlfamao? Lawak ulangan pasal Kereta, man of the match. Part karoot komedia cuma part dikir awal2 je pastu mcm sesi syok bahan sendri...
BalasPadamSilent okay .
pelik la, asal lau luna maya komen geng2 MLM ni mcm xsuke je, awat?
BalasPadamKasihan SYJ. Dah tak de rezeki nak buat gane... Walaupun saya minatkan Bocey, overall persembahan SYJ sangat boleh tahan.
BalasPadam~Peminat Setia Abam Bocey
ape bende la nak gadoh2 sesama peminat...diorang buat lawak, tp kita bergaduh..diorang positif, tapi kita negatif...apa salah sokong sahaja yang lawak dan naikkan semangat yang tak lawak...ape der hal...
BalasPadamSpttnya jambu yg kuar..lwk bangang pn ada yg suka..mesti org umno..
BalasPadambetul tu...org umno je yg minat jambu ni.....
BalasPadamSepahtu untuk Karot Komedia lawak ulang ulang je. Hopefully next week fikir idea baru. Silent komedi okay. sampai mak aku pun gelak.
BalasPadam-Hana,Jep-riah-
saya rasa komen anda seperti sedikit bias kepada jambu. x semestinya lawak mengarut semua orang gelak. sepahtu pon banyak mengulang lawak. anyway, good review. thanks~
BalasPadamsepahtu patut keluar dari minggu pertama lagi.. dah la tak lawak pastu syok sendiri.... yg bangang fans sepahtu.. tak lawak kata lawak..
BalasPadamdlm byk2 peserta yg tinggal, aku plg respek kumpulan jambu & shiro, sbb diorg saling melengkapi antara satu sama lain, xde jadikan kawan sekumpulan sbg bahan lawak, mcm sepahtu asyik bahan shuib & rahim, bocey asyik bahan abam... nabil terkecuali sbb dia peserta solo.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUih jauhnya bola tu dato..~
BalasPadamjambu..bahahaha..