Jumaat, 17 Januari 2014

23 Kehidupan manusia sentiasa penuh dengan ujian

Kita dari kecil lagi sudah diajar untuk hidup demi suatu ujian. Kita sentiasa diajar untuk bersungguh menghadapi ujian agar mendapat keputusan yang cemerlang. Dari tadika dan sekolah rendah, kita sudah diasuh untuk belajar dan bersaing dengan rakan2 yang lain dalam pelajaran, dan segala yang telah kita belajar akan diuji dalam ujian dan peperiksaan yang akhirnya kita mendapat markah, tahu keputusan ujian kita dan kedudukan kita di antara murid yang lain.


Sehinggalah darjah 6, kita belajar demi menghadapi peperiksaan UPSR. Beberapa bulan kemudian, kita dapat tahu keputusan UPSR setelah ia keluar. Dengan keputusan inilah ia dapat membantu untuk menentukan sekolah menengah mana yang kita akan pergi sama ada sekolah menengah biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama, MRSM dan sebagainya.


3 tahun kemudian, sekali lagi kita diuji dengan peperiksaan PMR. Setelah bertungkus lumus belajar dan menjawab soalan, akhirnya setelah keputusan PMR keluar kita dapatlah tahu berapa A, B dan C yang kita perolehi. Dengan keputusan ini, ia dapat menentukan sekolah menengah atas atau kelas manakah yang layak kita masuk pada tingkatan 4 sama ada sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah agama, sekolah teknik, sekolah vokasional, kelas sains, kelas sastera, kelas perakaunan dan sebagainya.


Di tingkatan 5 pula, kita menghadapi pula ujian yang paling besar di alam persekolahan iaitu SPM. Pada ketika ini, kita bersungguh2 untuk mengulangkaji pelajaran, ibu bapa menghantar pula tuisyen, belikan pelbagai buku latih tubi, demi menghadapi SPM. Setelah berhempas pulas menjawap soalan SPM berbekalkan ilmu yang ada, beberapa bulan kemudian kita akan ketahui juga keputusan SPM kita akhirnya, dan dengan keputusan ini yang menjadi kayu ukur kemanakah hala tuju kita di alam pengajian tinggi.


Masuk pula kita ke kolej dan universiti mengambil diploma atau ijazah sarjana muda. Sekali lagi, kita belajar, belajar, belajar dan ambil ujian untuk setiap subjek pada setiap semester. Setelah beberapa tahun belajar di institut pengajian tinggi, akhirnya kita mendapat markah CGPA untuk segulung diploma/ijazah berdasarkan semua ujian2 yang kita dah lalui sebelum ini. Dan dengan keputusan inilah ia membantu kita untuk meneruskan kehidupan di fasa seterusnya iaitu alam pekerjaan.


Masuk ke alam pekerjaan, sekali lagi kita diuji mengikut bidang dan tugas pekerjaan kita. Ada yang kena menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, ada kerja yang perlu memenuhi objektif dan matlamat organisasi, ada tugas yang perlu memenuhi KPI harian, mingguan, bulanan dan tahunan, ada kerja yang memerlukan kita memerah otak, ada juga yang mengerah tenaga dan kudrat, namun akhirnya kita dapat tahu juga keputusan kerja kita sama ada berjaya disiapkan, mencapai KPI yang ditetapkan atau gagal, dan dihujungnya juga kita mendapat imbuhan dalam bentuk gaji, upah, pujian, sindiran, bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya.


Dari kecil lagi kita telah menghadapi pelbagai jenis ujian. Namun persamaan di antara ujian2 tersebut adalah kita di ajar bagaimana untuk menghadapi ujian tersebut dan di penghujungnya pasti kita akan dapat tahu keputusan ujian tersebut, malah kegagalan kita pada ujian tersebut tidaklah bermakna kita telah gagal selama2nya dan kita berpeluang menebus kegagalan tersebut di ujian2 yang seterusnya. Dan salah satu faktor yang menjadi pemangkin untuk kita terus berusaha adalah kerana pada akhirnya kita akan mengetahui hasil dan ganjaran yang akan kita perolehi sama ada baik atau tidak pada penghujung ujian tersebut.


Semua di atas adalah ujian2 yang kita pasti akan tahu akan hasil dan keputusannya yang membuatkan kita berusaha bersungguh2 mengejar hasil yang baik. Namun, bagaimana pula dengan dengan ujian yang kita perlu lalui namun takkan ada cara langsung untuk kita mengetahui apakah keputusan dan hasil daripada ujian kita, dan pada ketika kita dapat tahu keputusan ujian tersebut, ia sudah lagi tidak bermakna dan tdak boleh ditebus kembali selama2nya sekiranya kita gagal ujian tersebut?

Ya, itulah ujian Allah s.w.t kepada kita di muka dunia ini yang kita semua sedang lalui sebelum, sekarang ini dan akan datang. Kehidupan ini adalah sebuah ujian dan dunia adalah tempat ujian untuk seluruh manusia. Namun setiap orang ujiannya tidak sama. Ada ujian yang ringan, ada juga ujian yang berat, ada yang hidupnya seolah2 tidak diuji langsung. Kita semua juga telah diajar bagaimana untuk menghadapi dan melalui ujian2 dunia ini melalui Nabi Muhammad s.a.w serta para nabi dan rasul terdahulu.

Tidak seperti ujian2 lain, dalam ujian ini tiada sesiapa yang boleh menipu. Keputusan kepada ujian dunia ini pula tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan yang Esa, dan hanya Dia lah yang akan akan memutuskan sama ada kita berjaya atau gagal di penghujung ujian ini, dan gagalnya kita dalam ujian ini bermakna gagal lah kita buat selama2nya tanpa berpeluang untuk kita menebusnya kembali.


Akan tetapi, walau ujian ini adalah ujian yang terpenting dalam kehidupan, namun ujian inilah yang paling ramai orang tidak peduli dan ambil ringan, sedangkan kita pun tak akan dapat tahu adakah kita akan lulus atau gagal dalam ujian ini. Mungkin kerana kita makhluk yang bernama manusia ini tidak pernah nampak hasil dan keputusan daripada ujian tersebut membuatkan kita tidak pernah sedar yang setiap hari kita sedang melalui ujian dunia yang keputusannya sama ada berjaya atau gagal hanya kita akan ketahui selepas kita tamat melalui ujian2 ini di dunia.





tags: kehidupan dunia penuh ujian peperiksaan cabaran dugaan alam fana persinggahan sementara akhirat pembalasan kekal abadi tempat tinggal upsr pmr spm ipta ipts universiti result keputusan markah gred grade hasil ganjaran cgpa transkrip sijil diploma degree ijazah sarjana muda master phd konvokesyen graduation kerja kpi matlamat objektif meniru menipu cheat exam mati meninggal kubur berjaya gagal baik lulus

23 ulasan:

  1. Aku 1st segala-galaƱya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. berambus la kau sial...

      -presiden kote-

      Padam
    2. Tapi tak ada manusia lain yang pernah tanggung hebatnya ujian kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

      Padam
    3. Konspirasi UMNO-BN

      Padam
    4. Konspirasi & Fitnah Jahat UMNO-BN!

      Padam
  2. Ya, semua orang sudah sedia maklum akan perkara ini, namun tidak semua yang "sedar", dan ada juga yang prefer untuk tetap tidak sedarkan diri. A good reminder for all noob, salam Jumaat ^^

    BalasPadam
  3. thanks noob...somehow aku tgh tensen keje tetiba baca tulisan ko ni, rasa something sikit.

    thanks.

    BalasPadam
  4. Im gonna pop some tags Only got singgit setengah in my pocket Im hunting looking for a come up This is pocking awesome

    BalasPadam
  5. PETALING JAYA, Jan 14 — A Christian pastor has urged both Muslims and Christians to stop spreading their faith amid deepening tensions over the “Allah” row between the two Abrahamic religions.

    Rev Dr Hermen Shastri, general secretary of the Protestant umbrella body, Council of Churches of Malaysia (CCM), said that religious discourse could not continue if non-Muslims are prohibited from propagating their beliefs to Muslims, while the reverse is allowed under the law.

    “So it is better for Christians and Muslims to declare ‘we don’t proselytise anybody’, and we’ll live in peace,” Shastri told a forum on freedom of religion here last night that was mostly attended by non-Malays.



    Article 11(4) of the Federal Constitution prohibits non-Muslims from propagating their faith to Muslims, which has been used as the basis for various state laws throughout Malaysia — except for Penang, Sabah, Sarawak and the Federal Territories — to ban non-Muslims from using certain Arabic words and phrases, including the word for God, “Allah”.

    The Christian minority in Malaysia has been accused of attempting to proselytise to Muslims, with Terengganu Mufti Dr Zulkifly Muda reportedly commending the Selangor Islamic Religious Department (Jais) for confiscating Malay and Iban-language bibles to stem such purported conversion attempts.

    At the forum, Dr Ahmad Farouk Musa, chairman of Muslim think tank Islamic Renaissance Front (IRF), questioned why Muslims could not put themselves in the shoes of Christians who are banned from sharing their faith to Muslims.

    “If I were to live in Australia, and Australia says that I can’t share my beliefs with my friends, I’ll feel like I’m being persecuted,” said Ahmad Farouk.

    “Why can’t Muslims feel the same? Feel what Christian brothers feel when they are prevented from sharing what they believe. Just because we’re the majority in this country, we can do what we like? That’s wrong,” he added.

    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/for-peace-pastor-wants-muslims-christians-to-quit-converting-others#sthash.CMYkXHHX.dpuf

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Selalu ingat konsep ni "tokoh2 yg berjaya anda kenal kebanyakannya mengalami pelbagai kegagalan yg teruk sebelum mereka berjaya smpi terkenal di seluruh dunia"

    Jgm takut kegagalan, jgn putus asa n anda akan perolehi kejayaan kelak

    BalasPadam
  8. Pendapat aku sistem ujian yg pelajar lalui telah set otak belajar bahawa org yg berjaya adalah orang dapat A semua subjek, masuk U ternama, Kerja yg high status ala Mr. Arrogant. tetapi ujian Allah kepada manusia mendidik bukan final product tu penting bahkan proses pembelajaran sepanjang gapai objektif dan tahap konsisten dalam suatu tugasan(istiqamah) selain niat dan hubungan antara Allah dan manusia

    BalasPadam
  9. bila entry2 mcm ni barula aman sikit komen2 kt sini, kurg sikit komen2 dr macai. harap noob dpt bykkan lg entry mcm ni.

    BalasPadam
  10. nabi adam atau dinousar dlu atas muke bumi nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Apa kena mengena dgn topik tazkirah noob ni?

      Padam
    3. sebab ada kangkung dalam setiap roh..

      Padam
    4. to fauzi: kalau di atas muka bumi jwpnnya adalah dinosour. tapi kalau masa tu nabi adam dah wujud tp still ada di syurga sy x taulah

      Padam
  11. Berjayakah kita di sisi Tuhan Yang Maha Besar?
    Itu persoalannya...

    BalasPadam
  12. dinosaur dulu, leps dinosaur pupus time tu Nabi Adam A.S. diturunkan dimuka bumi :) zaman time tu pun binatang2 pra dinosaur pun masih ada lagi sebelum pupus,

    nice entry

    BalasPadam
  13. sobs..ujian terakhir yang maha besar tu lah yang orang dok selalu leka..tq for reminding..:-)

    btw, before upsr, ujian yang paling aku takut ialah nak melintas jalanraya dan bersunat..huhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.