Jumaat, 10 Januari 2014

39 Antara Sultan Melaka dan Raja Nusantara Langkasuka

Negeri Melaka kini bakal mempunyai Sultan baru iaitu Dymm Tuanku Raja Noor Jan Shah. Baginda mendakwa adalah pewaris keturunan Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam yang sebenar. Dah lama sebenarnya baginda sultan berjuang untuk menjadi sultan. Sebelum ini baginda Tuanku Raja Noor Jan Shah pernah mendakwa bahawa baginda adalah waris kesultanan negeri Perak menjadikan baginda Sultan ke-35 Negeri Perak dan Sultan ke-44 Negeri Melaka. Cuma baru2 ni kisah baginda jadi hangat semula kerana menuntut semula takhta Kesultanan Negeri Melaka dan dikatakan turut mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Download tongku, sembah patik harap diupload!


Kisah orang yang klaim sebagai raja kali ini berbeza dengan insan yang klaim diri sebagai Raja Nusantara Empayar Langkasuka, kerana Raja Nusantara Langkasuka ni tak ramai penyokong dan pengikut, malah takde orang angkat julang dia pakai tandu.


Tapi Sultan Melaka ni lain macam sikit, bukan sahaja ramai penyokong dan pengikut, malah ramai orang yang betul2 percaya bahawa beliau adalah Sultan Melaka yang sebenar, siap ada balairong, buat event yang grand2, dijemput ke majlis2 besar malah orang siap angkat pakai tandu, membuatkan kita tertanya2 betul ke beliau memang pewaris Sultan Melaka yang sebenar di mana ada benda yang orang lain tahu tapi kita tak tahu? Malah siap katanya dapat dana daripada tabung dunia RM1 Trillion, tu belum harta di alam ghaib lagi.








Photoshop fail
Carta salasilah keturunan Raja Kesultanan Melaka Darul Islam

Bagi aku kalau dia betul pun pewaris Sultan Melaka yang sebenar, tak menjadikan dia boleh sewenang2nya jadi Sultan dan klaim negeri itu dia punya. Kisah negeri Melaka mempunyai Sultan sudah menjadi sejarah. Ketika negara ditubuhkan sebagai negara berdaulat serta dalam Perlembagaan Negara, negeri Melaka memang tiada Sultan. Oleh itu kalau ada orang nak juga jadi Sultan, ia perlulah melalui peraturan dan undang2 yang telah wujud sekarang dan ianya perlu dipersetujui oleh rakyat, pemimpin dan raja2 yang ada sekarang. Kalau majoriti setuju mengubah undang2 dan Perlembagaan untuk mewujudkan Sultan bagi negeri Melaka, maka tiada masalah. Tapi nampaknya belum apa2 lagi Kerajaan Negeri Melaka dah tolak tuntutan Sultan Melaka ni.

Sama juga kes dengan Sultan Sulu dulu yang klaim Sabah dia punya. Memang dulu Sabah atau Borneo Utara itu dibawahnya, tapi sebab ada perjanjian bersejarah nenek moyang yang menyatakan negeri Sabah disewakan kepada Syarikat Overbeck sehingga tidak ada matahari dan bulan, maka tak bolehlah cucu cicit Sultan Sulu yang sekarang ini tiba2 je nak klaim balik Sabah dia punya. Kalau nak juga, kena la ikut peraturan dan persetujuan daripada pelbagai pihak.

Cuma yang kesiannya bila belum lagi jadi Sultan, dah ada orang fitnah cakap beliau nak pow rakyat Melaka dengan bayar ufti RM200 setiap seorang 2 bulan sekali bila dah berkuasa nanti, sampai murka la Sultan Melaka ni. Yang lagi kesian ramai pulak yang percaya. Kesian kesian.


Dan seperti juga Raja Nusantara Empayar Langkasuka yang sikit punya banyak fanpage parodi seperti di sini, sini dan sini, Sultan Melaka ni juga tak terlepas daripada dibuat bahan parodi. Sekarang ni pun dah ada akaun parodi di Facebook iaitu DYMM Tuanku Sultan Melaka dan juga di Twitter. Lagi kesian bila ada orang ingat akaun tu dia punya sampai kena bahan. Sekali lagi, kesian...


Yang paling tak boleh blah, tokoh2 ugama pun layan akaun Twitter palsu Sultan Melaka ni.



Aku baca ayat2 dia dah tau tu akaun tipu bukan tuan badan sendiri yang punya.


Tapi yang paling kelakarnya bila PTPTN pun boleh ambil serius dengan troll dari Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara pasal peminjam PTPTN tak perlu bayar hutang sampai siap report kat SKMM dan masuk surat khabar Kosmo!. Kalau benda macam tu pun ada orang nak percaya, memang tak tau la nak cakap apa kat korang ni.




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sultan melaka dymm tuanku raja noor jan shah raja nusantara empayar langkasuka ketum mahkamah keadilan antarabangsa icj waris kesultanan melayu melaka darul islam perak keturunan susur galur nasab carta salasilah keluarga panji hitam kutip cukai minta ufti offer tawar dr maza jadi mufti akaun facebook twitter palsu tipu fitnah parodi troll candy crush surat mansuh ptptn lapor skmm  

39 ulasan:

  1. sukur lahir dinegeri tidak ada sultan. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. negeri mana yg tidak ada sultan? semua negeri di malaysia pernah ada dan ada sultan...

      Padam
    2. betul tu..sabah sarawak pernah bersultan....pulau pinang pernah bersultan.....even singapore pun pernah bersultan

      Padam
  2. oh great, hiburan di awal tahun 2014... what's next?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kejak lagi gua nak klaim raja india...sebab gua ada darah shah jahan...korunk tunggu je kat berita...

      Padam
  3. jilaker bnyk betei sultan jadian.. lepas ni sultan apa plak muncul? sultan poloo pinang?

    BalasPadam
  4. macam2 la sekarang nie hehehe
    jemput www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  5. arrr...no komen...adoii laaaa..

    BalasPadam
  6. kejap Melaka, kejap Perak? mana satu ni?
    aku walaupun IC 08 (lahir di Perak) dan dibesarkan sepenuhnya di KL, aku tak nak lah ber sultan kan ni. Apa taraf akademik beliau?
    Sultan Azlan Shah pernah jadi peguam kat London. Tengok anak2 baginda semuanya educated spt yg kahwin dgn Tuanku Zara (sorry, lupa nama)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas kejatuhan melaka..... keturunan sultan pergi ke perak dan johor

      Padam
  7. tapi kan, kalau dia datang dari susur galur keturunan di raja Perak, kenapa dia nak jadi Sultan Melaka? ke sebab Melaka tak der Sultan, dia sibuk nak offer diri jadi sultan? ker canner?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut sejarah, sultan johor, perak dan melaka datang dari keluarga yang sama...

      Padam
    2. Sultan johor la ni dari keturunan temenggong...xdak kena mengena dgn melaka...

      Padam
    3. Sultan johor dari bangsa bugis.merampas takhta dari keturunan asal.alamak..demmmm..mampu aku kena buru pasni

      Padam
  8. zaman sekarang banyak orang bangang gila....gila nak jadi nabi, gila nak jadi raja, gila nak jadi pm...

    BalasPadam
  9. kalu buat carta salasilah keturunan mcm u, semua org boleh buat. semua boleh kelentong. sbb? kat carta tu x de letak bukti DNA ;-)

    tp mmg lawak la...aduyaiii...manusia gila kuasa ni

    BalasPadam
  10. pernah dengar ke prince of damansara? tu pun dah bangang melampau...macam taik...prince of noob gak terbaik...


    mana aila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mad..ko kan keturunan sultan sulu..taknak claim takhta ke? Ko nak biarkan kiram tu ambil tempat yg sepatutnye ko punye? Claim mad..jgn tak claim.ko jadi sultan..sabah tu ko amik la.malaysia bg free

      Padam
  11. bro noob....
    try baca blog ni bongkar penipuan surat pengiktirafan konon dari ICJ

    http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/kini-sesiapapun-boleh-menjadi-sultan.html

    BalasPadam
  12. sultan pertama negeri Perak ialah Sultan Mudzaffar Syah I - putera bekas Sultan Melaka ketika itu.. sekadar sharing daripada pembacaan.

    BalasPadam
  13. adoi la..mcm2 karenahlah..kenapa mesti sekarang.

    BalasPadam
  14. MAcam Haram Jadah!!! Sultan yang fail sejarah sejak azali lagi....

    BalasPadam
  15. Benda kat Internet skrg byk xleh percaya...buat isu hot sikit ramai yg percaya....belajarla ilmu selidik segala info samada betul atau x...byk profile fb n twitter yg fake, byk sgt penyanggak kat luar sana sbb kat internet boleh baling batu sembunyi tangan..kalau jenis yg boleh pandai godam id internet n buat kenyataan menghasut, lg huru hara negara dibuatnya

    Kalau ada akaun fb najib fake kata esok cuti umum,1 malaysia percaya n kena troll..pasal share ilmu atau info pun kdg2 boleh ajaran sesat ilmu atau agama. Pasal melaka ni...kalau betul dah dpt kelulusan dr mahkanah antarabangsa n conform ada rekod dr pihak sana..xde masalah nak minta keadilan..tp kalau mintak rn200 setiap penduduk melaka..nmpak benar penyanggaknya...semuanya sbb nak kejar dunia n wang.

    BalasPadam
  16. beta adalah sultan putrajaya dan cyberjaya, sila sebarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik tuanku..nak buka kelab mlm kat situ boleh?

      Padam
  17. Dimana aila ?

    -Balak aila-

    BalasPadam
  18. 2014 dimulakan dgn isu macam ni?
    Nak kelakar dah tak payah tgk MLM, layan facebook 'sultan' ni je pun dah terhibur hati...hahaha

    BalasPadam
  19. Prince of Noob yang pasal `PTPTN` tu mmg Tongku ketum serius.. tak caya search `HasbulJalil Bin Hassan` (account real tengku nusantara)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah lama follow fb dia..memang dia ni jenis cepat sentap..pantang buat lawak sikit...aku dah kena unfriend 2 kali...kadang2 aku tengok dia ni macam x betul je...

      Padam
  20. selalu baca fairy tales ni.. cinderella la.. snow white la.. tu yang nak jadi raja jugak tu..

    BalasPadam
  21. Gelabah nak jadi sultan. Byk lg keje lain ko boleh buat. Adeh la

    BalasPadam
  22. kahkahkah...tp mmg best r dorang dlm facebook..mmg klakar gile....kahkahkah!!!

    BalasPadam
  23. pergh...cam halaljadah...kuang3x.....

    BalasPadam
  24. Sap02 yg rembat slipa den kek surau lopeh isyak tadi silo pulang kan ko kak esah kodai simpang esok yo.dia nk guna g noreh xdo slipa sok..sekian mokaseh

    BalasPadam
  25. Salamelekom.den minto maap yo sobab abang bidin laki kak esah baru yo wassap den.kato e slipa tu tak hilang tapi abg bidin sorok kan sobab taknak kak esah g noreh sok.abg bidin kojo gad kek kilang sebikut kek snawang tu.kojo sip malam ajo.balik pagi kak esah xde g noreh.mano tahan.jadi disorok kan la slipa e tu.gitu la cito abg bidin tu td.sekian mokaseh...
    Ehhhh lupo plak aih..kak esah tu bini mudo abg bidin.jgan heboh2..takut kak jenab bini tuo nyo tau nanti bogadoh plak aih.mokaseh yo

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.