Sabtu, 4 Januari 2014

34 Dihalalkan darah peserta demonstrasi yang bughah

Sebelum ini, Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan BUGHAH (pemberontak)”.


“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
Sumber Malaysiakini.

Ustaz Dr Asri pula kemudiannya mengeluarkan komen beliau mengenai kenyataan Mufti Perak itu seperti di blognya:
Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang ‘so called’ agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan.

Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh. Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata. Dalam konteks hari ini, apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa?

Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah. Saya tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan.

Ekoran itu, Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung perkataan bughah yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan tahun baharu 2014.

Namun andai kata kalau ada orang yang fanatik atau ekstrim terhadap kerajaan, atau mungkin penguasa kerajaan, dan disebabkan kenyataan mufti Perak itu mereka mengambil tindakan sendiri memukul dan membunuh mana2 peserta perhimpunan TURUN yang mereka kenal atas alasan “dihalalkan darah golongan bughah", adakah tindakan akan diambil terhadap pembunuh atau mereka yang mengeluarkan kenyataan itu?



Jika sekiranya ada mana2 pemimpin atau agamawan daripada parti pembangkang yang mengeluarkan kenyataan seperti "dihalalkan darah golongan mereka yang menyokong kerajaan zalim", sudah pasti orang itu terus akan ditangkap atas dakwaan menghasut atau mengugut.



Seperti yang ditulis oleh Dr. Asri, tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata. Walau pun perhimpunan kat Malaysia ni kadang2 macam ganas, ada orang baling botol, baling batu, panjat tiang, rosakkan harta awam, tunjuk jari tengah, tapi rakyat Malaysia tak bodoh nak bawak pistol, senapang, bazooka untuk menentang dan menggulingkan kerajaan. Kalau diorang ada melakukan keganasan, tangkap saja dan bawa balai seperti biasa.



Secara logiknya kalau diorang bawak senjata pun, diorang tau diorang takkan menang nak lawan kerajaan yang ada pasukan polis dan tentera yang lebih ramai dengan kelengkapan senjata yang lebih canggih, sniper, kereta kebal, helikopter, jet pejuang dan lain2. Peserta2 yang berhimpun tu pun cuma jalan2 dekat tengah2 KL, pakai topeng, bawak sepanduk, nyanyi2, jerit2, dengar ucapan, dah penat lepas tu balik, esok pergi kerja macam biasa. Kalau diorang betul nak gulingkan kerajaan ke apa, baik diorang pergi berkumpul dekat Jabatan Perdana Menteri kat Putrajaya atau depan rumah Najib. Ini cuma berkumpul dekat Dataran Merdeka, bukan pusat pentadbiran kerajaan pun. Malah, Perdana Menteri dan pemimpin2 kerajaan lain bukannya ada kat situ untuk digulingkan pun.


Lagipun negara kita ini mengamalkan sistem pemerintahan dan undang2 yang bercampur aduk. Sistem pemerintahan kita menggunakan sistem monarki beraja berpelembagaan di samping demokrasi berparlimen. Orang bukan Islam boleh menjadi menteri dan pemimpin, di sesetengah negeri, orang bukan Islam boleh menjadi ketua. Undang2 awam kita pula walau negara kita agama persekutuannya Islam tapi undang2 awam yang digunapakai adalah undang2 British.

Berdasarkan laman web JAKIM, Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

So kalau mengikutkan situasi sistem pemerintahan dan undang2 yang digunapakai di Malaysia, yang mana satukah kumpulan orang yang beriman itu? Adakah kumpulan yang dipilih melalui sistem demokrasi untuk menjadi pemimpin hatta jika yang dipilih itu bukan orang Islam sekalipun, atau kumpulan yang menjadi pemimpin melalui keturunan sedangkan iman itu bukanlah sesuatu yang dapat diwarisi?

Aku harap lepas ni tak kira siapa, pemimpin ke, agamawan ke, ahli politik ke, sapa2 je, tolong la berhati2 dan fikir dulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan terutama yang berkaitan dengan nyawa manusia sebelum ia disalahanggap sebagai fatwa atau hukum sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Lagi koleksi gambar perhimpunan TURUN di sini.




tags: mufti perak tan sri harussani fatwa kenyataan komen peserta demo bughah halal darah bunuh tumpah ambil nyawa manusia derhaka kepada kerajaan hukum syarak himpunan turun gambar koleksi ambang tahun baru 31 12 2013 ustaz dr asri maza balas perjelas pandangan bidas rasmi bawa senjata api guling pm najib not here to hear solat tepi jalan kaki lima pakai kasut hukum awek wanita perempuan i'm malaysian not terrorist batal konsert naik pentas najwa latif kena raba twitter fitnah

34 ulasan:

  1. Darah rakyat sudah dihalalkan. Darah pejuang rakyat halallan toyyiban mungkin.

    Mungkin azam tahun 2014 ialah mati syahid; akhirnya? Oh
    - selesaikan hutang
    - perbanyakkan amal
    ^^,

    first?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedang tunggu jakim keluarkan sijil halal kemudian bolehlah aku libas budak2 ni dengan parang..parang aku ni dah lama x makan darah...

      Padam
    2. konfem ko yg mampus dulu ahmad.. kene libas dgn noob.

      Padam
    3. Harussani tu ejen UMNO-BN untuk buat konspirasi dan fitnah jahat

      Padam
  2. prooottttt!! Arghh!!

    BalasPadam
  3. dah terang-terang minta didamaikan, bukannya minta dibunuh.

    *penyelewengan ayat al-Quran oleh mufti bukan benda kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. damai abah ko! Kan dh diberi nasiht jgn wat kacau tpi tk mau dgr, sudahnya tkde pekdh pn, harga brg tetap tk brubah,.

      Padam
  4. Baik ko mampus je mad...annoying giler nengok kau....puih

    BalasPadam
    Balasan
    1. baiklah, aku g mampos sekarang! Jgn cari aku lagi....

      Padam
  5. korg ni bg la komen yg membina & menunjukkan kematangan sikit, ini tidak, komen mcm bangang terutama si ahmad yg pakai dp alang beez

    BalasPadam
  6. Perhimpunan aman kepala hotak...bikin kecoh ada la...sokong kenyataan Mufti Perak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepala bapak kau kecoh. Apasal burthrt? X dapat tngk bunga api ke?

      Padam
  7. gila mlampau kenyataan mufti ni.... nasihat kpd org ramai, klu ad fatwa yg meragukan sila rujuk byk ustaz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk bnyak ustaz..bukan ustak bini banyak tu je....

      Padam
    2. ustaz byk bini... hmmm... ooo ustaz fathul bari yg ada 2 bini tu kan? yg kawin kt siam dgn bini no. 2 tu kan? ok nanti wa tanya sama dia

      Padam
  8. terngentot mertua dipagi minggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak mertua ke? bahaya tu...

      Padam
  9. Golongan agamawan patut bersifat berkecuali dr segi politik.
    Barulah ada kuasa ketiga yang menentukan siapa yang betul antara kerajaan dan pembangkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yg berkecuali, tapi bila dia memberikan pendapat yg condong kepada sesuatu parti politik, mulalah dicop sebagai pengikut parti tersebut...tengok je lah dr Maza...

      Padam
  10. rakyat rosak kerana pemimpin,pemimpin rosak kerana ulama,ulama rosak kerana tamakkn harta & pangkat - Imam Al Ghazali

    BalasPadam
  11. selain pelacuran, jual agama juga bisnes tertua didunia. diengland dulu jual surat indulgence, di malaya jual fatoowa. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. zaman england lama dulu kalu ada wang, segala dosa boleh diampunkan pihak gereja. Zaman skrg pun xde bezanya. In fact, the muslims are repeating the same mistakes christians did hundreds years back.

      Padam
  12. mariah kari nyayi tiga lagu dibayar $ 1juta dolar!! Gila betol!

    BalasPadam
  13. Kenyataan harussani tu hanyalah satu lagi cubaan utk menekan rakyat kembali jadi mcm lembu, ikut saja apa yg disuruh. Kesn di sini, org semakin x hormat golongan agamawan. Its a good thing. Ini membuktikan agamawan hanyalah manusia biasa mcm kita dan kata2 mereka tidak boleh diikut bulat2 tanpa kita kaji dan fikir dulu.

    BalasPadam
  14. Macam inila... ape korang buat tu betul, tapi menganggu mereka yang mungkin dtg dengan kluarga, mungkin dlm tindakan kamu akan membuat ada yang tercedera... pernah dengar kata NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA... kamu berniat baik tapi cara yang salah, hasilnya pun salah gak... antaranya, harga barang tetap macam tu gak... lagi satu, kenapa mesti rakyat yang berubah, nak tau kenapa... sebab rakyat yang membentuk negara, untuk masa sekarang dan juga masa akan datang... kalau generasi sekarang tak dapat gunakan otak dengan betul, masa akan datang tentu takkan berubah... kita nak masa akan datang lebih baik, maka generasi anak muda sekarang kene mula menjadi baik.... perubahan tak boleh berlaku dalam sekelip mata, tapi mengambil masa yang lama untuk berlaku perubahan....

    BalasPadam
  15. Haha..ekstrem giler statement.nmpknya kebodohan dah menular di kalangan ahli agama.bukan stakat menteri2 saja. Skrang ni dah smpi level siapa yg bangkang..boleh dibunuh.ni demokrasi ke diktator?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.