Jumaat, 17 Januari 2014

29 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 10

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu ke-10 tinggal hanya 7 peserta, namun setakat ni masih hanya kekal 1 pusingan, bermakna tempoh persembahan lawak setiap peserta menjadi semakin panjang. Tema minggu ni adalah Radio. MLM2012 tahun lepas pernah buat juga tema radio pada minggu ke-8, tapi masa tu lebih pendek sebab ada 2 pusingan persembahan. Dan dalam banyak2 peserta, ada beberapa orang pernah dan sedang jadi DJ Radio macam Nabil, Syuk SYJ, Jep Sepahtu, Shiro dan lain2, so sama ada ia akan jadi satu kelebihan buat mereka, kena la tengok nanti. Apa2 pun, harap jangan ada persembahan yang asyik terjerit2 sampai telinga bingit dan jangan la buat lawak orang tua sakit lagi, serious tak kelakar. Oh ya, jangan juga buat lawak kangkung, silap haribulan kena gam masuk TV.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 10 - Radio

1. SYJ (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Jihan jadi DJ radio Sinar FM yang rabun, sekali 2 orang perompak datang nak rembat duit terkumpul peraduan RM85,000, sekali kantoi terus menyamar jadi artis jemputan AF Azhael. Tiba2 sistem down, DJ kena nyanyi lagu Sheila Majid, pastu Yasin nyanyi lagu Michael Jackson Smooth Criminal memang cara, last sekali segmen drama ke laut. Pembukaan yang memang best.

Rating juri: 4 bintang

2. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Nabil kali ni jadi despatch hantar pizza kat konti radio Sinar FM tapi semua orang rehat pergi rehat, so dia tunggu sampai kena angkat tepon. Bab request lagu chocolate cake, lagu gigit2 cuping telinga, lagu Mark Adam Pencuri tu memang kelakar, cuma bila dah akhir2 tu dah kelaut sikit.

Rating juri: 4 bintang

3. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Ajak jadi DJ Jamal Jamaluddin, Shahrol jadi cleaner nama Pak Din. Lepas tu Ajak mintak tolong Shahrol buat gaya untuk info cuaca, lepas tu dia buat suara kartun Spongebob Squarepants, ada pulak segmen sketsa radio berlakon jadi Nasir Bilal Khan. Last sekali putar lagu yang Yusof Haslam nyanyi masa minggu muzikal komedi siap buat remix memang terbaik.

Rating juri: 4 bintang

4. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Rahim kali ni jadi DJ, jemput kumpulan Sepahtu untuk temuramah. Lepas tu Jep dengan Shuib kecuali Rahim datang. Topik dia dari awal sampai habis hanya bahan Rahim kaw kaw punya sejak Rahim jadi Man of the Match minggu lalu, Rahim bawa lari kereta Alza yang diorang menang, sms tak jawab dan lain2. Memang lawak sebab nampak spontan dan bersahaja.

Rating juri: 4 bintang

5. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO)


Suhaimi jadi DJ Feeya Fuyo sampai patah kerusi konti, Ropi pulak jadi Fifi dan peminat fanatik ceroboh konti rasuah lolipop kat pak guard Nizam Sani. Ada laporan lalu lintas, cuaca dan last sekali lagu live Dato M Daud Kilau. Ada je punchline yang lawak cuma mungkin kureng sikit berbanding kumpulan2 lain.

Rating juri: 3 bintang

6. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Sorang DJ bawak anak pergi kerja kat konti tolak pakai troli sebab bini dia dah lari. Lepas tu anak dia kencing kat konti, jadi ustaz Izi kat segmen tazkirah, Achey jadi juruteknik bangla, lepas tu lapar makan wayar. Paling lawak bila balik saing 2 orang panjat si Abam. Tapi kalau ada anugerah lakonan dan jalan cerita terbaik, memang Bocey la pemenang dia.

Rating juri: 4 bintang

7. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kali ni Tauke jadi DJ, Yus yang jadi kontraktor baiki aircond pakai baju uniform pink tiba2 datang nak baiki aircond. Tauke kata jangan bising tapi buat bising jugak, siap ketuk2 meja pakai tukul apa kaitan dengan baiki aircondnya haha. Siap ajuk2 lepas tu merajuk. Cuma intro tu lambat sangat dan ending pun kurang sikit.

Rating juri: 3 bintang

Peserta yang tersingkir: COMEY

Kesimpulan: 

Mula2 aku ingat tema radio ni takkan menjadi sangat kerana mesti ramai yang buat benda sama, ada konti radio, jadi DJ, ada segmen, ada artis jemputan, ada pemanggil, tapi tak sangka rata2 semua OK. Takde yang terlalu kelaut. Even kumpulan Comey yang aku letak rangking terbawah pun bagi aku masih lagi lawak, cuma ada peserta lain yang lebih lawak dari mereka. Tapi still Comey terkeluar dengan bermaruah.

Bottom 3 minggu ni adalah Comey, Nabil dan Jambu. Penyingkiran Comey seperti sudah dijangka, so bermula minggu depan adalah pertarungan antara top2 gun MLM2013 kerana yang tinggal sekarang rata2 memang power. Keenam2 peserta yang tinggal bagi aku semua layak dah ke final, dan untuk 2 minggu lagi ni pasti salah satu atau 2 lagi peserta top gun yang akan tersingkir. So 2 minggu sebelum final ni adalah minggu kritikal di mana sapa2 je yang boleh terkeluar, sedikit kesilapan pasti mengundang penyingkiran.

Cuma kalau ikut aku, SYJ dan Bocey sebagai kumpulan yang baru, prestasi diorang memang bagus dan konsisten setiap minggu, cuma kekuatan Bocey adalah dengan membahan Abam. Nabil untuk MLM2013 agak berbeza dengan Nabil masa Raja Lawak 2 dan Maharaja Lawak 2011 dulu di mana Nabil yang boleh kata berkali2 ganda lebih bagus dari Nabil yang sekarang. Begitu juga dengan kumpulan Sepahtu, di mana aku anggap kumpulan Sepahtu dan Sepah yang dulu adalah 2 kumpulan yang berbeza, di mana kumpulan Sepah yang dulu jauh lebih bagus daripada Sepahtu yang sekarang. Sepahtu yang sekarang pun fokusnya banyak kepada membahan Rahim, di mana Sepah yang dulu banyak sketsa dan idea2 yang lebih bagus.

Shiro bagi aku sama sahaja dari zaman Raja Lawak dan MLM2012 takde apa yang berubah, cuma kali ni diorang berjaya menghilangkan bayang2 kumpulan Sepah. Jambu, dah 3 kali bertanding bersama termasuk ML2011 dan juga MLM2012. Kalau ikutkan, aku lebih suka Jambu masa ML2011 kerana masa tu masih baru dan penuh dengan kejutan, Jambu masa MLM2012 pun OK cuma diorang macam lost terutama masa nak dekat2 final. Jambu yang sekarang ni pula bukan tak bagus, cuma mungkin orang dah boleh baca gaya lawak mereka so elemen kejutan tu dah kurang.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 10:

1. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SYJ (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
6. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
7. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-10

29 ulasan:

  1. malam ni comey atau syj keluar...kalau x keluar aku potong telinga...

    BalasPadam
  2. ahmad, ko bernazar apa
    tadi kt batu cave?

    BalasPadam
  3. Salute laa dgn lu bro..lum strt dh tulis siap2..lu pnye review mmg byk mmbntu so xpyh laa aku tgk sume..papehal pn mggu lpas mmg bzir ms aku tgk even tgk utube..aku rs cm xbest lgsg cmpare dgn mggu2 sblumnye..hope mlm ni much2 btter than bfore..really hope 2 watch nabil dgn lawak2 fresh n killer, bkn lawak repeat or basi..

    BalasPadam
  4. Jambu spttnya rotflmao..lawak dia matang..tkde jerit2..ada isi ngan jalan cerita..tk syok sendiri mcm sepahtu..jambu lg best dr syj,nabil ngan sepahtu..

    BalasPadam
  5. haha nabil minggu ni best pulak haha2 kelakar2, plzz nabil u can do it!!! huhu dia ni naik turun naik turun huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala memang kena sangat pun ngan Barang naik tu tu sebb dia naik turun2 ala2 kangkung :P

      Padam
  6. Luna maya pakaian dia mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa je....huhu...comey keluar... selamat telinga aku...rata2 malam ni semua membosankan...

      Padam
  7. standard asal tema radio je mesti ada tukang cleaner atau tukang repair kacau dj...dah takde benda lain ke nak buat? boring siakk...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...aku tengok komen2 Ahmad makin mengarut je...Please matured sikit Ahmad....


      Padam
    2. wa alaikum salam wa rahmatullahi wa barakatuh ya cik puan saidatina huda dini aqilah.....



      come on la...aku tulis nak potong telinga je ko dah meraban ni dah kenapa? aku nak berlawak sikit pun tak boleh...ni kan segmen maharaja lawak...sporting la sikit...kenapa serius sangat?? minggu ke 8 tu aku x potong sebab tiada penyingkiran... dan kenapa ko nak butthurt?? sakit mata?? gi makan ubat la.....

      cik ni suci sangat ke??



      dah kenapa asal aku komen je mesti ada yg buat perangai suci...padahal ramai jugak yg komen lagi teruk dari aku kenapa x tegur?? ingat aku sorang je ke kat blog ni?? aku komen baik2 xde pulak nak puji?? di maki lagi ada lah....




      pagi2 lagi sudah buat gua hangin...

      Padam
    3. Ha yalah kau tu... mencarut kat laman web dulu2 tu apa benda? Aku doakan kau berubahlah Ahmad... heh aku rasa cakap elok2 pun tak guna dengan orang cam kau ni? Aku doakan ko berubah la... budak baru nak up? Kebende komen ko? Gilo ko apa? Tegur sikit dah dituduh nak up... haih la...

      Padam
  9. sy bukan suka ahmad sebab menjengkelkan tapi sy juga menyampah dengan perangai melayu cam anda.sikit -sikit doakan keburukan org di akhirat, sikit sikit ugut pakai agama. doakan dia berubah sudahlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'anda' di sini merujuk kepada huda dini budak baru nak up di atas

      Padam
    2. banyak betul nak jadi ustazah tapi x ada ilmu..

      Padam
    3. Kau tu komen kdg tu mengarut sgt..Mmng org x suke...ni bukan blog ASG tmpat kanak berblog....

      Padam
    4. Anda doakan dia? Kalau iya, bagus sangat. Kalau tidak, ternyata anda ini cumalah orang yang pandai cakap tak tahu buat. Saya menegur sbb si AHMAD ni dah mula asal dulu lagi. Peduli tak ada penyingkiran ka apa? Potonglah ***** kau tu. Doakanlah dia. Manusia mana pernah suci, Ahmad. Nak panggil encik pun langsung hilang hormat. Nak bergurau agak-agak... aku tak cakap fasal telinga engkau tetapi merujuk semua perkataan kau dulu. Sakit mata makan ubat? Nampak sangat tak lulus sekolah. Butthurt? What a ....! Encik rabun ka? Ditulis Sakit mata bukannya butthurt... agaknya encik yang butthurt kut...

      Padam
    5. Anda merujuk kpd sape tu??

      Padam
  10. Lagi best sepahtu + rahim berbanding dgn sepah + mamat.
    Rahim tu sendiri boleh buat lawak.
    Mamat jongos tu mana lawak pun.
    Annoying ada lah.
    Klu lawak pun, sbb skrip mmg lawak.
    Nak nampak lawak spontan, mmg idok ler.

    BalasPadam


  11. CUBA BAGI AKU SATU CONTOH KOMEN YANG BAIK??

    BalasPadam
  12. Oh, pulis! Ayat pun tunggang-langgang lucah. Contoh? Saidatina? Sape yang layak sangat jadi Saidatina? Weh Ahmad, mana ko tau dia nak jadi ustazah? Up lorr... Tanpa Nama komen tu, hang tau ka budak tu niat apa... nawaitu apa??? Hang main tibai? Hang dak pernah doa orang buruk-buruk ka? Sok suci sangat... kalau dah macam tu sama ajalah hang dengan 'Ahmad'. Berapa ramailah sangat yang doakan A***d tu berubah? Cik Tanpa Nama doakan ker??? Hangin ko takpe Ahmad, jange Allah yang angin udah ler.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi seorang ugut pakai agama, pakai Allah. dey makhluk, mana boleh doakan keburukan org lain. tulah bajet suci sangat. adab berdoa pun tak tau

      Padam
  13. Ape kaitan topik ni dgn Ahmad????kalau mcm ni, next topik pasal Ahmad ye Admin..




    (Nuck Juan)

    BalasPadam
  14. sudah-sudah lah tu.....sikit punya hal pun mau gaduh ka....

    BalasPadam
  15. Komen dan pendapat yang terbaik. Thumbs up!

    BalasPadam
  16. Apakah lagu yang selepas lagu gigit2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.