Iklan Leaderboard

Isnin, 20 Januari 2014

28 Macai politik yang kurang matang dan gangster

Mula2 seorang ahli parlimen Machang Bubok dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan flashmob atau gimik pasal isu kangkung dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak sebagai protes terhadap kenaikan harga barang.




Walau aku pun rasa kenyataan PM pasal kangkung tu agak kelakar dan beliau boleh bagi contoh yang lebih baik daripada kangkung, tapi tindakan diorang buat replika dan sumbat dengan kangkung aku tak rasa kelakar pun. Bukan sebab PM aku melayu, bukan sebab yang buat tu kebanyakannya orang cina, cuma bagi aku walau korang benci pun kat Najib, tak perlulah buat gimik2 kurang matang macam ni. Banyak lagi cara yang lebih cerdik boleh dibuat untuk protes isu kenaikan harga barang ni. At least hormatlah dia sebagai ketua kerajaan kita.

Ada yang kaitkan isu menghina dan mengejek PM ini dengan kaum cina, tapi bukan semua yang mengutuk dan mengejek PM tu orang cina, kaum lain pun ada termasuk melayu sendiri. Kalau dah benci tu tak kira la kaum apa pun. Ni bukan pertama kali PM dan pemimpin BN dilakukan sedemikian, sebelum2 ni pun ramai dah pernah berkelakuan biadap dan tak sopan seperti masa demo mansuh PTPTN, perhimpunan Janji Demokrasi dan lain2.






Penyokong PR pun mesti tak suka kalau gambar dan replika pemimpin2 korang dibuat begitu oleh penyokong2 BN kan?






Tayangan perdana senaman jubur

Kenapa la politik negara kita ni masih macam budak2? Pijak, kencing, pukul, ludah, bakar, membontot dan macam2 lagi terhadap gambar2 para pemimpin tak kira la pemimpin BN atau PR. Ntah apa yang korang dapat aku pun tak tahu.

Tapi yang paling tak boleh blah, rentetan daripada isu replika Najib kena sumbat kangkung, lebih 3,000 penyokong BN membuat  demonstrasi jalanan Himpunan "Aman" menyokong Perdana Menteri dengan berarak untuk protes dan membantah ahli parlimen PKR, Khai Loon kerana telah menghina PM dan juga melayu.

Pantang ajal sebelum maut? Selama ni aku ingat pantang maut sebelum ajal.


Lee Khai Loon tu orang PKR, tiba2 DAP pulak yang kena? PAS mana taknak libat sekali ke?
Siap ugut dengan tragedi 13 Mei lagi.
Buruk akibatnya? Kalau cabar kena pukul ke? Gangster betul melayu nih.



Polis buat apa kat situ? Ohh ini Perhimpunan "Aman", tak perlu halang dan haramkan pun.

PEKIDA pun ada? Ingat penyokong UMNO je.


Perhimpunan "aman" ini sampai ke kemuncak dan bertukar menjadi kecoh apabila peserta demo membelasah pemuda cina yang dikatakan kata2 "melayu bodoh" kepada mereka. Walau setakat ni takde bukti yang cina tu kata melayu bodoh sebab video yang ada tau2 dia dah kena belasah, tapi takkan itu je ke yang melayu boleh buat? Itu ke yang dimaksudkan jangan cabar ketuanan melayu, jika tidak buruk akibatnya? Takkan melayu cuma mampu pukul orang, belasah ramai2, mengugut, gertak, mengecam dan menakut2kan orang lain? Oh sangat amannya perhimpunan ini sampai pihak berkuasa takde nak halang2 laluan.




Takde pun aku dengar ada orang cina atau bangsa lain yang cuba mengancam nyawa dan melancarkan perang berdarah terhadap orang melayu sampai kita boleh nak declare war dengan mereka siap ungkit peristiwa 13 Mei. Sikit2 nak pukul, sikit2 bagi amaran, sikit2 gertak. Come on lah melayu, we can do better than this.




tags: himpunan aman menyokong perdana menteri ds najib razak ahli parlimen machang bubok pkr lee khai loon sumbat masuk sayur kangkung dalam mulut replika pm pulau pinang biadap kurang ajar demonstrasi demo protes bantah sepanduk dap ugut kecam takut 13 mei 1969 mahu lagi ke benci anti melayu pemuda cina kena pukul belasah kutuk hina kata melayu bodoh koleksi gambar pijak kencing bakar gambar pemimpin bn pr anwar ibrahim lim guan eng lim kit siang tok guru nik aziz nik mat awang hadi

28 ulasan:

  1. pertama kali aku bukan maca1 mcm amad fake itu!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2nd, tapi kdg org cina pkr tu terlebih syok sendiri buat "event" mcm tu memang kena sgt la...

      Padam
    2. Itu aje ke orang PKR boleh buat? Sumbat Kangkung dalam mulut replika tu je?

      Padam
    3. selama 56 tahun umno hanya dapat lahirkan penari gelek punggung depan rumah ..hu hu..ekonomi entah ke mana..

      Padam
  2. kita perlu bertindak 'rasional' bukan bertindak 'rasasi*l' ,
    demokrasi bukan balas-membalas cemuhan tapi balas-membalas idea :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah... mcm mana la nak expect budak2 untuk hormat kat org tua kalau perangai dorang yg level pakcik makcik atok nenek ni semua perangai tahap mengalahkan budak2 kecik yg bermasalah? lepas tu masing2 pakat dok heran apsal lerr budak2 sekarang ni ramai yg problematic... isk isk, sampai bila2 pun takkan selesai masalah cmni...

      Padam
  3. Tok harussani xmau kuar fatWa bughah ke dkt puak2 ni. Time org bhimpun dkt dataran lantang je kuar fatwa. kih3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aq tak sokong mana2 pon tapi noob cuba tengok kes cikgu mualaf kena ugut dgn pengetua cina.aku rasa cina memang rasis.

      Padam
    2. ya, memang ada cina yang rasis, sama juga ada melayu yang rasis. yang rasis ini individu, bukan mewakili kaum. tak boleh generalize asal ada cina yang rasis, semua cina rasis, asal ada melayu yang rasis, semua melayu rasis. tapi kalau anda rasa semua cina rasis, secara tak sedar anda pun sebenarnya seorang melayu yang rasis.

      Padam
  4. Astagfirullah al adzim...sampai macam ni sekali... apakah ini tanda2 kiamat akan melanda tak lama lagi??

    BalasPadam
  5. sama2 lah kita perbanyakkan amal ibadah kita sebagai bekalan menghadap illahi..

    BalasPadam
  6. pekida + perkasa diharamkan ....aku rasa malaysia aman balik..mereka ni kaki kipas api perkauman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 tu x cukup, bahkan ada lagi persatuan dan individu yg kipas benda sensatif macam ni x kira NGO mana Penyokong Politik mana

      Padam
  7. Penin penin.. PRU14 ni tak tau nak undi sapa. Undi PR sama jugak, kata orang pakai mercedes membazir, sendiri pakai boleh ja.. Undi BN, duit cukai bayak habis kat kroni tender.. Antara Coca Cola & Pepsi mana nak minum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wtpe penin2 ko mnum je tigeer bir

      Padam
  8. Melayu kan satu bangsa yg beremosi. X heranla byk perkataan dan perbuatan yg menggambarkan emosi.

    Aktiviti2 bodoh masa demo ni aku rs sementara je. Kita pun baru dpt kebebasan buat demo. Sedikit2, aktiviti2 demo akan menjadi lebih bijak bila lebih ramai org sedar kebodohan tindakan mereka.

    BalasPadam
  9. kesian. kerana kangkong sampai nak perang bagai. walaupun isu kangkoong nih umpama punchbag untok pm, tapi ramai tak sedar secara tak langsung semua rakyat kena game dengan isu kangkong tu sendiri. sama seperti isu nama allah, bughah bla..bla..jadi candu. akhirnya sgd1 dah sama rm2.6. kesian..pastu setiap bulan merungut barang makin mahal. dalam tak sedar nilai gaji setiap bulan yang kita dapat makin susut. kesian..


    salam1melayu

    BalasPadam
  10. Politics of hatred macam ni umpama minum coca-cola: sedap, seronok dan best tapi menghakis tulang dari dalam, buatkan kita sakit jika diamalkan.

    BalasPadam
  11. Bodoh cina pkr tu.... pala hotak kau... apasai ko hina hero i ye? Nak mampoih ke? Dah la konel sanders tu dikait ngan kfc (ayam goreng) ... nape ko gi sumbat kangkung ? Lgipon koslaw kfc xde kangkong ok? Celaka

    BalasPadam
  12. aik...PR buat demo sampai berdarah darah wartawan boleh plak geng PR sokong
    bila kena buat demo balik dah bising plak.

    kan ke umat Islam pun berdemo kat mekah bak kata ostat pas

    BalasPadam
  13. yg troll najib org pkr tp macai umno duk marah org DAP

    BalasPadam
  14. Kesimpulan. .x perlu jd macai BN n PR...nmpk sgt kebodohan masing2 n pemimpin terlibat senyum riang sbb penyokong buat kerja dia. Jd rakyat biasa yg perhatikan gelagat parti kedua2 pihak n nilai sebelum pru14.

    BalasPadam
  15. isu kangkong,siap ad replika lg,. Haha,xyah la nak b'demo truk sgt laa.. Buat lawak je.. Pekida pn join? Hbat2.. Buat la demo yg mtang skit laa,, malu la ak tgok..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...