Khamis, 21 Februari 2013

70 Imej orang lain busuk kerana pencacai

Politik di Malaysia amat sensitif dan tak pernah matang. Demokrasi yang diamalkan sangat palsu. Ketaksuban kepada politik sahaja boleh menyebabkan suami isteri boleh bercerai, rakan2 boleh bertumbuk, adik beradik boleh putus saudara. Hanya kerana perbezaan ideologi politik, orang dihina2 dan dipulau2kan. Sebab itu sesetengah orang ada yang menyatakan sokongan mereka terhadap sesebuah parti politik secara terbuka dan ada juga yang menyokong mana2 parti politik secara tertutup. Kalau dulu aku ada tulis imej parti busuk kerana pencacai, kali ini imej orang lain busuk kerana pencacai.


Biasanya bagi seorang yang terkenal atau selebriti, kebanyakannya memilih untuk tidak menyata dan berbicara secara terbuka parti mana yang mereka sokong malah tidak mengkritik mana2 parti politik yang tidak disokong secara terbuka untuk menjaga hati dan agar tidak hilang sokongan dan respek dari peminat2 mereka. Peminat cenderung untuk meninggalkan dan tidak menyokong mereka lagi sekiranya mereka mengkritik mana2 parti politik secara terbuka terutama bagi peminat yang berlainan ideologi parti politik.

Abby Abadi yang semua maklum menyokong PAS. Sumber gambar.
Pelawak2 dalam Bangkang dari longkang yang jelas ideologi politiknya.
Selain daripada selebriti yang kita jelas tahu pegangan politik mereka seperti Awie, Bob Lokman, Afdlin Shauki, Johan, Nabil, Zed Zaidi, Abby Abadi dan sebagainya, kita tidak tahu apakah ideologi politik Zizan Razak, Neelofa, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Tahir, Hafiz, Lee Chong Wei, Safee Sali, Nicol David, Nazmi Faiz dan ramai lagi selebriti serta personaliti. Bagi aku pendirian individu samada untuk menyokong secara terbuka atau tertutup itu suatu yang harus kita respek dan hormat.

Orang berselindung di sebalik topeng Tong dan Ngong yang tidak mahu mendedahkan identiti mereka.
Zizan Razak yang pernah dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu
Tapi bila aku terbaca kat blog Oh Gadis Itu yang mempunyai video rakaman komen Dato' Fadzilah Kamsah terhadap PAS, aku jadi kesian. Aku kesian bukan kerana ideologi politiknya, bukan kerana komen dan kritikannya, tapi aku kesian kerana selama ini pakar motivasi ini tidak pernah secara terbuka membicarakan tentang politik samada di kaca TV, ceramah2, blog, Facebook, Youtube dan lain2, tapi kerana video itu, kini nama dan reputasinya telah tercalar terutama di kalangan peminat2 beliau yang berlainan ideologi politik.


Kalau dilihat pada video itu, dengan rakamannya yang bergoyang2, titik fokus yang terlalu rapat pada muka, dan cara temuramah tu dikendalikan, ia seperti sebuah perbualan secara peribadi di antara DFK dan penemuramah dan kelihatan seperti rakaman dibuat secara curi2. Aku ada komen kat video tu bertanyakan kepada uploader adakah DFK telah sedia maklum yang rakaman ini dibuat dan dia tahu malah memberi kebenaran yang video ini akan diupload di Youtube, namun tiada balasan.


So kalau dia baca blog aku ni (kebarangkalian 1 dalam 1000), aku nak tanya balik, adakah DFK tahu yang perbualan itu dirakam dan telah sedia maklum dan memberi kebenaran untuk ia diupload di Youtube? Kalau ada, aku stop sampai sini sahaja.

Tapi kalau takde, aku rasa amat kasihan pada beliau. Hanya kerana kerakusan penyokong2 taksub dan pencacai politik ini nak mendapatkan sokongan daripada orang2 ternama, secara tidak langsung mereka sebenarnya telah mencemarkan reputasi orang2 ternama yang berada di pihak mereka sendiri. Tukang upload tu memang la tak rasa apa2 malah mungkin berbangga sebab berjaya merakam komen DFK dan upload kat Internet, tapi kalau aku jadi DFK, pasti aku akan rasa sedih dan terkilan.


Kalau DFK sendiri dalam ceramah2 motivasinya menghentam dan mengkritik parti lawan, dalam press conference dia suruh sokong BN, kat Facebook dia kutuk PAS, itu takpelah sebab dia sendiri yang pilih untuk mengambil risiko itu, tapi kalau disebabkan sikap orang lain yang tak bertanggungjawab telah memberi busuk kepada empayar dan reputasi yang telah dia bina selama ini hanya untuk kepentingan diri sendiri, maka ia adalah suatu yang amat malang sekali.

Kau yang buat taik, aku yang terima akibatnya. Lepas ni kalau peminat aku lari, penyokong aku lari, ada kau nak bertanggungjawab?




tags: dato dr fadzilah kamsah dfk komen video istilah doa ko umno youtube gambar anak perempuan nurhidayah lelaki syakir sosial sokong kritik parti politik terbuka tertutup bn pas pkr dap pr malaysia demokrasi palsu johan selami hati jiwa akal imej individidu selebriti orang ternama popular artis ahli sukan penceramah pakar motivasi orang lain busuk kerana pencacai taksub abby abadi abu pelawak komedi bangkang dari longkang nabil afdlin shauki aman ramli douglas lim nabil raja lawak tong dan ngong tongong topeng identiti sebenar selindung zizan razak aes tanggungjawab

70 ulasan:

  1. betul tu bro. inilah harga demokrasi di malaysia.

    tapi bak kata sesetengah ahli politik, bersyukurlah..kita tak macam korea dan us bermandikan darah dan peluh untuk sebuah demokrasi.

    har har har

    pui

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah lar.....mane de die maki maki,die ludah jer....pui

      Padam
    2. adik nak gula gula? ke nak abg belikan robot baru?

      Padam
    3. Sape kata tak mandi darah dan peluh tu MENIPU. mereka lupa sejarah habis perwira yang jatuh siap tugu peringatan tu sapa?

      Mat Kilau, Dato bahaman dan pahlawan melayu tu semua DONGENG aje?

      Padam
    4. tanpa pencacai, pihak atasan takkan buka mata. mereka dibuai lena mimpi $$$...bagus juga pencacai ni.

      #Bukan runtuh, tapi sedikit kejatuhan jer.

      Padam
  2. Standard la. Dekat pru para pencacai tidak kira dari parti mana mula buka aib orang. Baik pakai songkok mahupun kopiah. Bravo demokrasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bial mereka guna emosi nak carik salah orang.. macam tu la..
      mana ada salah tembak gunakan sapa tak kira la pakar ke tak pakar ke..
      mana boleh pakai untuk jadi peluru pakai..

      Padam
    2. pencacai calon bebas ader??

      Padam
    3. Ada. Baru-baru ni aku dapat satu surat permohonan oleh seorang yang akan bertanding atas tiket parti bebas, tetapi pro Barisan Nasional, surat ini ditaip dan dicetak di sebuah cyber cafe di tempat saya, salah seorang staff di sana menyerahkannya satu salinan pada saya. Surat ini adalah permohonan dana dari PM. Sekian.

      Padam
  3. semoga diorang(Gila rajin buat dosa)lebih cepat insaf drpd saya(saya mendoakan mereka,harap mereka juga begitu)uhuk3.

    manusia ni kdg2 tak terjangkau dek akal. ^^. apa2pun iAllah, smga sgelintir yg kecil tsbut lekas2 insaf dan serius dlm mmikirkn keselamatan ummah.

    oh.link tu.. syukran prince noob. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udah2 lah lyn oiii

      Padam
    2. cik lynn, cukuplah, janganlah dikau membiarkan politik memakan diri yg indah....berhentilah sebelum terlambat....

      Padam
    3. Doakan sy skali cik lin supaya hensem selalu

      Padam
    4. nampak x? noob sedang mengayat cik lin

      Padam
  4. 'Allah bayar cash'-pakar motivasi DFK


    'saya marah sesiapa yang memalukan Islam'-pakar motivasi DFK


    har har har


    BalasPadam
    Balasan
    1. pencacai PR mcm kau ni tak layak gelakkan saudara islam lain yg jauh lagi bagus dari kau...

      Padam
    2. Jgn bongkak lah gundam

      Padam
    3. lahaiii kesian gundam sekor ni meroyan pagi pagi buta, bongkak ngan bongkok pun tak tau beza... pegilah tidor dik, bdk bdk kecik tak baik tidur lewat, otak terbantut......

      Padam
    4. ok lah orang tua. nanti cakap gua tak hormat lu plak.

      har har har

      Padam
    5. Memang kena bayar cash sebab tu rasa susah nak sampaikan kebenaran ni
      gulp karang nak tegah kemungkaran kita buat kemungkaran sama..

      Padahal kita kena dan wajib tegah kemungkaran walau kita pernah melakukannya juga supaya dengan iat baik kita kita jadi lebih baik dan meningalkan kemungkaran.. dan kita juga dapat insaf..

      Allah itu adil kalau niat penemuduga atau sesiapa saja ni jahat dia akan dapat juga cash nanti :)

      Padam
    6. isu video tu taknak plak dia jawab...hahaha

      Padam
  5. 'anak-anak saya akan konpius'

    -pakar motivasi DFK

    BalasPadam
    Balasan
    1. contoh terbaik gen y haprak yg tak reti hormat org tua yg jelas sudah banyak berbuat kebaikan berbanding diri dia sendiri, dan hanya hormat pada patung gundam...

      har har har

      Padam
    2. relax ar bro..ko tak kenal pun aku, tiba tiba angin pe hal?

      hehe

      Padam
    3. har har har... tu baru gen y bro, tggu gen z besar skit lagi, double haprak man... haprak kuasa dua, PUAKA jadinya... har har haramjadahhh

      Padam
    4. adoi..kat mana yang tak hormat bro..? takda pun gua cakap lucah, maki hamun, haram jadah pe semua..

      relax relax suda..

      Padam
    5. Sound2 org pakai acc anon...aku rasa mecha_praline xde plak maki2....

      Padam
    6. gila...sanggup tu bukak acc google+ baru semata mata untuk backing diri sendiri kat sini.....

      har har har

      get a life.....

      Padam
    7. lol. backing benda? apa yang ko tak puas hati? setakat nak cari pasal dengan aku guna tanpa nama boleh mampus la lu bro.

      Padam
    8. lol marah nampak? rilex rilex suda....

      har har har

      Padam
    9. ya bro. aku maki lu. lu tau tak? melayu macam lu la melayu bingai. menyerang orang disebalik tanpa nama. pui

      Padam
    10. Kita ni tak sempurna dan kadang tidak bermotivasi walau kita selalu suruh orang sempurna dan bermotivasi lol..

      Saya malu kalau orang malukan islam termasuk juga keluarga saya :)
      - adakah sebab ini DFK diserang balik.. nak nasihat orang tapi keluarga sendiri pun tak betul? :)

      Padam
    11. har har har...

      lawak gila ah lu mecha...apa kurang bingainye lu yg menyerang di sebalik patung gundam?

      har har har...

      Padam
    12. bro melayu fikrah bongsai, elok lu belajar dulu beza tf dengan gundam.
      kesian aku tengok ko.

      Padam
  6. Aku dah lama MEMBASHING golongan2 politicalfags ni,tapi itulah..standard seorang PENGTAKSUB,Apa yang kita boleh jangkakan?

    Fokus aku dari dahulu dari sekarang..Mereka2 inilah..golongan2 "Child"..Aku tak tahu kaedah apa lagi dah nak pakai..Fire by fire..water by water..Maybe kena gi jumpa bomoh nak sedarkan golongan2 fanatik politik bahawa politik itu adalah BANGSAT!

    Sekarang tengok,disebabkan taksubnya mereka pada politik..orang lain jadi mangsa.

    Kadang2 aku tengok Atmosfera politik Malaysia ni kan,Macam era Nazi Hitler dengan Si Stalin..Para penyokong yang taksub gila babi dengan pemimpin2 berkarisma yang memukau para Audiens sepertimana Hitler buat pada rakyat jerman dengan pidato berapi2 yang mempersonakan itu.

    *manipulations* Dont be The "Child" Dumbshits!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak benci politik,tapi aku benci pengikut2 taksub dungu yang fanatik..itu sahaja kerana bagi aku merekalah mahkluk2 paling sampah dan hina dalam hidup aku kerana mereka sememangnya sampah kerana tak guna akal dan otak yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk berpolitik secara benar dan bijak.

      Aku tak pernah benci Pas,Umno,Keadilan dan bla,bla,bla kerana mereka adalah sebuah Organisasi yang hidup dalam sebuah arena yang digelar Dunia "POLITIK" untuk mencari nafkah kehidupan.

      tetapi mereka2 ini sampah2 politik ini yang merelakan diri mereka menjadi SAMPAH ni WTF????Use ur brain asshole dumbshits sampah2 politik oii!!!!

      Padam
    2. setuju bro, adanya 'sampah2' ni dapat juga ahli politik cari makan.
      cuba bro bayang kalau takde 'sampah2' ni. apa pandang bro?

      Padam
    3. so apa kau nak cakap mecha? macai macai sampah politik (in your case, macai PR) mcm kau ni penting sangat la dalam berpolitik? boleh kasi impact besar la untuk mencapai keadilan...? oh begitu....

      Padam
    4. So jika "sampah2" ini tiada,maka ahli2 politik ini terpaksa bergantung secara total kepada kita dan "KUASA" politik itu akan beralih kepada kita bukan kepada mereka lagi,nak tak nak mereka terpaksa mengemis kepada kita,kita adalah Bos dan mereka adalah pencacai.(Madsud aku mereka dah tak berani nak "Macam2 lagi dah")

      So kenapa kita nak menjadi "sampah" kepada mereka padahal kita boleh menjadikan mereka "pengemis" kepada kita?cecececiter?????

      Kita berjuang untuk mereka atau mereka berjuang untuk kita? Think smart bebeh..Act like u are boss..in political world u are not a slave..so dont be slave.

      Padam
    5. aku suka pendapat ko. power should belong to the peoples, bukan hanya tertakluk pada golongan minoriti yang berkuasa. yang hanya mengumpan gula dan ketakukan. tapi nak dapat semula power kepada rakyat bukan hanya dengan duduk saja bro.

      lagi satu bro, bagi aku, kita sendiri perlu berjuang untuk diri kita sendiri. bukan kita harap orang lain berjuang untuk kita. tapi adalah lebih baik kalau kita sanggup berjuang untuk orang lain sama.


      Padam
    6. jadi ni semua salah noob la buat entri politik yang melagakan pembaca semua..hahaha..toksah sembang politik lagi la noob..sampai kesudah tak habis..

      Padam
    7. ini bukan salah noob,ini adalah salah sampah2 politik yang membiarkan mereka jadi sampah politik yang tak berguna.

      bro mecha,bukan senang nak dapat KUASA itu kembali..benar kata ko..so cara paling senang dan mudah..jangan pernah merelakan diri kau menjadi SAMPAH politik..itu adalah perkara pokok dan perkara paling mudah nak dilaksanakan.

      bagi aku dalam dunia politik,tiada istilah "BERJUANG"..Istilah paling tepat ialah "BERKERJA"..mereka organisasi2 politik adalah pekerja/pencacai kepada rakyat..kita rakyat adalah BOS!

      So segala bagai slogan2 politik hanyalah sekadar sampah 'IKLAN' propaganda politik kepada rakyat..rakyat harus sedar perkara ini dan mengubah cara pandangan mereka apabila berhubungan soal politik.

      pandang lah mereka Ahli2 politik itu hanyalah seorang PEKERJA yang berkerja untuk kita..bukannya sebagai idola dan tokoh2 yang harus kita sanjung..mereka ahli2 politik hanya sekadar pekerja kontrak yang diikat kontraknya selama 4 tahun.

      habis.

      Padam
    8. bro zack, aku suka dengan term 'BEKERJA' yang ko sebut. dan itulah yang sepatutnya kita capai. sebagaimana di negara negara yang telah berjaya dapat demokrasi, politikus disana memang terpaksa berhempas pulas bekerja untuk rakyat. taxpayer lebih berkuasa dalam menentukan dasar disamping cukong kapitalis. tapi di negara kita masih belum sampai peringkat tu. nak capai demokrasi ada tahap tahapnya. bagi aku malaysia baru pada peringkat the begining.

      bab sampah pencacai tu semua, aku berpendirian neutral. korang nak jadi sampah politik, nak jadi sampah sarap, nak jadi apa pun jadilah asal korang suka. dan bukan tujuan aku nak halang korang. tapi aku faham stand dan maksud ko. blocking mind dalam otak orang melayu yang rela jadi tunggangan parti politik memang perlu di hapus. benda ni sama macam fahmi reza sebut lama dulu. atau dalam istilah yang aku suka dengar fikrah bongsai. contoh melayu fikrah bongsai, bila ada yang mengkritik umno, mca, mic, ppp, BN di anggap pencacai PR. dan bila seglongan lagi mengkritik PR di anggap pencacai umno. fikrah bongsai ni tak dapat menerima orang lain berbeza dari mereka.

      dan lebih sadis lagi melayu fikrah bongsai ni hanya berani menyalak sebagai tanpa nama.

      Padam
  7. Aku dah fedup dgn semua ni... Msia ni bumi tuhan....korang ingat korang betul...tak kira pr atau bn, dua2 sama je...Allah Akbar

    BalasPadam
  8. Sama mcm ko lah noob, aku tak taksub kat memana pihak, dan aku pun rasa kesian kat DFK ni... dia hanyalah manusia biasa, yg akan melalui proses penuaan (degradation due to old age) mcm semua org juga (yg dikurniakan umur panjang la)... kadang2 dgn 1 kesilapan saja, 1000 kebaikan dan jasa yg seseorang manusia tu pernah lakukan, boleh dilupakan dan terhapus begitu saja, dan lepas itu segala ketidak-sempurnaan yg beliau ada dikorek dan dikupas utk dijadikan bahan, all in the name of politics...

    kejam kan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Politik ala barat ini sememangnyua kejap..jatuh menjatuhkan.

      Ingat ceita Kisah Nabi Muhammad SAW, dalam menyampai dakwah ke sekitar negara Arab,even dibaling dengan batu and najis...beliau tetap sabar dan tidak terburu2 menghukum org/rakyat tersebut even Malaikat Jibril mahu memusnahkan kaum yg membuat Nabi mcm 2. Kesimpulannya...sebagai seorang pemimpin sepatutnya membawa peribadi yg mulia supaya rakyat lebih menghormati dan mengkagumi kepimpinan dia, bukan dgn sibuk mencari kesalahan musuh dan memaki hamun..mcm kita sebenarnya yg membuat Islam itu buruk dengan tingkah laku kita. Mcmana kaum lain nak hormati Islam, mempergunakannya adalah.

      Padam
    2. degradation due to old age. Im degradating. :p

      Padam
    3. pennyahhalulilasi lol.. eh apa benda ntah :)

      Padam
  9. :) Kalau kita percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tentu kita tidak mudah meroyan membabi buta :)Nasib baik PON berselindung disebalik tapak kaki sulaiman kalau tidak mungkin gambar keluarga PON akan tersebar di internet.. :) lol.

    Sebagai seorang Islam kita sebenarnye bertangungjawab menjaga akhlak menilai dan mempastikan setiap maklumat itu betul sahih sebelum menulis memperkatakan atau mengomen. Jika tidak secara sedar atau tidak sedar akan mewujudkan satu budaya membuat dan menyebar fitnah tanpa sedar. sama seperti budaya riak dan takabur yang Noob pernah ulas.

    Berapa ramai yang baca berita selidik kebenarnya sebelum menyebarkanya? berapa ramai yang mengkaji atau mempastikan suatu kata itu benar sumbernya?

    Ramai yang share yang tulis tanpa integriti sumber atau kaedah yang betul maka timbul banyak cerita fitnah ditokok tambah kerana kepentingan peribadi.

    Menyerang peribadi telah lama dilakukan sejak zaman jahiliyyah, PON pun tak terkecuali kan. :) dalam membicarakan bahasa Melayu PON sendiri dikritik kerana mengunakan nama Inggeris jadi bila Dato Fadzilah kamsah berkata pasal sesuatu yang islam sudah tentu ramai yang akan mencari kesalahanya dari segi agama..

    Tanpa sedar sebenarnye bukan saja pencacai bahkan pemimpin pun ramai yang mengunakan kaedah ini.

    Kalau dari segi positif sebenarnya ini adalah ujian, sedangkan nabi Nuh pun tidak dapat menyelamatkan anaknya sendiri dari mati lemas tapi tidak bermakna tangungjawab beliau perlu dilepaskan sebab kegagalan ini. Jadi kalau peribadi kita diserang ianya ingatan buat kita supaya kita betulkan juga kesalahan kesilapan kita dan kita tidak seharusnya jadi seperti mereka menyerang peribadi mereka balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, anggap sbg satu pengajaran. Much better berhati2 buat apa2 statement. Bukan je statement yg ambik pki hp iphone5, even komen kat FB atau tweeter pun leh memakan diri. Jgn l;a terlalu obses dlm politik, obses la dlm membawa perwatakan yg mulia and obses nak melalukan amal ibadat. Itu lebih baik.

      Padam
  10. Nazmi Faiz belum layak mengundi........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nazmi Faiz harap ideologi berenjoy dia ja.....hahaha...

      Padam
  11. Cepat2 la PRU, pasni senyap cikit cite pasal sokongan artis atau ikon kita menyokong mana2 parti. Bende ni mcm suke cari rahsia orang and xde faedah lansung. Perbezaan ideologi skrg agak menakutkan kerana x semua org mampu memberi pendapat secara terbuka...takut sgt dipulau terutama org melayu. Kalau kaum 'bedah putih' mmg hmpir semua sokong PR je samada borak2 kat luar/office atau di FB.

    Papepun, setiap pandangan kita terhadap sesuatu parti tidak semestinya melambangkan suara majoriti rakyat M'sia. So, tunggu je la PRU ni, baru tau result 'salesman' mana yg dapat menarik perhatian 'pembeli' utk membeli 'produknya'.

    BalasPadam
  12. Kita boleh baca Niat penemuduga ni sebenarnye nak salahkan PAS :) minta pendapat dan gunakan Dato' maka dia cuba gunakan Dato untuk menampakan PAS ni salah :)

    BalasPadam
  13. Betul laa.. pepatah Melayu lama mengatakan. "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

    BalasPadam
  14. sudah la ko,

    kepada sesiapa yang mempunyai cerita buruk mengenai Dr Fadhilah K atau kaum keluarganya sila letakkan di komen box saya, saya akan siasat dan dedahkan penceramah konon bagus ini.

    KLIK Nak kenakan DAP terkena batang hidung Hisappudin

    BalasPadam
  15. stuju bro..
    ni la plitik di malaysia!!

    BalasPadam
  16. org2 terkenal yg ada nama ni kebanyakannya ada 2 karakter ... 1 - utk kerja / kedudukan , 2 - diri mrk sebenar ...

    BalasPadam
  17. back to the basic, ini semua system~ sistem politik acuan yahudi ni yang buat korang berpecah belah~ tinggalkan payung yahudi ni~

    BalasPadam
  18. aku tak nampak pun apa2 yang salah dengan pernyataan DFK, tak adalah dia caci maki dan menunjukkan yang dia politigpigfag.

    memang benak ustaz jadi jadian buat doa macam tu. nape la bodoh sangat buat doa macam tu.

    *cuba imagine semua ustaz pas ni lepas solat doa ko bn, bn ko.. jijik la bangsat!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.