Selasa, 19 Februari 2013

153 Bahasa Malaysia tidak bernilai di negara sendiri

Ini sebuah kisah yang aku pernah dengar dari seorang rakan suatu ketika dahulu. Dalam sebuah mesyuarat sebuah syarikat di negara Korea, seorang warga asing dari US telah dijemput untuk memberi pembentangan. Sebelum mesyuarat bermula, semua ahli mesyuarat yang berwarga Korea berbual dengan warga US itu dalam bahasa Inggeris. Namun bila bermulanya mesyuarat, ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa ibunda mereka iaitu Korea.


Ketika warga asing itu membuat pembentangannya dalam bahasa Inggeris, akan ada satu penterjemah atau translator yang akan menterjemahkan semula apa yang dituturkan ke dalam bahasa Korea. Dan setiap kali ada pertanyaan dari ahli mesyuarat, ia akan ditanya dalam bahasa Korea, dan penterjemah itu akan translate semula kepada warga asing itu dalam bahasa Inggeris.

Orang2 Korea itu bukannya tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris, malah mereka faham apa yang dikatakan oleh warga US itu dalam bahasa Inggeris tanpa perlu pun penterjemah untuk translate kepada mereka, namun dalam urusan rasmi semuanya harus menggunakan bahasa ibunda mereka. Kerana apa? Kerana bahasa melambangkan bangsa, identiti, peribadi, maruah dan jatidiri negara mereka dan mereka sangat berbangga dengan bahasa mereka.


Bak peribahasa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Contohnya bila lembu masuk kandang kambing, sepatutnya lembu yang kena mengembek, takkan kambing2 yang kat dalam kandang tu pulak yang kena mengemoo hanya kerana ada seekor lembu masuk dalam kandang mereka? Tapi samalah bila kambing ni keluar pergi ke kandang lembu pula, mereka kenalah mengemoo takkan masih nak mengembek?


Sebab tu aku pernah baca dulu kat mana ntah, bila lagu Gangnam Style tiba2 jadi hit dan meletup di seluruh dunia termasuk di US, dia taknak buat lagu Gangnam Style versi English dan memilih untuk kekalkan lagu dalam bahasa Korea kerana begitu bangga dengan bahasa, bangsa dan budaya dia sendiri.


Bagaimana pula kita di Malaysia? Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan negara kita. Sekarang bahasa Melayu yang telah dijenamakan semula atau rebrand sebagai bahasa Malaysia sepatutnya menjadi tunjang, maruah dan jatidiri seluruh rakyat Malaysia. Tapi di manakah silapnya, ramai orang bukan Melayu terutama orang2 Cina dan India tidak fasih dalam bahasa Malaysia malah ada yang tak faham dan tak boleh bertutur pun dalam BM. Bagi mereka, asal boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka sudah cukup.


Kadang2 bila ada acara2 atau event2, ada pula 4 orang MC atau juruacara majlis yang akan menuturkan dalam bahasa Malaysia, English, Mandarin dan Tamil. Dalam majlis atau mesyuarat2 formal pula tak payah ceritalah, kadang2 ahli dalam mesyuarat tu semua orang Melayu pun, tapi mesyuarat dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dan lagi sedih kalau ada je orang Melayu yang tak suka dan tak tahu cakap BM.


Tu belum lagi mesyuarat2 yang pada asalnya dijalankan dalam bahasa Malaysia, tapi bila ada pelawat yang merupakan warga asing, terus semua tukar dalam bahasa Inggeris hanya kerana nak menggembirakan dan mengambil hati warga asing tersebut. Tapi yang lebih sedih, bila ada orang Cina atau India dalam mesyuarat tersebut, bukan orang Cina Tanah Besar atau India dari negara India pun, warganegara Malaysia jugak, terus mesyuarat ditukar bahasa dan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Sedihkan?


Apa sebenarnya nilai bahasa Malaysia? Di manakah kesilapannya bahasa Malaysia seakan2 menjadi bahasa kedua di negara kita sendiri? Ini hanya pandangan peribadi aku, terpulang untuk anda setuju atau tidak. Bagi aku, kesilapan terbesar pemimpin2 dulu selain daripada konsep Jus Soli dalam memberi kerakyatan dan kewarganegaraan adalah dengan mewujudkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Sepatutnya mereka disemai dan diajar dengan bahasa Malaysia sejak mereka kecil lagi. Namun apabila masyarakat telah di"pecah dan perintah" sejak kecil lagi malah dididik secara formal dalam bahasa ibunda masing2, bolehkah kita mengharapkan meraka dapat bersatu padu dan membentuk perpaduan yang kuat apabila dah besar kelak? Dan bolehkah kita harapkan agar mereka mencintai bahasa kebangsaan kita kalau dari kecil lagi sudah tidak disemai dengan bahasa Malaysia?


Bagi aku tak perlu Sekolah Jenis Kebangsaan, semua sekolah rendah patut hanya ada satu sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan di mana semua kaum tak kira la Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Bidayuh, Orang Asal dan lain2 duduk bersekolah bersama2 serta menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sepenuhnya. Tapi itu bukan bermakna kita menghalang mana2 kaum untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, mereka still boleh belajar samada dalam kelas yang formal ataupun di luar kelas secara tidak formal.


Masalahnya sistem pendidikan di negara kita pun caca marba, kejap belajar dalam bahasa Malaysia, kejap bahasa Inggeris (PPMSI), lepas tu bahasa Malaysia balik. Yang jadi mangsa, budak2 sekolah. Di bawah adalah luahan seorang pelajar Cina di facebook Ah Jib Gor yang menjadi mangsa kepada sistem pendidikan di Malaysia. Yang paling menyedihkan, langsung tiada rasa cinta dan bangga kepada bahasa Malaysia malah memandang rendah kepadanya.


Negara dah lebih 55 tahun merdeka dan benda ini sudah pun membarah sejak sekian lama. Nak ubah sekarang pun dah tak boleh sebab yang pasti isu perkauman akan dibangkitkan. Nak buat macam mana, nak tak nak, suka tak suka terpaksalah melaluinya juga, cuma rasa agak malu dan kecewa jika dibandingkan dengan negara2 yang begitu mengangkat dan memartabatkan bahasa mereka sendiri tapi di Malaysia bahasa sendiri seperti melukut di tepi gantang. Mereka tidak perlu mengangkat bahasa lain tapi jenama dan teknologi mereka seperti Samsung, LG, Honda, Panasonic, Hyundai, Sony dan lain2, gah di merata dunia.




Bagaimana nak jadi warganegara Malaysia kalau bahasa Malaysia pun tak tahu dan tak nak guna? Adakah semangat 1Malaysia tu dapat dicapai bila masyarakat di Malaysia masing2 mahu bertutur dalam bahasa sendiri dan komunikasi antara kaum berlainan menggunakan bahasa Inggeris? Di manakah nilai jati diri rakyat Malaysia?





tags: bahasa melayu malaysia kebangsaan rasmi martabat identiti bangsa kaum negara maruah jati diri utama kebanggaan cinta lupa inggeris english language cina chinese mandarin hokkien india tamil ibunda bumiputera sabah sarawak etnik kadazan melanau bidayuh iban murut dusun asli asal peribahasa nilai psy gangnam style lyric pelancong pendatang warga asing tutur kata baca tulis terjemah translate translator sekolah jenis kebangsaan rendah menengah sistem pendidikan sejarah konsep jus soli bagi kerakyatan warganegara dasar pecah dan perintah pemerintah british jajah

153 ulasan:

  1. Balasan
    1. Setuju. ini semua salah BN. 56 tahun perintah malaysia.

      # BANkami

      Padam
    2. Tidak setuju..ini semua salah karpal singh

      Padam
    3. Saya bantah dan menyokong yang arif

      Padam
    4. Ini semua adalah agenda yahudi dan untuk memecahbelahkan kerajaan melaka..kita harus bersatu padu mengekalkan institusi raja berperlembagaan (o^~)
      ^

      Padam
  2. Perghh, agak serius topik kali ni. Apapun, kagum dengan entri ni sebab dah 'luahkan' apa yang pernah terfikir jugak dalam otak sebelum ni. *angkat ibu jari*

    BalasPadam
  3. noob pejuang base melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ironik kan..

      Sama macam UMNO pejuang Bangsa dan bahasa Melayu tapi nama parti pun dalam Bahasa Ingeris lol.

      We must speak in Bahasa Melayu.. lol XD.

      Padam
  4. aku tak sapot pon 1malaysia walaupon aku orang malaysia..so wat?hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wat so so la lu

      Padam
    2. Pemerintahan Malaysia masih di pengaruhi kerajaan British, Malaysia harus benahi jati diri, bahasa Melayu harus di utamakan dalam percakapan masyarakat, terlepas bahasa Inggris bahasa tehnologi',jati diri harus bahasa Melayu, Indonesia sudah negara kesatuan beragam suku lokal,harapan kita hanya Malaysia yang melestarikan bahasa Melayu apalagi Malaysia metropolitan,Malaysia tunjukkan jati diri bahasa mungkin.

      Padam
    3. Najis komen loe

      Padam
  5. maka tukarlah nama id hang ke bahasa melayu sekarang ke 'putera polos' atau 'putera bendul' atau 'putera hingusan' atau pun 'putera setaun jagung'... ahahah :D

    btw komen aku ni tak menunjukkan yg aku tak setuju dgn pendapat hang ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol apa perkataan terjemahan paling sesuai utk translate 'noob' tu eh...?

      Padam
    2. cik plain dah beri 3 kat atas tu,mohon Noob pilih. ^_^)

      Padam
    3. Aku rasa nama putera pinky si tapak sulaiman sesuai ngan noob wehehehe

      Padam
    4. Yea Putera melayu :)

      Padam
    5. agak-agak terasa tak abang Noob kalau aku perli macam ni..

      Prince of Noob ni macam UMNO walau guna nama orang puteh tetapi semangat melayu yang sayangkan bahasa dan bangsa adalah sangat2 tebal.

      p/s: Gurau je Noob

      Padam
    6. haah aku dengan umno memang tak dapat dipisahkan. btw aku rasa semua rakyat malaysia bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita sendiri biarlah namanya ahmad, ah chong, subramaniam, jimmy palikat, vincent, kuntu, dan lain2 selagi dia seorang warganegara dan rakyat malaysia. kalau bukan kita siapa lagi nak angkat bahasa kita sendiri? bukan tak bermakna kita tak payah belajar dan menguasai bahasa inggeris, tapi jangan sampai terlalu mengagungkannya sehingga menyisihkan bahasa sendiri.

      tengok kat indonesia, walau pelbagai etnik melayu, cina, india dan lain2, bukan sahaja mereka semua fasih guna bahasa indonesia, malah nama pun di'indon'kan. kita? ntahlaaaaaaa

      Padam
    7. bro, sebab tu dulu sukarno dah pesan kat tunku. jangan benar orang cina india tubuh sekolah sjkc/t.

      tapi tunku degil. konon nak ikut acuan sendiri. taknak asimilasi macam thai dan indon. nah sekarang zaman kitalah yang merasa akibat kepincangan politik orang dulu dulu.

      Padam
    8. kalau nak semua etnik di malaysia nak fasih bahasa melayu, kena melalui rejim kuku besi la.

      Soekarno dan Lee Kuan Yew adalah contoh rujukan terbaik bagi menentukan bahasa kebangsaan.

      inilah harga demokrasi, bahasa kebangsaan diperlekehkan.

      Padam
  6. Isu bahasa yang tak pernah selesai kerana bangsanya sudah lupa diri, bagai tanggang yang lupa akan asal usulnya apatah ibunya. Melayu duduk di tanah sendiri tetapi bertutur bahasa penjajah, tidak mampu membuka tempurung kepala agar membina jati diri bangsa melalui bahasa ibunda dan membawa kemajuan segala bidang dengan citra sejati bangsa, ini tidak semuanya atas angin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pemimpin kita pendidikan Inggeris..

      MCKK Kolej kebangaan yang melahirkan pemimpin2 terkemuka Malaysia dulu bahasa pertuturannya Melayu ke? Mereka meneruskan pengajian di LONDON guna bahasa Melayu ke?


      Padam
  7. Aku rasa, betul point tu. Tapi, tak payahlah sensetive sangat. Orang bukan Melayu boleh belajar. Kalau tak start bila lagi nak mula. Diorang ubah ke BM sebab orang kampung masih belum fasih english. Jadi, diorang terpaksa tukar kepada BM. Orang bandar takkan BM pun tak reti. Aku tahu BM aku pun bukan bagus pun. Tapi, apa yang cikgu cakap kat depan takkan diorang tak faham. Kita duduk dalam negara apa ni. London chocoroll?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan la perleceh

      Orang dulu lebih fluent english dari orang sekarang.
      jangan memain nenek aku pun cakap berabuk sebab belajar dari British masa penjajahan dulu.. Eh kita tidak dijajah dinaungi saja.. lol.

      Padam
    2. "apa yang cikgu cakap kat depan takkan diorang tak faham"

      ya, malangnya walaupun tak semua tapi ramai yang tak faham, sebab tu mereka pergi sekolah private dan belajar sendiri lepas tu kat tuisyen yang menggunakan medium bahasa inggeris.

      aku dah jump dan bekerja dengan ramai orang cina dan india malaysia, kalau tak fasih takpe lagi, tapi masih ada lagi yang tak boleh bertutur dalam BM dan yang lebih malang tak faham pun. kadang2 masa tu terasa macam kita ni bukan duduk dalam negara sendiri.

      Padam
    3. Bahasa tak jadi masalah dulu orang berdagang bukan fasih bahasa pun boleh juga berdagang dan bertukar barangan lol.

      Boleh aje berkomunikasi dengan bahasa isyarat.

      Padam
    4. kesan dari dasar 'pecah dan perintah' penjajah dulu.... sekarang cuba nak satukan balik (1M), mmg tak boleh nak bersatu la, mcm cuba nak gam balik vase yg pecah berderai, mana mungkin boleh kukuh, pasti kelihatan kesan2 retakan yg ada.... ni lah bezanya antara negara yg pernah dijajah dan negara yg tak pernah dijajah...

      pendapat picisan aku jer ni, tak payah nak setuju ^^

      Padam
    5. Masa masih ada 1M berjaya, tinggalkan British Malaysia berdaulat, British dan Belanda sama penjajah yang menguasai Nusantara, kita nusantara kita bersatu untuk menjadi negara atau kerajaan berdaulat.

      Padam
  8. Prince Of Noob --> ko sendri pki id gune bahase asing.. ade hati nk tegur org lain..

    BalasPadam
  9. Yg xreti ckp melayu sbb xda pcampuran dgn kaum lain. Dlm erti kata lain cina kwn dgn cina. Tapi aku respek satu je kalo ko pegi kelantan. Cina dkt sana usahkan nak ckp melayu, cakap loghat kelantan pun boleh. And tok dalang wayang kulit sendiri org cina.

    Suma ni sbb dah bcampur gaul. Majoriti disana adalah org melayu. Cina brapa percent. Bila berurusan apa2 pun dgn melayu. Bila wujud keadaan mcm ni xtimbul mslh bahasa atau miscomunication



    BalasPadam
    Balasan

    1. Ini Salah PR sebab benarkan sekolah jenis kebangsaan dan bangsa-bangsa tidak bercampur dan guna bahasa melayu.

      Padam
    2. Kalau macam tu kita tukar saja bahasa kebangsaan kita kepada bahasa kelantan. setuju?

      Padam
  10. Noob Bahasa melayu ni subject yang susah sebab banyak sangat transformasi.. dari bahasa sastera bangsawan bahasa standard bahasa baku bahasa malaysia dan bahasa baku, bahasa pasar sekarang ada pulak bahasa sms.. lol.

    Jadi pening nak cerita pasal bahasa Melayu ni.. Ko rasa ko nak pakai bahasa yang mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisah bahasa yang mana, janji bahasa melayu dan digunakan dalam sistem pembelajaran serta acara2 formal.

      Padam
  11. Dah Kerajaan tak serius dalam Bahasa Melayu/bahasa Malaysia kesian DBP kerja sorang-sorang.

    Tak percaya?

    Cuba korang layari laman sesawang Kerajaan kesayangan kita berapa peratus yang guna bahasa Melayu?

    Aku pernah kerja dengan badan kerajaan pernah tanya Big Boss aku kenapa tak guna bahasa Melayu Dalam Laman Sesawang utama? Dia kata bahasa Ingeris lebih besar audiennya. Mungkin la rakyat Malaysia ni lebih faham bahasa Inggeris dari bahasa Melayu kot atau dia nak webseite ni diakses di peringkat antarabangsa. Padahal kandungan informasi adalah untuk rakyat Malaysia.

    Lagi satu aku tengok orang lebih banga bercakap dalam bahasa Ingeeris dari bahasa Melayu. Rasa macam Mat Salleh gitew lol

    BalasPadam
  12. guna bahasa Inggeris bagi nampak educated sikit. yang parahnya bila speaking dengan pakcik-pakcik driver teksi. mau tak melopong pakcik tu. kalau tatabahasa (grammar) ok tak pe juga. tapi kalau tunggang langgang? Bahasa melayu dah jadi bahasa Manglish yang sangat rojak. kalau berterusan macamni tak lama lagi hilanglah bahasa melayu di dunia ni.

    BalasPadam
  13. pasni bleh la noob ulas isu tulisan jawi.
    cm blog politik la lu noob.ekkke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulisan jawi? nak ulas apa lagi, orang melayu sendiri yang pupuskan tulisan tu. walau tulisan jawi berasal dari tulisan arab, tapi ia juga melambangkan identiti orang melayu. kalau orang cina berbangga dengan tulisan cina, india berbangga dengan tulisan tamil, jepun berbangga dengan kaligrafi jepunnya, melayu? berbanggalah kita dengan tulisan rumiiiiiiiiii...

      Padam
    2. nanti dorang tanya plak, ko pun tulis blog guna tulisan rumi. lagi mau cakap hal jawi?

      har har har.

      itulah manusia noob

      Padam
    3. tah noob ni tulis blog guna la tulisan jawi

      Padam
    4. بوكن سوسه ڤون توليس جاوي

      Padam
    5. mmg la x de la susah tp keyboard aku x de character jawi...satu hal plak nak kne cari keyboard usb or wireless yg ada character jawi... ahaha ^^

      Padam
    6. tak silap ak utusan de wat kan tulisan jawi dulu kan noob?

      Padam
    7. ن ڤوڽا

      ممڬ لا ايك س د لا سوسه تڤ كيبورد اكو ايك س د چراچتر جاوي...ساتو حال ڤلاق نق قن چاري كيبورد اسب اور ويريليسس يڬ اد چراچتر جاوي... اهها ^^

      Padam
    8. adeh silap copy plak hhaha

      تق سوسه ڤون كق ڤلاين ماري ساي چونۏرت كق ڤلاين ڤوڽا

      ممڬ لا ايك س د لا سوسه تڤ كيبورد اكو ايك س د چراچتر جاوي...ساتو حال ڤلاق نق قن چاري كيبورد اسب اور ويريليسس يڬ اد چراچتر جاوي... اهها ^^

      Padam
  14. Aku ade kenal seseorang yg sewaktu kecilnya bersekolah di sekolah British.. Sangat2 pandai berbahasa Inggeris.. Bekerja dengan orang British di Malaysia di era penjajahan.. Tpi tak pernah sekali pun dia berbahasa Inggeris bila bersama keluarga dan kawan2.. Dengan bos dia pun sgt2 dielakkan berbahasa Inggeris melainkan terpaksa.. Bos dia pun faham dan sgt menghormati pendiriannya.. Masalahnye, ade ke org mcm tu skrg ni? Buasir otak ni punye headline pun bercampur aduk bahasa melayu dan inggeris.. Noob pun lebih rasa hebat gune bahasa Inggeris waktu mula2 nak cipta nama gelaran dia.. Siapa yg salah sebenarnye? Orang yg kononnye nak memartabatkan bahasa melayu pun bangga dengan bahasa inggeris... Fikir2kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. korang ni ada je point ye nak tembak aku balik. despite of aku guna nick omputih, aku rasa tak salah kalau aku nak ketengahkan benda ni, dan takkan mengubah pendirian aku yang aku rasa perlunya menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan dan apa2 majlis dan event yang formal. dan aku juga fasih dan faham bahasa melayu, kalau ko rasa terganggu dengan nick aku serta blog aku yang tak formal ini, dan disebabkan itu tidak mahu menerima pandangan aku, its up to you, aku tak paksa pun, cuma cakap saja.

      Padam
    2. Mari kita guna dan cuba betulkan bahasa bahasa melayu kita.

      Kamu ni, ada sahaja isi nak kenakan saya balik. Di sebalik pengunaan nama samaran saya berbahasa ingeris ini. Saya rasa adalah tidak salah kalau saya mahu mengetengahkan isu ini dan ianya tidak mengubah pendirian saya yang kita perlu mengunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan bahkan dalam apa-apa jua majlis dan acara formal.

      Saya masih fasih dan faham bahasa melayu. Sekiranya kamu rasa tergangu dengan nama samaran saya serta laman belog saya yang tak formal ini maka kamu tidak mahu menerima pandangan saya, maka ianya terserah kepada budi bicara kamu. Saya tidak memaksa kamu hanya mengetangahkan isu ini sahaja.

      Padam
    3. dah tak de point nak tembak...
      nickname pun nak pertikaikan...
      macam politik.. hehe

      Padam
    4. ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris ingeris

      tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu tergangu

      mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan mengetangahkan

      mohon jangan jadi cikgu BM

      Padam
    5. ماچم باڬوس ج تايڤ باڽق باڽق

      Padam
    6. mmg dia bajet bagus pun taip bnyk2 mcm tu...

      Padam
  15. Hmmm...mmg ada baik and buruknya utk kekalkan BM dalam seluruh urusan rasmi n akedemik...susah nak decide even sy menjadi PM sekalipun. Setiap negara ada own polisi masing2.

    Cuma skrg ni byk bnda nak utamakan bahasa ingeris. Even pertakataan Melayu yg baru pun byk bunyi hmpir sama mcm BI (conth:transformasi - transformation). Tp bahasa Ingeris merupakan bahasa dunia skrg. Terutama dlm dunia pekerjaan, menguasai bahasa Ingeris merupakan keperluan utama utk diterap kerja di syarikat MNC atau GLC.

    Tp benda yg paling x suka ialah memperlekehkn BM, lg2 kaum 'bedak putih'. Kalau x minat pun jgn la buat kenyataan terbuka kata BM useless. Nak jd kerakyatan M'sia kene fasih BM. Kalau x fasih, lg2 memperlekehkan...xyah jd kerakyatan M'sia.

    Dulu isu pengajaran dlm BI, pihak pembangkang yg paling sibuk membangkang, A Samad Said yg x puas hati kata BM tidak dimartabatkan. Skrg bila dah u-turn org 'bedak putih' sendiri yg nak balik BI dalam pelajaran. Reasonnya...diaorg nak kerja kat luar M'sia yg byk pki BI, xde class kerja dlm M'sia. Lg2 dlm sektor awam. Even kalau ada duit pun, dibeli pilihan belajar di IPTA M'sia, diaorg lg suka belajar di NES Singapore...they proud to be Singaporean, but get benefit as Malaysian.

    Pening2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Error (NES)-> NUS = National University of Singapore

      Padam
    2. Dewan Bahasa dan Pustaka dan kementerian selalu tak ngam. Bila buat mesyuarat tentang dasar baru, penjenamaan istilah, DBP selalu dipinggirkan.

      pengaruh PM & lawannya sangat kuat. Contohnya :

      pengubahan -> transformasi

      putaran, peredaran -> reformasi

      pembaharuan, perubahan -> revolasi

      belanjawan -> bajet (yang ni aku paling takleh terima)

      Padam
    3. saya memang tak suka bila bahasa malaysia ditukarkan kepada bahasa malaysia yang merupai bahasa inggeris. banyak perkataan di BM boleh digunakan tapi diorang ni suka-suka ubah. apa masalah dengan belanjawan kan? tak payah tukar kepada badjet (sebagai salah satu contoh). ini masalah gila daya tarikan~ (gila glamor).

      Padam
  16. entri yang bagus. agak agak boleh ker gomen nak hapus sistem sekolah vernakular sjkc/sjkt ni?

    macam mana pula dengan sekolah agama? pasti kaum lain query hal ni kalau sjkc/t di tutup?

    sebab tu kadang aku tak salahkan indon bila dorang perlekeh malaysia. kononnya 1Malaysia. kawan indon aku dulu pernah cakap, isi borang pun bahagi bahagi kaum ya? bilang 1malaysia? di indonesia kita semua di panggil indonesia walaupun ada pelbagai kaum dan suku. kat malaysia masih ada bumi, non bumi, ketuanan?



    tapi kan, kalau tanya tun mahathir pasal isu ni, mesti dia salahkan Tunku macam isu RCI sabah.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 Malaysia - gimik politik je. just nak establish brand politik je

      Pasal indon, dr dulu sejak pemerintahan Sukarno diaorg dah terapkn benda ni. Smpi skrg x tau nak beza mana org islam, cina, kristian. Nama pun dah pelik2. Tp ada keburukannya..kalau minum arak pun xde sape yg perasan, sbb x pasti dia 2 islam ke x. Sama gak utk kes2 syariah lain. Tgk indon pun mcm x berapa islamik sgt sbb susah nak dikuatkuasakan. Kalau kat M'sia..nmpk muka melayu kat kelab malam atau kat hotel buat maksiat dah terang2 dia 2 Islam.

      Pasal SJK ni, susah nak dihapuskan. Nanti jd isu perkauman plak. Cume yg menyampahnya kalau dah bg SJK 2 senyap2 je la..x perlu kata SK x bagus n BM x perlu bg mereka, bahasa mereka yg paling penting utk masa depan mereka. Kdg2 kaum ni mintak lebih2 utk ambil hati mereka and undi. Tp bukan berkhidmat utk negara pun. Boleh jamin 90% kalau M'sia ada perang...kaum mereka yg lari dr M'sia...org Melayu je la yg mempertahankn negara yg tercinta ni. Diaorg nak untung je...

      Sabar je la.....

      Padam
    2. bro AA..sebab tu aku cakap undi dorang mahal.

      bila undi mahal dorang boleh demand macam macam.

      so, fikir fikir lah macam mana nak jadikan undi orang melayu mahal.

      Padam
    3. aku tak penah pandai english masa sekolah, setakat cukup2 makan untuk lepas exam, speaking memang hancur.

      masa aku buat matriks, aku hadapi masalah teruk. tak faham langsung apa aku belajar sebab semua in english and kena speaking all the time.

      aku sokong sebenarnya education in english, especially subjek2 math and sciences. memudahkan budak2 kat peringkat matriks & uni. buku teks yang kita pakai pun banyak in english.

      tapi bila a samad said bangkang benda ni, aku respek perjuangan beliau. masalah budak2 sekarang ni, english taknak belajar, bahasa melayu pun diorg bukannya pandai & hormat.

      novel2 melayu yang meletup pun (melainkan karya2 sastera yg memang best dan diangkat tinggi), banyak yang picisan. yg picisan itulah yang diorg banyak angkat buat drama & filem. bukan semua, sebab sekarang ramai penulis2 'indie' dah mula publish buku diorg, jalan citer pun lebih berkualiti.

      aku berpendapat penggunaan english & bahasa melayu kena seiring. sebab dua2 ada kepentingan.

      Padam
    4. aku dh ckp dh smlm,sbb tu kita wajib kekalkan kuasa kpd umno utk kekalkan kuasa melayu.benda yg dh lps xboleh dh nak ubah.undi umno xkan menyebabkan sekolah cina tutup,tp dgn undi pr iaitu dap bkn sahaja sekolah cina xkan tutup,malah akan bertambah & membiak dgn begitu byk sekali,silap hari bulan sekolah kebangsaan pun akan ditukar ke sekolah utk melayu saja,bahasa melayu dihapuskan & semua guna bahasa inggeris.masa tu nk menyesal tiada guna kerana org cina sudah berkuasa.

      ayuh melayu bangkit dr tidur!!! pastikan umno terus berkuasa demi kelangsungan & survival org2 melayu!

      Padam
    5. Pasal politik 2 lain cite...skrg ni kita sbgi rakyat M'sia nak pastikan BM dimartabatkan n BI dikuasai sekali. Dr situ kita nak pemimpin samada BN or PR bersependapat dgn kita supaya mereka leh dpt undi kita time PRU.

      X tau la kalau mereka nak masukkan perkara ni dlm manifesto kelak. Papepun, cite pasal politik smpi tahun depan pun x habis

      Padam
    6. Saya sgt setuju!!
      ~sonkimura~

      Padam
    7. hmmm nak bagi kuasa kat umno lagi? parti diaorg la yg gatal benarkan buat sekolah jenis kebangsaan.


      walauapapun, Khairy Jamaluddin macam org umno yg boleh diharapkan. kuda2 tua ameno nih, takde perasaan aku nak undi mereka.

      Padam
    8. Pemimpin umno pendidikan british bukan universiti malaya :D

      Padam
  17. bila ko citer mende ni noob, baru aku teringat. dulu aku lepak makan2 ngan membe2 aku yg chinese (aku sorg je melayu), bila diorg cakap chinese sesama diorg, diorg rasa kurang respek kat aku, so end up kitrg sume cakap english. camna tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hime s, ko biasa baca blog art harun tak?

      Padam
    2. macam tu lah. diorang sama diorang cakap cina tu normal, tapi bila nak cakap dengan kita pun mereka cakap english tu yang tak best. kita duduk di malaysia, sepatut cakap bahasa malaysia bila komunikasi di antara kaum. tapi tak boleh salahkan diorang jugak sebab diorang dah terdidik macam tu sejak kecil. aku salahkan sistem dan dasar pendidikan kita yang dah membarah sejak sekian lama.

      Padam
    3. Itu semua poyo!!...poyo tul ckp english. Kalau awak org malaysia, ckp BM. - x tau la ada keberanian ckp mcm 2 kat diaorg.

      Padam
    4. aku cakap campur2 je since diorg paham pun. untung chinese n indian malaysian, usually, at least 3 bahasa diorg mahir.

      btw mecha, good read, thanx for it!

      Padam
    5. Sebab tu aku terpaksa juga belajar cakap mandarin.

      Padam
    6. hime s, setuju dengan point ko. sama macam aku. ada kawan2 chinese, indian. dorang suka cakap bi. so, nak tak nak aku kena cuba beranikan diri untuk cakap bi walaupun bi aku macam haram.

      noob, ko salahkan sistem? ko pun sama macam art harun.

      "Art Harun believes that he is a failed government experiment"

      Padam
    7. ahaha aah banyak yg dia kutuk. tapi aku suka je baca. could always agree to disagree :)

      Padam
    8. art harun contoh minda liberal yang aku suka.

      har har har

      Padam
    9. Aku adalah hasil ujikaji pendidikan negara, generasi pertama untuk UPSR, PMR, juga SPM baru. Dari bahasa Melaysia ke Bahasa Baku Ke bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia balik.

      Pening kepala.

      Padam
  18. setuju..sebab kebanyakan syarikat jadikan keupayaan dan kemahiran berbahasa inggeris sebagai syarat utama utk diambil bekerja...sebab tu agaknya sy masih di kampeni lama..susah betul nak cari kerja baru :(

    BalasPadam
  19. Noob, unrelated question. "Orang asal" tu merujuk kepada siapa eh? Nama baru untuk Orang Asli eh? Kalau ya, sempoi jugak. Sebab term "Orang asli" tu dah terlalu kerap sangat dijadikan bahan mengejek, "Orang asal" macam lebih sopan dan tepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap beberapa tahun lepas, term orang asli telah ditukar ke orang asal, tengok kat wiki ni - Orang Asal

      Padam
  20. setuju...
    tapi tulah kalau u baca buku Hubungan Etnik maka lagi byk yang tak puashati pasal prinsip jus soli tu..
    sekolah vernakular dibenarkan tapi mesti wajib mengadakan Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran wajib. rasanya itu tidak mencukupi..
    kenapa Malaysia tak boleh jadi mcm france? Jepun? Cina? Korea?
    ni kalau tak tahu cakap omputeh, mati kena gelak dan diperlekehkan...
    tapi surat dari budak di atas tu ternyata sungguh biadap...

    BalasPadam
  21. Balasan
    1. ha,lepah tukaq kerajaan..kita jadikan bahasa cina bahasa rasmi malaysia.yeayyy!.

      Padam
  22. Sokong...jadikan malaysia sebagai hanya satu aliran..mcm thailand dan Indonesia. Satu bahasa.satu aliran sekolah.satu nama.tak kisah laa.melayu ke..cina ke..tamil ke..tapi satu aliran sahaja yg dibenarkan...ada beraji??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 Lim Guan Eng ngan Karpal Sigh ngak ke tukar nama kepada nama melayu malaysia seperti Jebat, Galak, Jalak, pandir, Andeh, Cempaka, Kenanga, Lintang, Badang, Kesturi, Dewata? Kalau diorang nak, aku tanpa fikir pajang akan pangkah PR dalam PRU13 ni nanti, kalau masih kuat ultra kiasu diorang, baik lagi Undi BN, walaupun pun tak sempurna, tapi lebih baik dari PR..

      Padam
    2. beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji beraji

      Padam
    3. beraji?ada.taip kat google.

      Padam
  23. Barah bahasa datang dari mereka yang wujudkan sekolah jenis kebangsaan, membezakan kaum dan bahasa..so macam mana nak martabatkan bahasa Malaysia sedangkan dari kecil budak2 nie sudah diajar pelbagai bahasa..masyarakat majmuk tak semestinya bahasa juga majmuk kan?

    Apa Yang Penting, Entri Ini Memang SIOOOTT!

    BalasPadam
  24. Salaam,

    Di sebalik penggunaan nick Ingeris oleh Noob, aku rasa isu ni amat relevan sungguh. Betul, kita kena pupuk penggunaan bahasa melayu/Malaysia ni sejak kecil. kalau dah besar baru nak ada kesedaran, itu hanyalah impian manis sahaja.
    Justeru penubuhan SRJK T/C adalah tidak bertepatan dalam mencapai matlamat menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan. Itu belum termasuk kalau ada kaum plain nak menuntut SRJK masing2. Kalau ada rasa nak mempraktiskan BI sebagai bahasa utama, silalah ke sekolah antarabangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai tambahan, aku adalah peg. kerajaan dan baru2 no ada pekeliling untuk mesyuarat dalam BM, tak nampak pun keberkesanannya. Jadi camna tu??

      Padam
    2. Kami nak SJK Iban, SJK murut, SJK kadazan, SJK melanau, SJK jawa, SJK bugis, SJK kaum asal diwujudkan juga..

      Padam
  25. bagaimana pula dengan nasib tulisan jawi kita?adakah akan pupus dimasa hadapan & orang-orang malaysia tidak tahu lagi menulis & membaca tulisan jawi ini?mohon noob ulas skit & kalo boleh diketengahkah dalam blog ni..sekadar cadangan,wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ساي ساڠت ستوجو، ماري كيت ڬوناكن بهاس جاوي

      Padam
    2. saya tidak setuju

      Padam
    3. india dan cina akan kecut perut tengok malays pakai tulisan jawi huahuahuaaa.........

      Padam
    4. توليسن تاميل لاڬي بربليت لر

      Padam
    5. tulisan siam pun apa kurangnya....

      Padam
  26. Sudahlah kita tidak perlu gusar karena bahasa melayu tak digunakan,bagaimana kalau kita semua sepakat menggunakan bahasa Indonesia saja. bahasa Indonesia sudah baku dan tidak berubah-ubah,lebih enak didengar,lebih mudah dipelajari. Terbukti sudah lebih dari 240 juta orang di dunia menggunakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amangnya kamu orang indonesia?

      Padam
    2. ya,bahasa inggeris juga bodoh,tatabahasanya berterabur namun tetap merupakan bahasa paling popular di dunia.sama juga dengan bahasa indonesia.walaupun perkataannya kelakar,tapi ramai yg menggunakannya.kerana ia kelakar.

      Padam
    3. saya setuju ni, memang lebih enak didengar and tidak berubah. bahasa malaysia bukan kurang apa,tapi selalu berubah macam ada masalah identiti, dari bahasa yang indah (bukankah asal usulnya dari indonesia?) menjadi parah :(

      Padam
    4. kayaknya bisa di coba. lagi industri budaya juga mirip mau di hak milik kang.

      Padam
  27. ابڠ ڤون،

    اين سموا ڤويو

    BalasPadam
  28. ماري منوليس جاوي19 Februari 2013 pada 3:13 PTG

    سوده سمڤأيڽ ماسڽ ڤون منوليس دالم بهاس ملايو دان د دالم توليسن جاوي.

    هيدوڤ ابڠ ڤون

    BalasPadam
  29. SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak.

    Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.
    Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja.

    Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.

    Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.

    Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada.

    Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah.

    Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.

    Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.

    Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung.

    Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni apasal soalan nak tanya dang suria letak kat sini nih? takpela alang2 dah letak aku nak jadi dang suria la jugak.

      pertama sekali, sila mengaku dan minta maaf dengan isteri anda. kalau isteri anda tak maafkan anda dan minta anda ceraikan dia, ceraikan saja bini anda, kerana anda tidak layak jadi suami dan patut dihumban dalam laut.

      tapi kalau isteri anda maafkan anda dan masih lagi sanggup setia untuk bersama dengan anda walaupun anda dah menodai adik perempuan dia bukan sekali, malah berkali2, sila minta maaf kepada mak bapak mertua anda kerana telah merosakkan anak perempuan mereka.

      kalau mereka tidak dapat menerima anda sebagai menantu mereka dan suruh mereka ceraikan anak mereka, sila ceraikan saja, kerana anda sebenarnya dah tak layak jadi suami, bapa, anak menantu dan manusia yang baik. kalau bapak mertua anda tak ikat kaki anda dekat kereta dan seret di jalanraya pusing keliling kampung atau tak potong kote anda, anda bernasib baik.

      tapi kalau mereka sudi memaafkan anda dan masih dapat menerima anda sebagai menantu mereka walau banyak perkara durjana yang telah anda lakukan, anda seorang yang sangat bertuah. mohon jumpa ustaz2 dan dekatkan diri dengan agama, jangan tahu nak mengongkek saja.

      Padam
  30. Ini semua punca dari orang melayu.Kitakan golongan majoriti..kita kena cakap melayu dengan cina india.Kita kena sepakat.Ini meeting sama2 melayu pun nak english.Orang melayu kena agungkan bangsa melayu. Tengok orang kelantan diorang sepakat/bersatu disebabkan bahasa mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xhabis2 dgn kelantan ko.ingat org kelantan tu best sgt ke?kena kutuk kaw2 kt blogserius br padan dgn muka org kelantan kah kah kah

      Padam
    2. mana ada bahasa kelantan la ngek, tu bahasa melayu loghat kelantan... poyo lebey awang/mek anon puiiii..............

      Padam
    3. puih,bahasa kelantan la pulak.loghat la.negeri lain pun ada loghat jugak.sila jgn rasa terlebih bagus dari negeri lain.tak payah nak tipu la org kelantan sepakat sebab loghat kelantan.aku tgk ramai je org kelantan gaduh dengan org klntan jugak.nate berok mu!

      Padam
    4. buto..kelantan racist..sepakat dengan org kelantan je buat ape..dengan org luar,macam haram korang layan..

      Padam
    5. laghu mano kelate bole jadi cengitu?

      Padam
    6. tanyo tok guru mu

      Padam
  31. Walaupun aku bukan pejuang bahasa tapi aku sokong penggunaan bahasa melayu untuk sebarang urusan rasmi. Dulu masa idea sekolah Wawasan dan pembelajaran sains dan matematik, suara2 pejuang melayu terlalu layu. erk... ape Fungsi DBP noob. terima gaji bulan2 saje ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. DBP adalah badan kerajaan sebagai penterjemah atau sumber bahasa melayu.
      Mati la DBP dia yang kena terjemah dia kena kuatkuasa dia kena pantau.

      Badan kerajaan lain buat deq aje.. lol.

      Padam
  32. Kesalahan pertama isu Non Melayu tak pandai cakap Melayu adalah Kesalahan BN pada era kemerdekaan dahulu kerana membenarkan pembukaan sekolah2 tamil dan cina.

    Di indonesia,isu bahasa adalah isu pokok nasional yang tak boleh dirunding..jika bantah..kepala putus..sebab tu orang2 cina di indon pakai nama berbau indonesia kerana KEGANASAN Kepala2 pemimpin indonesia yang sangat tidak kompromi apabila melibatkan isu2 berbau Nasional seperti Bahasa menyebabkan mereka sangat takut kerana TRACK RECORD indon soal pembantaian orang2 cina sangat buruk di indon(dekat indon tak silap orang2 cina kena bantai dengan indon sejak tahun 1900-an hingga last tahun 1998)..segalanya2 hidup mati adalah kerana PANCASILA.

    Hal ini juga berlaku di Thailand yang menganut fahaman Nasionalis kental yang segala2nya harus diTHAIKAN..penduduk2 Melayu selatan Thai mengalami krisis identiti diri kerana betapa Agresifnya Thailand mengeTHAIKAN penduduk2 Melayu selatan Thai agar mereka menjadi THAI tulen yang tidak berbelah bahagi lagi kesetiaan mereka kepada Thailand.

    Kesalahan orang2 Melayu adalah terlalu BERDIPLOMATIK sehingga memakan diri..tetapi jika Orang2 Melayu keras kepala dan ganas..Malaysia sekarang tak kan wujud,inilah harga yang harus kita bayar demi kemakmuran Malaysia..Kita akan terus makan hati demi kelangsungan kemakmuran malaysia..diakhirnya..dilema pro dan kontra akan menghiasi lampiran akhir setiap isu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perghhhhh!terbaik la hang.

      Padam
    2. bro zack, apa maksud lu dengan "jika Orang2 Melayu keras kepala dan ganas..Malaysia sekarang tak kan wujud"?

      macam ada something jer..

      atau ada penjelasan lanjut? hehe

      Padam
    3. La senang je jika perangai orang2 Melayu adalah ganas dan tak pandai tolerate,negara ini akan jadi seperti Indonesia,filipina dan thailand yang huru hara.

      Kelebihan kita adalah sikap tolerate dan diplomatik walaupun selalu dikatakan rasis,rasis kita hanya pada mulut tidak perbuatan..jika pada perbuatan.

      Lihat sahaja contoh Myammar,bangladesh,china,india,malah Australia yang sangat rasis pada perbuatan.

      Serasis-rasis orang melayu,hanya pada mulut..kerana jika benar orang2 melayu itu sangat rasis..kita tak akan pernah melihat Malaysia seperti sekarang ini sekiranya orang2 melayu itu benar2 sangat rasis.

      Padam
    4. so maksud ko baguslah org melayu ni baik hati,toleransi,xrasis2 sgt sampai kena pijak org cina pn ok blh senyum lg...yg pntg negara xhuru hara & aman damai mcm skrg?

      Padam
    5. alahai mecha...tu pun nak mintak further explanation ker...? lahaiiiii~

      Padam
    6. Kita diplomatik bagus.. yang tak bagusnya wujud golongan manipulasi diplomasi kita.. mempergunakan bangsa dan menjual bangsa melayu..

      habis semua nak digadai.. Tanah kat singapura pun dah kena gadai pulau batu putih dah kena gadai.. banyak tanah kerajaan pun dah kena gadai rezab melayu lagi ler.. makin pupus.. yang tingal hanya mungkin ketuanan dan nama melayu lol..

      Padam
    7. iya saya tau orang melayu itu tak rasis, saya sebagai orang indonesia tau apa sebab memanas negara serumpun, indonesia dengan malaysia itu karena ad fitnah dari etnis lain, entah cina india, maupun yg lain.. oleh sebab tu.. orang melayu malaysia harus bersatu membangun jati diri...

      Padam
  33. Siapa yang bekerja di sektor swasta, faham-fahamlah dengan situasi cam ni. Everywhere english.

    BalasPadam
  34. Saya faham bahawa Bahasa Melayu ni adalah Bahasa Kebangsaan. Dan saya setuju dengan membubarkan Sekolah Jenis Kebangsaan. Tetapi kenapa jus soli tu salah? Semua

    BalasPadam
  35. pada pendapat saya, ini bukan masalah sebab wujudnya sekolah-sekolah bahasa lain. ini kerana salah bn main politik bangsa. bila rakyat dihiraukan dan tidak ada identiti (macam dikatakan pendatang, suruh balik negara asal nenek moyang dia) dinegara sendiri, maka tidak wujudlah semangat kebangsaan dan semangat cintakan negara. bila keadaan jadi macam tu, mana mungkin dapat selami kebangaan dan semangat cintai bahasa. bab budaya tu susah sikit, malaysia ni macam rojak, jadi kita cintai satu sama lain jadilah~

    lagi, tak patut kalau kita nak bandingkan dengan negara yang hanya ada satu bangsa sahaja. diserata dunia, semuanya tak sama. kalau di eropah, identiti serta semangat kebangsaan lebih kuat. jadi, walaupun bangsa berlainan, mereka semua menggunakan bahasa kebangsaan (atau mungkin juga kerana nilai komersial). di negara cina pula, terdapat kawasan/negeri yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan kerana budaya serta identiti. kalau dipinggirkan maka lagilah tidak akan wujud semangat kebangsaan, sama seperti di malaysia.

    banyak bangsa lain yang tak tahu guna bahasa ibunda sendiri di malaysia dan kekadang bangga dengan kefasihan bahasa inggeris mereka. janganlah kita buta-buta salahkan kewujudan sekolah sekolah bahasa lain sahaja.

    p/s : saya setuju dengan salah satu commenter yang mengatakan bahasia malaysia telah berubah dari bahasa sastera sehingga jadi bahasa pasar. memang sedih bahasa malaysia banyak peribahasa dan simpulan bahasa yang indah :)

    BalasPadam
  36. aku rasa sbb knapa BM hidup segan mati tak mahu adalah kerana kuasa ekonomi. aktiviti ekonomi perlukan banyak percakapan, nak tawar harga lah, sebut harga, tanya satu kilo berapa ringgit pon kena cakap jugak. tu tak masuk nak ambik tender dari syarikat2 besar. masalahnya, ekonomi kita sapa pegang? mereka ni agak2 nak pakai BM tak kalau nak urusan jual beli, nak order barang2 mentah dengan kaum mereka sendiri? make sense tak? and then sapa pelanggan tauke2 nih? kaum depa gak.
    aritu aku pergi vietnam, almost semua penjual dan penjaja dekat sana boleh cakap BM walaupun tak fasih. level BM depa mcm cina malaysia ckp BM. kenapa?? sebab ramai orang melayu pergi shopping dekat sana. so, nak tak nak depa perlu untuk tahu BM ni walaupun sikit ja tapi benda ni boleh tarik pelanggan datang beli produk.
    even dekat kemboja, benda sama berlaku, cuma orang sana boleh cakap english, sebab banyak mat saleh datang sana untuk melacur. so, org dkt sana perlu belajar english la untuk survive, dan tarik customer.
    last skali, cuba fikir kenapa BM jadi lingua franca masa zaman Melaka? sebab Melaka control ekonomi dkt rantau tu. kuasa org melaka untuk beli banyak so, BM digunakan secara meluas.
    -TAMAT-
    nak bisjut?

    BalasPadam
  37. Bahasa Nasional itu satu dan harus dijunjung tinggi! karena merupakan identitas bangsa!
    di sekolah, gedung pemerintahan, perkantoran, hospital, dan tempat umum lainnya kita wajib menggunakan bahasa nasional!
    suatu kebiasaan di Indonesia yang mana rakyat berketurunan Cina, Arab dan india akan bertutur bahasa Indonesia walaupun sesama orang suku sendiri! kalau seumpama mereka tidak bisa berbahasa indonesia, maka mereka di cap bukan warga negara indonesia!
    ada banyak (ratusan) bahasa dengan berbagai logat dan dialek di indonesia, namun bahasa nasional yg digunakan tetap satu! semua warganegara wajib fasih berbahasa nasional. tak peduli dia cina, melayu, arab, india, belanda, papua, mereka wajib fasih berbahasa nasional.

    saya berharap hendaknya bahasa melayu pun jadi bahasa utama di malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap warga negara Indonesia terikat oleh sumpah pemuda
      bertumpah darah satu,tanah air Indonesia
      berbangsa satu,bangsa Indonesia
      berbahasa satu,bahasa Indonesia

      bukan begitu bang julius?

      Padam
  38. bahasa melayu tu ape???

    BalasPadam
  39. muahahahahahahahaha,lawak siot...korang tulis selama ini bahasa apa ke???cakap apa ke????tak ada baku,rojak habis.....english campur melayu,campur bahasa hengpon kah kah......indon,jepon pernah ke cakap rojak camtu???muahahaha sory lawakkan bahasa kite sundiri

    BalasPadam
  40. Gimana mau bisa bahasa Malaysia , Kalo Sekolahnya Make Sekolah kebangsaan , Seharusnya ya jd satu lah , dan bahasanya Juga 1 ... dan Sejak kecil harus berbicara bahasa malay !!

    BalasPadam
  41. betul, bahasa malaysia harus no.1 yang berkuasa orang melayu.






    BalasPadam
  42. awalnya, saya merasa kagum dengan orang malaysia... waaah bahasa inggris mereka bagus banget, masih kecil pun mereka sudah pintar bahasa inggris. keliatan keren aja kalau bisa bahasa inggris. eh, ternyata bahasa melayunya tidak dijunjung tinggi. akhirnya kehilangan identitas sebagai bangsa melayu. indentitasnya lebih mengarah ke bangsa melayu yang MASIH dijajah inggris. mungkin malaysia harus belajar kepada bangsa indonesia.

    BalasPadam
  43. pemimpin dahulu yg jadi akar sbb bahas melayu smpi skrg x rmai org bkn melayu fasih . tengok negara indonesia , pemimpin indo dulu tegas sesiapa yg nak duduk negara indo mesti bertutur dalam bhs ibunda diorg. sebab tu sampai sekarang diorg fasih ckp indo xkira laa cina atau india . sampai kita tak kenal mana satu orang indo dan mana satu org cina

    BalasPadam
  44. Haha...Sensitive giler entry yang dipost ni..banyak discussion especially bila melibatkan orang² melayu kita.Aku pon same.Aku tak brapa suka bm sbb bagi aku bi lagi best.Tak gitu?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.