Rabu, 13 Februari 2013

47 Laporkan sebarang maksiat kepada Awie

Tahniah Awie, selebriti macam ni yang aku cukup kagum. Selain dari jadi role model kepada masyarakat dalam bidang lakonan dan nyayian, beliau juga menunjukkan contoh dan tauladan yang sangat mulia apabila dilihat bersungguh2 dalam membanteras gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kita ini.

Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat

GEORGETOWN - Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.

Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata, menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya, maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di sini hari ini.

Baca selanjutnya di Sinar Harian dan Malaysiakini.
Aku rasa tiada orang yang lebih sayang kepada bangsa, agama dan negara seperti Awie. Aku sebagai orang biasa amat malu dan rasa rendah diri dengan seseorang yang walau menjadi selebriti tapi amat berbakti kepada bangsa, agama dan negara sedangkan aku punya bakti begitu sedikit.

Oleh sebab itu, aku rasa terpanggil untuk menyokong dan ingin berkhidmat kepada pertubuhan ini. Sebagai langkah pertama, aku akan bagi bukti bergambar kepada Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) ini mengenai aktiviti maksiat untuk tindakan selanjutnya oleh pihak bertanggungjawab:



Harap Awie selaku timbalan presiden pertubuhan dapat mengambil tindakan terhadap pemilik kelab malam ini yang sudah ada bukti bergambar ini ya kerana ia juga boleh diklasifikasikan sebagai gejala sosial dalam kategori maksiat. Oh ke hanya boleh buat aduan mengenai gejala sosial yang berlaku di Pulau Pinang sahaja? Kalau begitu takpelah, abaikan sajalah aduan saya ni.




tags: penyanyi awie ketuai kempen banteras maksiat buka kelab malam malai rock station bistro ipoh pertubuhan islam gabungan amal pertiga pusat media banteras gejala sosial aktiviti tidak bermoral lumba haram judi haram maksiat perempuan wanita gadis seksi jawapan wartawan siapa nak bagi rezeki anak isteri hidup mati saya tentukan

47 ulasan:

  1. Aku nak buat maksiat neh weh, p laporkan kat awie siap2. Bleh dia tangkap aku.

    KAH KAH KAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. DeeDee AmenoWorld...

      Lu nak buat maksiat mender... hahaha.. kalu nak gak... pi la Ipoh... bukan jauh mana pon dari tempat lu... hahaha

      Padam
    2. Sila join Awie di sebuah kelab Ipoh :) lol

      anda akan jadi seorang yang mulia.

      Padam
    3. lu buat maksiat, nanti awie dtg bagi awek. suh lu tutup mulut. xpun jemput ke kelab dia..ada tarbiah dakwah.

      #BANkami


      Padam
  2. Bapak tokey nightclub di lantik sebagai ketua pencegah maksiat? undang2 ke khinziran apa kah ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni menunjukkan kita semakin mencontohi 'Murica!.

      Padam
  3. Perlu saling mengingati antara satu sama lain :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak hormat sape ni kak mahh?minah baju biru sebelah awie tu ke?

      Padam
  4. Barangkali awie tak perasan yang itu salah satu daripda yang cuba dibanteras...barangkali!!
    Astaghfirullah

    BalasPadam
  5. ayahanda awie ni buat lawak bodoh plak.dahla subang besar bapak kt telinga,bukak kelab malam,ada hati nk jadi pejuang islam cegah maksiat?ini adalah lawak plg bebal pernah aku jumpa dlm dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan jadi islam kulit.. nampak sangat buruk orang hingga menafikan yang dia juga mungkin ade berbuat kebaikan

      Padam
    2. bukan masalah nampak buruk,dah memang terang2 buruk.benda buruk kita tentang,benda baik kita sokong.dah tentu pakai subang & bukak kelab malam tu buruk mmg patutla kena tentang.kalau ada gambar dia bukak masjid aku takkan tentang malah sokong skali

      Padam
    3. kita amik contoh kalau nak bersolat.pakaian kena jaga,tutup aurat..bersih.amik wuduk pun kena elok2 dan sempurna.kalau nak berbuat kebaikan,'bersihkan' diri tu dulu.memang boleh kalau nak buat baik walau dalam keadaan yang macam awie tu,tapi mungkin akan jadi sia-sia..istiqamah tu tak datang dalam diri.Bersihkan diri dulu.cuba la fikir,dengan subang di telinga,rantai pun simbol pelik2,rambut perang..terjaga tak solatnya kalau macam tu?

      Padam
    4. agaknya Riben Merah ni salah seorang GRO awie sebab tu dia sokong sangat ayahanda dia ni

      Padam
  6. tolong la ada pihak yg amik berat pasal ni.. takkan la nak biarkan awie yg takleh jadi contoh teladan langsung jd presiden?? aku tak tau la troll ke ape ke tp kalao betul, haiyaa.... mane la org skrang tak konpius! org islam mmg la tak konpius sbb iman masih kuat lg, tp cmner nak jdi contoh kt org bukan islam? dorang pn pelik tngk!

    BalasPadam
  7. bila si jahil memimpin, orang-orang yg ditugaskan menjaga Islam mengikut pada si pemimpin jahil, maka rakyat yg jauh dari ilmuan2 Islam di masjid2 atau surau2 akan jadi hampir jahil gak mcm ni...seorang penggalak maksiat nak banteras maksiat, nauzubillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju.......

      Padam
    2. Saya terfikir siapakah gerangan yang bagi gelaran atau mengampu sebegitu tinggi dengan "bayangan Allah" tu? Sedangkan baginda Nabi yang mulia tidak memakainyapun.. hanya kerap dirujuk akhlak nabi seperti mana akhlak Al-Quran.

      hurm..

      Padam
    3. ni kan tanda kiamat.alim ulama akan dipandang hina.si jahil dan ahli maksiat akan jadi pemimpin dan disanjung.

      Padam
  8. dia baru nak mula dekatkan diri dgn kebaikan kot, maka ni langkah dia yg pertama? - be positive

    :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. awie dah lama jadi ayahanda dlm pertubuhan kebajikan & dakwah islamiah (pekida),kalau nak kata langkah pertama,start dia masuk pertubuhan dakwah tu lg dia dah patut dekatkn diri dgn kebaikan.ini apa crita?buka kelab malam,subang kat telinga.ini rasa bukan langkah pertama lg tp dah berlangkah2

      Padam
    2. Betul gak.Mana tau bende ni menggerakkan hatinya utk bertaubat dan sedar kesilapan dia.Kita doakan ajer.

      Padam
    3. tuhan nak tunjuk tanda kiamat semakin hampir dengan kita.

      Padam
    4. nanti dia tutuplah kelab malam tu, dan tak pakai lagi segala subang dan rantai apabala tu smua, gambar kelab malam tu mesti gambar lama (positive mode tahap mega) :p

      Padam
  9. Berat tugas ni sebenarnye.. bukan mudah nak benteras maksiat..
    mungkin pendekatan baru digunakan gunakan penjenayah tangkap penjenayah, mengunakan khidmat pembuat maksiat untuk mencegah maksiat.. lol.. :)

    Secara positif mungkin Awie akan bertaubat.. dengan memberi tangungjawab membenteras maksiat maka harap dapat juga laksanakan bagi diri sendiri juga kawan dan sahabat handai terdekat .. :) Mungkin suatu masa kita akan nampak Awie mendendangkan lagu kemanusian dan ketuhanan seperti Ramli Sarip.. mungkin berjubah juga mengikut sunnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah kalau awie akan dendangkan lagu ketuhanan dan berjubah,tp subang kasi cabut dulu

      Padam
  10. Jangan risau..kalau saya buat salah..saya akan tangkap diri saya sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah 'kalau'.memang dah buat pun.kelab malam tu.sila tutup.jgn cakap kelab malam tu hanya mendendangkan lagu nasyid,nak masuk kena tutup aurat dan air yang dihidangkan hanya jus buah,kopi,teh,milo dan nescafe.

      Padam
  11. dah agak dah mesti sarkastik munyer post. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. it's make our world fun Len lol..
      to much sarkas... XD

      Padam
    2. Aku baca..baca..baca.. tertunggu-tunggu tang mana Noob akan twist cerit neh.. oh~ kat hujung sekali. gambar yang ada banyak booobies. :)

      Padam
  12. awie... ceta antu husin mon jin pakai toncet tu x best.. nk komen ni je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....

      Harap jgn buat sambungan nya

      Padam
    2. aku nak tertidor tgk cite tu.. sekian

      -p-

      Padam
    3. citer juvana lagi layan

      Padam
  13. cakap tak serupa bikin..ha ha ha
    apapun, subang tu kasi buang dulu yer...

    BalasPadam
  14. rasanya awie ni tak sedar pembukaan kelab malam tu salah..ntah la. mungkin kena ada someone yg kena nasihatkan dia secara baik.

    BalasPadam
  15. aku rasa awie ni x faham makna maksiat,psl ramai yg fikir maksiat ni cume bile lelaki bersunyi2an dgn perempuan jek..x?baik sangka level 3 nih

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.