Sebenarnya konsep tanggung dosa orang lain ini ada dalam ajaran agama Kristian, di mana mereka percaya bayi yang baru lahir telah pun menanggung dan mewarisi dosa asal atau Original Sin yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s., oleh sebab itu setiap bayi yang baru lahir perlu dibaptis untuk menyucikan mereka dari dosa itu.
Akan tetapi di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.
Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.
Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.
Ini kerana andai kata seorang isteri yang berlaku curang terhadap suami, atau anak perempuan yang berzina dengan teman lelakinya di luar pengetahuan suami atau bapa, mana mungkin dosa2 mereka ditanggung juga oleh si suami dan bapa? Merekalah yang berdosa kerana telah mengkhianati, menderhaka, tidak patuh dan taat malah engkar terhadap kepercayaan suami atau bapanya yang telah mendidik dan menjalankan tugasnya dengan betul. Macam kes guru wanita yang rakam video lucah dengan warga Pakistan ni di luar pengetahuan suaminya yang sedang sakit, takkan dosanya atas perbuatan durjananya terpaksa ditanggung oleh suaminya?
Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)
Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s juga mempunyai isteri dan anak yang engkar dan derhaka, adakah para Nabi ini menanggung dosa2 mereka walhal para Nabi ini telah berusaha untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka tetap engkar? Firman Allah:
"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" (At-Tahriim : 10)
So bila kita nampak seorang perempuan yang tak pakai tudung atau buat maksiat, tak boleh kita terus hukum suami atau bapanya berdosa dan cakap kesian suami/bapa perempuan tu kena tanggung dosa mereka, kerana:
Pertama: Kita bukan Tuhan untuk tentukan dosa pahala orang;
Kedua: Kita bukan tahu sama ada suami atau bapa perempuan itu sudah puas menegur dan menasihati mereka tapi mereka tetap degil dan engkar.
Sumber rujukan:
- http://hafizfirdaus.com/content/view/671/127/
- http://www.ustaznoramin.com/2010/04/adakah-suami-menaggung-dosa-isteri-anak.html
- http://lobaitampin.blogspot.com/2012/01/bapasuami-tanggung-dosa-anakisteri.html
- http://ibnnajib.blogspot.com/2012/03/betulkah-suami-tanggung-dosa-isteri_27.html
- http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-12-0105-kemusykilan-agama-tanggung-dosa-selemah2
Sebab tu bila ramai orang bantai dan tembak Ustaz kat bawah ni yang cakap yang DS Najib Razak tak berdosa bila isterinya DS Rosmah tak pakai tudung jika DS Najib dah mengajak dan menyuruh Rosmah pakai tudung tapi Rosmah tetap tidak mahu pakai tudung, buat aku berfikir, sebenarnya orang2 yang bantai Ustaz tu hanya semata2 kerana sentimen politik, bukan kerana kefahaman mereka dalam ilmu agama pun. Hanya kerana benci dengan Najib, semua benda pun jadi salah.
tags: suami ayah bapa tanggung dosa isteri anak perempuan wanita lelaki gadis belum sudah baligh mumayyiz konsep agama kristian dosa pertama asal original sin baptis baptist kisah nabi nuh luth keluarga derhaka engkar ingkar tidak patuh taat lawan munafik degil khianat curang sudah puas usaha seru nasihat tegur bimbing ajar suruh paksa guru wanita cikgu penolong kanan hem melaka lelaki pakistan rakam filem video lucah lizah buang ds najib razaj tudaj berdosa rosmah mansur mansor tidak pakai tudung video ceramah ustaz dr nasoha
terima kasih noob atas pencerahan yang semakin buat aku cerah..
BalasPadamsebelum ni samar-samar je..
btw, turn out that hujah ustaz tu betul..yang marah-marah ustaz tu terbawak sentimen politik..
tudung pun ko nak jadikan isu politik. bongok punya noob. ko ingat rakyat bodoh macam ko ke? mahathir pun bini dia tak bertudung tapi boleh bawak msia maju dan byk membantu negara2 islam yg mundur.
BalasPadamapa point ko sebenarnya ni? nak kata pandai,kurang cerdik. nak kata bodoh, bangang.
Padamtu namenyer machai..sekian
Padamlol noob defend umno kata bodoh, tegur umno pun kata dia kata bodo sah, 2x5 sama je dgn si bodo yg kutuk ustaz tu
Padamsedap2 ko je kata org bongok, sdgkn btol la noob ckp, mana ada babitkn politik, ko tu ha yg terasa lebih
BalasPadamthanks atas info ni. skang br fham.
BalasPadamApabila adat dan agama seakan sukar dibezakan, Macam tu lar jadinya. Dan apabila yang bodoh terus mengikut menjadi bodoh tanpa mahu berubah menjadi bijak.
BalasPadamDalam utube tu, bukan ustaz, kerja doktor, tu lah menyeleweng. Bagi nama ulamak mana, bini x pakai tudung. Suami kena cerai lah kalau isteri x taat agama
BalasPadamnabi yg anak dan isterinya engkar pun mereka x cerai sbb mahu terus cuba berdakwah kpd mereka, ko senang2 je suruh suami cerai isteri... zaman skrg ni pun mcm la org lelaki tu bagus sgt??? ingat dosa isteri je, habis dosa suami xpikir?
Padamtanpa nama 12:27PG adalah antara manusia bebal yang masih lg percaya akan istilah dosa isteri ditanggung suami, *sigh..aq dh lamer tahu fasal dosa sendiri yg kne tanggung ni, kalau dosa isteri ditanggung suami, kenapa dalam neraka nanti diriwayatkan ramai penghuninya perempuan?? mknenyer, X la kan..sendiri buat dosa sendiri tanggung la bai..apake bengapnyer & selfish nyer si jantan ni kalau kahwin nk sedap aje retinyer, kalau bini buat hal je terus nk cerai..apeke bodoh nyer tu?? mnjadi tanggungjwb kau sbg ketua kluarge ler utk mndidik & mntarbiah bini kau tu ke arah kebaikan, ke kau pun ke laut sebenarnyer? lelaki baik utk perempuan baik, & sebaliknya..fikir2kn la yer, perkahwinan tu sebuah tanggungjwb, kalau niat kau sbelum kahwin pun dh X betul, maknenyer sia2 je ler belanja & hutang buat majlis kenduri tu sumer..*sigh
Padamthx noob :)
BalasPadamgud info
kita tak boleh sesuka hati meletakkan dosa ke atas ayah dan suami apabila isteri dan anak2 melakukan kesalahan
jgn mudah menghukum tetapi berdoa la agar mereka berubah ke arah yg lbh baik
isteri dan anak yang tidak taat dengan suami dan ayahnya yang telah menyuruh ikut syariat islam mendapat dosa derhaka dan dosa tidak menjadi seorang muslimah mengikut islam..sedangkan dosa dengan Allah pon dah berat, ni pulak dosa dengan sesama makhluk..untung lagi Allah tu maha pengasih dan pengampun..tp naya kalau suami tak ampunkan engko pompuan..
BalasPadamHanya Allah S.W.T yg berhak mengampunkan dosa makhluk ciptaanNya, manusia xde hak untuk ampunkan dosa sesama manusia, minta ampun kat Allah, kalau sesama manusia sekadar boleh minta maaf shj, suami bukan level tuhan, sekian..
PadamKalau semua dosa perempuan, lelaki yang tanggung kenapa ada hadith nabi kata ramai wanita dalam neraka?.. Bagus penjelasan ni. Yang kelam biar diterngkan.. yang dah jelas biar difahamkan..
BalasPadamIsteri wajib taat suami, kalau dah sruh pkai tdung dgn penuh hikmah pun xnak, isteri tu double ingkar, baik cerai jer. Dahla najib tu ikon masyarakat islam bawa imej islam.
BalasPadamKalau sebelum kahwin dia dh mmg x pakai tudung kau terima dia, kau yg bernafsu nk dia jugek, so salah siape bai? Jd tanggungjwb kau la utk tarbiah & bersabar dgn dia bai, sbb kau dh bersetuju utk amik dia buat bini kau, kan? Bukan pempuan je kena bersabar dlm perkahwinan, si laki pn kena bersabar jugek, ni bini sorng xbley handle, cmno nok nikoh 4 bai? Haha..punoh punoh..
PadamMemula aku igt apsal la BO bertukar jd blog agama ni. Rupanya part last tu menjelaskan tujuan ko.
BalasPadamPolitics aside, mmg benar takde konsep tanggung dosa mhupun pahala dlm islam. Setiap org bertanggungjawb terhadap apa yg dikerjakan. Dosa dan pahala x dpt dipindahmilik.
weiii kau orang nii bongok bin bhalol tolol..pasal tudung pon nak jadi isu?? kalao wanita pakai tudong pon perangai tak senonoh pon nak buat ape..luaran macam suci murni tapi bila takda orang melihat hah kau bukak bukakaan tak perlu lah hipokrit..sama jugak oran lelaki pakai kopiah tapi bila orang tak Nampak hah kau..nafsu buas menggila so pakaian tak mencerminkan apa apa tapi perangai dan nafsulah ada paham???? Tuhan tak pandang pada pakaian kamu atau hartabenda kamu......
BalasPadamwah, kalau mcm tu esok kau keluar bertelanjang ajela, asalkan kau x hipokrit & berhati murni kn? boleh juga jimat duit x prlu beli pakaian lg dah..har har har
Padambodoh banganglah kau ni kau mati kain kapan jer bukan pakai tudung ke kopiah ke..pikirlah dol.....kau lahir pon dah telanjang..so pikirlah pakaian tak menunjukkan ape ape...pakai yg sederhana..ada paham???????tak paham nanti aku sekolahkan lagi ok...
BalasPadamTak payah la pasal tudung pun nak jadi bahan gaduh......ini lah melayu,pasal benda kecik pun nak diperbesarkan....kalau rosmah x pakai tudung sekali pun apa hak kita nak suruh najib ceraikan...jangan lah sebab tudung pun nak labelkan orang tu jahat.....ada jugak pompuan bertudung tapi lalai macam sepupu aq tu....x semestinya kalau pompuan bertudung tu baik dan x semestinya pompuan x bertudung tu jahat
BalasPadam