Jumaat, 6 Disember 2013

66 Malaysia terbaik urus banjir daripada negara lain

Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk. Bandar Kuantan lumpuh disebabkan banjir yang sangat teruk. Ramai mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat2 penempatan sementara. Sebelum itu, entry ini sangat banyak gambar.








Ramai juga orang kongsikan di Whatsapp video lori terbalik dan tenggelam ketika meredah banjir dan cakap ia berlaku kat Kuantan, sedangkan ia sebenarnya berlaku di Gurajat, India.


Tapi point utama entry kali ini adalah, ada ramai orang kongsikan gambar penempatan sementera mangsa bencana alam antara Malaysia dan Jepun di mana penempatan di Malaysia nampak kucar kacir, tidak teratur dan sesak, manakala di Jepun penempatan sementaranya begitu selesa dan privasi dengan khemah2 kecil dalam tempat penempatan sementara.


Rupa2nya perbandingan ni bukan orang Malaysia je buat tapi orang Filipina dah buat dulu yang membandingkan tempat penempatan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan dengan gambar yang sama untuk negara Jepun.


Sebenarnya kat Jepun pun masa baru2 kena bencana seperti gemba bumi dan tsunami, keadaan pusat perlindungan bencana sementara dia huru hara lebih kurang macam kat Malaysia jugak.

Sumber
Sumber
Sumber
Sumber
Sumber

Malah di negara2 maju yang lain pun, tempat penempatan kecemasan sementara lebih kurang juga huru haranya masa awal2 terjadinya bencana alam.

New Zealand selepas dilanda gempa bumi
Pusat penempatan sementara di sekolah di USA

Cuma setelah beberapa tempoh barulah penempatan sementara ini diupgrade dengan diletakkan khemah2 persendirian yang lebih privasi dan selesa seperti di Jepun ini.

Sumber
Sumber
Sumber
Sumber

Oh ini pula khemah untuk mangsa banjir di Bangkok, Thailand.

Sumber

Tapi kalau tengok penempatan mangsa bencana alam terutama banjir di Malaysia, daripada dulu sampai sekarang tak dinafikan memang kekal macam tu je la. Gambar2 penempatan sementara ini termasuk semasa banjir yang lepas2 di seluruh Malaysia.







Ada juga yang berkata negara lain boleh la sediakan khemah apa semua kerana biasanya diorang terpaksa tinggal lama kat situ sebab bencana alam kat sana lebih lama nak pulih macam gempa bumi, taufan, puting beliung dan tsunami. Bencana alam kat Malaysia biasanya cuma banjir je, biasanya banjir tak lama, dalam beberapa hari surut la air diorang dah boleh balik ke rumah masing2. Diorang tak perlu pun duduk kat penempatan sementara lama2 so no point kalau sediakan khemah, tilam, partition apa semua tu.

Itu aku faham, cuma aku rasa ada benda yang kita boleh perbaiki lagi dari segi pengurusan penempatan mangsa2 banjir ni. Banjir kat Malaysia ni bukannya jarang berlaku, memang kita dah boleh agak asal hujung tahun je adalah musim tengkujuh di mana hujannya lebat dan anginnya kuat menyebabkan kawasan2 di pantai timur memang selalu banjir. Tapi takkan tiap2 tahun macam tu jugak keadaannya? Yelah kata Malaysia negara terbaik urus banjir malah lebih bagus daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Sumber Utusan

Patut boleh bajet dah untuk beli dan simpan stok khemah2 perlindungan atau disaster emergency shelter untuk kegunaan mangsa2 banjir. Yelah kalau nak bina bangunan khas semata2 untuk penempatan mangsa banjir kata membazir pula, macam kata DS Shahidan Kassim - "Pembinaan pusat pemindahan banjir baru yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana".

Tapi kalau tengok keadaan di pusat pemindahan sementara di Amerika Syarikat yang menggunakan kompleks sukan, stadium, gymnasium, hangar, dewan serbaguna, sekolah dan lain2, rasa2nya mana lebih baik?


Sumber
Sumber

Aku faham mangsa2 banjir atau bencana alam ni bukan nak mintak banyak pun, dapat tempat berteduh sementara walau tak selesa pun tidak mengapa, tak mintak pun tidur di tilam yang empuk apatah lagi duduk di hotel 5 bintang. Akan tetapi andai kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih sedikit selesanya terutama untuk golongan wanita dan kanak2, yang ada privasi untuk kaum wanita terutama ibu2 yang menyusu, mereka dah berterima kasih sangat dah.

Cuma aku terfikir, andai kata rumah pemimpin kita atau para kerabatnya dan ahli keluarganya yang dilanda banjir, adakah mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang?

So aku rasa selain daripada kita menjadi terbaik dalam urus banjir, mungkin kita juga boleh jadi yang terbaik dalam membina infrastruktur pengairan dan saliran agar banjir dapat dikurangkan.




tags: tempat pusat penempatan pemindahan tempat tinggal sementara mangsa banjir bencana alam khemah shelter disaster emergency sekolah dewan balai raya stadium gymnasium hospital bangunan kerajaan masjid hujan lebat buruk kuantan johor kelantan terengganu pahang selamat beza jepun negara maju usa amerika gempa bumi taufan tornado puting beliung filipina haiyan lori terbalik truck drains flood gujarat india malaysia terbaik urus banjir

66 ulasan:

  1. "mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang?"

    ayat ni mmg power

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banjir yang melanda ni semuanya konspirasi jahat UMNO-BN. UMNO-BN yang menjadikan banjir ini agar mereka diangkat sebagai hero di kalangan rakyat!

      Padam
    2. haha lama tak nmpk komen "fake" Anuar,

      Padam
    3. Saya merakamkan kesedihan kepada mangsa banjir di Pahang dan Johor terutamanya. Semoga Allah membantu kalian. Saya juga memohon mana-mana gereja di Pahang dan Johor menyediakan tempat tinggal dan memberi bantuan seperti makanan dan pakaian. Gereja harus pantas membantu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Kalau ada puak ISMA kata ini agenda Kristianisasi, ketuk kepala pemimpin ISMA dengan batang penyapu. PM Najib masih berkira-kira untuk membantu. Satu kebodohan dan kezaliman yang nyata kerana mangsa banjir WAJIB dibantu. Kalau nak kira-kira, pergi kerja di jabatan audit, jangan jadi wakil rakyat, apatah lagi PM Malaysia.

      Padam
    4. sebelum cik lynn ketuk kepala pemimpin ISMA, saya nak ketuk kepala cik lynn dulu...apesal gereja je kena bantu?? orang lain x boleh bantu?? teruk betul mentaliti cik lynn ni...fyi, PM dah datang tempat banjir tu...dah ada bantuan pun...cik lynn sendiri apa yg cik lynn dah buat?? update pasal banjir kat blog?? otomatik banjir hilang terus???

      Padam
  2. Baru survive sekali dua banjir, dah label paling terbaik?
    Aku rasa, Malaysia perlu ada plan kontigensi untuk bencana alam yg menyeluruh, tak terhad kepada banjir semata-mata.
    Buat plan kecemasan untuk gempa bumi, taufan, dedahan radioaktif, mungkin alien invasion sekali.
    Dan pastinya plan tu bukan sekadar bagi token RM500 kepada mangsa dan sediakan balai raya kosong..

    BalasPadam
  3. biase la tu . dpt tmpt perlindungan da kire syukur da

    BalasPadam
  4. aku baca 1 entry kat facebook,kawan aku cakap ada saudara dia yang mengalami bencana banjir,bomba di kawasan tersebut hairan kenapa bantuan dari kerajaan lambat sampai sedangkan ditempat lain semua dah setel..rupa-rupanya tempat tersebut adalah kawasan yang dimenangi PR..maka bantuan dari kerajaan pun lambatlah sampai..macam ni la bila bencana banjir pun dipolitikkan,maka nyawa rakyat jugalah yang jadi taruhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Johor banjir, negeri kerajaan bn. Kuantan, pahang negeri ketajaan bn, kelantan terengganu pas. Nak ckp bn bg bantuan cukup pantas? Ko tengok sendiri entry ni. Bodoh tak bodoh kerajaan xbg shelter yg sesuai utk mangsa2 ni. Ko dah boleh agak kot monsun datang hujung tahun, duit tu pegi mane weh? Masuk poket bn la derrr

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. plain83, kat engkau lagi kesian..kecik smp besor, diperkotak katik kan..dilemau-lemau kan!

      Padam
    4. Tanpa nama yang suka menyamar jadi aku dan komen bukan2, kau lagi kesian, komen2 kau yg pakai nickname aku semua kena padam, kau tak rasa mcm buat perkara yang sia2 ke? Kesian sangat kat kau ni, kronik sgt dah ni... kalau aku kenal kau, aku bagi kau cokelat cloudnine sebijik kasi ceria sikit hidup kau tu, nak?

      Padam
  5. Aku rasa tahun depan kemudahan tempat sementara mangsa banjir mesti dah upgrade macam di negara negara lain dalam gambar tu. Bestla siapa yg dapat tender bekalkan semua benda tu. Ini satu peluang busines ni. Tapi jgn lepas guna sehari dua tahun depan nak guna semula dah jahanam. Mentaliti orang malaysia kalau dapat kemudahan kelas pertama biasanya tak tahan lama. Tengok je la kat sekolah sekolah. Hari ni baiki tandas 2 minggu lagi dah jahanam semula. Lepas tu salahkan kualiti bahan binaan cap ayam.

    BalasPadam
  6. kerajaan kita lambat gi nk upgrade macam negara jepun 2....

    buat duit tanpa modal
    http://www.clixsense.com/?6019135

    BalasPadam
  7. 1st...noob, ko taknak ambik penulis perempuan ke? teringin jugak nak baca hasil penulisan kaum hawa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang cerita pasal banjir la bodoh

      Padam
    2. nia ma klu pompuan menulis!! semua blog umum jd blog suka suki citer hidup dia g mkn la kencing la berak la, pergi korea dan what not.. cb tak yah

      Padam
  8. haaa..haaa..baru minggu lepas aku terpikir pasal benda ni..apa yang aku pikirkan ialah...setiap tahun bulan disember mesti banjir...benda berulang2..dan maknanya bulan 11 kerajaan dah boleh buat persediaan ..bantuan makanan..tempat tinggal...bantuan keselamatan dan perubatan..ini rakyat tengah bergelut dengan banjir..dia sibuk hentam pembangkang dalam dewan aircon..siap x prihatin - buat x kesah lagi dalam parlimen bila ada mp..minta..distiharkan darurat....kerajaan fail macam ni aku nasihatkan pada keluarga aku jangan undi..sebab kau akan undi dan menangkan pemimpin yang akan menyusahkan rakyat..

    BalasPadam
  9. orng sibuk ngan banjir 'dieorng' sibuk ngan perhimpunan macam sampah....ehh..sial lah

    BalasPadam
  10. p/s kalau pemimpin jepun fail macam ni dia dah sujud mengaku salah dan letak jawatan..serta merta..kalau dia rasa bersalah jugak ada yang bunuh diri...itu menunjukkan betapa hormatnya pada jawatan dan amanah yang dia pikul...bukan ambik kesempatan pada jawatan..macm pemimpn malysia..

    BalasPadam
  11. Bg saya x perlu nak sibuk politikkan isu ini...just doakan supaya hujan n banjir ini redha..buat solat hajat lepas solat jumaat supaya segala musibah berlaku dpt megampunan dr Allah swt.

    Mmg seronok kita cari kesalahan org, dah naluri manusia mcm 2. Tp alangkah lebih baik kita buat sukarela dtg ke sana atau bg sumbangan makanan atau baju kpd mangsa ke sana? Kita suka mengkritik, tp x suka menolong meringankn beban sedia ada.

    Bg situasi di pantai timur, ramai tidak menjangka hujan lebat berterusan selama beberapa hari sehingga banjir teruk, ada mengatakan banjir yg terburuk setakat ini dan x disangka berlaku sgt cepat. Pasal khemah dalam dewan 2, hasil kajian mendalam perkara itu berlaku selepas mereka sudah membuat persiapan rapi sebelum musibah melanda.

    Kesimpulan, mulut ada 1 dan tangan ada 2, lebihkan menolong org mengunakan 2 tangan kita dari komplain x habis2 x kira anda pro BN atau PR. Sy dah dermakan semampu boleh bekalan makanan kat pusat pemgumpulan makanan di serdang...anda sudah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 la janganlah bodoh sanggat ayam afrika ini sukarela bukan rewang kerja kahwin ..nak datang x nak datang x pe..ini nyawa..nyawa kanak2..kau nak tolong sukarela..kau ada berapa bot untuk selamatkkan ribuan nyawa..??kau ada berapa tan beras...??kenapa bila negara jiran kena musibah ..walaupun indon yang asyik baling taik kat kedutaan ml'sia..pun kita cepat tolong..siap buat rumah sementara untuk aceh..kenapa rakyat sendiri diketwakan ..kenapa? nak lobi simpanan gas asli aceh..ke? atau nak tunjuk mulia..?

      Padam
    2. ayam afrika bodoh ...mereka ni pembayar cukai..mereka membayar cukai supaya kerajaan dapat mentadbir dengan baik negara ni..termasuk kelengkapan dan persediaan sewaktu mereka ditimpa musibah..kalau jangan libatkan politik..lain kali jangan kutip cukai la ..atau terus jangan bagi ic senang x payah ambik tau..itu belum kira kalau hospital tenggelam lagi..berapa banyak nyawa terancam kalau generator / elektrik x berfungsi..cehhh macam cerita hours lakonan mendiang paul walker...

      Padam
    3. Yg ko buthurt ni pesal anon? Bantuan bkn stakat bot2... bg sumbangan duit, makanan dan pakaian pon bantuan jugak la bengap..

      Padam
    4. Jalan salah sangka statement sy di atas kerajaan x perlu buat pape n kita pulak yg menderma...mengenai topik di atas mmg sy x setuju malaysia bukan yg terbaik urus takbir banjir..biase la shahizan nak kipas najib smpi tahap gaban.

      Isunya di sini, ramai kawan sy di area kemaman komen yg kita kat FB asyik sibuk politikkan isu ini, tp nak dtg tolg atau ringankn beban xde..mereka ckp mereka lebih tau situasi yg sebenar..mmg ramai pihak berwajib dtg tolng mcm bomba n askar sekali..harapkn YB turun mmg payahla..tp apakah kita umat islam just sibuk komen politik tanpa bg hulur bantuan?

      Sy dpt bertimbun2 msg kat watsapp minta hulurkan bantuan apa2 sahaja termasuk makanan n pakaian n kumpul kat satu pusat..siap minta yg pandai berkayak boleh jd sukarela tolng bg bantuan makanan kat mangsa...kita sibuk bergaduh kat dlm FB n blog...

      Kat office sy dah buat derma kilat utk mangsa banjir..bantuan kerajaan lain ceritala...tp apakah tanggungjwb kita? just tgk gambar banjir, thats all? Just sama2 kita membantu...pasal salahkn kerajaan terlibat nanti leh cerita.

      Padam
    5. Betul tu encik ayam afrika, mana yang boleh kita tolong, tolong je la, dapat jugak buat pahala, tak salah pun nak bantu, malah Islam pun galakkan sifat tolong menolong ni... dan pada masa yg sama kita desak kerajaan untuk lebih aktif meningkatkan kualiti bantuan untuk mangsa bencana alam, tak perlu nak butthurt jadi anon buang masa memacaikan orang sana sini la, just look at the big picture of the situation... peoples' lives are at stake here. Kita buat apa yg kita mampu, dan kerajaan terus kita gesa supaya lebih prihatin dan pantas memberi bantuan.

      Padam
  12. sudah brp dekad menempuh banjir di bulan tengkujuh...perancangan dan persediaan tetap fail!!
    Mtk tolong lah kerajaan, ambil inisiatif bru, buat mcm jepun tu. Masalahnye, duit peruntukan akan habis untuk repair kerosakan selepas banjir. kalau buat persiapan mcm khemah tu...gamaknye bankrap malaysia. time banjir patut agak la sendiri...bln 12. tu pun sibuk nk buat perhimpuan bagai la...pegi ramai2 ke kuantan, tu..tolong rakyat.Duk gelak dalam dewan dapat apa. Orang kat kampung menanges tak makan, kesejukan....

    BalasPadam
  13. Kebodohan rakyat memilih pemimpin bebal. akhir nya diri sendiri merana. di kala rakyat tgh susah diorang tgh bergelak sakan dkt PAU. P lawat mangsa pun naik helikopter tgk dari atas. apa lah malang malaysia dpt menteri bengong. Hanya tau nak naikkan harga barang jer.. konsert haram jadah k pop bleh ko bayar 1.6J. utk banjir rakyat terpaksa kutip derma sana sini utk bantu. Aku doakan korang pak menteri akan mampos cepat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM tengok mangsa hanya dari atas helikopter?? Woi, pergi la jengok blog2 lain juga, tengok la PM tu pergi lawat mangsa ke tak juga. Tak payah la jadi tukang hasut kat sini pula..

      Padam
    2. Anwar, Hadi, LKS ada dtg ke kat Kuantan naik bot? Last2 pemimpin utama BN/PR sama je 2x5...mulut je lantang tp nak tolg payah, harap nak dekat PRU/PRK je.

      Padam
    3. x kesah la naik bot ke naik helikopter ke tapi memang pemimpin umno macam...... dekat parlimen dengar orang terperangkap banjir pun dia gelak..macam...banjir ..bukan kali pertama berlaku..kepada tanpa nama jangan salahkan kerajaan pas..itu cuma kerajaan negeri..ini banjir satu malaysia..kerajaan mampu untuk kerahkan bantuan dari anggota tentera..bomba secara bersepadu..agak2 la sokong umno..jangan kana palit taik pun senyum...dan tolong untuk masa depan generasi akan datang..jangan sokong kerajaan yang pemimpin dia ketawakan rakyat ditimba musibah..

      Padam
    4. Mohon menteri beruk si bong di campak ke kuantan. kerana mehina mangsa banjir. menentang usul banjir yg di bawa oleh mp kuantan.

      Padam
    5. Sama2 buat rombongan bukan sahaja bong mokhtar, tp semua ahli parlimen pergi sana termasuk PM n isterinya sekali...kalau sy menteri yg terlibat kat parlimen atau Perhimpunan Agong UMNO sekalipun sy sanggup x hadir n tolong mangsa banjir kat sana...

      Padam
  14. Semasa banjir di Kedah sewaktu perintahan PAS, pengurusan banjir mereka lagi bagus dari BN sekarang ke? Bantuan nak disampaikan pun lewat, itupun hanya tolong penyokong-penyokong mereka dahulu. Itu nak kira camner pula?? Negeri berkebajikan sangat la ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau semua dikaitkan dengan politik smpi kiamat x habis....udah2 la tu politik. Kebetulan Perhimpunan Agong Umno clash dgn banjir kat pantai timur...kalau clash dgn Muktamah PAS atau CEC DAP, rasa program tetap diteruskn.

      Jgn lyn sgt pemimpin Malaysia ni, better anda sendiri yg jd sukalera pergi sana bg bantuan. Kalau tau cakap je, last2 jika anda jd menteri kelak last2 sama je mcm pemimpin2 skrg. Papepun tahniah Maybank bg pelepasan bayaran ansuran 6 bulan kat mangsa banjir..at least ada la effort dr pihak bank.

      Padam
    2. ayam afrika ni definisi politik pun tak berapa nak tau ... makin terserlah kebodohan anda .. tambahkan lagi ilmu di dada tu sebelum komen bagai bajet ilmiah .. ko punye opinion annoying tau tak?

      Padam
    3. Sy bukan pro BN atau pro PR...sy just komen mana yg x betul x kira PAS, BN atau PKR sekalipun.....terus terang sy ckp, pemimpin malaysia hanya prihatin masa PRK/PRU...lepas 2 semua barang naik n mls ambil port apa2 masalah...isu sy nak cerita kat sini ialah apa sumbangan kita terhadap mangsa banjir...itu sahaja.

      BN mmg sy tau lebih pentingkn PAU dr mangsa banjir kat Kuantan, kalau sy jd PM mmg sy suruh hold PAU dulu, tahun depan leh buat. Tp sy juga x nmpk mana2 lg org penting PR dtg sekali...yg datang hanya polis, bomba,askar, Pasukan Perkhidmatan Awam etc...last2 sy x nmpk org politik nak involve dtg ke sana tolg mangsa banjir.

      Padam
    4. ayam...ko ckp ko tak nmpak mn2 org penting PR@umno g sana...ko ada sana ke bro??stakat nk harapkan tgk gmbr kt internet..tgk tv berita liputan banjir...mmg tak dapat ahh...klu pemimpin amik gmbr kt mn2 tmpat banjir...tlg org banjir...pastu gmbr kuar kt internet, kuar paper, kata menunjuk pulak...


      -noren

      Padam
    5. ayam afrika, ayam afrika..hmmm.., apa boleh buat, negara dan rakyat kita ni memang produk kerajaan korup yg dikepalai UMNGOK sejak merdeka lagi...yang pandai kurang, yang berlagak pandai macam ayam afrika ni mmg berlambak...tp gua salut lu la ayam afrika psl ko ni mmg prihatin terhadap mangsa banjir...mangsa typhoon kat filipina hari tu ada bantu tak? sekarang pun masih boleh buat sumbangan lagi..jangan double standard bro.

      Padam
    6. "Nak wat mcmana, byk org undi BN....kalau PR menang sure xde banjir mcm ni..ni semua bala Allah kpd pemerintah...biar mati pemimpin BN n penyokong BN yg undi PRU13 lepas dlm banjir besar ni"

      Ikut hati saya mmg nak ckp mcm statement di atas...tp sy xnak tgk org Islam niat nak mampuskn umat Islam lain...kita just tanggungjwb kita sbg umat islam saling bantu membantu x kira kaum atau agama..kalau org lain nak memilih tolg kita sbb berbeza fahaman politik biarkn sahaja golongan 2 cari dosa sendiri, janji kita buat tanggungjwb kita n boleh menjawab kat akhirat kelak.

      Pasal typhoon Philippines pun sy x mampu nak derma barang2 kat sana, sy just derma sms RM20 yg termampu. Kita kene ingat derma ni bukan sahaja meringankn beban org lain, Allah akan tolg kita ringankn masalah hidup kita + tambah saham kat akhirat. Sy malas nak ckp yg sy derma itu ini, kang org kata x ikhlas (sbb dah dipaksa jwb oleh anon)...tp niat sy just kita umat islam bantu lah rakyat yg bermasalah di pantai timur sana. Gaduh politik buang air liur je...sbb kita dah tau perangai org politik di luar sana.

      Padam
    7. Selepas ini kak jat akan selak kain kak jat dan trus mengharung banjir untuk memberikan bantuan kepada mngsa banjir kak jat akn pastikn mangsa banjir ni semua ditempatkan di kondo2 kepunyaan kak jat............... SHARIZAT JALIL KETUA WANITA UMNGOK

      Padam
  15. Malaysia lg baik urus banjir banding AS???.... nk msk bakul angkat sndiri pun...agak agak la....

    BalasPadam
  16. Biasela...nak gak menang. Si shahizan ni kuat kipas najib...semua bn buat betul n terbaik

    BalasPadam
  17. Biler utusan + Menteri Bercakap.. Semua terbaik berbanding negara lain... Please la.. malaysia penuh ngan politik.. nak selesai satu masalah kecik pun terbanyak approval... ternyata sgt merepek..

    BalasPadam
  18. keyboard warriors byk kt sini. best btol yea panggil org bodoh padehal ntah2 gaji pon bawah 2k je.mcm diri sendiri pandai sgt.semua benda nk politkkan.malaysians.pfffttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weh malaun tggi sgt ke gaji ko? Weh m

      Padam
  19. Mungkin yang dimaksudkan terbaik tu adalah dari segi pengurusan aliran banjir tu...ada sesiapa baca sampai habis ke berita tu?

    Memang sepatutnya kita semua akui ada kekurangan dari segi pengurusan penempatan dan mangsa banjir...tambahan pulak dari segi privasi, aurat, tempat beribadah mangsa-mangsa banjir. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita fikirkan pulak pengurusan penempatan mangsa banjir, bukan lagi setakat pengurusan air bah, longkang, dan punca banjir semata..


    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    BalasPadam
  20. Upgrade tetap upgrade br ada kemajuan..kemajuan tu penting

    BalasPadam
    Balasan
    1. suruh abah kau upgrade punai dia...kesian mak kau tiap2 malam kena keluar rumah nak cari bangla.....kahkahkah...!!!

      Padam
    2. KAH KAH GUA SOKONG STATEMENT LU BRO

      Padam
  21. Hurmmm yang aku tahu, Duit Projek Lembu sudah di kebas...Hidup Melayu, Hidup PM! Hidup UMNO...Mampos Rakyat! minum air banjir kih...kih...kih...

    BalasPadam
  22. jadi perlu ada pihak dari pembangkang mahu pun kerajaan buat kertas kerja untuk "bersedia program hadapi Banjir tahunan" la, kalau tak perkara ni akan ulang2 saja.... sebb tahun demi tahun makin banjir teruk pada negeri tertentu dulu teruk kena johor, utara kedah,

    (kelantan ,terengganu mcm biase selalu dah selalu tu takkan xde buat pape benda yg memang semua penduduk negeri tu start ready untuk musim tengkujuh?cth penguman notis peringatan..)

    sekang tahun ni Pahang... akan datang negeri mana pulak? perak? negeri sembilan? tak pun selangor? ....mencegah lebih baik mengubati so patut kena start ajar la hal2 benda ni... dulu ada perasan stesen tv ad selalu siarkan peringatan banjir tp masalah tak sitematik takat hangat2 taik ayem.....

    BalasPadam
  23. negara yang paling bagus menguruskan banjir ialah belanda...period!

    BalasPadam
  24. Kerajaan UMNO memang celaka. Politik mereka sampai ke tahap nyawa rakyat Malaysia. Kuantan di bawah MP PR, jadi tak hairan kalau bantuan sengaja dilambatkan dengan teori supaya warga Kuantan menyesal pilih PR sebagai wakil. BN sudah tidak relevan lagi dalam era pasca ini cuma Melayu spesis bodoh tak boleh diajar, pandai tak bole diikut saja yang masih tak faham-faham.

    BalasPadam
  25. Bila banjir rumah terbakar barulah kenal jiran sebelah rumah haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...itulah hikmah tuhan turunkan banjir ni...tapi kita buat x nampak...bloggers semua nak cari salah kerajaan xnak bantu...nak cari keburukan je....xnak tengok yg positif.......at least, banjir ini berjaya menyemarakkan lagi tali silaturahim antara penduduk.......

      Padam
    2. Xpe pasni kak jat akan pastikan depa semua akan ditempatkan di kondo2 kak jat........... lembu2 kak jat plak kak jat akan lepaskan depa p tempat banjir

      Padam
  26. Lu orang suma akai takdak. F**kin' keyboard warrior. Sampah.

    BalasPadam
  27. Nampak sangat kebodohan Bangsa Melayu dan yang mengaku Islam, bab maki hamun caci cerca semua berbalas tak ada kesudahan...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.