Sumber |
Dokumentari pendek "Utopia milik siapa"?
Salah satu cara sistem kapitalis mengaut keuntungan berlipat2 ganda adalah dengan meniagakan keperluan asas dengan harga yang tak masuk akal. Makan, minum, pakaian, air, elektrik, pendidikan, kenderaan, tempat tinggal, perubatan semua sudah menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan. Sikit hari bulan, nak hidup udara segar pun kena bayar.
1. Kadar peningkatan gaji tahunan rakyat marhaen cuma antara RM100 ke RM400, tapi kadar harga rumah setahun je dah naik sampai RM100K ke RM500K.
2. Harga pasaran semasa rumah teres biasa adalah di kawasan bandar adalah RM700,000 dan harga pasaran rumah semasa dijangka naik 10% lagi. Kalau tengok rumah2 baru di kawasan bandar2, kebanyakannya rumah mewah yang harganya lebih dari RM1 juta, sampai kadangkala aku terfikir, ramai sangat ke orang kaya kat Malaysia?
3. Kalau nak beli rumah dengan harga yang murah di kawasan bandar, kena beli rumah apartment atau rumah di bawah projek PR1MA dan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Kalau 10 15 tahun dulu, rumah kos rendah dibina di atas tanah, tapi sekarang semua rumah kos rendah dibina bertingkat2. Kalau kat Singapura tu tanah terhad, aku fahamlah diorang terpaksa buat banyak rumah apartment dan kondominium, tapi kat Malaysia tanah luas lagi kot, tapi tanah hanya mampu dimiliki oleh orang2 yang kaya dan hartawan warga asing sahaja.
4. Kalau nak beli rumah di atas tanah juga yang berharga purata RM250,000 - RM400,000, kena beli rumah di kawasan pinggir bandar atau luar bandar yang agak jauh daripada tempat kerja di bandar, menyebabkan kos perjalanan dan pengangkutan pula meningkat serta banyak masa yang terbuang di atas jalanraya.
5. Orang yang bergaji bawah RM5,000 hanya mampu beli rumah berharga sekitar RM250,000. So kalau nak beli rumah sahaja, kita ada 2 pilihan, sama ada beli rumah atas tanah di pinggir bandar / rumah apartment di bandar, atau cari jalan untuk tingkatkan pendapatan sendiri untuk beli rumah yang lebih besar dan selesa.
Sumber |
7. Kerajaan akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik untuk kaum Bumiputera. Dalam manifesto BN untuk PRU13, target mereka adalah membina 1 juta rumah mampu milik digerak sektow awam dan swasta, termasuk 500,000 buah rumah PR1MA. 1 juta unit rumah nampak macam mustahil nak buat, tapi kalau buat rumah kos rendah jenis bertingkat2 pangsa dan apartment, ia tak mustahil. Kalau buat 1 juta unit kos rendah rumah atas tanah, itu mustahil.
8. Baca cadangan Prof. Mohammad Agus Yusoff untuk mengatasi masalah harga rumah yang semakin melambung tinggi ini.
. . . . . . . . . .
Masalah harga rumah yang semakin tak masuk akal tu satu, tapi yang paling menyedihkan, kenapa wujudnya pemimpin2 yang sering mengeluarkan kenyataan memperbodoh dan menghina intelektual rakyat seperti jangan beli rumah kalau harga rumah naik, jangan makan ayam kalau harga ayam naik, jangan beli kereta kalau kereta mahal, jangan beli sayur kalau harga sayur naik dan sebagainya...
Dan yang terbaru, sekali lagi, sama seperti skrip masa pembentangan Bajet 2013 tahun lepas, menteri cadang naik harga gula untuk elakkan penyakit diabetes. Aku tulis balik apa yang aku pernah tulis dulu:
Adakah dengan naiknya harga gula, orang akan kurang guna gula dan pesakit diabetes akan kurang? Sama seperti tepung, ayam, beras dan yang seangkatan dengannya, naiknya harga barang2 tu takkan mengurangkan penggunaan benda2 tu, cuma kita perlu bayar lebih je untuk beli barang2 tu. Seperti juga minyak, naiknya harga minyak takkan mengurangkan penggunaan minyak dan jumlah kenderaan di jalanraya, sebaliknya orang terpaksa bayar lebih untuk beli minyak.
Sama juga dengan kenaikan harga rokok takkan menurunkan jumlah perokok. Bagi perokok tegar, harga rokok naik takkan menghalang mereka dari beli rokok, sebaliknya mereka membayar lebih untuk beli rokok. Biasanya mereka hanya akan berhenti lepas dah kena penyakit. So naik turun harga gula takde kaitan dengan jumlah pesakit diabetes kat Malaysia ni. Adakah kalau harga gula murah orang akan beramai2 beli gula dan guna gula banyak2 dalam masakan?
Bijak bijak... sangat bijak. Mudah betul pemimpin kita menyelesaikan masalah ekonomi dan rakyat dengan bagi alasan yang bijak2.
tags: harga rumah tak masuk akal klang valley buy rent house home banglo teres apartment kondominium mudah lelong loan bank pinjaman peribadi kerajaan bayar hutang sampai mati bumi tanah melayu m-c-m utopia milik siapa dokumentari pendek boon kia meng sistem kapitalis kadar kenaikan gaji tahunan bonus rehda naik 10% pr1ma pprt ppr flat pemaju developer rumah mewah kos rendah sederhana mampu milik kenyataan menteri handal only in malaysia memperbodoh rakyat naik harga gula elak penyakit diabetes
ce usha harga rumah kat Klang... Klang under sapa?? u all fikir la sendiri!
BalasPadamputrajaya under sapa? apsal rumah kat situ bapak punya mahal gila babi lebih 1 juta? staff2 gomen semua duduk mcm sarang burung kat kuarters sambil melihat semua org kaya2 duduk atas tanah, atas bukit... gila hina
PadamDAP lanzi
PadamKementerian kesejahteraan bandar,perumahan dan kerajaan tempatan buat pa klu harga rumah xleh kawal?Kontrektor buat rumah letak harga juta2 pastu bagi ko makan ke?
PadamNak buat camna dah nasib tuh sib baik ada quarters untuk staff2 tu sebab staff2 ni berterima kasih sesangat dekat majikan yang jaga mereka.. kalau tak.. nanti kena halau dok luar la merempat.. :) nak harap beli rumah memang tak mampu la weh kat putrajaya ke kat bangi ke.. kat kl kat kajang pon dah sesak.. kalau nak murah dok la ulu-ulu kat sana.. mungkin murah la sikit.. tu pon takd ala murah maner..
PadamIni semua dah takdir hahaha.. walaupun begitu ada positif juga.. kena berterima kasih la sebab ramai melayu kaya jadi kontraktor.. kalau kena jual murah tak dapat buat untung la mereka.. sian mereka.. kerajaan tak dapat cukai.. karang miskin pulak kerajaan korang tak fikir tu ke.. jadi berkonban la demi kerajaan dan negara anda dan mereka yang kaya raya tu..
Nak kaya mewah dan selesa.. jadi la kontraktor dan rebut peluang projek2 mega.. kata menteri-menteri bijak pandai kita..
Dunia nk kiamat dh bro. Hasil bumi melimpah-limpah keluar. Harga emas makin kurang. Hartanah pn skg dlm "buble". Ko dengar ape Dr dlm video tu ckp. krisis rumah ni sementara je. dia bg masa 2 tahun je. bila terlalu ramai sgt pemaju buat rumah. xlama lg demand akan berkurang. nnt akan ade lambakan rumah terbiar sebab byk sgt rumah. bila "buble" tu dh meletop harga rumah jatuh mendadak. klu sape2 nk beli rumah skg ni sbb takut harga rumah naik lg tinggi baek pikir semula. tunggu dulu. bila dh byk rumah baru buat x laku. harga akan turun mendadak. buble ni pernah berlaku kt spain, greece dn amerika. spe yg bijak akan hold dulu utk beli rumah smpai harga jatuh. tgok dokumentari "Inside Job". ko akan phm ape yg berlaku kt dunia ni sbenarnye. same2. :)
Padamce usha harga rumah kat Johor... Johor under sapa?? u all fikir la sendiri!....statement macam menteri malaysia,salahkan orang lain dulu.rasenya hang dah layak kot jadik menteri kat malaysia ni.Kerajaan kene bersungguh2 dalam menangani isu harga naek ni.kalo x sampai bila2 pun penyokong PR x tertarik nak mengundi BN walaupun bermacam2 isu yg BN cakap kat PR
BalasPadamso conclusionnya.. PR ke BN ke, dua2nya hampeh! hampagas! hempeduuu!!!! blurkkk
PadamTakda BN heran lah.. apa nak heran dekat PR pun.. 42% rakyat Malaysia undi BN pon masih boleh jadi gomen.. :) Takdanya orang nak berdemo merusuh ke apa.. Malaysia ni masih aman..
PadamSebenarnya banyak hartanah Malaysia ni kena "goreng" dengan pelabur asing.. Hartawan jutawan biliaonaire dari China dari seluruh pelosok dunia.. tu hartanah kat Malaysia diluar kemampuan rakyat Malaysia sendiri..
BalasPadamBukan gomen tak boleh kawal.. boleh sangat.. tapi masalah menteri2 yang patutnya kawal hartanah ni pun tak terkawal tengok duit-duit pelabur asing ni.. berkepuk2.. jadi tekpasa la dahulukan rakyat untuk terseksa..
Bak ulang skrip menteri-menteri bijaksana kita.. Tak suka jadi rakyat Malaysia sila mohon kewarganegaraan lain..
rumah mahal...nnt mst ramai merempat....merempat di negara sendiri.... -_-
BalasPadamhmm.. dok dalam khemah je lah jawabnyer...
BalasPadamKalau keadaan seperti ini berterusan, aku rasa tak mustahil seluruh Malaysia akan mengalami kacau bilau. Orang Malaysia memang kebanyakannya tak suka huru-hara ni semua, kita semua memang nak sangat-sangat hidup aman.
BalasPadamTapi kalau dah begini punya tekanan yang makin hari makin teruk, tak mustahil akan berlaku huru-hara macam negara luar. Menteri-menteri toksah nak bongkak sangat cakap Malaysia ni aman, bila rakyat semua dah tertekan, macam-macam perkara buruk boleh terjadi.
Menteri-menteri ni, olonglah jadi cerdik sikit dalam mentadbir tu supaya rakyat dapat hidup aman. Tolonglah. Dah tak tahan sangat dengan dugaannya kat Malaysia ni.
Dekat donia ni boleh lah..tunjuk kehebataan masing2 nanti sampai masanya masuk dalam tanah jugak..jawatan tu pinjaman sahaja.
BalasPadamBila jawatan diserah pada bukan Ahlinya beginilah jadinya.
BN tak heran. cakap mcm mana sekalipun. dia buat buta hati je.
BalasPadambebudak kaki politik selalu campur aduk isu..
Padamini bukan pasal BN bang..
tapi pasal sikap manusia....
kempen politik sudah berakhir....
Dah yang pegang BN menteri2 bijak pandai ni dari BN..
Padampolitik maner habis.. tak habis tu PR kena serang.. muktamar PAS ada ahli kasi goncang.. DAP tengah kena serang dalam media pasal pemilihan tak sah.. kalau habis dah takda nye nak kecoh semua tu padahal banyak lagi isu negara yang masih boleh hidangkan kepada masyarakat..
Dah tu gomen kita bukn dipegang oleh parti BN ke?nampak sgt bangang bertengkek2. Bila disebut ttg hal2 related ngan kesejahteraan rakyat,ekonomi, sosioekonomi sume,mnde paling atas skali adalah politik.Bila politik dah dikotorkn,sgalam mende kotor.skali2 sukan pon kelaut.
PadamREHDA punya pasal ni.
Padamsetahu aku, rumah bukan barang dagangan....
BalasPadamthink...uolls ingat kerajaan ada senarai nama pembeli??
kesian pak menteri...dihunus soalan2 yg semakin mengarut....
dunia sudah semakin tua pak menteri oi...sabar jelahhhh....
semua sudah dipolitikkan.....sabar jelahhhhhh....
dunia sudah semakin tua.....
haa betul2 nanti dah terkena pdn muke hihi org dah ingtkan dah :)
Padambetul la... makin mahal... loan pun tak lepas.... orang kita mampu beli kecik2 je...
BalasPadamgua selamba je hidop dalam rumah kayu yg dah berzaman ni....tiap tahun renovate...buat apa nak beli baru?? *bakar rokok*
BalasPadamYang hunus keris duk pekik "Hidup Melayu! Hidup melayu!" tu kena la jawab nape hampir semua tanah kat kawasan bandar semua dapat kat cina. Sebut je tanah melayu tapi sini Wilayah Sunway, sana Puchong Darul IOI.
BalasPadamharga rumah sekarang memang tak masuk akal..
BalasPadamtak mustahil 5,6 tahun akan datang sume majoriti rakyat yang tiggal di bandar besar akan jadi penyewa sahaja..yang ada rumah sendiri tu adalah mereka yang "super rich"..
yay.. sokong BN smpai mati
BalasPadamkerajan bn kerajaan yang failed..dari kawalan harga barang2, boros menggunakan duit negara , memanipulasi media, kenyataan menteri pun tahap kanak2 , buat pilihanraya tahap memilih ketua darjah untuk sekolah rendah , menganjurkan kernival , pesta , yang x faedah ...duit banyak habis..contoh karnival belia 1 malaysia ..dan last ekali memang x boleh memimpin rakyat langsung..cuba compare dengan negara yang bawah 30 tahun merdeka..dah dekat mana meraka sekarang..
BalasPadamhidup melayu..laungan umno...kalau dap menang habis melayu..tidak terbela...ye ke,,,walaupun bawah bn , sekarang melayu johor duduk pprt..tanah2 dibuat pusat membeli belah..pantai bakau ditambak buat rumah mewah 2 juta keatas (senibong cove , danga bay, sungai danga..)kem askar pun dah jadi shopping complex dah..akhirnya semua tanah melayu beransur2 bertukar kapada rakyat singapura,,melayu johor x mampu beli rumah..paling murah teres pun 200++..bank senang ke nak bagi loan?..duduklah rumah pprt..hidup melayu..hidup umno.. pilihanraya kita undi bn lagi..
BalasPadamcari rumah area KL,gombak,sg buloh etc yg berhampiran start rm260k ke atas. untuk rm260k gaji kena rm4k pulak. rm4k bkn sorok bwh bantal..tolak itu tolak ini tinggal berapa je? last2 mkn meggi tiap hari..gov kena pantau,bkn takat pantau..bt sesuatu..kata nk bt PRIMA..last2 asyik bt PRIMA kat putrajaya..rakyat Malaysia ni cuma kakitangan gov je ke? kakitangan swasta ni rakyat bangladesh ke? tlg lah control harga rmh..
BalasPadamaish ko jangan sebut bangla tu rakyat kesayangan gomen tu.. hahaha
Padamhanya mereka je yang sudi undi mereka..
nasib korang lah melayu umno. nama ketuanan. tapi yang ramai kuli jer. dapat plak pemimpin paloi. pembulak. pastu iri hati dengan bangsa lain hihi
BalasPadamutopia milik sapa tu indeed true..
BalasPadamkerajaan komplot dengan kapitalis berniaga dengan rakyat sendiri..
pengerusi rehda tu ya tuhan, sakit hatinye aku dengan kenyataan selamba badak dengan muka badak dia tu..
rumah mampu milik logik kerajaan malaysia - >rm200K..
taknak kawal harga 1 hal, menteri kuar kenyataan bebal lagi 1 hal..
masa nk pru dulu mcm pengemis depan rakyat..
kenapa bro..pru13 lalu tertipu dengan janji manis bn ker? hehe
Padamlogic menteri mmg tak logic...
Padamits 2013 and still ade orang komen tanpa nama...account google bukan susah nak buat pun..hehehe
BalasPadamSebuk je. Main jauh2
PadamAzlan Strider...jng buat statement bodoh lagi taw
Padammacam la besh sangat ada akaun google..
PadamNtah.. yang ada akaun google je ke ada pahala & masuk syurga? yang takde akaun google dapat dosa & masuk neraka?
Padambersukur lah ni takdir dari Allah S.W.T. bak kata ustaz FB
BalasPadamSecara positifnya yea.. banyak orang susah maka kita banyak peluang nak tolong.. lubang pahala tu.. ramai orang jauh dari Islam peluang untuk berdakwah.. pahala tu.. :)
Padamsimpan emas start sekarang bro~
BalasPadamemas la yang esok lusa harga berlipat2 ganda~
tak perlu tunggu~ harga sekarang dah kira cantik~
tapi ni salah satu ikhtiar je~ :)
Dunia nk kiamat dh bro. Hasil bumi melimpah-limpah keluar. Harga emas makin kurang. Hartanah pn skg dlm "buble". Ko dengar ape Dr dlm video tu ckp. krisis rumah ni sementara je. dia bg masa 2 tahun je. bila terlalu ramai sgt pemaju buat rumah. xlama lg demand akan berkurang. nnt akan ade lambakan rumah terbiar sebab byk sgt rumah. bila "buble" tu dh meletop harga rumah jatuh mendadak. klu sape2 nk beli rumah skg ni sbb takut harga rumah naik lg tinggi baek pikir semula. tunggu dulu. bila dh byk rumah baru buat x laku. harga akan turun mendadak. buble ni pernah berlaku kt spain, greece dn amerika. spe yg bijak akan hold dulu utk beli rumah smpai harga jatuh. tgok dokumentari "Inside Job". ko akan phm ape yg berlaku kt dunia ni sbenarnye. same2. :)
PadamHamba menumpang dibumi selangor ni sudah 19tahun.Hamba buka tak pernah mohon beli rumah prima,tapi bila sega urusan pembelian selesai dengan duit kwsp,Hamba tidak mampu nak ambil kunci dan last payment kepada lawyer.Akhirnya singga kini hamba hanya menumpang sebagai penyewa.Bila nama sudah black list,hamba nak beli rumah lainpun tak boleh.lainlah hamba mampu beli cash.memang kenalaa...buasir otak hamba memikir untuk hidup hamba setelah pencen nanti.
BalasPadamSaya suka sangat foto kamu tentang apa yang telah dikatakan oleh menteri-menteri itu. Saya rasa, di Malaysia, menteri-menteri ialah bapa, dan rakyat ialah anak. Anak perlu akur dengan apa sahaja yang dikatakan oleh bapa. Najib pernah kata, kerana gula dah naik harga, raykat perlu ubah cara pemakanan. Ganjillah dia kata begitu, setahu saya, hanya pengasuh atau ibu bapa sahaja yang akan campur tangan gaya hidup orang lain. Najib tu nak tukar jawatan jadi pengasuhkah?
BalasPadamSetahu saya, kalau dia mengemukakan komen tersebut di negara negara maju, sudah pasti facebook page dia dibom dengan komentar-komentar yang kuat baunya daripada belacan yang dia telah turunkan harga itu.
Tapi, balik ke topik. Bukan sahaja KL dan Lembah Klang yang mengalami masalah kenaikan harga rumah. Jauhi di Sabah sini, Kota Kinabalu sedang mengalami masalah yang sama. Sebuah kondo yang 3 tahun lalu berharga 200,000 sekarang telah naik mendadak sehingga 300,000! dalam masa 3 tahun, harga telah naik 50%! Kamu kata gila ke tak!
Janganlah harap membeli rumah di luar bandar. Sama juga, apartment 600-700 sqf pun mahu 150,000. Ini pun mahu pandu 40 minit untuk sampai ke pusat bandar, kalau tiada trafik jam. Mahu tahu, Kota Kinablu tu tak sebesar KL, jadi pandu 40 minit tu jauh!
Hai, apa perlu buat. Kata sahaja purata pendapat telah naik, tetapi kita rakyat biasa sahaja yang tahu betul-betul gaji dah naik ke atau tidak.
Adakah bn memikirkan kewujudan rungutan mslah mslah ini membuatkan stgah penduduk msia benci pd bn? Mereka beranggapan bn gagal mentadbir dan menyelesaikan mslah rakyat. Telah diberi masa yg lama untk memerintah negara ini , pnggal demi penggal masalh baru dan lama berterusan membelenggu rakyat. Yaang kaya orang atasan juga.......nasib...nasib...nasib....
BalasPadam