Iklan Leaderboard

Isnin, 16 September 2013

30 Sayang Malaysia tetapi benci kerajaan

Hari ini adalah Hari Malaysia. Bagi yang tak tahu apa kebendanya Hari Malaysia, hari ini adalah tarikh di mana persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, hari di mana Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung bagi membentuk negara Malaysia. Walaupun sejarah ini sudah lama, akan tetapi Hari Malaysia hanya dijadikan sebagai cuti am bermula tahun 2010.


Namun 2 tahun selepas penubuhan Malaysia, Singapura berpisah daripada persekutuan Malaysia yang membawa kepada gerakan bawah tanah yang menuntut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana mengatakan perjanjian pembentukan Malaysia telah terbatal dengan keluarnya Singapura.

Sempena dengan Hari Malaysia, kempen "Saya Sayang Malaysia" #MySyg telah dilancarkan oleh Media Prima Berhad.


Astro juga turut melancarkan kempen #GoBeyond "Your Malaysia is Showing" #UrMalaysianIsShowing untuk menyemai dan menyemarakkan kecintaan kepada negara dan budaya Malaysia yang berbilang2.


Berikut pula adalah iklan kempen "Saya Sayang Malaysia" dari BOH Plantations Sdn. Bhd.


Dan banyak lagi video2 "Saya sayang Malaysia" yang dibuat oleh rakyat2 Malaysia untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada negara Malaysia. Ini pula adalah lagu Kembara yang dicipta oleh Pete Teo sempena Hari Malaysia:


Persoalannya, BAGAIMANA anda menunjukkan yang anda cinta kepada negara Malaysia? Adakah dengan:
  • Mengibarkan bendera Malaysia dan mewarnakan muka dengan warna Jalur Gemilang?
  • Memperingati tokoh2 dan pejuang kemerdekaan yang terdahulu?
  • Berbakti kepada negara dengan mengharumkan nama negara di perada dunia dalam bidang akademik, inovasi, perniagaan, agama, hiburan, sukan dan lain2?
  • Memberi penghormatan dan penghargaan kepada unsung hero seperti makcik cleaner dan tukang bersihkan najis korang?
  • Melakukan tugas dan kerja anda dengan bersungguh2 dan amanah demi agama dan keluarga?
  • Memberi sumbangan kepada negara dengan tidak lari bayar cukai dan zakat, memberi sedekah kepada fakir miskin, melakukan kerja2 komuniti sosial dan khidmat masyarakat?
  • Buat video dalam bentuk ucapan, nyanyian, filem pendek dan lain2 untuk menyampaikan mesej "Saya sayang Malaysia" dan upload di Youtube?

Bagi aku, anda buatlah apa jelah apa2 pun yang anda rasa dapat menunjukkan yang anda ini sayang kepada negara. Kalau rasa tak boleh buat apa2 pun untuk negara, sekurang2nya jangan buat benda bodoh yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri, nama keluarga, agama, bangsa dan negara terutama generasi2 muda ni. Malah benda paling busuk yang korang boleh buat adalah dengan tidak menjadi asshole dan menyusahkan orang lain, tak kisah la benda2 yang kecik atau benda2 yang lebih memudaratkan.

Dan akhir sekali, bolehkah anda sayangkan negara tapi benci kepada kerajaan? Ada yang kata kalau kita sayang negara, kita hendaklah memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan kita yakni kerajaan Barisan Nasional. Tidak menyokong mereka beerti tidak sayang kepada negara, menjadi pengkhianat kepada negara dan disarankan berpindah ke negara lain.

Ada juga yang kata sebab kita sayangkan negara la kita perlu mengkritik, marah dan tidak menyokong BN kerana merasakan banyak tindakan yang dibuat kerajaan tidak betul dan menyusahkan rakyat, sama seperti seorang ibu marahkan anaknya yang membuat kesilapan bukan kerana benci, tapi kerana sayangkan anaknya.


Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang yang:
  • Sayang negara tapi benci kerajaan?
  • Sayang negara dan sayang kerajaan?
  • Tak sayang negara tapi sayang kerajaan?
  • Tak sayang negara dan tak sayang kerajaan?




tags: sambutan hari malaysia ke-50 penubuhan bergabung sabah sarawak borneo singapura singapore masuk persekutuan malaysia cuti am berpisah kempen saya sayang malaysia #mysyg #gobeyond #urmalaysianisshowing your malaysian is showing iklan campaign advertisment lagu kembara pete teoh tunjukkan rasa cinta kibar bendera jalur gemilang benci kerajaan bn barisan nasional love our country but hate our government

30 ulasan:

  1. Sayang negara tapi benci kerajaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapak Kau (Unofficial)16 September 2013 6:43 PTG

      Setuju! Hanye Melayu otak kampong aje yang sayang gomen UMNGOK neh & sanggop kene tipu bolat2 donia & akhirat.

      Padam
    2. kesian orang kampung :) ada juga yang cerdik tau..

      yang berpendidikan duduk kat bandar pon ada yang tak tau beza kerajaan malaysia dengan kerajaan bn..

      Padam
    3. alahh. yg tau org kerajaan yg bnyk rasuah pun org mashid dia dan percaye dan syg lagi tu...

      Padam
    4. Syg sebab dapat share..

      Padam
  2. semestinya sayang negara n kerajaan
    selamat hari malaysia
    selamat bercuti
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    LIKE SINI

    TQ :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari malaysia...Saya benci harga barang naik!

    BalasPadam
  4. buat sujud syukur dan solat hajat semoga para pemimpin diberikan hidayah dalam menghayati dan meneraskan dasar-dasar Islam supaya negara dan rakyat keseluruhnya berada dalam keberkatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku16 September 2013 6:54 PTG

      InsyaAllah. Aku akan buat solat hajat supaya anak2 sultan & menteri kita especially anak Sultan Selangor & anak Nazri berenti minum arak & terbuka hati untuk bertaubat...

      Padam
  5. Aku syg malaysia. aku benci najib. Igt najib igt barang naik.

    Aku respek brunei kerana kerana enggan sertai malaysia. kalau x mungkin dia akan terima nasiib yg sama mcm sabah sarawak. so daif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. brunei xmasuk malaysia, negara kaya raya.
      singapore keluar malaysia, jadi negara maju.
      sabah masuk malaysia, negeri masih daif.
      sarawak masuk malaysia, taib mahmud songlap semua kekayaan.

      xtahu sama ada masuk malaysia sebenarnya langkah yg betul atau x... semua masalah dtg dari umno

      Padam
    2. ya betul..tapi rakyat nampaknya masih bodoh dengan memilih umno... akibatnya semua org akan terima padah. nampaknya rakyat selangor jugak yg cerdik..
      harga barang makin naik, taraf hidup makin rendah. org kena cekup kononya curi duit masjid RM1 penjara 10tahun.. kak jat lembu songlap duit rakyat 250juta di lantik jd penasihat PM. tahi punya umno..

      Padam
  6. aku sayang malaysia
    aku benci pendatang asing byak kt malaysia
    aku benci jalan asyik jem
    aku benci umno sebab selalu timbulkan isu

    BalasPadam
  7. aku dapat B utk subjek kenegaraan masa study 1st sem kat uni dulu, so ada yg cop aku tak sayangkan negara sebab tu hahah... tp bila dipikir2kan balik, aku memang tak patriotic pun... oh lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dpt B- aje...hehehe...tapi masa belajar dulu mmg aku benci politik dan politikusnya....

      Padam
  8. saya sayang Malaysia,
    saya sayang kerajaan barisan nasional,
    saya sayang umno,
    tapi...tapi saya tak suka Najib..

    peace..

    BalasPadam
  9. Masalah bila negara dipartikan..
    bila kerajaan malaysia diganti kerajaan barisan nasional..
    negara Malaysia dibuat macam hakmilik bn..

    BalasPadam
  10. Tak sayang negara dan tak sayang kerajaan?

    BalasPadam
  11. salam dari brunei, selamat menyambut hari malaysia untuk rakyat dsana^^

    Semoga negara malaysia menjadi negara ''baldatun toyyibatun warrabun ghaffur''...aminnn...

    -m84-

    BalasPadam
  12. Dalam buku 'macai logik' muka surat 14 ada tulis sayang negara mesti sayang kerajaan, terutama BN..

    BalasPadam
    Balasan

    1. Semoga roh chin peng dtmpatkn brsama golongan org2 beriman wakakakakakakakahhhh!!

      Padam
    2. Chin Peng dah mati? Innikalilah...

      Padam
  13. Satu satu, saya sayang ibu..
    Dua, dua, saya sayang ayah..
    Tiga, tiga, sayang adik kakak..
    Satu, dua, tiga, sayang semuanya..

    Saya Sayang Malaysia.. :)

    BalasPadam
  14. Sayang Malaysia bermaksud berbudi bahasa bila bercakap , dan hormat menghormati antara satu sama lain.

    BalasPadam
  15. Sy sayang Malaysia, dengan kepelbagaian budaya, keharmonian dan keamanan...tp bukan politik. TQ

    BalasPadam
  16. Saya sayang Nabi..

    BalasPadam
  17. Sayang internet sbb bleh melayari blog buasir otak dan website porno.

    BalasPadam
  18. inilah sikap lupa diri...
    melayu mudah lupa memang menebal dalam diri seorang melayu...
    tak tahu bersyukur dgn apa yg ada....
    mudah benci dan marah terutamanya denga bangsa sendiri...
    melayu dengki sama melayu...
    ayng akan menjatuhkan melayu adalah mealayu sendiri....

    sayang malaysia tetapi benci kerajaan....

    katakanlah anda tiga orang adik beradik bersama 2 ibu bapa...
    mengundi untuk balik ke kg hari raya....
    anda tak suka ke kg sebelah mama...
    anda sokong mama anda...
    tapi dua siblings korang suka abah korang...
    jadi 3-2....jadi maknanya raya balik rumah abah anda...

    jadi adakah anda kena balik beraya ke rumah abah anda dengan...
    marah???
    benci????
    meluat???
    rasa nak maki abah anda dan siblings anda...
    adakah anda bencikan terus atuk nenek sebelah abah anda???

    adakah anda sayang keluarga anda,,,, TAPI benci abah anda????

    kalau begitu anda digelar anak derhaka????

    renungkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa tahap intelektual aku diperbodohkan bila baca komen ni. kerajaan dan rakyat diumpamakan seperti ibu bapa dan anak... ini perumpaan paling bodoh pernah aku baca. rakyat berhak untuk memilih dan menukar kerajaan yang mereka mahu, seorang anak boleh ke memilih dan menukar mak bapak mereka sendiri? tak salah jika aku kata tahap pemikiran seorang macai sama tahap dengan seekor sapi

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...