Iklan Leaderboard

Isnin, 29 Oktober 2012

47 Anda seorang dominan atau sebaliknya?

Hampir setahun lepas pernah ada entry pasal rancangan RM1,000,000 Money Drop, tadi tertengok season baru rancangan ni. Kalau dulu AC Mizal cakap pada peserta lebih kurang "RM1 juta ini kami berikan kepada anda, sekarang ia jadi milik anda, anda kena gunakan untuk melabur dalam rancangan ni". Mungkin sebab dia kata wang RM1 juta itu menjadi milik anda maka timbul isu dan persoalan sama ada ia judi atau tidak. Sebab tu untuk musim baru ni sebelum rancangan bermula aku perasan ada klausa baru lebih kurang
"Wang RM1 juta itu milik Astro, peserta akan gunakan wang itu sebagai modal untuk bermain dalam game ini, bakinya akan menjadi milik peserta".


Aku tak pasti macam mana diorang pilih peserta yang berjaya masuk Money Drop ni, apa kriteria2 dia, yelah jawab soalan je pun bukan menyanyi atau berlakon pun. Adakah masa audtion dia akan pilih orang yang tak berapa pandai, atau pilih orang yang betul2 pandai dan berpengetahuan?

Sumber Money Drop FB.

Rancangan ni silap hari bulan boleh menunjukkan kebebalan atau kejahilan kita dan betapa ignorancenya kita, terutama bila dia tanya satu soalan umum yang common sense yang sepatutnya semua orang tahu, kalau tak tahu anda memang ada masalah seperti "Siapa nama Perdana Menteri Malaysia?", atau "Di Malaysia ada berapa negeri?" dan sebagainya, malah lebih teruk kalau ada soalan yang mudah2 yang melibatkan agama Islam tapi masih tak dapat dijawab dengan yakin oleh peserta seperti "Apakah gelaran bagi orang yang melaungkan azan? A. Khatib, B. Bilal, C: Makmum, D: Kadi".

Dalam game show ni, peserta menyertai secara berpasangan, tak kira la pasangan suami-isteri, anak-ibu/bapa, pakwe-makwe dan kawan. tapi apa yang aku perasan, dalam pasangan tu, mesti ada sorang yang dominan dan sorang lagi yang mengikut sahaja. Bagi pasangan suami isteri tu, kita boleh tengok sapa yang dominan, semua benda dia tahu dan hanya dia yang banyak jawab samada suami atau isteri, manakala yang seorang lagi hanya mengikut sahaja. Tu kalau suami isteri, anak beranak pun OK lagi, kalau sorang tak banyak membantu pun takde ralat sangat kalau menang hadiah pun, kongsi sama laki bini, anak beranak.


Tapi kalau pasangan tu kawan2, ada satu pihak yang dominan dan hanya dia je yang asyik jawab, yang sorang lagi mengangguk dan mengikut je. Bila menang hadiah RM100,000, atas dasar kawan, kenalah bahagi sama rata sorang dapat RM50,000, tapi yang pihak dominan tu mesti akan ada rasa tak puas hati kerana asyik dia je yang jawab dan banyak menyumbang, so dia sepatutnya dapat lebih. Walaupun mungkin ada yang tak kisah, ye lah kawan baik lah katakan, tapi hati orang sapa tahu, sedangkan laki bini, adik beradik, bapak anak pun boleh bergaduh bermasam muka, apatah lagi kawan2. So kalau nak masuk tu make sure masuk dengan pasangan yang ada ikatan atau hubungan kekeluargaan, kalau nak masuk dengan kawan pastikan dah buat perjanjian masa awal2, at least kalau ada satu pihak yang dominan asyik dia je yang jawab takde la member terasa.



Benda ni mungkin nampak biasa je kat TV, tapi realitinya macam tu lah jugak, dalam perkahwinan banyak kes yang sebelah pihak terlalu dominan dan menguasai pihak yang satu lagi, suami terlalu menguasai isteri sampai suruh buat benda yang tak sepatutnya, ada isteri yang queen control pula terlalu menguasai suami, apa yang pasangan buat semua tak betul, nak kena ikut arahan mereka sahaja, hanya mereka sahaja yang betul, langsung tiada toleransi dan tolak ansur.


Sama juga dengan hubungan kawan2 di sekolah, universiti, tempat kerja, dalam banyak2 kawan pasti akan ada je antara kawan2 kita yang bersikap dominan, cuba menguasai orang lain, suka mendominasi, suka monopoli, cuma cari pengaruh, hanya pendapat mereka sahaja yang betul, biasanya orang yang terlalu dominan ni ramai yang tidak suka, tapi biasanya merekalah yang selalu jadi ketua.


Apa kata anda? Adakah anda rasa dominan itu suatu yang bagus atau tidak? Adakah dominan itu lebih banyak positif atau lebih banyak negatif? Adakah anda seorang yang dominan atau sebaliknya? Adakah anda orang yang suka memimpin atau seorang yang suka dipimpin?




tags: sifat sikap dominan dominant person dominasi monopoli kuasai pengaruh penyumbang utama pendapat pandangan pasangan rumahtangga suami isteri laki bini mak bapa ibu ayah anak beranak adik beradik kawan sahabat baik rakan kenalan musuh rm1,000,000 1 juta money drop astro malaysia musim kedua season 2 ac mizal pengacara hos rancangan game show kuiz judi labur taruh antonim sinonim synonym antonym subordinate adjunct, assistant secondary recessive

47 ulasan:

  1. sebagai satu pasukan,jika semua ahli kumpulan mcm siput,mmg kena ada yang dominan...iaitu mereka yang yakin dgn kemampuan diri sendiri...jika tak,team bole ranap dibuatnya,semua ahli senyap je...

    sekadar pendapat 0...hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. True ^^

      SOMEBODY has to do the 'dirty' work and take all the 'hate' at the end of the day...dominance itu perlu, tapi mesti berpada-pada dan perlu ada diplomasi yg baik. Sebab itu juga ada kursus/course 'kepimpinan', dan tiadanya kursus/course 'pengikut/penurut' ^^

      Padam
    2. http://www.facebook.com/pages/Luahan-pengkids/122378141164207 please tengok page ni. Jahil sangat. Rasa bedosa sangat Kalau tak halang benda ni. Please hentikan.

      Padam
    3. owh tu lg satu masalah dunia yg berat disamping maknyah/pondan/trans...semoga dorang mndapat hidayah akhirnya nnt, amin ^^

      Padam
  2. paling 'power' pasangan laki adik-beradik kembar.Soalan pertama,masak lemak cili padi berasal dari negeri mana?.lepas berbincang dengan gaya macho..siap timbul pendapat "aku rasa dari sarawak..if not maybe johor..negeri sembilan pun mungkin jugak"..lalu diorang pun meletakkan rm500k kat pilihan jawapan johor dan rm500k kat negeri sembilan.bijak sungguh.pakai baju pejabat,gaya mantap..soalan pertama tnya masak lemak cili padi asal dari negeri mana pun tak tau jawapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang aku pernah tengok, soalan: Nama penuh Saloma. Makcik tu letak duit paling banyak kat jawapan Salma Hayek.

      Padam
    2. LoooLLL!! yg tu aku mmg siyes 'tak percaya' dan ingat scene itu 'disengajakan' sbb terrrlalu OUTRAGEOUS lagi BOGUS!! XD

      LoL salma hayek LoLLLL!! XD

      Padam
    3. ade lagi adengan yg best.

      tasik apa yg terletak di perak?

      jawapan tasik kenyir jugak dipilihnya.

      berdasarkan kriteria ape la peserta2 tu terpilih masuk rancangan tu..adoii

      Padam
    4. itulah nama nya entertainment..tak kisah lah dorang bebal atau di bayar olh astro untuk buat2 pandai atau bebal sekalipun, jika dgn cara sbegitu dapat menaikan rating rancangan..apa2 cara pun astro akan buat..

      Padam
    5. astro saja je amik yg kurang pandai masuk show...kalau asyik amik yg bijak bankrap la dia...dahlah setiap episod pertaruhannya 1 juta...

      Padam
    6. @Tanpa Nama
      Dieorg menang 60K. ko jeles je lebih.

      Padam
  3. Kalau yang domina sebab pasangan atau ahli kumpulan lain semua lembab dan pasif, takpe jugak.

    Dalam pengalaman aku berkerja dalam kumpulan, ada la mamat dan minah ni yang nak semua orang ikut cara dia. Dia brief bukan main panjang lebar, bila habis tak tany pun pun "ada siapa-siapa lagi yang ada cadangan lain?".

    Lepas tu bila ada yang nak mencelah, bagi pendapat, cepat-cepat potong. Kalau tak sempat potong, dia akan bangkang baekk punya, memang nak bagi orang kalah.

    Cara orang lain semua salah. Benci betul aku buat kerja dengan orang-orang yang macam ni. Baik tak payah letak assignment 'kerja berkumpulan' letak je assignment 'ketua dan pak-pak turut'.

    Paling taik tu bila dia boleh sembang dengan lecturer kitorang ni tak produktif, dia sorang je yang buat kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yg suka guna kuasa veto... Allah SWT suruh Nabi bershura dgn penduduk Madinah, tidak dibezakan yg beriman ataupun yg tidak. Org yg pandang lekeh kpd org lain dan rasanya dirinya lbh beriman dan lebih bagus, itu terlalu bongkak dan lagak Iblis...

      Padam
    2. Memang sesetengah benda kena guna kuasa veto.... Dan sesetengah perkara kena berbincang.....

      Padam
    3. oh ini tak adil...

      kesian sapa yang duk sekumpulan dengan ketua yang tak adil.
      dan lagi kesian dapat pensyarah2 yang mudah terhasut dengan kata2 si ketua kumpulan yang tak adil ni.



      Padam
  4. Aku suka mengikut. Malas nak jadi dominan sebab fikir banyak.
    Tp tak boleh tahan kalau dominan itu macam takde otak.

    BalasPadam
  5. Macam Master Chef ja. Team Merah Team Biru siapa kalah kena Boooo..

    BalasPadam
  6. Saya adalah seorang yg dominan. Tapi sikap itu tak elok kerana adakalanya kerasa kepala membawa lara dan bencana. Meningkatkan ego apabila berdebat.

    Tp perasan tak, walau macam mana cuba beralah, ada yg lebih pasrah mengikut sehingga menolak utk membuat keputusan. Katanya "play safe"

    Walau benci macam mana pon...golongan play safe tak dpt dielak. Mereka bukan pengikut mahupon pejuang. Setuju, dalam hati mengutuk. Tidak setuju, tapi dalam hati mahu.

    Agak2 mereka boleh join game ni?

    BalasPadam
  7. tiba tiba rasa entry ni ohsem. :)

    btw, dlu sy seorang yg dominan.
    tp sejak tejadi satu peristiwa berdarah
    sy rasa sy da jadi pengikut.
    malas nak dominan dah.
    sakit.

    BalasPadam
  8. ramai yang mula2 masuk kerja cuba nak dominan, tapi lepas campurgaul dengan komuniti sekerja dah tak berapa nak jadi dominan dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda yang sama terjadi dulu. ada jugak yang tak puas hati dengan orang dominan ni sebab katanya nak kawal semua benda. tapi kalau team pun tak gerak2, sangatlah susah. perlu sangat orang yang dominan

      Padam
    2. ada jugak kes mula2 masuk keja mmg nak avoid jadi dominan, pastu secara tetiba kena paksa-rela jadi dominan dlm bnyk hal, yg spatutnya jd ketua ngelat mcm naharom...tu lagi tension dan semak kepala...

      Padam
  9. Kadang2 tu rasa sakit jiwa bila tgok org takleh jwb soalan mudah...
    sanggup lagi tgok who wants to be a milionaire..

    BalasPadam
  10. sedara aku penah gi audition show ni.. soklan takda la susah sgt.. drpd lebih kurg 50 pasangan, dlm 1 atau 2 je yg terpilih.. maybe diorg cenderung utk memilih yg salah jawab masa audition

    BalasPadam
  11. aku mmg tak pasti kalau 1mill mony drop ni judi atau tdk tapi unsur2 perjudian mmg ada lah..wallahualam. kalau was was baik ditinggalkan aje..lagi satu kalau "mengagihkan wang dlm lebih dari satu jawapan" kemungkinan untuk menang adalh tipis berbanding letak pd satu jwp shj..tapi contestant tu kena lah byk general knowledge jg, tenang dan sedikit sbyk tahu dalam proses kebarangkalian (probability)

    BalasPadam
  12. aku fikir, x salah jd dominan. yg jd masalah kalau jadi diktator; dia aje betul, cakap org lain semua salah. dlm sesebuah organisasi hatta hubungan suami isteri sekalipun, perlu ada sorang yg dominan. kira org nilah yg memimpin; the glue of relationship.

    bg aku, aku x kisah jika org lain yg dominan/ jd pemimpin. aku sedar aku jenis suka kerja 'blakang tabir', x gemar spotlight.. hehehe.
    tapi, org yg memimpin tu kenalah tunjukkan dia memang layak. bila dia menunjukkan incompetence secara consistent, biasanya aku akan memberontak atau sekurang-kurangnya aku dah x respek org tersebut.

    BalasPadam
  13. Noob aku nak highlight benda ni:

    "Apakah gelaran bagi orang yang melaungkan azan? A. Khatib, B. Bilal, C: Makmum, D: Kadi".

    Jawapan tak ada dalam pilihan lah. Jawapan sebenar adalah Muazzin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bilal ataupun dalam bahasa arabnya Muazzin :)

      Padam
    2. aku rasa dua-dua nya bahasa arab..dan membawa maksud yg sama. cuma dari segi linguistik Muazzin lebih tepat manakala Bilal alternatif yg lebih simbolik

      Padam
    3. Bilal diambil sempena nama sahabat nabi Bilal bin Rabah..ya secara linguistiknya, kata akar adalah azan, pelaung azan ditambah "mim" didepan menjadi muazzin..

      Padam
    4. aku berpendapat sama seperti nazha dlm hal ini ^^

      Padam
    5. off topic jap.

      orang utan thehell, dulu hang pernah terbaca pasal blogger yang tipu identiti yang kununnya dia orang kacukan australia, rindu malaysia, suka tulis puisi. tapi orang lain dedahkan yang si penipu nih ambik gambar dari org2 korea/cina, plagiat puisi english, dan seorang makcik dari terengganu.
      hang pernah terbaca kisah pasal blogger yang aku maksudkan ke tak?

      p.s: aku setuju jawaban dari maverick, thehell & nazha azua.

      Padam
    6. siapa? si fida aishah tu ke?..kenapa plk dgn dia?

      Padam
    7. oh terima kasih kerna bagitau.

      aku cuma nak analisis pengomen2 yang kutuk + pengomen yang pertahankan si fida aishah. nak tau logik fikiran/pandangan diaorg.

      ok imma google this 'girl' now...

      Padam
    8. ko ni gila apa nak analisis komen org..lol..yg sokong dia time tu pun sangap gila kat dia sbb dia hot, vague, bijak dan idaman lelaki lain dan yg kutuk tu biasanya troll je atau dengki dgn dia sbb famous..tup2 dpt tau dia makcik dan beranak doe..sedey..masa tu blog msia baru nak up so, ramailah yg percaya..

      p/s aku tak terlibat dlm konspirasi si fida

      Padam
    9. aku ni dah lama men internet, tapi nama fida aishah ni baru kenal masa awal tahun ni... tak tau lak dia org femes dalam dunia blog sejak 2-3 tahun dulu.

      aku mcm antara tak kisah tapi pada masa yang sama merunsingkan kepala otak tentang identiti dia. cuma bende2 yang dia post, selalu sangat ke dia curi karya org len?

      tapi pergh... aku macam takle terima bab si fida dah pecah tembelang, masih ada lagi orang nak sokong si fida tuh. but nevertheless some of them managed to give sensible reasons to defend her.

      p.s: eleh dalam hati(dulu2) minat kat si fida kan?

      Padam
    10. Biar betul masih ada yg sokong dia stlh sekian lama..ish3..alam maya ni sama mcm cite Inception tu..kadang2 boleh membuat manusia tak dapat membezakan antara appearance and reality sbb tu byk conflict manusia dpt kita lihat, tak terkecuali si fida ni..aku pun takut jg main tenet ni, lama2 boleh jadi sewel (tp mmg ramai dah fikir aku ni sewel, muahahah)..seyes aku tak ambil tau pun pasal dia ni sbb tak minat langsung dgn novel dan puisi melayu lbh2 lagi bab2 jiwang2 karat..novel seteguh karang je aku pernah baca sampai habis..hahaha

      Padam
    11. uish biskut...ko telah membuatkan aku tergoogle juga psl akak tuh, n akhirnya aku terjumpa post yg mana tembelangnya dipecahkan oleh pemilik blog tubelawak (kantoi info pengundi)...bleh tahan dasat kes 'deception' dia ni, ramai jugak org butthurt dgn dia ek...tu masuk kategori split personality/identiti yg kronik dah tu...rasa kesian pon ada...aishhh mcm2 ada, malaysia boleh hahhahaaha ^^

      Padam
    12. sekurang2nya aku faham terhadap keperluan blogger guna gambar bukan dia sebagai identiti.

      cuma bab plagiat puisi/sajak/pantun + mengaku gambar orang lain adalah kepunyaan dia , tu mmg aku takle terima. plagiat adalah perkara tak beretika di banyak negara (china would be the best hideout for copy-pasta dude).

      so plain83, jangan curi gambar mata org lain, dan mengaku tu mata hang.

      p.s: kes fida aishah mmg menarik sangat utk dibaca.

      Padam
    13. hahah biskut, ya aku mmg anti plagiarism, kalo aku tau ada org plagiat karya aku, aku pon bengang...plagiarism is a crime you know, remember that ^^

      lorrr hang mmg tak caya noh tu pic mata aku? awat comey sgt ka bg hang? Auwww LoLz...tq tq ^^

      Padam
  14. khas untuk noob.. hikhikhik
    http://amazingnara.com/7-gambar-kehidupan-seekor-tapak-sulaiman

    BalasPadam
  15. aku tak kisah dominan, tp jgn diktator sudah la.
    dominan ni penting gak sbb nak gerakkan kiter ke depan.. tp dominan yg baik la, yg boleh dengar pendapat pengikut dia. oooh, kalo dominan yg agak perfectionist pn aku tak suke, sumer bnde nak 100% perfect. erkkkk.

    BalasPadam
  16. btl2. tapi dominan itu menujukkan dia leader. sebab mampu buat keputusan

    BalasPadam
  17. Sebab itu Allah menjadikan setiap sesuatu di dunia ni berpasang-pasangan supaya ia saling melengkapi antara satu sama lain. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...