Iklan Leaderboard

Rabu, 24 Oktober 2012

72 Kita gembira bila orang lain dimalukan

Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...









Adakah hanya aku yang merasakan segala jenis prank call atau panggilan palsu yang dibuat oleh stesen2 radio perlu dihentikan? Masa awal2 dulu aku rasa lawak la jugak, tapi bila dah lama kelamaan prank call yang dibuat agak keterlaluan sehingga aku rasa annoying dan meluat. Kadang2 tu kenakan orang sampai buat orang tu menangis, kenakan hal2 yang tak sepatutnya seperti hal yang berkaitan dengan rumahtangga, masalah peribadi yang kadangkala boleh mendatangkan dan mendedahkan keaiban orang, habis 1Malaysia tahu dan ketawakan kita, kalau ada kawan2 pejabat atau jiran yang dengar, tak ke malu?

Selalunya ada orang mintak DJ radio kenakan kawan mereka tu aku still boleh accept sikit, tapi bila ada yang agak keterlaluan sampai isteri yang call suruh kenakan suami, suami suruh kenakan isteri, anak suruh kenakan ibu bapa dan lain2. Korang suka orang ketawakan suami korang ye? Korang suka orang ketawakan mak bapak korang ye? Korang suka buat bini korang menangis kat radio ye? Dan kita semua suka gelakkan orang yang terkena prank call ye?

Walaupun mungkin ada orang cakap ia hanya lawak dan gurauan, tapi aku still tak boleh terima. Gurau gurau jugak, tapi kau memalukan orang lain untuk dijadikan bahan lawak, tak kira la panggilan hangit ke, hangus ke, gotcha call ke, krappi call ke dan apa2 prank call yang seumpama dengannya, kau ketawa dan gembira di atas kelemahan, keburukan, keaiban dan kemaluan orang lain, silap haribulan boleh menjatuhkan maruah orang tu. Ini bukan hanya tertakluk pada prank call sahaja, tapi juga prank2 seperti April Fool dan rancangan2 prank atau prank show lain seperti Bang Bang Boom, Wakenabeb dan sebagainya.

Sejak bila budaya prank menjadi budaya kita?


Notakaki: Seperti biasa, setinggi penghargaan buat Nazha Anua @ http://kartunster.blogspot.com/ kerana sudi menyumbangkan lukisan untuk Buasir Otak...




tags: segmen prank call panggilan palsu stesen radio dj hot fm panggilan hangit am krew fara fauzana fafau faizal ismail fbi ag hits fm morning crew jj ean gotcha call fly fm prem ben nadia pagi rock crew johara pagi era johan ray hanif breakfast show hentikan stop saman gurauan usikan ejekan lawak jenaka pemanggil pendengar kejar rating ranking dengar online stream sinar suria my thr gegar raaga mix xfresh red melody osai sedih menangis gelak ketawa lucu marah geram sakit hati 

72 ulasan:

  1. bang bang boom kot kat tv3 tu kan.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah la salah... dah betulkan... tq huhu

      Padam
    2. لين Si Pipi Merah
      sudikah cik menerima Price of NOOB sebagai suami cik adik..
      hamba tgok.. kalian cocok skali..

      Padam
    3. aku perasan diorng slalu sokong menyokong ant 1 sama lain..
      NOOB sila la masuk meminang cpt2.. xyah kapel2..

      Padam
    4. wakenanbeb kot kat tv7 tu kan.
      :)..hahaha

      Padam
    5. mohon jgn buat gossip. ana sangat tidak layak, bagai langit dengan bumi. beliau berhak mendapat yg jauh lebih baik.

      Padam
    6. rasanya si pipi merah ni tunangan orang kowt.. nampak cincin di jari beliau.. mohon Prince of noob jgn frust

      Padam
    7. aku sokong ko nyer post diatas. rasa cam org melayu ni suke memperbodohkan org lain....kepada stesen radio terbabit, terasa x? hahaha... btw cantik lukisan diatas...

      Padam
    8. time kasih sbb puji lukisan i.. hewhewhew

      Padam
    9. noob..plain83 pun ape kurangnya..nengok cara dia komen persis seperti dalam hati ada taman..

      Padam
  2. kdg2 prank mcm ni sekadar nk hiburkan hati,tp kadang2 gak makin jadikan seseorang sakit hati,.huhuuhu...

    BalasPadam
  3. prank2 macam tu aku kurang minat la
    banyak negatif dari positif

    tapi kalau just for laugh punya prank memang terbaik
    tak melampau sangat
    simple & sweet

    BalasPadam
    Balasan
    1. we want Insidious
      eh
      silap komen

      Padam
    2. sbb tu budaya luar mmg rasa best je tengok, tapi bukan utk diikuti. just for laugh tu org tak rasa sakit hati sbb masyarakat diorang mmg camtu, rasa malu dalam diri tu kurang, batasan agama pun takde. tapi org malaysia terutama org melayu islam ni perlu fikir batas2 agama dan sifat malu, pulak tu ramai yg sensitif dan panas baran, kat radio atau tv tu berapa ramai dah dengar diorg maki, mencarut, siap sampai nak bergaduh lagi. mmg la at the end hanyalah lawak semata2, tapi sedikit sebanyak orang lain dah tau orang tu tak bayar duit kereta, rumah nak kena lelong dan lain2 hal personal yang dijadikan bahan lawak.

      Padam
    3. mmg org asia tenggara terutama msia dn indonesia sng sgt nak butthurt..time aku gile trolling dulu pun, selalu je fake account aku kena block olh org asia..hahahaha..lucu lah plk..tapi org putih ok jer..walaupun inglis aku suck, tapi dorang tu supporting gler..tapi betullah, dorang lain kita lain..so buat2 lah cara Asian

      butthurt teramat : Level: Asian..

      Padam
    4. sebab tu kot kat malaysia ni tak boleh ada debat, demonstrasi "aman" dan yang sewaktu dengannya..cuit sikit terus melenting..

      Padam
    5. golongan yg gemar akan prank call kenakan org lain ni got nothing better to do in life..merasakan hidupnya teramatlah bosan, maka perlu spice it up dgn memalukan org lain...atau motifnya boleh jd juga utk balas dendam, mcm2 ada...

      Padam
    6. Bagaimana pula dengan segmen 'CUBAAN' oleh ustaz Akhil Hay di Astro Oasis?

      Adakah menguji tahap bacaan doa Qunut dan Iftitah boleh menjatuhkan maruah seseorang juga?

      Padam
    7. tapi noob, just for laugh tak sama dgn wakenababun tu
      just for laugh sedang2 saja tak extreme bagai
      extreme kat aurat ja kot

      tak la sampai kopek keluar peribadi org lain
      tak la sampai nangis merambu ramba tepi jalan siap rekod & upload youtube

      bukan nak sokong sangat just for laugh tu
      tapi tapi tapi..
      banyak alasan aku

      tapi memang just for laugh lain sikit dari versi malaysia nih
      simple2 tapi ranum nyaman

      Padam
    8. segmen cubaan tu aku pernah tgk berapa kali je, tapi pertama sekali tujuannya bukan untuk bagi orang gelak ketawa, tapi lebih kepada memberi pengajaran, dia pernah menyamar jadi orang miskin mintak sedekah nak tgk siapa yang akan tolong org miskin tu. benda tu kalau kita tengok pun kita tak gelak. cuma mungkin ia boleh diperbaiki sikit, macam aku pernah tgk rancangan yang lebih kurang sama dari arab kat tv Al-Hijrah, diorang buat2 ada org terjatuh dompet, kalau ada orang kutip dan pulang balik mereka paparkan muka dan bagi cenderahati, tapi kalau ada orang yg kutip lepas tu buat harta sendiri, mereka rakam dan tarbiah tapi muka diorang censoredkan, so penonton tak tahu siapa orang tu dan tak la nampak mcm menjatuhkan maruah mereka sangat di samping org tu dapat sedikit pengajaran.

      bab just for laugh tu mmg kita nampak ok sbb yang buat tu org barat, mmg itu budaya dia, so aku pun tak la kondem rancangan tu sangat, cuma aku kondem org kita yang meniru rancangan tu, contohnya kalau kat just for laugh tu ada satu babak makcik tengah sapu sampah, lepas tu orang yg lalu kat situ makcik tu pukul bontot orang2 tu dgn penyapu tu, orang lain pelik tapi boleh gelak2 lagi. benda yg sama kalau diapply kat malaysia, aku rasa mau makcik tu kena maki.

      Padam
    9. segmen tu nama asalnya law kana bainana..lagu temanya cukup menginsafkan..

      Padam
    10. Law Kana Bainana sangat bagus. Kita hayati bersama-sama yer. dah lepas ni PON kena buat artikel pasal Law Kana Bainana plak biar kasik orang insaf skit.

      Padam
  4. berlawak memang x salah.. tapi ada adab2 dia. Islam dah tunjuk guideline kan?
    walaupon ramai yang anggap memalukan orang untuk berlawak tu benda yang remeh je.. tapi x bagi orang yang dimalukan tu.

    ntah, aku pon dah lama x dengar panggilan hangit dan seangkatan dengannya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. April fool pun salah satu darinya..baik yg muslim pun terikut-ikut sama.

      Padam
  5. ni mesti yang kes nak sita rumah tu ek... siap bunyik chainsaw lagik... mula-mula mcm kelakar. pastu kesian pun ada kat akak tu sampai nak nangis pasrah. laki dia yg request rupanya

    BalasPadam
  6. kdg2 smpi mengkantoikan bnda yg memalukan.. ade penah terdengar panggilan prank kt satu stesen radio, drpd jln cerita, mmg kantoi orang tu sorokkan brg yg dia tak bayar dlm umah.

    BalasPadam
  7. nk prank bole tapi jagan keterlaluan. boleh bikin membunuh

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. BANYAK LA KO PUNYE CERIAKAN SUASANA

      ada stngah org takleh trime tau

      Padam
  9. Nasib baik makcik tu tak ada sakit jantung, kot~! Mcm tak ada cara lain nak bergurau. Sampai buat org nangis teresak2, marah sgt2. Tak patut sgt la mcm ni...

    BalasPadam
  10. yang fida kena dalam bang bang boom tu paling teruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan fida kenakan mamat tu balik.

      Padam
    2. fida tu dalang lah..pengacara tu yg kena prank..tu semua dah d set up baik punye. kalau fida terasa pun, tv3 tak perlu nak tayang, tu pun bkn live show

      Padam
    3. takpe,last2 dua2 merasa terkena.adil la.hahaha.ade pulak boleh bawak memain bab2 meminang anak org.kalau wat cmtu kat luar..dah lame bapak si prmpn kejar ngn parang.

      Padam
  11. dorang prank gila2.
    sebab tu kalau ada rompakan dekat KL org wat tak kisah.hehe

    ingtkan bang bang boom.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni perompak kalau kantoi bule la dia buat alasan kat polis
      "eh encik polis, sy nak prank jer, bukan nak merompak pon
      sporting la skit encik polis hehehe"

      Padam
    2. kalau perumpak kena tangkap, dia cakap "encik jangan tangkap saya, saya ada masa depan yang cerah ni..."

      Padam
    3. "saya nak prank dan saya merupakan atlet negara.lagipun saya hanya curi 2 tin air gatorade"


      boleh terima tak ? hehehehe

      Padam
  12. setuju jugak dengan kenyataan tu...
    pandangan yang bagus

    BalasPadam
  13. mmg dah lame dah tak suke prank2 ni. Islam kan tak ajar kenakan orang smpai cmni, malukan orang, pstu kalo dah gelabah sngat, sumer bnde keluar dr mulut org yg kena prank tu. kalo nak buat prank pn, mcm Just For Laugh tu pn dah ok. aku suke yg tu.

    tp kalo la dah nak kenakan org sangat, pilih la org yg ko rasa tak kisah dikenakan, lg bagus kalo org tu pn slalu kenakan org gak, biar die terasa skit. Tp ni kalo kenakan kt org yg nak bergurau pn tak pandai, lurus bndul, sensitif pasal bnde2 cmni. haaa, tunggu la nnti kena pulau dgn dia dan kena kutuk dan silap2 haribulan boleh putus kawan.

    aku takut kalo asik prank2 je, org dah tak kisah bile dgr kejadian tu btul2 berlaku. cm citer budak peniup gembala kambing tu tipu kambing dia kena makan tp last2 org dah tak caye dah.

    XOXO

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh silap, budak penipu, bukan peniup.

      Padam
    2. takpe2,peniup pun boleh.huruf dah betul..cuma susunan lari sikit je.heheh

      Padam
    3. haha! ok2 boleh je hehehe...

      Padam
  14. aku x dengar segmen2 prank di radio. tgk rancangan prank kt tv pun jarang. sebab aku rasa 'lame'. aku x setuju kalau stesen radio tempatan buat prank call sampai macam tu sekali. bila dah masuk soal maruah seseorang, bg aku itu dah melampau. kalau xde idea nak kenakan org, x payah buat segmen panggilan hangit, gotcha, etc.

    BalasPadam
  15. bla skali buat..dpt smbutn mula org nak korek rahsia org tu tuk di buat pnngilan hangus huhu...tp kdg kecian kdg mnymph kdg bengong...nth...aku paling tak suka lau aku yg kena sbb tu aku xpnh niat nk buat cm tu dgn org2 sekeliling cz xpsl2 gaduh..pdn muka huhu....

    BalasPadam
  16. memang bukan semua benda boleh dibuat lawak.. so sebelum nak melawak, tolong fikirkan kesannya yeeee...

    BalasPadam
  17. aku setuju, aku sgt2 x boleh terima bila aku dengar nak kenakan mak bapak ko ke, suami ke isteri ke...

    aku rs nak lempang je bile dengar...

    BalasPadam
  18. alah...jgn amek terlalu serius la korg...

    BalasPadam
  19. paling best yg tetamu khas panggilan hangit tu.Fbi prank pkcik tu,gtau baju raya yang pkcik tu tempah ade masalah.seluar silap potong.fbi bagi cadangan ganti dengan seluar track warne oren sbb baju melayu warne oren.pkcik tu tak marah langsung.dia siap gelak sampai terbatuk-batuk.si fbi tu pulak yg tak jadi prank pastu tergelak sama.haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu betul kelakau dengan sempoi..aku pun gelak habis sebab pokcik tu yang lawok..bahaha

      Padam
    2. sempoi pkcik tu..dok dgr gak suara bini dia dalam tepon..mst bini dia pelik pehal suami dia gelak tak benti2..

      Padam
    3. yg ni kalo pakcik tu nak marah pn, aku paham dan aku takkan panggil dia tak sporting. yerla, pnyer la dah penat2 beli kain pstu salah potong, apahal? dah brape tahun jahit baju ni? pstu dah la raya nak dekat. mula2 mmg la jgn heran kena leter skit, tp kalo pakcik tu baik, dia mngkin akan suruh ganti, tu jer.

      Padam
  20. oowh..aku mmg menyampah dengan prank yg mcm ni. stesen2 radio ni nak publisiti yg tahap sampah. bukan semua org tu sporting silap2 kena saman malu.

    BalasPadam
  21. aku pernah kena prank dgn mereka. anak murid sendiri punye keje. seriously rasa macam nak terajang jek -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. eee kalo aku aku ugut dia kang bagi dia F je trus slagi tak jadik kuli aku slama sebulan. tp ugut senyap2 arrr.

      Padam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. satu topik yang setuju 100%...kita lupakan tu semua semata2 atas tiket hiburan, ibarat kata orangla... 'ketawa tu penawar duka'...tapi bagi yang mengelak bukan yang digelak...nice post.

    BalasPadam
  24. aku ingat aku sorang je tk setuju

    BalasPadam
  25. Jgnlah bergurau yg melampaui batas..nati salah bergurau maruah seseorang itu akan trcalar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...