Iklan Leaderboard

Isnin, 5 Disember 2011

1 RM Sejuta Duit Jatuh

Tertengok rancangan RM Sejuta Duit Jatuh a.k.a RM1,000,000 Money Drop kat Asteruk yg dihos oleh Dato sensasi AC Mizal... seriously ada tiga pengajaran yg aku dapat dari game show ni...

1. Belajar main judi - walaupun secara lahiriahnya peserta tak guna duit sendiri, tapi konsep pertaruhan yg digunakan mmg mcm judi... bak kata AC, sila laburkan tikam duit anda pada jawapan yg anda rasa betul.

2. Org tamak selalu rugi - walau diri tu belajar tinggi2 grad US ke, jgnla rasa diri tu pandai sangat, kalau tak konfiden tikam la separuh2 kat kotak2 lain jugak.

3. Bangang sangat ke orang kita ni? - walaupun mungkin kita belajar tak tinggi, tapi takkan Tasik Titiwangsa & Tasik Kenyir tu kat Perak??? Plus takkan nama sebenar Pn Sri Saloma tu Salma Hayek???


Pernah jugak sekali tertengok rancangan temu bual melayu, tanya soalan kuiz kat seorang budak sekolah menengah yg dah mumaiyiz berpakaian ala Mat Rempit KPop, siapakah PM ketiga, ada pilihan jawapan lagi, dia jawab Tun Abdul Razak... WTF? Bagi budak sekolah yg masih lagi belajar subjek sejarah, ia sangat memalukan! Ini pengetahuan am OK? Dan PM kita baru 6 je pun, lain la Presiden US yg dah sampai 44 orang. Mungkin kalau tanya pasal korek blok Super Junior confirm nama, biodata, latar belakang semua 12 ahli tu boleh hafal.

Astrok lepas ni tolong jangan terbitkan game show Are You Smarter Than a 5th Grader? versi Melayu, tak sanggup aku nak tengok lagi sebarang kebangangan yg boleh menyebabkan pendarahan otak.

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...