Khamis, 21 Ogos 2014

46 Memilih pemimpin adalah hak parti bukan rakyat

Terima Kasih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab tolong menjaga wang rakyat Selangor.

Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas daripada rasuah.

Terima kasih kerana meningkatkan Rizab Selangor sehingga RM3.2 bilion yang mana hanya RM650 juta sahaja sebelum 2008.


Terima kasih kerana pengurusan kewangan negeri yang terus mendapat pujian Ketua Audit Negara setiap tahun.

Terima kasih atas dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terus membela kebajikan rakyat dari lahir (TAWAS) sehingga mati (SMUE).

Terima kasih atas pencapaian gemilang Pakatan Rakyat Selangor mendapat kerusi lebih 2/3 DUN dalam PRU-13.

Terima kasih di atas usaha kamu yang bersungguh-sungguh mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor yang mana tak pernah terfikir sebelum ini.

Terima kasih kerana bersabar dan sanggup dimaki hamun oleh partisan BN dan PR kerana berada di sisi rakyat.

Terima kasih walaupun anda bukan pemimpin yang sempurna pada saya, tetapi anda lebih baik daripada kebanyakkan barisan semua pemimpin BN dan sesetengah PR yang sedia ada.

Terima kasih kerana jadi berbeza dan terima kasih kerana kewujudan anda menjadi saya memahami realiti politik semasa.

Terima kasih segala-galanya.

FROM: MOHD EZLI MASHUT

1. Tak dinafikan TS Khalid Ibrahim mempunyai rekod yang sangat baik dalam mentadbir negeri Selangor.

2. Seperti juga ketika Selangor di bawah pemerintahan Menteri2 Besar yang sebelumnya, kehidupan aku dan kebanyakan anak Selangor serta permaustatin Selangor lain tidak banyak beza dan terlalu memberi kesan pun.

3. Zaman Khir Toyo ada masalahnya, zaman Khalid Ibrahim juga ada masalahnya, namun masih ada juga kebaikannya ketika pemerintahan kedua2nya.

4. Jika Khalid Ibrahim letak jawatan dan digantikan oleh Wan Azizah, Azmin Ali atau siapa2 sekalipun, kesannya kepada penduduk Selangor amat minima. Letaklah siapa2 pun, masalah2 tipikal tetap sama dan suara rakyat tetap sukar didengari.

5. Harga rumah masih melambung tinggi, kadar tol tak turun pun, kilang arak takkan tutup pun, rakyat masih ramai yang sengsara, masalah kesesakan jalanraya dan lebuhraya masih kekal sama.

6. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang tokoh dan orang kuat dalam Pakatan Rakyat boleh disingkir dan dipecat begitu sahaja oleh kepimpinan partinya sendiri.

7. Dalam pada lainnya, Tun Mahathir turut mengkritik pemerintahan kerajaan Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam blognya yang menegur banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara

8. Kritikan itu dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi yang Tun Mahathir harus menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan menggesa beliau memberikan kesetiaan kepada Najib.

9. "Pemimpin yang dipilih oleh rakyat"? Sejujurnya, siapa yang pilih Najib jadi PM? Atau memilih Khalid Ibrahim jadi MB? Aku takde pilih? Korang ada pilih? Ada ke mana2 rakyat yang berpeluang memilih Najib untuk menjadi PM dalam pilihanraya Parlimen, atau pilih Khalid untuk menjadi MB dalam pilihanraya DUN?

10. Maaf, rakyat hanya berpeluang memilih parti pemerintah. Parti pemerintah lah yang berhak memilih siapa pemimpinnya. Hak memilih pemimpin adalah hak parti, hak memilih parti pemerintah adalah hak rakyat.

11. Najib dipilih oleh parti2 gabungan Barisan Nasional untuk menjadi Perdana Menteri. Khalid Ibrahim dipilih oleh parti2 gabungan Pakatan Rakyat untuk menjadi Menteri Besar.

12. Senang cerita, kalau majoriti rakyat Malaysia dah tak suka Najib tapi parti masih mengekalkannya sebagai pemimpin mereka, atau majoriti rakyat Selangor suka Khalid Ibrahim tapi parti telah memecatnya dari menjadi pemimpin mereka dan naikkan pemimpin lain seperti isteri Anwar Ibrahim yang ramai orang tak suka, rakyat tak boleh nak cakap apa sebab itu hak parti masing2 untuk memilih pemimpin.

13. Tapi kalau rakyat dah tak suka dengan pemimpin yang korang pilih, disebabkan kami tak boleh nak pilih pemimpin kami sendiri, maka bukan sahaja dengan pemimpin korang, tapi dengan parti2 korang akan kami humban kasi jatuh di pilihanraya.

14. So kepada parti2 politik di Malaysia ini, pilihlah pemimpin2 korang dengan berhati2. Humbankan pemimpin korang yang tak bagus sebelum parti korang kami humbankan.




tags: humbankan pemimpin ketua anda sebelum parti anda kami humbankan terima kasih khalid ibrahim kerajaan selangor menteri besar pkr anwar azizah azmin ali nepotisme gila kuasa tun m dr mahathir kritik tegur pentadbiran pm najib razak

46 ulasan:

  1. Balasan
    1. bukan gila.. tapi buasir..

      ko dgn anwar sama je la woi samsul adli 21 Ogos 2014 10:15 PG

      Padam
    2. Politik gila! Fahamkn

      Padam
    3. politik buasir! Fahamkn

      Padam
    4. Inilah dakyah yang membawa konspirasi UMNO-BN!

      Padam
  2. kesian ko khlid, dpt ketua kaki sontot kahkahkah!

    BalasPadam
  3. tak cukup dengan nak makan lawan, kawan pun dimakan jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila semua dia dah makan.. nanti dia kena makan diri sendiri pulak.. itu baru kata tindakan memakan diri sendiri..

      Padam
  4. Pemimpin depa yg pilih ..ok la dh gitu prosesnya tp mengapa lps husband.. naik pulak wife.. lps wife naik pulak husband.. sungguh kekeluargaan.. so sweettttt... ahli yg lain nengok jer ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepoyo2 najib.. rosmah belum jadi menteri.. sebagus2 anwar, wan azizah dilantik jadi menteri.. menteri besar lagi.. walaupun tak layak..

      itulah perbezaan pemimpin yg dipilih rakyat, dengan pemimpin yg dipilih kroni..

      Padam
    2. tu la hang tak tau mende..sapa pon jadi menteri, jadi presiden tetap ketua umum iaitu anwar jugak berkuasa..yang lain2 tu wayang atau boneka je bai..semua dalam parti tau..hang ingat wan azizah tu nak sangat ke jadi MB, baik dia jage cucu je..tp paling senang utk jadi boneka suara anwar dah tentu la wan azizah..

      Padam
    3. Anon 12.03, x layak? Apa susah sangat ko nak hadam kelayakan Azizah? Dah dia ADUN wakil Kajang, mmg layak la jadi MB dgn parti menyokong dan memilihnya. Bukan mcm Najib biol yg jika mahu, boleh lantik Rosmah jd Menteri.

      Jgn tayang2 sangat kebebalan tu. Lebih baik duduk diam saja.

      Padam
  5. walaupun pemimpin dipilih oleh parti, masih lagi pemimpin tersebut perlu dapat kelulusan raja negeri. kalau raja berjiwa rakyat, memahami keperluan rakyat, dia akan tolak mana2 org yg dirasakan akan merosakkan rakyat kemudian hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. raja berjiwa rakyat?? sejak bila ada raja berjiwa rakyat kahkahkah. kalau raja berjiwa rakyat xde la org yg hidup merempat & terpaksa menagih br1m

      Padam
    2. budak tu 'kalau'.. ko tak baca ke anon 1202... skrg ni raja semua berjiwa raja.. belum ada yg berjiwa rakyat.. raja tak pikir dah rakyat.. dia pikir kalau dia setuju dgn menteri ni, menteri ni boleh bagi apa2 tak pada dia.. kalo tak boleh, dia tolak.. mintak nama baru..

      Padam
  6. bila tukar je MB baru, lagi2 MB yg berlainan parti, ada yang tak rasa perubahan sangat... sebenarnya hanya rakyat pertengahan jer yg tak rasa semua tu.. rakyat bawahan dan rakyat atasan mmg cukup terkesan..

    rakyat pertengahan rasa setakat 20liter air tu, kalo kena bayar pun xper.. tp bagi rakyat bawahan mmg itu anugerah yg besar.

    bila khalid pegang selangor, byk kelebihan dpt pd org2 susah.. dpt TAWAS, dpt SMUE, tabung generasi TERAS, air percuma, skim warga emas, hadiah anak masuk universiti, tabung anak pekerja ladang, skim mikrokredit miskin bandar, penjualan tanah harga murah utk jadi milik persendirian, pusat dialisis rakyat yg kalo kat swasta mahal nak mampos, program tuisyen yg biasanya org pertengahan je mampu, skim bantuan asuhan rakyat, skim bantuan tadika, insentif belia kahwin, tapak2 pasar malam byk diberi lesen kpd org susah, tapak2 pasar di bawah naungan zakat diperkenal dan diusahakan sungguh2, bonus utk kakitangn kerajaan negeri, menyelamatkan SYABAS dari dirosakkan oleh org politik dan banyak lagi.. boleh check sendiri kat pejabat negeri atau website selangor.. itu baru cerita bantuan kepada org susah atau rakyat bawahan... rakyat pertengahan tak amik kisah langsung benda2 mcm ni.. mmg la diorg tak rasa apa2 perubahan...

    rakyat atasan lagi banyak dpt kelebihan... semenjak ekonomi selangor semakin rancak.. rakyat atasan byk peluang samada perniagaan mahupun pelaburan.. tahu2 je la khalid tu orang korporat, org berniaga.. mcm2 kelebihan rakyat atasan rasai.. dia pulak jenis xpilih bulu.. ko bn ke, pr, asalkan rakyat selangor, boleh cari rezeki..

    benda2 ni haramlah ko nak rasa sejak zaman mat taib, lepas tu abu hassan sampailah ke khir toyo.. kiranya khalid ni betul2 bawak perubahan yg besar pada selangor... sbb tu aku kata, perubahan yg dia bawak mmg tak dpt dirasai oleh rakyat pertengahan.. lagipun dia pegang selangor tak sampai 10 tahun pun lagi.. dia tackle org2 bawah dulu..

    aku kira dia ni nak sambung perjuangan dato' onn jaafar dulu.. nak mengurangkan kemiskinan dan menaikkan taraf pendidikan.. bila semua tu dah stabil sikit, baru target rakyat pertengahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kalau nak perubahan drastik sampai semua peringkat dpt rasa mmg tak logik la. lagi2 duduk bawah parti politik yg celaka.. bn dan pr dua2 sama je.. pergunakan mb utk parti sendiri..

      Padam
    2. MB yg bekerja utk rakyat ni bagus. yg tak bagus kalo ikut telunjuk parti. hancus negeri

      Padam
    3. sape kata zaman khir toyo tak dpt apa2? member aku dapat je duit yayasan selangor..tp ayah dia org kuat BN la.. haha.. kroni didahulukan, rakyat diperkudakan

      Padam
    4. zaman khir toyo dulu ramai je golongan rakyat atasan yg terkesan terutama kroni umngok... terkesan dgn dpt byk projek kerajaan negeri... masa khalid pun diorg terkesan gak... terkesan sbb xdpt projek mcm dulu & terpaksa bersaing dgn syarikat lain utk dpt tender... tp sayangnya nuar rasa terkesan gak sbb kroni2 pkr pun khalid xbagi projek...

      Padam
    5. yayasan selangor tu sape2 mintak pun dapat asalkan ko anak selangor.. skrg ko mintak pun dpt.. bagi je surat kemasukan universiti, buktikan pendapatan keluarga ko tahap miskin, lepas tu settle, terus dpt duit.. siap diorg suruh ko mohon hadiah saguhati lagi skrg ni.. dulu lain la.. syarat utama dia, ko adalah warganegara BN dan warga selangor.. baru dapat.. tu pun kena tengok.. kalo BN bodo2 mcm tu mmg xdpt jugak.. kena penyokong tegar BN.. keluarga mesti ada masuk mana2 bahagian.. pemuda ke, puteri ke.. kalo tak, hampeh..

      Padam
  7. Pilihlah parti yang adil. Adil membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan bagi semua orang sama. Sebaliknya semua orang harus berfungsi mengikut kelebihan dan kekurangan kemahiran nya.

    “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihlah parti yang adil. Adil membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan bagi semua orang sama. Sebaliknya semua orang harus berfungsi mengikut kelebihan dan kekurangan kemahiran nya.

      Bukan parti yang sanggup lacurkan degree kerana nak kekal berkuasa. Bukan parti yang utamakan kroni dan sanak saudara dalam pembahagian jawatan dan harta negara. Bukan parti yang flip flop sekejap 5A sekejap 4A sekejap BM sekejap BI.

      “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

      Padam
    2. so... parti mana yg adil sangat tu? pkr yg ketuanya anwar yg nk lantik bini sendiri jd mb ke?? “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” adakah wan ajijah tu ahli dlm urusan mentadbir kerajaan sdgkan dia sendiri mengaku tiada pengalaman mentadbir... jgn gunakan hadis utk kepentingan politik lu bro

      Padam
    3. setakat ni takde mana2 parti pun yg ada kelayakan memimpin yg bagus.. bn dan pr dua2 celaka.. cuma bn nampak okey sikit sbb dh lama pegang negara.. pr baru setahun jagung, lagak mcm ayam sabung, tapi celaka sungguh..

      Padam
    4. siapa kata Wan Azizah tak layak jadi pemimpin? habis korang ingat perempuan tu tak layak ke jadi pemimpin? bukan dia pimpin negara, cuma pimpin negeri sahaja.. malah feminist seperti dia lebih memihak kepada wanita dan mengangkat martabat wanita... ramai wanita telah membuktikan mereka mampu menjadi pemimpin yang hebat seperti Margaret Thatcher dan Benazir Bhutto.

      Padam
    5. Thatcher tu feminist?

      Padam
    6. Tolong jangan buat lawak menyamakan wan azizah dgn pemimpin2 hebat dikalangan wanita.. Margaret Thatcher adalah Perdana Menteri wanita pertama di Britian. Tapi dia bukan feminist dan tiada gerakan feminist claim bahawa Thatcher seorang feminist... Thatcher adalah Konservatif dan memegang kepada moral dan nilai konservatif

      Dalam kes Wan Aziziah ini dia bukan seperti Thatcher, malah lebih buruk lagi kerana dia hanyalah Puppet kepada Anwar ibrahim...

      Padam
    7. Wan Azizah adalah lambang agung boneka hidup kerana dia menunjukkan bahawa walaupun sudah menjadi MB tetap boleh dikontrol oleh lakinya dan tidak dapat membuat keputusan politik secara independen

      Padam
    8. In my opinion, Wan Azizah unsuitable to become Menteri Besar not based on her party and gender, but her credibility since there is untrustworthy people act as 'puppeteer' to control her. Which is her husband.

      Padam
  8. Lesson learned..for next PRU/PRN/PRK.

    BalasPadam
  9. Khal1d 1brahim satu lagi projek 1Malaysia. Pr00000000oootttT argh! Leganya

    BalasPadam
  10. Pemimpin PR selama ni mengutuk Najib kononnya bukan Najib yang perintah malaysia, sebaliknya najib dikontrol pasangannya Rosmah . . . anwar pun banyak kali cakap hal ini dalam ceramah2 beliau.

    Nanti bila Wan Azizah jadi MB Selangor juga perkara sama akan berlaku . . . dia akan taat perintah pasangannya . .

    Lepas ni kalau ada ceramah PR yang kata malaysia diperintah Rosmah (pasangan Najib) lagi, aku tak tau nak kata apa selain penceramah tu munafiq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia2 dan politikus2 yang sebelum ini puji Khalid Ibrahim melambung-lambung lebih dari orang lain, sekarang merekalah yang paling ke hadapan mengutuk dan mengeji Khalid Ibrahim.

      sebaliknya orang yang rileks sikit tak berapa nak puji Khalid Ibrahim dulunya, sekarang membela khalid dan yang tidak membela Khalid nampak seolah-olah mereka bersama Khalid kerana mereka geli melihat politikus2 PR yang menuduh orang tanpa bukti kukuh bersandar persepsi macam yang mereka tuduh UMNO buat...

      Nampak sangat ramai politikus munafiq dalam PR... boleh main tikam kawan dengan penuh rileks.. ia juga menggambarkan perangai Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang sangat bangsat

      Padam
  11. Isu cmni la menunjukkan walaupun pemimpn BN tu bukan yang terbaik, tapi PR jauh lagi merapu meraban. Ketara sangat giler kuasanye. Orang boleh nmpk yang anwar menggunakan bini dia sendiri sebab dia tau dia tak akan dpt menang kalau dia yang bawak isu ni. Jadi kalau azizah jadi MB Selangor sekalipun, anwar jugak la yang gelak sakan sebab rasa dia menang. Dia menjadikan bini dia sendiri perisai serta batu lonjatan. Kalau matlamat dicapai..bini dia jadi MB, dia akan control bini dia. Kalau tak tercapai matlamat pulak, bini dia yang akan tanggung sakitnye dan anwar hanya akan berdiam cmtu je. This is cruel. Terlampau tamak dan kejar pangkat, sanggup korbankan bini sendiri, korbankan penyokong. Daripada anwar dan azizah..lebih baik najib dan rosmah.

    BalasPadam
  12. Kena game je la rakyat selangor.. sat2 lagi bubar dun .. mengundi pulak... loklak..

    BalasPadam
  13. Slm... PKR sama cam UMNO cuma baik sikit sebab ada PAS ngan DAP yg tolong luruskan depa. Now will still vote for PAS but not sure bout PKR.. but will never for BN yg mmg dah bertahun memerintah cam Yahudi. Damn... Confusing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yahudi memerintah macam mana? BN memerintah macam mana? jgn main suka2 samakan dua pemerintahan yg berbeza.. BN mmg nak tegakkan agama tanpa kira apa pun jadi.. PAS ada? tak habis2 dgn tahaluf siyasi yg tak pernah jadi.. yg untung org kafir jugak

      Padam
  14. BN tegak agama... Lawak le bro. MCA & MIC tegakkan agama gak. Ko mmg macai tahap dewa. UMNO tegak banglo ada.. Tegak agama.. Ada gak tapi lebih utk politik mileage. Yg kafir tu insyaallah masuk Islam tp ko yg dh islam sokong islam yg cam tak islam tu byk nk kena jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Tegak agama.. Ada gak... Yg kafir tu insyaallah masuk Islam.." hahaha tengoklah macai PR mengakui bahawa BN magu tegakkan Islam.. yg PR tu byk nk ajak org murtad.. join la ambiaga semua tu.. PR dh terang2 tolak Islam.. sbb tu Allah tak kasi PR menang.. sbb nk jatuhkan Islam.. sedar sikit

      Padam
    2. Anon 617 salah sorang macai PR yg tolak TSKI.. macai yg nak hancurkan selangor

      Padam
  15. Dekat Johor pun rumah yang dibina semua kos tinggi punya.Takde dah yg haraga dalam range RM100,000.Semua RM300,000 dan ke atas.Even,rumah teres satu tingkat paling murah pun RM200,00.Sultan Johor ni nak majukan Johor tapi stakat nak bagi kroni dengan orang kaya jadi makin kaya buat apa.Rakyat makin tertindas tahu!Yang projek Iskandar tu orang kaya je dapat manfaat lebih.Rumah yang ada kat situ orang Singapore je ramai beli.Mana ada rakyat Johor yang beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kaitan dgn selangor? Ke korg nk ajak khalid ibrahim manage johor pulak? Bagus la kalo mcm tu.. PR selangor dah buang org yg bagus.. korg org johor kutip la org2 bagus mcm tu.. biar PR sedar diri sikit

      Padam
  16. Senang nyer mengkafirkan org.... sgt beremosi tu.. behati2 yaa..

    BalasPadam
  17. Paling aku rasa sedih ialah Pas dan peranan diorg dlm 'Game of Throne' ni...
    Sekejap sokong, sekejap tak, sekejap majlis syura bersuara, sekejap golongan profesional, sekejap golongan ulama, last2 kena ikut telunjuk Anwar jugak...hm....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.