Khamis, 7 Ogos 2014

34 Sistem peperiksaan online SPA yang lemah dan gagal

Aku ada seorang kawan yang layak untuk mengambil peperiksaan online untuk memasuki perkhidmatan awam jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 2 hari lepas yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kawan aku tu kerja sebagai supervisor kat sebuah kilang multinasional, so dia terpaksa ambil cuti untuk menduduki peperiksaan online tu.


Peperiksaan bermula jam 9 pagi, so jam 8.30 pagi lagi dia dah mengadap depan PC. Tapi bila nak akses je laman web peperiksaan online tu, dia loading lembab gila, last2 keluar error "This webpage is not available". Setelah refresh banyak kali, baru sistem dapat dibuka, itupun sudah jam 9.30 pagi dan page masih sangat lembab. Tapi masa tengah2 jawab tu, bila tekan link "Seterusnya", dia keluar balik error yang sama. Lepas jam 10 pagi masih macam tu jugak, last2 dia fedup dan terus tidur.


Aku ingat tak ramai yang hadapi masalah sistem peperiksaan online tu, rupa2nya ramai yang mengalami nasib yang sama. Korang boleh baca sendiri artikel berikut yang agak panjang so aku malas nak copy paste kat sini - Portal Rasmi SPA ZALIM Kepada Calon Peperiksaan Online.


Cuma bagi aku SPA takdelah sampai tahap zalim atau kejam kepada calon peperiksaan online tu, tapi ia lebih kepada KEGAGALAN dan KELEMAHAN agensi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan sistem dan aplikasi online atas talian yang baik untuk pengguna.

Ya, masalah sistem teknologi maklumat agensi kerajaan ni bukan baru2 ini sahaja, dari dulu lagi agensi kerajaan sangat terkenal dengan sistem e-Kerajaan yang sangat lemah, lembab, gagal dan sampah? Tengok sahaja sistem HRMIS untuk kakitangan awam yang sangat lembab, sistem SPBSS untuk para guru yang sangat membebankan, sistem untuk pendaftaran syarikat yang sangat sampah, sistem e-ticketing KTMB yang sangat ale uto. Itu antara sistem e-Kerajaan yang pernah dipaparkan dalam Buasir Otak, tapi masih ada banyak lagi aplikasi2 e-Kerajaan ni yang sangat gagal. Itu belum termasuk meja bantuan atau talian helpline nya yang "tersangatlah membantu" sampai kadang2 call banyak kali pun takde orang jawab, sibuk mungkin.

Kita dah masuk tahun 2014. Takkan kerajaan masih failed nak buat sistem yang layak di"deliverable" kepada pengguna? Kita bukan masih duduk tahun 2000-an yang masih pakai Windows NT, Unix, Cobol, Visual Basic, Netscape, mIRC, Altavista, Symbian dan talian 1515. Kita duduk di zaman Windows 8, Ubuntu, HTML5, Web Framework, Chrome, Facebook, Google, Android dan Unifi! Takkan masih gagal?

Aku percaya nak buat sistem e-kerajaan ni kos dia bukannya murah. Ada yang sampai juta2 pun ada, tapi kenapa hasilnya macam taik? Takkan tak buat study dulu sebelum start buat development? Adakah infrastruktur dia, kapasiti server, RAM, processor, network bandwidth cukup untuk menampung user yang ramai? Ada tak buat stress test untuk check sama ada sistem tu mampu menyokong 100,000 pengguna serentak? Bagaimana pula dengan ujian keselamatan untuk mengelakkan sistem2 e-Kerajaan daripada kena hack seperti yang pernah kena pada laman web Jawi, Kehakiman, Jabatan Penerangan dan lain2 sebelum ini?


Sistem2 perbankan seperti Maybank2u, Lelong.my, Mudah.my, Golden Screen Cinema dan lain2 sistem bukan milik kerajaan yang pengguna, transaksi dan capaiannya lebih banyak pun jarang mengalami masalah, malah Facebook tu yang user dia berbillion2 pun tak lembab macam sistem e-Kerajaan ni. Duit dah banyak dibelanjakan tapi kenapa masih gagal untuk menyaingi sistem2 sektor swasta?

Bagi aku, kalau masih belum ready dan bersedia untuk lancarkan suatu sistem online yang baik kepada pengguna, jangan guna. Guna sahaja cara manual, panggil calon datang untuk jawab peperiksaan secara bertulis atas kertas. Cara itu lebih baik dan efektif berbanding suruh orang guna sistem online yang tak boleh digunakan.

Walaubagaimanapun, pihak SPA sudah pun bagi peluang kedua kepada calon untuk menduduki semula peperiksaan pada 13 Ogos 2014. Berdasarkan makluman daripada SPA, hanya 21,254 calon yang berjaya menduduki peperiksaan online tersebut dengan jayanya tapi calon peperiksaan sehingga 100,000. Ini bermakna hanya lebih kurang 21% calon sahaja yang berjaya menggunakan sistem tersebut. Difahamkan juga peperiksaan online ini adalah peperiksaan kali-5 yang telah diadakan sejak April 2014.

Harap peluang kali kedua ni tiada lagi masalah yang sama, jangan sampai menganiaya orang lain yang terpaksa ambil cuti atau terpaksa pergi ke cyber cafe atau rumah jiran pinjam internet semata2 nak ambil peperiksaan online ni.




tags: kekejaman kezaliman spa suruhanjaya perkhidmatan awam jawab soalan peperiksaan online atas talian jawatan calon penolong penguasa kastam gred w27 tips panduan kaedah

34 ulasan:

  1. Macam ni rupanya. Masa Ayuni ambil peperiksaan SPA ni dulu, sistem online belum ada lagi.

    BalasPadam
  2. Mungkin terpaksa pilih teknologi outdated dgn harga mahal sbb kena ambik vendor kroni Pak Menteri..kot..

    BalasPadam
  3. kalau manusia tu, boleh la kata sel otak belum berhubung.. tp bab server kerajaan ni tak boleh nak cakap apa.. bagi kat kroni pun, server lembab.. open tender pun, server lembab.. tender alibaba cina dapat pun, server lembab..

    aku rasa orang dlm kerajaan tu suka sangat sharing2 server la.. buatlah khusus untuk periksa sahaja.. then jaga bandwith supaya jgn sampai limit... jaga sikit trafik kena sesak masa budak2 tengah amik periksa...

    BalasPadam
  4. cakap je la terus terang.. kerajaan tu dipegang melayu.. bila periksa guna server jadi lembab la.. kalau kerajaan cina macam penang dan singapore.. sistem dia laju bukan main.. kan senang.. biar bangsa kita ni sentiasa ada kat bawah.. dah pegang kerajaan pun kita kondem kaw2.. bila dah jatuh nanti, biar cina pegang kerajaan pulak.. baru la budak2 spa nak minta kerja kerajaan senyum happy sbb server laju..

    tapi ingatlah.. kalau berlaku mcm tu..jangan haraplah korang2 yg melayu ni nak rasa betapa lajunya server spa tu.. budak2 cina sahaja yg akan rasa sbb diorg akan diberi peluang utk masuk kerja kerajaan... korg yg melayu ni boleh la rasa kelajuan server maybank dan gsc..tu pun sbb korang jadi pengguna..bukan pemilik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. org komplen psl server, dia ckp psl cina... serius komen kau bodoh

      Padam
    2. hadoi la..kelauttttt

      Padam
    3. hahah..giler

      disebabkan ko dah merapu bab cina, aku nak amik kesempatan menyemakkan lagi komen ko.

      Dulu, sebelum masuk asrama, aku sekolah kat kg pandan cheras. Aku kenal dengan sorang budak pmpn cina..cantik gilerrr. Orangnya sopan..mata coklat dan macam bese la..kulit putih gebu. Serius masa tu aku tak pandang dah awek2 melayu ni..memang pandang amoi tu sorang je.

      Akhirnye aku dapat jugak join satu group assingment dgn dia..aku amik kesempatan tu utk rapat ngn dia. Alahaiiii makin jatuh hati dibuatnya..dia tak berkawan sngt dengan geng2 cina atau melayu. dia ada kawan pmpn india je sorang. De hari tu kami nak buat group assingmnt kat kantin skolah masa hujung minggu..dia pakai baju kurung.."Uihhhh..cantiknyeee", aku tercakap kuat sampai dia dengar. Dia senyum2 malu. Dalam hati aku "aihhh,macam ada peluang ja aku ni".

      Berapa bulan lepas tu, aku dpat surat tawaran masuk ke skolah asrama. Aku rasa gembira sebab dpt masuk skolah asrama, tapi aku jugak rasa sedih sebab aku akan jauh dengan amoi tu dan jugak kwn2 aku. Hari last aku kat skolah tu, aku tekad nak pergi luahkan perasaan aku kat dia. Aku pun tunggu waktu rehat..aku dok depan. Dia cakap kat aku, "tahniah la, awk pandai..boleh la pergi asrama..nnt kat sana jgn lupa kami".Aku terus cakap "saya suka awak..saya rasa saya dah jatuh hati kat awk". Dia terus tergamam dan tak pandang muka aku. Fuh, berdegup kencang giler jantung aku masa tu..mcam nak pecah".

      dia trus tak tegur aku sampai habis waktu skolah.Ah, ni mesti dia reject aku la ni. Lepas aku salam dengan kwn2, time nak kuar ke pagar skolah. aku dengar dia panggil nama aku..dia dtg..tarik tgn aku pergi belakang pokok. dia bagi aku sekeping kertas..ada nombor phone dia. Pastu ada ayat " Saya pun rasa saya dah jatuh hati kat awk. Saya tak pernah ada kwn laki..tambah2 lagi melayu. Saya rasa sronok luangkan masa dengan awk sbb awk sentiasa ambil berat pasal saya. Kalau boleh saya tak nak awk pergi..dan nak awk jadi BOYFRIEND saya". Perghhh..memang semua benda jadi slow motion masa tu..daun gugur pun nampak macam terapung kat udara. Aku cakap kat dia aku terpaksa pergi..sebab mak bapak aku dah uruskan semua persiapan utk pergi sana. Tapi aku akan sentiasa contact dia dan kalau balik kl..aku akan jumpa dia. Dia diam je..senyum sikit pastu trus cakap "ok,janji ye?". Aku senyum je.

      Yang bodohnye kat sini..aku lost nombor phone dia..mmg menangis giler2 punye. Disebabkan lost contact, kami tak lagi tau perkembangan masing2. Sekarang masing2 pun dah keje. Kwn aku de ckap amoi yang aku suka dulu keje kat bank. Tapi yang paling terkejut, bila org kata dia masuk islam. Keesokkan hari aku pun lepas balik kerja trus intai dan tunggu depan bank tu..akhirnye aku nmpk dia. Dia pakai tudung selendang..pakai kot yang org bank slalu pakai tu..cntiknyeee. Pastu aku nmpk de seorang laki melayu keluar ngn dia..aku ingtkan kwn dia..tapi bila nmpk diorang mesra sangt siap gelak gurau2...aku tau..tu mst lelaki yg dah berjaya tawan hati dia.

      hmm..nak buat cmner..aku doakan dia bahagia je la. lagipun aku pun dah tak keje kl lepas ni..dah pindah ke kampung halaman..kat kedah. Sekian..terima kasih kerana biarkan aku menyemak.hahahahah

      Padam
    4. Apa yg ko merepek ni setaaannn!

      Padam
    5. citer sinetron ni. drama lebih. kalau aku jadi aku aku panjat pagar skola asrama aku beli tiket bas balik pergi sekolah lama aku balik. tggu amoi tu depan gate skola smabil borak2 ngn guard pastu mintak no telefon balik. apa susah. skrg ko dh rugi. dapat amoi sedap weh. pink everywhere. macam felixia yeap a.k. rania gold tu. perghh.. kalau dapat macam tu hari2 kena mandi mlm woi. tiap2 hari tukar cadar. haha

      Padam
    6. anon 507..hahah..hng mcam tau memahami ja..tu yg aku rasa rugi tu.hahahah

      Padam
    7. To anob 3.03
      Dah bukan jodoh ko setaaannn....hahaha

      Padam
    8. kalau aku dh g jumpa terus je kat dpn bank tu... lantok la laki tu pakwe dia ke apa, baru pakwe blm kawen lg... org dh kawen pun blh cerai... best man win laa... gila la lu dh ada peluang nk dpt awek cina putih gebu pink xsunat lu pergi lepaskan peluang pulakk... rugi derr rugi

      Padam
    9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    10. Sorry anon 8:39, cerita kau lucah sangat. Ini bukan blog lucah, tak sesuai untuk bacaan budak bawah umur.

      Padam
    11. geng hok suke melucah nie losers abadi nge forever alone gersang jer, xde port nk lepaskn selain fap fap dpn pc diam2x..sian giler, forever loser sampai mampus..

      Padam
  5. tu la.. server kecik sngt tak dpt tampung.. mane gi programmer website tu???

    BalasPadam
  6. Apa sy nmpk, kalau sistem swasta support diaorg bagus even x excellent mana, tp bila sesetangah sistem kerajaan support mcm 'taik' n less follow up...harap iklan 03-80008000 yg catchy, tp keberkesanan xleh nak high expectation.

    So, sila ajukan isu ini kpd menteri bertanggungjwb...xpun buat viral, sure cepat je diaorg perbaiki balik (selepas kene ketuk baru nak bertindak)

    BalasPadam
  7. Bab sistem tu memang betul..agak slow dan slalu error. tunggu loading punya lama..pastu error. Memang nmpak ada kelemahan lagi kat situ.

    Tapi aku puji la pusat UTC tu..memang terbaik. Bagi aku UTC memang patut di buka di bnyak tempat lagi. Perkhidmatan memang pantas. Aku buat IC baru, lesen semua tu dari pagi sampi tghari dan boleh dpt. Dulu buat kat Jabatan Pendaftaran kawasan aku..2 minggu baru siap. Kat UTC, pagi buat..ptg atau esok pagi dah boleh ambil. Lagi satu, senang nak uruskan benda2 kat sana..tak perlu jalan jauh2..semua jabatan ada kat situ. Tunggu pun tak lama mana untuk giliran. Bab UTC, aku salute.

    BalasPadam
  8. aku pernah kena...

    BalasPadam
  9. liga fantasi takde ker?????

    BalasPadam
  10. dah bila ada peruntukan nk buat server bg caya punya duit byk masuk poket dari develop system macam mana kn. apa2 pn malaysia boleh!!!

    BalasPadam
  11. Mak ayah saleha mengamuk sakan dgn spa... saleha mampu belinang airmata saja.... mmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko perli aku? makk abahhh
      tgk ape dah jd ni!

      Padam
    2. saleha oi! ko la slh! spe suro keja negro! abah da ckp pergi bt spa online tuh! ko ke pantai pulak!

      Padam
    3. woi abahnye! kn maknye da gtw! saleha bg msj tenet lembab! so tu la sbbnye dy pegi pantai! sempat online konon! mlm jumaat nih tahu!

      Padam
  12. Ada ker menteri yg dedicated jaga ict negara? Negara2 lain ada tak jabatan atau kementerian yg dedicated jaga ict? Tak pasti pulak structure staf gomen dlm ict... takut arahan yg diterima dari bosses yg bukan ict... tak ikut plak... kelautlah appraisal... kekekekeke

    BalasPadam
  13. Oh Rozana

    Bangla terlantar dalam arus deras
    telah hancurkan seketul bisjut & royi
    Kemana mampu kucari lagi bisjut & royi?

    Oh Rozana

    Bangla mengelebat dalam pucuk-pucuk harapan…
    Semakin tiada bisjut & royi
    Meski bisjut & royi mengalir dalam bilik sepi,
    itulah bisjut & royi…dalam sekujur rindu jejaka bangla
    Biarkan bangla bisjut & royi yang tak henti dengan airmata..
    Menguyur sisi bisjut & royi yang melara
    menjemu dalam tulisan takdir
    dalam himpitan nafas jejaka bangla

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  14. Syoknya.. padan muka layan lagi aplikasi gomen yg macam sampah tu.. berjuta2 lagi peluang pekerjaan ada, alih2 keje gomen gak yg dipohon.. eeii geli aku keje gomen...

    BalasPadam
  15. Pekerja kerajaan banyak rilek sy tgk..
    Tapi mereka kata mereka kata banyak kerja..
    Siap boleh buat kerja part time lagi...

    Hatta guru2 sekalipun, kerja mereka tidaklah sebanyak mana pun tetapi selalu kata terbeban.. Buktinya banyak guru yang boleh mengajar tuisyen sndiri..

    Jika mahu dibandingkan dengan kerja yang digalas oleh pekerja dalam sektor swasta memang berat dan menekan.

    BalasPadam
  16. hemm..sabar ajelah jawabnya nih..

    BalasPadam
  17. dulu takda exam terus iv.skarang ada pula examonline membanyakkan penganggur di malaysia ni.jadi penganggur tegar kepada pencari kerja.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.