Isnin, 4 Ogos 2014

20 Keterpaksaan dan tiada pilihan dalam memilih parti

Di kala umat Islam sedang sibuk menyambut hari raya Aidilfitri, kerajaan negeri Selangor dan parti2 dari Pakatan Rakyat masih sibuk dengan krisis2 politik untuk menukar Menteri Besar baru. Penuh newsfeed aku dengan status2 daripada macai2 politik mengenai konflik dan kekalutan isu ini. Memandangkan sebelum ini aku tak pernah tulis lagi pasal isu ini, so aku akan tulis sedikit pandangan aku mengenai isu ini dan iklim politik di negara kita sekarang.


1. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dengan DS Wan Azizah, isteri kepada DS Anwar Ibrahim. Dikhabarkan ramai rakyat Selangor yang tidak bersetuju TS Khalid digantikan kerana bagi di mata rakyat Selangor, beliau adalah MB yang terbaik buat masa sekarang. Persoalannya, adakah perlu MB digantikan, kerana di mata rakyat TS Khalid tiada sebab seperti salahguna kuasa, ketirisan, rasuah, skandal, pembaziran, kroni, nepotisme dan lain2 kontroversi yang boleh dijadikan alasan yang terlalu kukuh untuk menukar menteri besar.

2. Ya, tidak dinafikan TS Khalid memang bijak menguruskan ekonomi, dana dan kewangan kerajaan negeri, tidak membazir dan boros berbelanja, menjaga kebajikan kakitangan awam kerajaan negeri, malah hasil kerajaan negeri meningkat, namun masih terdapat isu2 yang memperlihatkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri seperti masalah air lombong, catuan bekalan air, sampah yang tidak diurus dengan baik, pendatang asing, lambakan pusat urut, masalah penyelenggaraan longkang dan rumah PPR, kurang projek perumahan kos rendah, serbuan jabatan agama ke gereja, rampasan kitab injil dalam bahasa Melayu dan lain2 lagi yang dilihat oleh kepimpinan PKR dapat mengurangkan sokongan rakyat Selangor kepada PR.


3. Dikatakan juga TS Khalid tidak mesra parti dan sering membelakangkan parti PKR, DAP dan PAS dalam membuat keputusan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Beliau tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor, tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri. Penggantian MB Selangor ini dilihat hanya untuk kepentingan diri sendiri dan parti sahaja, bukannya kepentingan rakyat secara amnya.

4. Namun, adakah dengan menggantikan TS Khalid dengan DS Wan Azizah, semua masalah akan selesai? Adakah masalah air, sampah, pusat urut dan lain2 akan selesai? Atau adakah yang selesai hanya masalah dalaman parti sahaja, bukan masalah rakyat?


5. Kenapa DS Wan Azizah? Adakah kerana kapasitinya sebagai Presiden PKR, atau isteri kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim? Kalau ikutkan dengan Kajang Move dulu DS Anwar yang bertanding, tapi disebabkan beliau disabitkan kesalahan liwat oleh mahkamah, maka isterinya yang bertanding. Adakah tiada calon lain yang lebih layak dan berkemampuan dalam PKR yang boleh dicalonkan untuk menjadi MB?

6. Kenapa perlu juga wakil dari PKR juga untuk jadi MB Selangor, sedangkan kerusi DUN PKR paling sedikit di Selangor iaitu 14, sedangkan PAS dan DAP kedua2nya 15 kerusi. Adakah tiada ADUN dari PAS yang berbangsa Melayu dan beragama Islam lebih layak untuk menjadi MB?


7. Siapa sebenarnya kepala kepada gabungan Pakatan Rakyat? Adakah ketua pembangkang iaitu DS Anwar Ibrahim? Kalau dia kepala, kenapa dia tak boleh control semua parti2 komponen di bawah PR yang dilihat seringkali berselisih pendapat antara satu sama lain di public?

8. Apakah sebenar2nya agenda, ideologi dan perjuangan PR? PAS dengan ideologi negara Islam, DAP dengan ideologi sekularisme, PKR dengan idelogi keadilan sosial dan kesamarataan. Setiap satu bercanggah antara satu sama lain. Malah kesemua parti tidak mahu dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain, menyebabkan gabungan PR ini seolah2 mempunyai 3 kepala yang mengawalnya.


9. Dalam konteks sebagai sebuah gabungan parti2 politik, sebenarnya Barisan Nasional dilihat jauh lebih baik berbanding PR. BN adalah sebuah gabungan yang sah, mempunyai agenda dan ideologi yang sama, duduk di bawah satu payung, pemimpin antara parti komponen jarang dilihat bertelagah sesama sendiri di luar, dan mempunyai seorang ketua atau kepala yang boleh membuat keputusan dan mengawal parti2 komponen di bawahnya, manakala PR pula gabungan 3 parti yang tidak duduk di bawah sebuah bendera yang sama dan masing2 masih kekal dengan ideologi masing2.

10. Sebab itu bila DS Najib Razak mahukan bekas MB Terengganu, DS Ahmad Said untuk digantikan, lantaklah DS Ahmad Said cakap nak tunggu lepas kenduri anak ke, nak merajuk keluar UMNO ke, tukar tetap tukar. Sebab apa, sebab PM ada kuasa penuh sebagai Pengerusi Barisan Nasional. Tidak seperti PR, nak tukar Menteri Besar macam2 karenah dan orang kena hadap, pemimpin dari PAS, DAP, serta orang2 dari PKR sendiri yang telah berpecah kepada dua antara penyokong TS Khalid dan DS Anwar.


11. Walaupun aku cakap BN lebih baik sebagai sebuah gabungan parti politik, ia tidak bermakna BN sangat baik dari segi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Masih terdapat kelemahan dan ruang yang perlu diperbaiki. Tapi ia tak juga bermaksud PR lebih cekap mentadbir sebuah kerajaan. Masih ada kelemahan seperti yang kita boleh lihat dalam pentadbiran negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, malah kalau PR begitu cekap masakan Kedah boleh dirampas semula oleh BN. Ada di kalangan pemimpin BN dan PR yang tak boleh pakai, ramai juga macai2 BN dan PR yang buta kayu. Senang cerita, tiada siapa yang sempurna, masing2 ada kelebihan, masing2 ada kelemahan.

12. Selama ini negara kita sebenarnya mengamalkan politik yang tidak sihat ditambah lagi dengan budaya2 politik yang buruk seperti fitnah, kutukan, cacian, biadap, gangsterisme dan sebagainya. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat mengundi parti politik bukan kerana TAWARAN dan ALTERNATIF untuk membentuk kerajaan yang lebih baik, tapi kerana TIADA PILIHAN.

13. Bagi rakyat yang tidak suka dan muak dengan politik BN serta terlalu benci kepada BN, mereka TIADA PILIHAN dan TERPAKSA untuk mengundi PR walaupun PR tu bukannya bagus mana pun. Malah Pakatan Rakyat atau sebelumnya Barisan Alternatif (BA) itu sendiri tertubuh atas satu sebab selepas DS Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan UMNO, iaitu untuk mengurangkan majoriti kerajaan BN dan menjatuhkan mereka, bukannya untuk menegak dan memperjuang ideologi parti masing2. So bagi mereka2 yang berprinsip Asal Bukan UMNO (ABU) atau Asal Bukan BN, mereka tiada pilihan selain mengundi PR walaupun mereka mungkin tak suka PAS, atau benci kepada DAP, atau menyampah dengan Anwar.

14. Bagi rakyat yang tidak suka dengan gabungan PR pula, yang mana mereka mungkin penyokong PAS tapi tak suka dengan DAP, atau mungkin penyokong DAP tapi tak suka dengan PAS, atau mungkin penyokong PKR tapi tak suka dengan Anwar, atau pengundi atas pagar yang tak suka BN tapi melihat PR itu sendiri sebagai gabungan yang rapuh, mereka TIADA PILIHAN dan TERPAKSA mengundi BN walaupun mereka tahu yang mereka akan sakit hati lepas pilihanraya disebabkan kenyataan menteri2 dan pemimpin2 mereka yang agak bebal dan keputusan2 kerajaan yang akhirnya akan membebankan mereka sendiri.

15. Kita sebenarnya memerlukan sebuah iklim politik yang sihat, di mana parti2 politik bersaing secara sihat, tiada fitnah memfitnah, tiada kutuk mengutuk, tiada caci mencaci. Parti pembangkang boleh menerima dasar kerajaan dan turut sama memberi dan menyumbang idea kepada dasar2 kerajaan, manakala parti kerajaan pula boleh menerima teguran dan kritikan daripada parti pembangkang.

16. Setiap parti politik atau gabungan perlu mempunyai matlamat, organisasi dan agenda yang jelas. Dan ketika pilihanraya, setiap parti dapat MEMBERI PILIHAN, TAWARAN dan ALTERNATIF kepada rakyat untuk memilih parti manakah yang dirasakan lebih baik dan mampu untuk menerajui kerajaan dengan lebih berkesan dan efektif, bukan membuatkan rakyat merasakan TIADA PILIHAN dan TERPAKSA memilih parti mana yang dirasakan lebih kurang buruknya.

Kerana jika tidak, kita akan sentiasa mendapat kerajaan yang buruk tak kiralah parti mana yang menang pilihanraya dan akan terus kekal mendapat kerajaan yang bertaraf negara membangun sampai bila2.




tags: anwar ibrahim nak tukar menteri besar selangor khalid ibrahim undur diri letak jawatan bagi laluan kepada wan azizah presiden pkr pakatan rakyat pas hadi awang nik aziz tok guru tak setuju dap marah kritik keluar pakatan

20 ulasan:

  1. sebab tu rakyat kena buat kesatuan rakyat-non partisan yang agendanya nak membela rakyat..
    bukan pemimpin politik yang dok bagi gula2 je..

    tapi entah..tgk mentaliti malaysian ni, macam tak akan dapat tercapai je perenggan akhir entri noob ni..
    #0-0 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalan kepada macai2 PAS. dalam islam bolehkah wanita dilantik menjadi pemimpin negara? mungkin boleh jika tiada pemimpin lelaki yg layak. so pemimpin2 lelaki dlm PAS semuanya takde telor tunduk kepada kak jijah hahaha.....

      Padam
    2. yb dr. rani (PAS-meru) dapat bos pompuan la nampaknya hihi..PASngok takde kote.

      Padam
    3. hahah sial la lawak politik korg nih

      Padam
    4. Lebih baik anwar ibrahim dari najib..kerana Anwar berjaya membawa budaya nepotism dalam politik dengan anak isteri beliau ikut sama berpolitik..
      Tengok lah Najib, Rosmah Mansur cuma penyeri majlis beliau sahaja...

      Padam
  2. Pergh..terbaik lah noob. Ulasan mantap. Ish! Kalau aku boleh bagi markah ni..aku bagi anugerah dekan selendang emas tu kat kau. Terang bila dibaca. Ni tak..ada malaun tu sikit2 cina bodoh. Adoi la

    BalasPadam
  3. emm kdg2 aku sje la gune baju dua2 parti yg pd aku nice la kn.. wtf?? psl bju pon ramai nk dengki! apabila hati didepankn dan akal dibelakangkn..sadis beb sadis..

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. gua tgk lme2 makin comel plk kucing tu.. meoww! grrr

      Padam
  5. Politik Malaysia still x byk sgt menguntungkan rakyat...sibuk politiking je, kebajikan hanya nmpk aktif dekat pru/prk.

    Kita sbg rakyat sepatutnya pastikan pemimpin follow stail/kehendak kita..bukan kita nak follow rentak politik mereka n jd macai tegar yg x beri keuntungan signifikan. So jdlah pengundi/rakyat yg bijak n high mentaliti, bukan ikut emosi semata2 sbb isu remeh temeh. Apa sy nmpk kaum lain yg lg bijak memilih/memaksa pemimpin yg boleh bg apa mereka nak, baru boleh maju bangsa mereka. Jgn kita kelak sbb menang sorak kpung tergadai

    BalasPadam
    Balasan
    1. menang sorak kampong tergadai..
      chikebum chikebumm

      Padam
  6. VotE 4 Parti Otak Bersatu(POB)

    BalasPadam
  7. Kita ni bila org tak lantik jd pemimpin. Kita bg pandangan dan cadangan serta komen yg macam macam utk mantapkan kepimpinan org lain.
    Bila kita tiba tiba di lantik pemimpin baru kita tahu sebenarnya nak memimpin ni bukan kerja yg mudah. Banyak jiwa dan perasaan org lain yg kita kena jaga. Ada sahaja org yg tak puas hati dgn kita walaupun kita dah buat yg terbaik.
    Fikir fikirkan lah bersama ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. woi malaun. kerja pemimpin memanglah susah tapi gaji diorang mahal. kl x reti buat kerja baik kasi org yg layak sesuai dgn gaji,setakat guna alasan 'dah buat yg terbaik' bila buat silap, lembu pun boleh jadi pemimpin

      Padam
    2. betul tu. Padan la dengan gaji yang diorang dapat.Siap dengan elaun segala bagai..negara bagi yang terbaik untuk diorang,diorang kena la sumbangkan yang terbaik untuk negara. Ni tidak, jadi menteri sebab nak kaut duit je. Rakyat malaysia bukannya tak boleh nmpak menteri2 ni buat apa. Nak pilih yang baik memang tak ada. yang ada cuma boleh pilih "yang paling boleh pakai diantara yang tak boleh pakai"

      Padam
  8. Menteri Malaysia merupakan sekumpulan manusia yang mengutamakan kekayaan mereka dan keluarga mereka. Mereka juga berusaha menakluk kawasan seperti bermain command and conquer. Cuma tiada peperangan menggunakan senjata api. Tapi mengamalkan strategi perang dingin. Setrategi perang dingin mengutamakan propaganda dan agenda2 yang dicipta supaya rakyat sendiri yang bertindak dan tidak ubah seperti boneka atau mesin yang dikawal. Pemerintah cipta situasi..dan biarkan rakyat yang bekerja untuk mencapai hasrat pemerintah.
    Minda kita akan dibentuk untuk menurut perintah kepada pemimpin kita seperti robot. Bukan seperti rakyat yang perlukan pembelaan. Lama kelamaan..situasi ini akan menjadi teruk sehingga rakyat mula sedar yang kita hanya mangsa kepada peperangan mereka.
    Buktinya, jika berlaku sesuatu kes..BN akan menyalahkan PKR dan PKR akan menyalahkan BN. masing-masing dengan pendapat dan tuduhan mereka. Rakyat menjadi keliru dan berpecah kepada pihak-pihak yang mereka rasa lebih betul berdsarkan maklumat yang disampaikan kepada mereka.Akhirnya, kesalahan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada mana-mana pihak dan lenyap begitu sahaja.
    Aku letih dengan keadaan politik seperti ini. Adilkah bagi rakyat seperti kita ni dibentuk minda untuk berbakti kepada pemimpin sedangkan pemimpin yang seharusnya berbakti kepada rakyat? kita mula menerima situasi adalah patut dan logik menteri menjadi kaya raya, boleh meluluskan segala benda dan dilayan seumpama dewa. Itulah puncanya society menjadi crumble..minda rakyat dan generasi menjadi mundur.

    BalasPadam
  9. BN nak perolehi sokongan mudah je. just guna perkataan DAP maka ramailah puak-puak meleis mengundi mereka, x kisahlah harga naikka, tanah melayu kena jualka, rompak harta negara ka. peduli apa asalkan DAP x memerintah

    BalasPadam
  10. Macam aku la, memang sokong PAS..tapi bila tgk diam je diorang ni..kalau pegang tempat tu 5 tahun, 5 tahun jugak cmtu je. Kalau nak skong PKR, memang tak yakin gak sebab ada individu yang buat benda bukan2 dan macam tak pertahankan islam je. So, nak tak nak..kena la undi BN walaupun aku tau orang2nya pun tak berapa betul. Tapi sekurang-kurangnya nmpak jugak la pembangunan kat tempat aku. Jgn fikir aku undi sebab aku memang sokong BN. Tapi aku undi sebab aku tak ada pilihan. Lain la kalau noob tubuhkan parti baru..aku undi je.hahaha

    BalasPadam
  11. Malangnya, secara fakta, Politik itu semulajadi kotor. Bukannya baru dikotorkan oleh kerakusan nafsu..

    BalasPadam
  12. Based pada penerangan PKR, saya rumuskan:

    1. Rakyat merana
    2. PR menang di selangor - rakyat happy
    3. Azmin nak jd MB
    4. TSKI dpt jd MB
    5. Pemerintahan PR di Selangor happy masa penggal pertama
    6. TSKI kedekut - rizab selangor 3 bilion tp masalah sampah dan jalan kerana tak belanja duit peruntukan
    7. Pembubaran parlimen dan DUN selepas satu penggal
    8. Kerajaan selangor jual 1000 ekar tanah pada tropicana masa interim period before election
    9. Azmin nak jd MB
    10. Pilihanraya - PR menang lagi di Selangor
    11. PR nak tukar MB, tp tak dpt. selangor antara last sekali lantik MB sbb tiada calon lain
    12. Anwar jd MB - Kajang Move
    13. TSKI tak nak turun, so buat deal dgn pimpinan BN
    14. Hutang TSKI setel - brokered by TSRM
    15. Company TSRM - Ecoworld dpt beli tanah drpd tropicana
    16. Ecoworld dpt projek selangor - cantas company lain
    17. Dlm masa sama nak teruskan KIDEX - tambah highway dgn tol di selangor
    18. Anwar jatuh hukuman, tak boleh bertanding
    19. Azizah bertanding dan menang
    20. Nak ambilalih konsesi air selangor - kena bayar bilion-bilion pd syarikat konsesi
    21. Antara konsesi - SPLASH - kononnya duit SPLASH nak bagi pada PKR
    22. Tiba-tiba ada Perjanjian Langat 2
    23. Pampasan utk SPLASH dikurangkan, utk Puncak Niaga (kroni umno) dinaikkan
    24. PKR dah panas punggung, duit tak dapat, umno pulak yg dpt
    25. PKR decide nak tukar Azizah jadi MB
    26. PAS tak setuju
    27. Rakyat tak setuju
    28. PKR dedahkan korupsi TSKI
    29. Rupa-rupanya TSKI, PKR, UMNO, semua korup
    30. Rakyat merana

    Complete circle

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.