Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan namun ditangguh sehingga pengganti MB yang baru ditentukan. Sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB, walaubagaimana pun PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala PAS akan hantar lebih dari satu nama. Namun bagi aku, aku tidak setuju sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi ketua bagi kerajaan negeri Selangor kerana beliau seorang wanita.
1. Bagi aku perempuan boleh jadi pemimpin sesebuah kerajaan, tapi itu pun kalau saki baki lelaki2 yang tinggal tu memang dah tak ada lagi yang lebih layak untuk jadi pemimpin.
2. Sedangkan dalam keluarga pun menjadi pemimpin adalah lelaki (sang suami dan bapa), inikan pula pemimpin bagi sesebuah kerajaan yang besar.
3. Dari segi kepimpinan, dalam agama pun meletakkan lelaki untuk menjadi keutamaan sebagai seorang pemimpin. Sebab itu semua Nabi dan Rasul juga adalah lelaki.
4. Tak dinafikan orang perempuan lebih ramai yang bijak di atas kertas, tapi sering emosional dan tidak rasional dalam membuat keputusan dan pertimbangan, berbanding dengan orang lelaki yang memang ramai yang tidak berapa bijak atas kertas, tapi mereka lebih menggunakan logik dan akal dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
5. Seorang perempuan yang jadi ketua kepada sebuah organisasi adalah bos kepada orang bawahannya perlu mematuhinya, namun dia juga ada bos dia sendiri yang dia sendiri perlu patuhi iaitu suami dia (bagi perempuan yang dah kahwin). Seorang isteri mempunyai tanggungjawab terhadap suami dan perlu meminta keizinan daripadanya suaminya dalam pelbagai macam benda. So kat situ dah boleh menjadi penyebab timbulnya fitnah yang mengatakan mungkin dia mengikut telunjuk dan patuh kepada arahan suami termasuk dalam urusan mentadbir kerajaan.
6. Memang sifat semulajadi wanita adalah untuk dijaga, dilindungi, dibimbing dan disayangi, dan sifat semulajadi lelaki pula untuk menjaga, melindungi, membimbing dan menyayangi.
7. Last but not least, jika ditanya kepada ramai orang pun sama ada lelaki dan wanita, kebanyakannya akan memilih dan lebih suka bos lelaki berbanding bos wanita.
8. Hakikat ini bukanlah bermaksud ia suatu bentuk sexist atau diskriminasi terhadap kaum wanita, tapi aku percaya lelaki dan wanita wujud di muka bumi ini dengan tujuan dan fungsi tertentu. Ada benda yang lelaki boleh buat manakala perempuan tak boleh atau tidak sesuai untuk buat, begitu juga sebaliknya.
9. Adakah apabila kaum wanita tidak diberikan kewajaran dan keutamaan untuk menjadi pemimpin utama sebuah kerajaan bermakna ia merendahkan martabat wanita? Tidak, malah martabat wanita yang memelihara maruah dirinya dengan baik adalah lebih mulia daripada orang lelaki yang walau diangkat menjadi pemimpin tapi korup dan tidak amanah.
10. Lelaki dan wanita wujud untuk saling melengkapi, bukan untuk bersaing secara sama rata dalam semua aspek. Sebab itu dalam Islam ada konsep adil iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya.
11. Tapi itu kalau ikut Islam lah, tapi kalau korang ikut sistem demokrasi atau ideologi kebebasan hak asasi manusia mengikut acuan barat, pilih je lah siapa2 pun. Yelah, negara kita memanglah agama Islam tu agama rasmi persekutuan tapi sistem perundangannya masih sekular mengikut acuan barat. So terpulang lah korang nak pilih siapa pun sama ada lelaki atau perempuan untuk jadi pemimpin suatu kerajaan.
12. But again, sejak bila korang refer agama dalam bab memilih pemimpin ni kan? Sedangkan sistem demokrasi itu sendiri adalah acuan barat dan bukannya acuan Islam. Kalau tidak dah lama negara kita ni suci murni.
Lain2 boleh rujuk penjelasan UAI dan UZAR serta sini.
tags: tan sri khalid ibrahim mb menteri besar selangor letak jawatan tangguh sultan minta 2 nama calon baru pas dap pkr wan azizah azmin ali anwar ibrahim wanita perempuan tidak wajar layak sesuai jadi pemimpin ketua kerajaan negeri negara
Khamis, 28 Ogos 2014
55 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nampak tak?
BalasPadamNampak x ada lg bdk pr yg tetap teguh di blkg wan azizah? Nampak x diorg xkesah langsung asalkn anwar dpt jd ketua? Nampak x urat sengal membengkak dlm tubuh mereka?
PadamJangan terus ditipu UMNO-BN. Wan Azizah telah terbukti mampu menjadi pemimpin.. sokong Wan Azizah menjadi MB Selangor!
PadamNampak tak? Sesiapa jua yang mencadangkan calon tambahan selain dswa akan terus dicop sebagai orang yang telah tertipu? Nampak tak mentaliti mereka2 yang sedemikian dikelas berapa?
PadamKita tunggu & lihat
BalasPadamkita?
Padamkita?
Padamtunggu?
Padamtunggu?
Padamlihat?
Padamlihat?
Padamlihat?
Padamwaklu
Padamgay anons..
PadamKetua kampung pun x boleh inikan pula jadi ketua negara...
BalasPadamsebagai contoh perdana menteri brasil.
BalasPadamSegala pentadbiran kerajaan trpksa rujuk n patuh pd arahan suami iaitu DSAI..Scra xlangsung,pntadbiran kjaan Slngor nti brtulangbelakangkn pimpinan DSAI..Tu namanya family planning;-)
BalasPadam~aku refer pd ayt last noob point no 5
alamak korg ni kecoh la.. rosmah relax je jd pm korg x bising pun... cam cibai la lu org ni hipokrit gile
BalasPadamTang mana y hipokrit tu bai?mulut lu lg cibai..sapa nk bik mama tu jd PM?brtmbh merelip merelap la jari jemari dia..la ni org dok cita psl pemimpin wanita ok..bik mama ni jauh panggang nk jd pmimpin.ckp spontan kt public teraborr.bina bdn bleh la..
Padam@anon 8:07
Padamserius, hang memang bodoh
sial je korg ni kutuk bossmah... xnmpk ke dia dh dpt darjah kebesaran tanduk hellboy?? dia mmg layak jd pm!
Padamhttp://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/08/27/rosmahaward.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Tapi kak mah queen kontrol jibby. Jibby xda teloq. Phuiihhh...
PadamKak mah juga dpt darjah keBesaran tanduk maleficent ..
PadamBukankah kak jijah hanya boneka kepada ketua boneka?
BalasPadambenazir bagus je jadi pm pakistan..
BalasPadamsi bhutto...
Padamsi butuh!
PadamAnon 1031
PadamYou are sick
pas tak tetap pendirian? patutnya khalid pecat sahaja warga2 pas yang berpaling tadah ni
BalasPadamperempuan yg jadi ketua tp ikut ckp lelaki is better than lelaki yg jadi ketua tp ikut ckp perempuan (komen tiada kena mengena dgn wan azizah & najib)
BalasPadamOk paham sgt..haha
Padamdah nampak plot nak jadikan azmin ali jadi MB Selangor..orang dah dapat agak sultan akan tolak bila nama wan azizah di calonkan untuk jadi MB sebab dia bukan anak jati selangor dan seorang perempuan..kalo nak diikutkan Wan Azizah bukan kelahiran malaysia pun...pencalonan wan azizah di buat kerana jawatannya yang lebih senior dalam parti berbanding Azmin..
BalasPadamWan Azizah kelahiran Indon!
Padammasa ni la ko nak rujuk ustaz -hadis la bagai..masa beli kereta ko sapu jugak loan bank..masa karnival jom heboh ko pun turun jugak bawak anak bini..masa konsert atau rancangan tv yang x tutup aurat -walaupun sehelai rambut pun hadap jugak..-aku pun x suka dswa naik jadi mb..tapi jangan time x suka keluar fatwa, hadis bagai..time kita seronok ..senyap pulak..
BalasPadamglurp dah tu ko nk suruh semua org but bodo ye
Padamhaha..biasa la bro, zaman sekarang ni mana ada yang betul2 ikut agama. Bila kata kena ramai ustaz, dikatanya zaman sekarang ustaz dah tak releven..
Padamsatu hadis pun takde kat atas.. ko giler ke apa anon 314? lagi satu ko tahu mana penulis tu dia rembat loan bank bawak anak2 pergi konsert tak tutup aurat?
Padamini semata2 nak tunjuk bagus ke atau mmg sokong DSWA? sampai sanggup menuduh manusia lain..
Tu la pasal..
PadamHadis celah mana..y aku phm lbh pd xstju pemimpin krjaan ngri ni d beri pd kaum wanita unless dh xda sgt kaum2 laki y layak..kbtln dswa ni antra calon MB Slngor,tht y kuar entry mcm ni..aku rasa kalo calon wanita dr mana2 parti y nk jd pmimpin ngri r ngra pun,sma jgk hujahnya..point y pnting,wajar ke x wanita ni jd pemimpin..dabel ng0k!!
~aku rs anon 314 je y wat apa y dia tlis td.bwk ank bini p jom heboh..apa klas..huh
Bngst . Pg jom heboh tu x berhempet2 ke lelaki pompuan, kalau. Dah bdh jngan komen
PadamAgaknya agama yg dia anuti benarkan isteri . Anak perempuan dia berhimpit ngan bukan muhrim- bersangka baik, kah kah.
PadamAku pelik dgn PKR dgn DAP ni...
BalasPadamDah terang2 Sultan Selangor titah kata bagi nama dua atau lebih calon,
diorang punya degil kasi satu nama tu, apa masalah diorang?
hak parti atau hak seseorang yg boleh paksa diorang bertindak macam tu?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamaku tak setuju perempuan jadi mb negeri... memang bngst dap pkr ni!! memang aku x undi korang la pasni puihh la memang bagus pas antar nama lebih dari sorang... memang budus la dap pkr ni puihh
BalasPadamSbb sorg punya idea..semua jadi serabut..renung2kn.
BalasPadamOrang tolak azizah bukan sebab jantina sebenarnya. Kalau sebab jantina, kenapa bila wanita yg dilantik jadi gabenor kat bank negara tu takde org bising? Tukang sain duit kita pompuan tu.. Hebat kot? Sebenarnya org tolak azizah sebab dah nampak sgtla laki dia ada agenda tersembunyi yg kita tak tau. Ada la tu dia jumpa jalan blakang mana2 nk lari dr hukuman penjara, jadi pm, atau jadi agen yahudi ke yg kita tak tau tapi memang ada la tu langkah lain lepas langkah kijang ni. Anwar kaki putar. Itu fakta, bukan hasutan mana2 parti politik. Gajah depan mata.
BalasPadamNk perangkap istana ker tu .. rakyat selangor dok tgk jer ker dsai oiii.... bini hang nk jd kan umpan ker tu.... anak hang pun fitnah org dsai oiiii... bila dh sesal br nk minta maaf bagai... umno mmg ngok.. pr pula ngek ... dh elok la tu ngok ngek ...
BalasPadamtambahan
Padampelempang satu juta
'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi menteri besar.
BalasPadamnepotisme terbuka? wah
PadamXkesah sapa jadi ketua..sbb dia satu sen pun x dpt bagi rezeki kat aku. Baik raja mahupun menteri2 BN dikalangan wanita, aku sbg rakyat yg dipaksa potong duit cukai bulanan untuk bagi rezeki dia makan. Sama dgn pekerja gomen, duit cukai aku adalah rezeki untuk derang anak beranak amik makan. Time bonus, lagi banyak derang merembat, langsung aku xdpt apa2..
BalasPadamIni sumbangan duit cukai aku pd gomen..mb2..menyeri2 dan pekerja gomen.. apa sumbangan negara untukku? Jalan tar kah untuk aku makan?
Duit pembayar Cukai utk pekerja gomen??? Hahhh whatttt
PadamHahahhh sentappp
PadamNoob, saya perhatikan kalau kamu ulas isu wanita - tak kiralah pasal pakaian ke, kepimpinan ke atau lain-lain, komen-komen anda mesti seksis dan ketinggalan zaman. Serius, anda harus masuk kelas gender 101.
BalasPadamsaya komen berdasarkan kefahaman saya mengikut islam. kalau kamu ada ulasan atau hujah tidak kira mengikut mana2 fahaman samada islam atau barat, sila kemukakan.
Padam