Iklan Leaderboard

Selasa, 10 Mei 2016

6 Diskriminasi antara golongan majoriti dan minoriti

Diskriminasi.

Berdasarkan Wikipedia, diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.


Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
  • Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
  • Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
  • Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

Jenis-jenis diskriminasi

Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:
  • Diskriminasi Umur
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".
  • Diskriminasi Jantina
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.
  • Diskriminasi Kesihatan
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.
  • Diskriminasi Ras
    Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.
  • Dikriminasi Agama
    Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianut.
  • Diskriminasi Kaum
    Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain.

Ada 2 kategori diskriminasi yang jelas berlaku tanpa kita sedari dan ia sukar untuk dielakkan. Pertama diskriminasi biasa dan kedua, diskriminasi terbalik atau "reverse discrimination".

Diskriminasi yang biasa adalah diskriminasi yang dilakukan oleh golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kebiasaannya diskriminasi ini berlaku adalah disebabkan golongan majoriti merasakan mereka ada kuasa dan pengaruh yang besar dan tidak mahu berkongsi atau tidak mahu golongan minoriti merampas hak mereka.

Diskriminasi terbalik pula adalah diskriminasi yang dilakukan oleh golongan minoriti terhadap golongan majoriti. Kebiasaannya diskriminasi ini berlaku disebabkan golongan minoriti ini merasakan mereka ditekan dan didiskriminasikan oleh golongan majoriti, lalu mereka melakukan diskrimanasi terbalik terhadap golongan majoritik terhadap perkara yang mereka berkuasa dan kawal.

Dalam konteks di Malaysia, diskriminasi yang sering berlaku sama ada kita suka atau tidak adalah diskriminasi kaum, terutama di kalangan kaum Melayu dan Cina. Sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan juga kaum majoriti di Malaysia, tidak dinafikan orang Melayu banyak hak dan keistimewaan berbanding kaum lain dari sudut pemerintahan, politik, kuasa, pendidikan, penjawatan sektor awam dan sebagainya. Dasar ini secara tidak langsung menyebabkan diskriminasi terhadap kaum minoriti di Malaysia termasuk Cina dan India.

Disebabkan diskriminasi ini, secara tidak langsung menyebabkan berlakunya diskriminasi terbalik di kalangan orang Cina terhadap orang Melayu terutama dalam sektor yang mereka kuasai iaitu ekonomi, perniagaan, perdagangan, sektor pendidikan dan pekerjaan swasta dan sebagainya.

Diskriminasi dan diskriminasi terbalik ini menjadi lebih teruk apabila ke tahap mereka generalize dan membuat streotaip yang sesebuah kaum itu perangainya sama sahaja, seperti contoh semua orang berbangsa Melayu itu pemalas, atau semua orang berbangsa Cina itu komunis. Baca kisah pengalaman Sarah Carmariah ini, dan berikut antara respon yang diambil dari sebuah page lain yang berkongsikan kisah ini.


Streotaip melahirkan hilang kepercayaan. Hilang kepercayaan melahirkan diskriminasi. Diskriminasi melahirkan prejudis. Prejudis melahirkan kebencian. Kebencian melahirkan kemarahan. Kemarahan melahirkan dendam. Dendam melahirkan perpecahan. Perpecahan melahirkan kemusnahan.

Sejujurnya, walaupun aku sendiri beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu di Malaysia ini, namun aku tidak berapa selesa dengan sebarang bentuk diskriminasi ini sama ada diskriminasi yang biasa mahupun terbalik. Kerana yang pasti, walaupun kita rasa beruntung tapi pasti akan ada orang yang akan menjadi mangsa dan dalam kerugian.

Orang Melayu keluar universiti susah nak dapat kerja di syarikat yang dimonopoli kaum Cina. Pelajar Cina nak masuk universiti awam kena keputusan sangat cemerlang baru dapat masuk, itu pun ada juga yang masih tak dapat masuk.

So macam mana nak selesaikan masalah diskriminasi kaum ini? Entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin setelah kedua-duanya sanggup untuk berkorban kepentingan masing-masing.

Baca juga artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: diskriminasi discrimination terbalik reverse kaum agama bangsa melayu cina jantina lelaki perempuan rasis racist streotype trust deficit

6 ulasan:

  1. Klw discriminate nak cari pekerja aq x kisah sangat..tapi klw pelanggan pun nak discriminate mmg bodohla

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Bisjut bawa royi
      royi bawa bisjut
      bangla bawa bisjut & royi
      bisjut & royi bawa bangla
      kau bawa bisjut
      aku bawa royi
      bisjut bawa kamu
      royi bawa aku
      bisjut & royi bawa kita bersama

      Oh Rozana

      Apa itu bisjut?
      Apa itu royi ?

      Nak bisjut?

      Padam
  2. ride the lightning, babeh..

    BalasPadam
  3. Sy x nafikan berdasarkan pengalaman anda especially dr segi kaum anda ada membuat andaian masing spt melayu pemalas, cina penipu, india kuat mabuk. Tp sebanyak mana pengalaman anda, still x boleh anda katakan 100% kaum itu buruk perangai sbb ada je yg bagus2 attitude mereka. once kita dah lebel mereka awal2, sounds unfair dari awal n membuktikan anda x profesional.

    Bg sy, pendapat adalah hak masing2 x kira terhadap kaum, politik, jantina, kenegerian even agama sekalipun...tp apa reaksi/tindakbalas anda yg lebih penting. No double standard, no prejudis and layan secara adil n profesional terhadap org lain. Yg x perlu layan bagus ialah setan n iblis yg sure musuh seteru manusia smpi akhir zaman.

    BalasPadam
  4. Streotaip melahirkan hilang kepercayaan. Hilang kepercayaan melahirkan diskriminasi. Diskriminasi melahirkan prejudis. Prejudis melahirkan kebencian. Kebencian melahirkan kemarahan. Kemarahan melahirkan dendam. Dendam melahirkan perpecahan. Perpecahan melahirkan kemusnahan.

    nampak macam sikit tp impak dia fuhh..

    cakap pasal kebencian semua ni aku teringat plot cita naruto pulak..

    BalasPadam
  5. Aku bersyukur jadi melayu di malaysia. Sekurang-kurangnya agama aku islam. Walaupun hidayah itu milik Allah semata-mata.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...