Rabu, 4 Mei 2016

8 Kawalan dan pencegahan kemalangan jalan raya

"Pemandu tak sedar dan merempuh kon yang diletak sebelum kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang," kata saksi kejadian, Muhd Khairul Mihar, 41, mengenai kemalangan di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai berhampiran Park Avenue Kondominum di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sepasang suami isteri berusia 50-an dan 60-an, cedera apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang penyelenggaraan Indah Water sedalam 12 meter.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meminta pertolongan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.


"Ramai cuba membantu, termasuk ada yang memberi pendapat cara mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, seorang orang awam kemudian menghubungi bomba bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.07 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikerah ke lokasi.

"Seramai lima anggota dan seorang pegawai ditugaskan untuk operasi terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ada dua mangsa dalam kemalangan itu dan kereta berkenaan berjaya dikeluarkan menggunakan kren manakala pasangan terbabit yang cedera akibat kemalangan itu, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Sumber Harian Metro.

Kejadian yang berlaku pada 3 Mei 2016 semalam ini ini turut dilaporkan oleh Berita Harian seperti berikut:
Seorang lelaki warga tua dan pembantu rumahnya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam 12 meter dalam kejadian di Jalan PJU 10/1 berhampiran sebuah kondominium di sini, tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 2.07 petang sebelum lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba yang tiba sembilan minit kemudian mendapati kereta jenis Toyota Vios berada di dalam lubang berkenaan dan terdapat seorang lelaki berusia 86 tahun dan seorang wanita warga Filipina berusia 30 tahun di dalamnya.
"Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber Berita Harian.


Laporan Harian Metro mengatakan mangsa adalah sepasang suami isteri berusia 50-an dan 60-an, manakala Berita Harian pula menyatakan seorang lelaki warga tua dan pembantu rumahnya, tidak tahu mana yang betul.

Sementara itu di dunia maya, ramai netizen berdebat di forum dan ruangan komen tentang siapa yang salah dalam hal ini, adakah pemandu atau pemilik lubang penyelenggaraan. Ada yang mengandaikan pemandu tersebut salah kerana mungkin tak fokus, bermain handphone ketika memandu dan sebagainya, manakala ada yang menyalahkan pihak penyelenggara lubang kerana tidak menghalang lubang tersebut menggunakan penghadang konkrit sebaliknya hanya menggunakan penghadang plastik.







Dalam hal ini, bagi aku kedua-duanya juga ada menyumbang kepada kejadian ini kerana ia melibatkan kawalan dan pencegahan.

1. Kawalan

Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu. Kerana itu lampu isyarat, had laju, garisan jalan dan papan tanda dicipta, agar pemandu sentiasa beringat dan dalam kawalan. Hanya pemandu yang boleh mengawal kenderaannya sendiri. Jika pemandu gagal mengawal kenderaannya, letak lah lampu isyarat, penghadang jalan, papan tanda banyak mana pun, kemalangan tetap akan berlaku.

Malah dalam kes ini, ini baru kes pertama orang bawak kereta terjunam masuk dalam lubang penyelenggaraan di situ, setelah beratus ribu kenderaan yang pernah lalu lalang di situ. Jangan kata lubang, rumah tepi jalan pun pernah dilanggar kenderaan akibat gagal mengawal kenderaan lalu terbabas.

2. Pencegahan

Langkah pencegahan perlu dilakukan bukan untuk mengelak daripada kemalangan daripada terus berlaku kerana tiada siapa boleh mengawal tingkah laku manusia melainkan diri sendiri. Langkah pencegahan perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan risiko berlaku kemalangan selain daripada faktor kecuaian manusia dan juga mengurangkan kadar kerosakan serta kecederaan atau kehilangan nyawa yang berlaku akibat kemalangan, seperti membaiki jalan rosak dan berlubang, memasang bonggol di kawasan sekolah, memastikan lampu jalan berfungsi dengan baik dan sebagainya.

Seperti dalam kejadian ini, kalau ikutkan undang-undang memang perlu pasang penghadang konkrit, namun jika pasang penghadang konkrit pun jika orang nak langgar dia akan langgar juga. Bezanya dengan penghadang konkrit, jika orang terlanggar ia akan dapat mengurangkan risiko kenderaan masuk terjunam ke dalam lubang itu. Berbanding dengan penghadang plastik, memang dengan kon-kon plastik tu la terjunam dalam lubang tu.

* * * * * * * * * *

Maka kesimpulannya, kawalan itu adalah tanggungjawab pemandu, pencegahan itu adalah tanggungjawab pihak berkaitan. Kedua-duanya perlu bergerak seiring. Jika pencegahan itu tidak diurus dengan baik, kitalah yang terpaksa lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam kawalan. Fokus pada pemanduan, sentiasa peka dengan persekitaran, jaga kelajuan, elakkan memandu dalam keadaan mengantuk dan yang paling penting, jangan main smartphone dan menyanyi kat Smule ketika memandu. Kalau dah sangap sangat nak menyanyi, berhenti tepi jalan dan melalak la sorang-sorang kat dalam kereta.

Dan kepada pihak berkaitan, tolong laksanakan langkah pencegahan dengan baik. Kau tak boleh expect semua pemandu kat Malaysia ni baik-baik. Mostly memang bawak kenderaan macam celaka. Kat highway lane tengah dan lane paling kanan diorang bawak slow, potong barisan kat laluan kecemasan, lampu isyarat  kuning tu maksudnya pecut, memotong kat selekoh dan double line, lampu signal kat kenderaan mereka tu kebanyakannya hanya hiasan semata-mata. So tolong, tolonglah urus dan jaga langkah pencegahan ini elok-elok sebab bila berlaku kemalangan, diorang tak eksiden sorang-sorang, diorang akan libatkan sekali orang lain yang memandu dengan cermat dan hati-hati.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kawalan pencegahan kemalangan jalan raya kereta terjunam lubang dalam najis pembentungan indah water penyelenggaraan

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. karaoke dlm keta tu ubat ngantuk tau. prooOtt d muka surosli meyamar jd denoutantei

      -siroslan-

      Padam
  2. kalau toyolta vios.. aku tak terkejut atau hairan kalau langgar balai polis sekalipun...

    BalasPadam
  3. garisan kat jalan raya yang dah hilang pun kerajaan tak abis kesah.. tak buat garisan baru pun.. ni la salah satu punca kemalangan jalan raya selain sikap pengguna jalan raya..

    BalasPadam
  4. Bg sy..pemandu yg bersalah...mmg letak penghadang plastik n xleh letak penghadang besi/batu sbb hanya leh letak utk kawasan high speed. Kalau letak batu kalau lori langgar pun masuk ke dalam lubang 2 jugak.

    Kes kemalangan kat malaysia byk sbb kecuaian spt memandu laju dan reckless..kalau attitude x berubah canggih mcmana pun leh kemalangan gak.

    BalasPadam
  5. Warga emas tak patut bawak kereta

    BalasPadam
  6. Kalau lubang tu besar dua kali ganda dan letak tengah jalan pun, pilihan utk terjun masuk ke dalam adalah di tangan pemandu.
    Pada aku, terang2 tu salah panduan kereta tu sendiri. Huhuhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.