Selasa, 3 Mei 2016

4 Motosikal terbang hampir bukan mustahil lagi

Pernah tengok cerita sains fiksyen seperti Star Wars atau Star Trek mahupun dokumentari Beyond 2000 atau Beyond Tomorrow yang memaparkan kenderaan masa depan iaitu motosikal yang boleh terapung dan terbang atau lebih dikenali sebagai hoverbike? Nampaknya, ia kini hampir menjadi kenyataan apabila seorang tukang paip dari UK iaitu Colin Furze telah berjaya mencipta hoverbike versinya sendiri di garaj miliknya tanpa bantuan kewangan yang besar dan latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan.


Berikut adalah video hoverbike buatan sendiri yang dicipta oleh Colin Furze.


Malah bukan itu sahaja, beliau pernah mencipta pelbagai rekaan yang inovatif seperti basikal ais, pelancar thermite, pelenting katil dan pelbagai lagi dan semuanya beliau kongsikan di channel Youtube miliknya Colinfurze yang mempunyai 2.7 juta subscribers.

Namun hoverbike ini bukanlah yang pertama dicipta. Sejak beberapa tahun yang lalu sudah banyak kajian dan syarikat yang mengeluarkan prototaip hoverbike ini seperti berikut:




Hebat kan?

Kita pun ada juga inventor yang hebat iaitu Encik Zulkifli Haron, dulu pernah nak cipta suit terbang macam Iron-man. Tapi aku tak nak lah compare dengan orang-orang Malaysia yang lain. Kita semua tahu setakat mana je kemampuan kita. Kalau kita sembang kenapa orang Melayu takde yang hebat cipta macam-macam, dah tu kita pun buat apa je jugak?

Dah pergi main Wechat sana.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: hoverbike homemade colin furze malloy technology future akan datang motor motosikal terbang terapung

4 ulasan:

  1. Ini bukan yang kita cari...tak faedah and membazir. Jom cari penyanyi baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidakkk mungkin ni berlaku..,,besi terbang adalah mustahil!! Proott dmuka ayam aperica

      Padam
  2. rempit ala2 star wars...

    BalasPadam
  3. Eloklah cuti seminggu 2 ni dari buat entri,,cari idea baru mantapkan b.o ni,,sesekali baca entri lama2 seronok juga,thun 2012, perghh cpt masa berlalu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.