Iklan Leaderboard

Jumaat, 6 Mei 2016

11 Bertemu jodoh di alam maya bukan suatu yang pelik

Percayakah anda, jodoh dan pertemuan itu sebenarnya ada di Facebook, Instagram, Twitter dan segala bentuk media sosial di muka bumi ini.

Mengapa tidak? Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagiaan orang ramai.


Peranan sama dimainkan agensi Ikhtiar Jodoh Islam Malaysia (IJIM) di mana mereka menawarkan perkhidmatan sama namun dengan jaminan sistem paling mudah dan selamat.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam IJIM, Syakirah Mohd Noor stigma masyarakat terhadap agensi pencarian jodoh melalui alam maya perlu berubah seiring kemajuan teknologi dan penggunaan gajet terkini.

"Punca utama orang ramai masih skeptikal menggunakan agensi pencarian jodoh adalah kerana beranggapan ia jalan terakhir bagi mencari pasangan. Agensi carian jodoh banyak membantu kepada mereka yang bermasalah mencari jodoh sebab kita dah tahu masa peredaran zaman dah berubah.

"Dulu kita boleh cari pasangan melalui majlis kenduri atau majlis keluarga, tetapi kini kita dah ada teknologi dan gajet. Kita ada satu medium dan saya melihat masyarakat perlu lebih terbuka dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan ini," katanya.

Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagian orang ramai.

Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagian orang ramai. - Foto Bernama

Agensi yang diwujudkan pada tahun 2008 sehingga kini telah berjaya menemukan hampir 1,000 pasangan.

Menigkut bancian yang dilakukan IJIM mensasarkan 2.5 juta individu berusia 23 tahun ke atas yang belum pernah berkahwin dan 700,000 adalah andartu.

Laman web IJIM sentiasa dipantau agar tiada kes-kes penipuan internet, penipuan kewangan, status perkahwinan, kelucahan alam cyber yang berleluasa akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Syakirah berkata, nama setiap calon yang mendaftar akan dirujuk kepada pihak berkuasa bagi mengesahkan mereka tiada rekod jenayah selain membuktikan status perkahwinan masing-masing.

Tambahnya, penyertaan golongan ibu bapa dalam mendaftarkan anak mereka ke dalam program itu membuktikan penerimaan masyarakat semakin meningkat.

"Kita mampu membuka minda keluarga, sebab kita ada pelanggan yang bukan dia yang datang kepada kita untuk cari jodoh tapi ibu bapanya yang mendaftarkan diri mereka untuk mencarikan jodoh untuk anak.

"Maknanya apa yang saya nampak di sini sedikit demi sedikit penerimaan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan pencarian jodoh ini menjadi satu cara utama untuk memudahkan mereka," katanya.

Sebagai individu yang giat dalam industri perjodohan, Syakirah menegaskan golongan yang menggunakan platform media sosial untuk berkenalan dan mencari pasangan perlu sentiasa berhati-hati dan tidak terlampau terbuka.

"Kalau kita memilih untuk mengenali seseorang melalui alam maya, paling utama bagi saya adalah untuk jangan terlalu mendedahkan semua maklumat mengenai diri anda.

"Tidak semestinya jika baru berkenalan dalam masa sejam atau dua, kita boleh bercerita segala-galanya tentang diri kita.

"Lebih baik kita kenal dulu orang itu sebelum berkongsi maklumat peribadi kita," katanya.

Di akhir pertemuan, Syakirah mahu program 'cinta' alam maya itu dikembangkan lagi supaya lebih ramai dapat bertemu pasangan hidup masing-masing, sama seperti kisahnya bertemu jodoh dengan Dahari Effendy Daud yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJIM.

Sumber artikel Astro Awani.

* * * * * * * * * *

Bertemu jodoh di alam maya bagi aku bukan suatu yang pelik. Sejak dari tahun 2000 masa zaman mIRC lagi dah ada orang jumpa jodoh dan kahwin. Berapa lama jodoh tu kekal tak tahulah. Mungkin banyak lagi yang masih kekal sehingga hari ini, mungkin ada yang tak kekal lama. Sekarang pun dah ada banyak laman-laman web mencari jodoh. Malah aku sendiri bila dengar ada pasangan berkahwin yang perkenalannya bermula di Facebook, aku tak hairan.

Jangan kata Facebook, ada juga pasangan blogger yang kenal melalui blog je pun akhirnya berkahwin. Kat Internet ni bukan setakat nak beli barang atau cari maklumat, nak cari jodoh pun boleh. Aku rasa orang yang bertemu jodoh kat Wechat pun dah ada dah.

So aku sendiri dah tidak skeptikal pada orang yang bertemu jodoh di alam maya. Zaman dah berubah, benda tu dah jadi perkara biasa. Sama la dulu kau nak beli barang kena pergi kedai, sekarang nak cari barang taip je kat Internet. Dulu nak bayar bil kena beratur panjang kat pejabat pos, sekarang nak bayar tak payah pegang duit tu pun tau-tau dah bayar. Dulu nak mengayat awek kat pondok menunggu bas, sekarang shake-shake Wechat dah boleh nampak senarai calon tulang rusuk kiri. Cuma bila dah kenal tu, pandai-pandai la selidik dan nilai boleh buat laki/bini ke tidak.

Baca juga artikel yang berkaitan ini:

* Maaf, aku agak sibuk sejak kebelakangan ini dengan urusan peribadi, kerja dan menguruskan page Buasir Otak: The Komik, so aku tak dapat tulis dan update entry panjang. Oleh itu buat masa ni aku cuma ambil berita atau artikel yang aku rasa menarik dan buat ulasan tentang isu tersebut atau post entry berdasarkan komik yang kitorang buat.

Bila dah ada masa nanti aku akan tulis entry original topik atau pasal pengalaman aku. Sebab lagipun kalau aku tulis panjang lebar pun suam-suam kuku je sambutannya huhu. So kalau korang masih hidup dan masih baca blog BO, komen "Saya hidup lagi" atau komen bagi apa-apa cadangan topik atau artikel yang boleh aku tulis atau ulas.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: mencari cari jodoh di alam maya internet media sosial facebook suatu yang pelik jom ketepikan stigma skeptikal kahwin

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. sy idup lg. btw pro0tT d muka sirosli meyamar jd denoutantei. lega baq ungx

      -siroslan-

      Padam
  2. 'Saya Hidup Lagi'
    Please maintain ya noob.. jangan biarkan blog ni hilang di bawa arus..artikel anda sentiasa membuatkan minda saya berfikir dan mengolah sesuatu perkara dengan lebih baik..teruskan usaha anda.. saya 'salute' dengan anda walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.. artikel anda dan idea anda shj jambatan penghubung kita dalam dunia maya ini..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  4. tak pelik tak pelik...tapi betulllah kata kau, kena pandai2 sendirilah...

    BalasPadam
  5. saya hidup lagi

    BalasPadam
  6. dulu 2 org ex aku ialah gadis yg aku kenal masa zaman sekolah...last2 kahwin dgn gadis yg aku kenal melalui chat room.....

    BalasPadam
  7. kawan member aku pun dapat jodoh guna IJIM ni..

    saiyaa hidupp lagiii abam noob!

    BalasPadam
  8. Gua still alive..aku bertemu jodoh hasil dari usaha sorang uncle cina yg baik hati..dia tgk personaliti bakal isteri aku dan mintak no tepon dia..selebihnya,aku yg setelkan..dan alhamdulillah,aku akan bernikah ujung bulan ni..
    maaf laa..aku jadi silent reader BO je..n busy sikit bulan ni..
    -lanun-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...