Iklan Leaderboard

Selasa, 19 April 2016

11 Dilema seorang jurutera wanita muda

Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku sebagai seorang jurutera perempuan. Sebelum korang fikir aku nak bermegah, trust me, tak ada apa pun aku nak megah dengan pekerjaan dunia yang sementara ni. Aku cuma menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa selama hampir 4 tahun berkhidmat sebagai seorang jurutera di dunia yang didominasi lelaki.

Empat tahun adalah angka yang kecil dalam mana-mana industri. Tapi di usia mentah ni, dengan pengalaman yang tak seberapa, rezeki aku dapat kerja di syarikat pembinaan yang agak besar di Malaysia. Dalam masa tiga tahun aku naik pangkat sebagai Senior Engineer yang biasanya kalau di syarikat aku, memerlukan pengalaman 5 tahun sebelum ditawarkan kedudukan sebegitu.

Gambar hiasan

Syarikat aku memang terkenal dengan kesukaran untuk dapat kerja, nak-nak lagi kalau fresh graduate. Dan aku antara yang bernasib baik. Bagi yang tak biasa dengan industri pembinaan, biasanya akan ada sekurang-kurangnya dua pihak dalam satu-satu projek iaitu Majikan dan Kontraktor. Aku di pihak Majikan untuk satu projek mega di negara ni. Bila kau seorang muda mewakili syarikat sebegini, orang ada expectation dan hormat kat kau. Hormat sebab kau mewakili pihak majikan. Itu sahaja.

Tapi bila kau adalah seorang perempuan dan seorang yang masih muda, agak sukar untuk kau dapat hormat daripada orang yang jauh lebih berpengalaman dan lebih berusia daripada kau. Masing-masing sama ada pandang rendah sebab kau tak tahu apa-apa ataupun cuba untuk tunjuk mereka lebih hebat. Setiap masa cuba nak mengejek dalam senyum.

"Oh Cik tak tahu. Dalam construction memang macam ni"
"Mesti Cik ni tak tahan duduk site. Takpelah. Boss bukan kena duduk site pun"
"Nak pergi site tu dah pakai sunblock? Nanti hitam, takde orang nak"

Bila diacu ayat-ayat macam ni, nak-nak depan anak buah kau, kau boleh nampak macam mana diorang persoalkan kredibiliti seseorang professional. Kalau kau baik, diorang pijak kepala. Buat kerja sambil lewa. Membazir masa, tenaga, dan bahan mentah. Industri pembinaan bukanlah murah. Kalau kau tak pandai urus, Projek ratus ribu boleh cecah angka juta. Mungkin korang fikir aku exaggerate tapi aku tak exaggerate. Memang hakikatnya macam tu. Sebab tu aku kena tegas.

Bila kau tegas orang cakap kau Lady Boss. Tunjuk hebat. Lelaki mana boleh ditegur perempuan. Tercalar ego. Bila aku jadi Pengerusi mesyuarat, aku cakap di depan, diorang bercakap di belakang. Puas bagi hint suruh diam, masih keras, tetap berborak, gelak-gelak. Aku ada kerja lain lagi daripada melayan orang yang suka buang masa macam ni. Bila aku halau keluar dari bilik meeting, mula la tersengih-sengih.

"Amboi, garangnya Cik Boss hari ni.. Period?"
"Garang-garang macam ni gayanya dah kena kahwin." 

Ini bukan cakap belakang. Ini masa mesyuarat. Di depan consultant, depan jurutera lain. Macam mana orang nak hormat Pengerusi yang semudahnya diejek semata-mata sebab kau seorang perempuan?

Aku dikira bernasib baik. Salah seorang kawan aku, juga seorang jurutera perempuan, pernah kena sembur di tapak.

"Eh perempuan ni. Aku rogol baru tau"

Semata-mata sebab dia reject satu trak konkrit dan penyelia tapak cuba nak kaut duit dengan berpakat dengan pembekal konkrit. Ini bukan lagi isu sexism, ini isu etika. Kalaupun kau bergurau masa cakap macam tu, apa kau rasa buruh-buruh tu fikir? Kalau orang kita sendiri serendah tu letakkan maruah seorang perempuan sebangsa dengannya. Apa kau fikir?

Bukan aku minta untuk melayan perempuan dan lelaki sama. Bertepuk tampar. Berjoli sakan malam-malam. Aku minta tolong hormat aku sebagai manusia. Hormat aku sebagai sama-sama professional dalam bidang ni.

Memang aku akui, lelaki lebihnya pada kudrat dan kelantangannya. Kalau di tapak, memang lelaki lincah. Tapi jadi jurutera bukan setakat kerja di tapak. Urus kontrak, urus pembayaran kontraktor, jadi orang tengah antara kontraktor dan majikan, surat menyurat, pengurusan orang awam. Banyak benda. Dan benda-benda begini memerlukan skill halus yang biasanya ada pada seorang perempuan. Kalau kau terkial-kial dalam skill-skill begini dan perempuan boleh tolong kau, kenapa kau tak boleh sama tolong dalam bidang yang lebih kasar. Tolong hormat. Bukan tolong junjung, cium hujung but aku.

Kalau lelaki buat apa yang aku buat, cakap apa yang aku cakap, capai apa yang aku capai sekarang, diorang akan cakap lelaki tu talented. Bila aku, seorang perempuan yang buat, mulalah senyum sinis. Ini hakikat. Pahit tapi harus ditelan. Tapi sampai bila? Sampai bila kau nak menafikan kepakaran seseorang semata-mata kerana jantinanya?

Sometimes I wonder, if you were a female engineer, would you last a day in my shoes?

Miss XX

* * * * * * * * * *

Luahan di atas dikirimkan lagi kepada aku oleh seorang pembaca wanita yang juga seorang jurutera muda tentang betapa beliau didiskriminasi dan dipandang rendah oleh rakan sekerja lelakinya hanya kerana beliau seorang... wanita.

Hal diskriminasi dan stereotaip jantina macam ni memang berlaku di mana-mana. Kebiasaannya orang lelaki memang ego mereka tinggi, lebih-lebih lagi jika dengan orang perempuan dan perempuan itu lebih muda daripada mereka. Mereka sering memandang rendah terhadap kaum wanita dan tidak boleh merasa kalah pada perempuan. Jika ada perempuan yang lebih sikit daripada mereka, mereka akan rasa tersinggung dan tercabar.

Dan apa mereka buat bila rasa tercabar, bukannya mereka mahu membuktikan kehebatan dan kebijaksanaan mereka, sebaliknya mereka akan membuli, memperlekeh dan memperbodohkan wanita itu supaya mereka lemah semangat. Bila perempuan itu mendapat ganjaran lebih daripada mereka, lebih cepat naik pangkat, dapat bonus lebih, benda pertama yang terpacul dalam kepada hotak mereka bukanlah "perempuan ini bagus bekerja" tapi "perempuan ni mesti ada skandal dengan bos".

Serius macam sial kan?

Aku sebagai lelaki sendiri faham lelaki memang ada kelebihan terutama dari segi tenaga dan komitmen, manakala wanita pula memang tenaga mereka tidak sekuat lelaki dan komitmen pula lebih banyak kepada keluarga lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin, namun mereka juga ada kelebihan mereka sendiri terutama dari segi kebijaksanaan, ketelitian kerja dan kerajinan.

So masing-masing ada kelebihan masing-masing, peranan masing-masing, win-win situation lah. Kau pandang rendah pada kaum wanita, tapi nanti nak kawin cari perempuan juga. Kalau bini kau kena layan macam sial kat tempat kerja dia oleh rakan-rakan sekerja lelaki dia yang lain, kau pun mesti marah juga.

Maka tolong, tolong hormat kaum wanita seperti mana kau mahu ibu, kakak, adik perempuan, isteri dan anak perempuan dihormati orang lain juga.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: dilema luahan hati perasaan kisah seorang jurutera engineer wanita perempuan muda buli diskriminasi kaum lelaki

11 ulasan:

  1. :( haih kes buli ditempat kerja la ni..... rasa syukur ak join tempat yang geng2 kalau salah terima kasih sebb tegur... yang ak rasa dapat peluang mcm ni rare kot... mungkin brader tu orang tabligh asik tawadduk dia memang kasi kesan orang tengok dia... walaupun dia bukan ustaz pun....payah nak ubah orang perangai mcm tu kalau dah ego dikepala melainkan menganjing dia nonstop itu pun kalau sesama mereka ... kalau tak tahan berhenti atau buat sesuatu ke or report leader yg lebih tinggi mintak nasihat dia ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana prooO0ttT ko jilake. prootT d muka sirosli meyamar jd denoutantei.

      -siroslan-

      Padam
  2. Perempuan yg kerja di site terutama yg muda memang banyak dugaan. Suasana kerja dalam pembinaan sangat berbeza dari kerja yg lain sebab orang yg kurang berilmu lebih ramai dari berilmu

    BalasPadam
  3. xsesuai dengan fitrah perempuan kerja sebagai jurutera. cari kerja lain la yg sesuai dan memberi ketenangan kepada jiwa, rohani dan jasmani seoranng wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tahu, Tanpa nama 11:07 ni jurutera ke? Tahukah anda bidang kejuruteraan itu luas? Boleh saya tanya, kalau wanita kerja kat kebun toreh getah tu sesuai ke dgn fitrah wanita? Macam mana pulak kalau zaman to nenek kita wanita kerja kat sawah? Saya rasa kerja2 ni lagi berat. Anda pun belum tentu mampu melakukan nya.

      Hakikatnya, bukan kerja yang jadi masaalah, masaalahnya org2 disekeliling yang tidak matang.

      Padam
    2. Tahniah Anon 11:07.. Orang macam kau ni la yang ramai kat site aku. Bila dah takde modal nak counter argument secara professional keluarlah ayat "Bukan fitrah perempuan buat kerja jurutera ni".

      Guess what? Memang ada special market untuk female engineer. Mungkin pemikiran ko tertinggal di zaman 60an lagi agaknya.

      Padam
    3. Tak perlu tunggu kat tempat kerja Miss XX untuk tengok betapa sexistnya golongan ni. Tengok kat comment section dah cukup.
      How ironic..

      Padam
    4. Selalunya xlama perempuan jd jurutera, mereka akan tukar bidang atau bersara terus, kalau dah bersuami dan suami boleh tanggung.

      Padam
  4. Diskriminasi gender memang banyak berlaku, lagi-lagi dlm industri yg pemainnya ialah lelaki.
    Harap Miss XX dapat terus tabah dan bersabar.

    BalasPadam
  5. cabaran seorang jurutera wanita..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...