Jumaat, 29 April 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 14

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Setelah 13 minggu bertarung, Maharaja Lawak Mega 2016 akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Malam ini adalah malam AKHIR atau FINAL bagi Maharaja Lawak Mega 2016. Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku berharap agar semua peserta finalis dapat memberikan sebuah persembahan yang hebat dan mantap sesuai dengan pentas final MLM2016. Antara Bocey, Joras, Lol dan Puteh, siapakah yang bakal muncul Juara MLM2016 ini? Siapa pun dinobatkan sebagai juara, semuanya pun memang layak untuk berada di pentas final dan menjadi juara berdasarkan persembahan mereka sebelum-sebelum ini.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 14 di bawah.

TEMA: Bebas

1. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


4. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


TEMA: Komedi Muzikal

1. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


4. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


Man of The Match: Achey Bocey


Ranking aku untuk persembahan Minggu 14:

TEMA: Bebas

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
2. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

TEMA: Komedi Muzikal

1. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
2. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)

Pemenang:


JUARA (RM500,000 + Piala):  Bocey
Naib Johan (RM250,000 + Piala):  Joras
Tempat Ke-3 (RM150,000 + Piala):  Puteh
Tempat Ke-4 (RM50,000 + Piala):  Lol

Kesimpulan:

Tamat sudah Maharaja Lawak Mega 2016 yang telah berlangsung selama 14 minggu. Walaupun tahun ini tiada peserta-peserta otai MLM macam Jozan, Nabil dan Sepahtu, ia tetap ada tarikan tersendiri.

Untuk persembahan final, aku melihat kumpulan Puteh membuat persembahan terbaik bagi kedua-dua tema, malah persembahan muzikalnya adalah persembahan penutup terbaik untuk malam ini selain Lol yang membuat persembahan tribute untuk Allahyarham Yus Jambu yang bagi aku sangat menggamit memori dan meruntun emosi, malah waktu Ajak bawa kicap dan tanya kicap nak kicap, aku rasa sangat sebak.

Bagi kumpulan Joras dan Bocey mereka hanya membuat seperti mana yang mereka kebiasaan mereka setiap minggu. So kalau nak dinilai dari persembahan final serta peningkatan peserta, bagi aku Puteh layak jadi juara. Dan kalau ikut ranking aku sendiri, aku memilih Puteh sebagai Juara, Lol Naib Juara, Bocey tempat ke-3 dan Joras tempat ke-4. Walaupun aku rasa Joras pun bagus, tapi aku tak berapa gemar dengan komedi mereka yang agak kotor dan double meaning sehingga banyak kali terpaksa di'mute'kan.

Namun sudah tertulis rezeki Bocey untuk menjadi Juara. Malah memandangkan mereka mempunyai peminat yang ramai, so kemenangan mereka adalah suatu yang wajar dan mereka memang layak menjuarainya kerana pertandingan realiti seperti ini bukan hanya berdasarkan persembahan semata-mata tetapi juga populariti.

Dan malam ini juga aku baru tahu yang Ali Puteh dan Abam Bocey adalah adik beradik. Mereka berdua dulu masuk rancangan Raja Lawak 6 bersama dengan nama Albob.


Abam yang juga merupakan abang telah pun berjaya dahulu dalam industri komedi dan kejayaan abangnya itu kini diikuti pula oleh adiknya Ali. Tak sangka betul. Nampaknya Ali dan juga pasangannya Mamak telah pun berjaya mencipta nama dan sudah boleh berdiri sebaris dengan pelawak-pelawak besar tanah air.

Akhir kata, setelah 14 minggu aku bersiaran untuk membuat ulasan Maharaja Lawak Mega 2016, aku juga turut ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pandangan dan komen-komen aku ada mengguris dan menyakitkan hati mana-mana pihak.

Terima kasih juga kepada Astro, tukang-tukang provide video dan seterusnya para pembaca sekalian yang sudi singgah di blog ini. Sehingga jumpa lagi!


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.