Jumaat, 8 April 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 11

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Hanya tinggal 6 peserta lagi yang tinggal dalam Maharaja Lawa Mega 2016 minggu ke-11 ini. Malam ini ada 2 tema iaitu Parodi dan Loghat. Mungkin malam ini adalah pusingan separuh akhir dan jika seorang tersingkir pada malam ini bermakna hanya 5 peserta sahaja yang bakal berentap di gelanggang akhir nanti.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 11 di bawah.






Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 11 di bawah.

TEMA: Loghat

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


3. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


4. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


5. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


6. JORAS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


TEMA: Parodi

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


3. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


4. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


5. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


6. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


Man of The Match: Joey Joras


Peserta yang tersingkir: SAYWHO

Kesimpulan: 

Ok tak nak tulis panjang-panjang. Secara keseluruhan malam ini bagus-bagus cuma agak tepu sebab setiap peserta kena buat 2 persembahan, malah menyebabkan masa untuk setiap persembahan menjadi pendek. Untuk tema Loghat, kumpulan Joras, Puter, Lol dan Rayza agak bagus. Bocey juga banyak sorakan dari penonton cuma aku tak berapa feel sangat dengan punchline dia. Saywho agak kelam kabut kerana terlalu berusaha untuk membuat loghat Negeri Sembilan dan Utara tapi banyak sangat tersasul-sasul.

Untuk tema Parodi, kumpulan Bocey memang best dengan parodi Polis Evonya, Lol pun kreatif, Puteh dan Joras juga menarik. Saywho agak kurang kerana buat parodi filem Mami Jarum yang mana filem tu dah lebih dari 10 tahun kot orang pun dah tak berapa ingat. Rayza pula agak tidak menyerlah dengan parodi babak buka tutup pintu gua dalam filem P. Ramlee Ali Baba Bujang Lapok. Mungkin kalau dia ubah dengan menyanyikan lagu-lagu lain selain dari lagu niat enson matakaji semar ngiseng tu lebih menarik dan dapat grab penonton.

Apa-apa pun penyingkiran Saywho malam ini seperti sudah dijangka, tapi bukan kerana mereka tidak bagus cuma persaingan makin ketat dengan hanya tinggal 7 orang sahaja. Nak tak nak, satu peserta harus dikeluarkan. Minggu depan tinggal 5 orang sahaja, dan memandangkan tiada pengumuman final, maka minggu depan mungkin separuh akhir dan jika ada penyingkiran maka 4 peserta sahajalah yang akan ke final.

Dan antara peserta yang tinggal, aku masih lagi tidak dapat memilih siapa yang layak jadi juara, tapi yang aku yakin akan ke final adalah Bocey, Joras dan Lol. Puteh dan Rayza mungkin terpaksa berebut slot terakhir ke final/



Ranking aku untuk persembahan Minggu 11:

TEMA: Loghat

1. JORAS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
2. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
6. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)

TEMA: Parodi

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
2. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
4. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
6. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.