Sabtu, 9 April 2016

12 Gergasi juga boleh jatuh jika lambat berubah

Maxis Bhd hari ini mengumumkan semua pelanggan pelan MaxisOne akan diberikan data percuma 3GB pada minggu depan dan memohon maaf atas layanan tidak adil kepada pelanggannya susulan reaksi negatif di media sosial berkaitan pelan datanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal berkata ketika Maxis sedang membangunkan pelan baharunya, ada sesetengah pelanggan individu ditawarkan pelan khas yang menimbulkan kemarahan kebanyakan pelanggannya kerana merasakan ia tidak adil dan tidak telus.

"Baru-baru ini pusat panggilan dan media sosial kami dibanjiri dengan pandangan negatif terhadap Maxis. Sudah tentunya kami mengambil berat tentang perkara ini," katanya dalam laman Facebook Maxis menerusi Live Service hari ini.


Beliau berkata Maxis sentiasa menumpu menawarkan produk unik yang menyeronokkan pelanggan, dan oleh kerana perkembangan pantas dalam pasaran sekarang, tumpuan diberikan untuk menyediakan lebih banyak data.

"Kami telah menyediakan tawaran kami sendiri tetapi kami mengambil masa yang terlalu lama kerana kami mahu menambah lebih banyak ciri-ciri lebih baik dan bukan hanya sekadar data," katanya.

Maxis juga mengumumkan rancangannya untuk menaik taraf secara automatik semua pelanggan pelan MaxisOne kepada kuota data yang lebih tinggi tanpa sebarang kos tambahan dan ini akan dilancarkan bulan depan.

Dalam video tersebut, Ketua Perniagaan Konsumernya, Dushyanthan Vaithiyanathan berkata pelanggan MaxisONE dengan pelan 1GB akan ditambah kepada 5GB manakala pelanggan dengan pelan 3GB akan dinaikkan kepada 8GB.

"Tidak seperti mana-mana pelan baharu lain dalam pasaran, kami tidak mengehadkan manfaat ini kepada pelanggan baharu sahaja tetapi kepada semua pelanggan MaxisOne.

"Selain menaikkan kuota ini, kami juga akan mengumumkan inovasi seterusnya yang akan membolehkan pelanggan kami melakukan banyak perkara dengan data mereka dalam rangkaian kami," katanya sambil menambah perubahan yang sama juga akan dibuat bagi pelanggan Maxis One Business.

Sumber berita dari Malaysiakini. Untuk melihat pakej terkini yang ditawarkan boleh lihat di berita Astro Awani.

Berikut adalah video CEO Maxis Morten Lundal memohon maaf sekaligus menawarkan peningkatan pakej pelan mereka.

Sumber dari page FB Maxis.

Apa sebenarnya yang mencetuskan isu ini sehingga CEO Maxis pun sanggup minta maaf dan meningkatkan pakej plan postpaid mereka?

Semua bermula apabila seorang pengguna pakej talian Maxis meluahkan kekecewaannya terhadap Maxis di forum Lowyat pada 9 Mac 2016 dalam thread "Maxis giving unfair treatment to customers, Bye Maxis" kerana rasa tidak dihargai dan tertipu sehingga membuatkan beliau menukar terus syarikat telconya ke Celcom walaupun beliau merupakan pengguna Maxis selama 10 tahun dan mempunyai 5 nombor.

Thread tersebut telah mendapat sambutan hangat dan ramai pelanggan Maxis mula meluahkan juga kekecewaan mereka dan sehingga ke hari ini thread tersebut telah mempunya lebih daripada 2,700 replies. Untuk membaca rumusan tentang thread ini boleh baca artikel Mynewshub ini - "Maxis Didakwa ‘Pilih Bulu’ Pengguna Setia Ugut Mahu Curang".

Isu bertambah teruk apabila seorang MC yang juga merupakan pengguna setia Maxis iaitu MC Thomas Voon mengambil keputusan untuk berhenti melanggan pakej Maxis, boleh baca di artikel Pixelperfect berikut - "Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh".

Namun masalah Maxis ini bukan baru-baru ini sahaja. Mengikut laporan dari MalaysianWireless, Maxis telah pun kehilangan 377,000 pelanggan pada suku ke-empat (Q4) tahun 2015 terutama di kalangan pelanggan yang aktif menggunakan data atau mobile Internet.

Ini kerana Maxis adalah syarikat Telco yang menawarkan Internet data paling rendah dan mahal berbanding pesaing-pesaing yang lain seperti Celcom, Digi, UMobile dan lain-lain.


Maka disebabkan aduan dan kritikan berterusan serta kehilangan ramai pelanggan terutama pelanggan lama, maka Maxis telah memohon maaf dan membuat perubahan terhadap pakej talian mereka.

Walaubagaimanapun ia masih tidak dapat memuaskan hati orang ramai kerana ia dilihat masih mahal berbanding pesaing lain. Boleh rujuk artikel di Maukerja ini - "8 GB Je? – CEO Maxis Mohon Maaf, Netizen ‘Naik Berang’ Sebab Masih Mahal..Banyak Tu Je?!". Malah boleh lihat juga kemarahan pelanggan-pelanggan Maxis ini di page Facebook Maxis sendiri.


Malah pakej yang berbeza dengan harga yang jauh lebih murah bagi pelanggan Sabah/Sarawak berbanding di Semenanjung membuatkan ramai orang masih marah kerana dirasakan tidak adil dan double standard.



Tak dinafikan Maxis merupakan salah satu syarikat telco gergasi yang agak elite di Malaysia, sama seperti Maybank dalam sektor perbankan, TM dalam sektor Internet, Astro dalam sektor penyiaran dan sebagainya.

Namun harus diingat, gergasi dan pelopor juga boleh tumbang jika terlalu selesa dan lambat dalam persaingan, seperti mana kejatuhan Jaring dan MAS di Malaysia serta Nokia dan Kodak di pasaran dunia. Mereka jatuh bukan mereka tidak bagus. Mereka jatuh bukan kerana mereka tidak bijak. Namun mereka jatuh kerana terlalu lambat untuk berubah dan berinovasi mengikut perubahan pasaran dan kehendak pelanggan semasa.

Sama seperti Maxis, di kala telco-telco lain sudah pun menawarkan pakej data Internet yang banyak dengan harga yang lebih murah malah ada yang menawarkan unlimited data, Maxis masih kekal dengan pakej data yang kecil dengan harga yang mahal.

Akan tetapi harga pakej Maxis sebenarnya agak mahal kerana berdasarkan laporan hasil kajian rangkaian mobile di Malaysia yang dilakukan oleh OpenSignal, prestasi rangkaian mereka adalah yang terbaik dan mendahului pesaing di Malaysia dalam beberapa kategori.





Walaupun Maxis mempunyai prestasi rangkaian mobile terbaik di Malaysia, namun aku harap mereka jadikan isu ini sebagai pengajaran untuk kembali bersaing secara kompetitif dan lebih mengutamakan pelanggan terutama pelanggan-pelanggan yang lama kerana orang sekarang bukan kisah sangat tentang prestasi ke apa, yang lebih utama adalah harga yang murah, malah telco lain juga semakin lama semakin bagus dan meningkatkan prestasi mereka.

Sejujurnya aku sendiri sebagai pengguna Maxis postpaid sejak tahun 2002, masih belum bercadang untuk menukar ke telco lain atas 2 sebab berikut:
  1. Pakej data telah ditingkatkan setelah isu ini hangat di media sosial.
  2. Ramai orang keluar Maxis dan tukar telco bemakna kurangnya kesesakan di rangkaian Maxis.

Tapi tak tahulah kalau lepas ni Maxis ada masalah dan aku dilayan pula macam "Water Fish", mungkin aku pula akan tinggalkan Maxis. Tengok UMobile pun dah macam semakin bagus.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: ceo maxis minta mohon maaf say sorry revice plan telco comparison perbezaan compare

12 ulasan:

  1. ak x ingt bila pki hp tapi pki celcom je x pernh2 guna nombor lain huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooOotT preEett d muka mat indon suka main toto

      Padam
  2. Setakat ni masih bertahan dengan Maxis. Bertahun dah menggunakannya.

    BalasPadam
  3. Pernah guna Maxis tp mcm hampeh je line. Sama mcm Digi. So tukar ke Celcom. Pun hampeh juga.

    Tukarla ke Tune Talk. Sbb terpikat masa tu, top up RM30 free RM10 & Top up RM50 Free RM20. Bolehla... Tp Tune Talk pun dah ada caj² yg tersembunyi... (ada buat entri pasal TT). Line pun dah pandai selalu sangkut... Maklumla menumpang line Celcom kan...Now TT dah tukar plan plak... Dah takde dah top up free. Dia tambah data plak... Mazlan email jap tafi.

    Nak tukar ke OneXox, adik-beradik mana dah pakai pun cakap hampeh gak line slalu sangkut. Umobile tak try lagi. Kalo murah tp line slalu sangkut pun, malas gak. Ni tak taulah apa plak nak guna.

    Masalah betul ya talian komunikasi di Malaysia ni? Di oversea pun sama juga ke Tuan?

    BalasPadam
  4. Aku bertahan sbb nombor 012 ja yg cantik.. nombor beli.. rasa sayang nak tukar pulak.. 13-14 tahun dah pakai.. prepaid ja.. RM30 sebulan..

    Data guna YES 68 (guna router kecik tu), Celcom 138 PortaWiFi (kompeni bayar, tapi jarang guna).. leceh gak bawak dlm sarung tiap2 hari..kadang2 guna gak MaxisMobile RM3 sehari tu..pakai kejap ja.. sbb tunggu atau tgh sedap wasap mesej dr client atau sapa2 interesting..

    Kat rumah 4gb streamyx.. 140 sebulan..

    Xterpikir nak commit yg lain.. sbb sharing dgn isteri dan anak2..oops.. depa pun sibuk ngalahkan pegawai jugak..

    Ya Maxis mmg teruk coverage lately..tapi bertahan je la. Ada kawan keje Maxis.. satu ofis ngan Morten ni la.. adu direct pun x guna. Kawan ni buat pekak ja. Mmg Maxis ni pilih pekerja jenis lembam. Sbb mmg derang leading dlm bidang ni dulu2.. sbb tu derang slow giler walaupun bitau plan derang mahal berbanding yg lain. Member ni buat pekakkk ja. Malah siap offer suruh tukar postpaid pulak..aku cakap.. cukup la dulu2 aku kene pow 400-600 setiap bulan.. tukar prepaid.. torbaek..

    BalasPadam
  5. salam 1bebas rafizi

    anak2 melayu disuap dgn kisah2 cinta merepek & tak masuk akal. ini lah punca sebab kenapa anak2 melayu tak skor dalam exam & malas berusaha.

    sudahla fail exam. guna kabel plak utk mohon jawatan penting kerajaan. dari pada sebesar orang(najib) sampai la ofice boy dkt pejabat. kroni didahulukan rakyat biar mampus.

    anak cina kaya dgn berniaga. anak melayu sibuk jadi kera sambut artis k pork. menunjukkan failed nya pendidikan disekolah bila guru2 yg result cukup makan diambil berkerja

    ubah masa depan negara dgn mengundi selain BN dalam PRU14.



    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.hee

    BalasPadam
  6. aku guna prepaid maxis dh 10tahun. malas dah aku nak tuka. & aku x amik port pasal data2 apa ni suma. aku bukan pelanggan intenet maxis. aku pkai data intenet prepaid yg rm10 1Gb seminggu. boleh la setakat nak layan awek melayu tumblr.

    -sirosli(the returned)-

    BalasPadam
  7. tune excel boley buat duit kah??

    BalasPadam
  8. Saya pernah guna Maxis tapi caj dia mahal..Bagi saya tawaran Maxis ni kurang menarik sebab tawaran dari pesaing dorang seprti Digi lagi menarik..Cuma bayar bulanan RM78 dapat 7gb + unlimited call..

    BalasPadam
  9. dah lama hijrah dari maxis ni. Baik pakai Digi RM78 dpapat 7GB internet siap free unlimited call lagi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.