Iklan Leaderboard

Rabu, 13 April 2016

12 Ellen Baker mangsa terbaru kelucahan kaum lelaki

Tiba-tiba seorang watak anime iaitu Miss Ellen Baker menjadi terkenal di Internet seluruh dunia terutama di kalangan otaku dan peminat anime Jepun, dan watak tersebut sebenarnya bukanlah dari mana-mana anime atau manga pun, sebaliknya watak cikgu Bahasa Inggeris di dalam sebuah buku teks Bahasa Inggeris kanak-kanak di Jepun yang bertajuk New Horizon.



Buku teks New Horizon. Agak menarik apabila mereka menggabungkan unsur-unsur komik dan pendidikan dalam sebuah buku untuk menarik minat pelajar.



Mungkin watak ini menjadi terkenal kerana dia seorang guru yang telatah dan gayanya begitu comel dan naif, yang mungkin mempunyai ciri-ciri guru kegemaran ramai pelajar lelaki. Watak Ellen Baker ini menjadi begitu terkenal sehingga membuatkan banyak kemunculan fan art, cosplay, memes, lagu tema dan macam-macam lagi.

Namun di sebalik populariti ini, dia tidak terlepas daripada menjadi mangsa kerakusan dan kelucahan orang lelaki dengan melukis gambarnya yang tidak senonoh dan lewd, membuat komik adaptasi/doujinshi lucah, game hentai dengan menggunakan wataknya dan bermacam kelucahan lagi.

Populariti Ellen Baker membuatkan pelukis yang mereka wataknya bimbang dan memohon agar orang ramai menahan diri untuk tidak menyalahgunakan watak Ellen Baker seperti menggambarkannya dalam bentuk yang erotik dan lucah, kerana dia adalah watak seorang guru maka tidak seharusnya dia digambarkan dalam bentuk yang boleh menjatuhkan reputasi seorang pendidik. Malah ia turut boleh menimbulkan kerisauan di kalangan ibu bapa yang anaknya menggunakan buku tersebut untuk belajar.

Baca lagi mengenai Ellen Baker di artikel berikut:

Serius, sebagai orang lelaki, aku sendiri mengakui kaum aku ini terlalu pervert, lucah dan gatal sampai ada yang tak boleh nak kawal diri langsung. Jangan kata orang luar negara, lelaki kat Malaysia pun sama, sampai buat koleksi gambar awek cun, gambar cikgu-cikgu yang comel, gambar awek bertudung, malah lagi teruk sampai edit dan buat super-imposed gambar-gambar perempuan melayu jadi tak senonoh. Sedangkan watak kartun pun boleh jadi, apatah lagi perempuan betul.

Aku harap hentikanlah perangai jijik kita tu. Janganlah rosakkan imej orang lain terutama imej kaum wanita. Mereka perlukan perlindungan dari kita, bukan dijadikan modal bahan lucah. Dan kepada orang perempuan, berhati-hatilah kerana lelaki ini memang teruk. Kalau anda tak kenal seseorang lelaki dengan betul, letakkan sempadan atau boundary antara anda dengan dia.

Jangan percaya lelaki itu bulat-bulat terutama lelaki yang anda baru kenal dan tak berapa nak rapat.
Jangan expect semua lelaki tu lebih-lebih lagi yang ada kat media sosial ni mulia.
Jangan.

Baca artikel berkaitan berikut:
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: ellen baker new horizon textbook english teacher guru cikgu bahasa inggeris bi lucah erotic ecchi hentai manga doujinshi fan art cosplay 

12 ulasan:

  1. pergh detail dbuat post pasal ni..... ak ada perasaan diorang buat meme pasal ni bila character anime jepun cuba sebut english haha2 tapi bunyi pekat gila ngan bahasa jepun dia haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi setuju bila benda tu sesuatu dah popular memang geng2 celakak memang akan buat versi "hentai" urghhhh sakitnya mata T.T

      Padam
    2. sudah la sirosli. tgk ayat ko dah tau ko ni sirosli tuka nickname. mana proott ko jilake

      Padam
  2. Trimas noob, saya nk buat research sikit pasal Ellen Baker. Jepun ni satu je yg aq sedar kelemahan diorg...generasi muda diorg terlampau mengagungkan fantasi daripada realiti sampai ketahap yg tak masuk akal mcm kahwin dgn anime, sambut kematian anime,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya berakar daripada tekanan sosial yg sangat menekan golongan muda Jepun. Keadaan ekonomi juga membuatkan belia Jepun memilih untuk tidak berkahwin dan mempunyai hubungan yg serius

      Padam
    2. Masalahnya berakar daripada tekanan sosial yg sangat menekan golongan muda Jepun. Keadaan ekonomi juga membuatkan belia Jepun memilih untuk tidak berkahwin dan mempunyai hubungan yg serius

      Padam
  3. Generasi Jepun dah totally disconnected with real life, real women, real sex.

    BalasPadam
  4. porno jepun mmg best dan mencabar minda

    BalasPadam
  5. tu ayam aparikot la bkn sirosli

    BalasPadam
  6. Hentai detected.....bg link sikit, atau google je leh dpt?

    Org jepun daya imaginasi mmg hebat..smpi benda2 mcm ni pun belasah je. Lum lg yg terbaru leh buat virtual sex gunakan Gear VR, lagi ohsem..

    BalasPadam
  7. Kes Allen Baker beri pengajaran pada internet supaya rule 34(rule yg mengarut) perlu dinilai semula

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...