Iklan Leaderboard

Selasa, 19 Januari 2016

18 Telefon suami penuh gambar dan video perempuan

Jantan2 ni buat group WhatsApp tak ada cerita lain. Nak post gambar2 betina ntah dapat dari mana2. Pastu cakap la buah dada besar la ape la. Padahal masing2 dah berbini.

Wey jantan kalau rasa bini muka berkurap pergi hantar servis muka tu. Kalau bini gemuk memboyak macam badak pergi hantar servis kuruskan badan sedut lemak ke apa. Kalau bini tu tak tahu nak dress up kau bawa shopping tempat bagus sikit. Kalau jenis berkira duit tu nak keluar untuk bini sendiri, jadi tak payah berangan nak usha hadap betina yang hot kononnya.

Aku menyampah tengok muka betina2 ntah dari mana menyemak dalam gallery phone. STUPIDO! Keje tak seberapa gaji tak seberapa bini sekor pun tak terbela ada hati nak berbetina sana sini. Tak puas hati dengan aku cakap depan2.



Status ini ditulis oleh Ereen Yusuff yang telah dikongsi dan dilike oleh ramai netizen di Internet serta mendapat sokongan oleh kebanyakan orang perempuan namun banyak juga kecaman daripada kaum lelaki.

Dalam hal ini, aku tidak memilih untuk menyebelahi kaum aku sendiri sebab benda yang salah tetap salah. Aku akui sifat pervert ini adalah perangai buruk tipikal kaum lelaki yang sangat sukar nak dikawal. Walaupun ada yang boleh mengawalnya namun ramai lagi yang tak malu menunjukkan kelucahannya secara terang2an malah terhadap kaum wanita terutama di media sosial. Aku kalau boleh nak suruh semua lelaki bersifat mulia macam Nabi namun hakikatnya ia adalah suatu yang di luar kawalan kita.

Apa yang wanita ini cakap tak dapat dinafikan lagi. Group2 WhatsApp ke Telegram ke (WeChat aku takde sebab WeChat hanya untuk budak2 baru nak up dan si miang) yang aku join yang dianggotai oleh kawan2 lelaki dari kawan sekolah, kawan universiti hinggalah kawan sepejabat mesti akan ada sekor dua yang suka kongsi2kan gambar dan video orang perempuan dari artis hinggalah ke awek jilboobs malah lebih teruk lagi yang level lucah, dan mereka2 ini bukannya bujang pun malah dah kahwin dah pun.

Namun aku sedar walaupun ada sesetengah lelaki yang ada tabiat buruk ini suka simpan dan hantar gambar2 awek kat WhatsApp, namun mereka sebenarnya takde pun niat nak curang atau cari perempuan lain, ia cuma perangai pervert yang dikongsi among guys. Orang lelaki memang suka kongsi benda macam2 lebih2 lagi yang berkawan rapat dan yang satu kepala. Berbeza dengan perempuan, tak dinafikan ada juga perempuan yang pervert tapi mereka jarang tunjukkan kepervertan mereka secara terbuka dan kongsikan dengan orang lain.

So kepada para isteri kalau korang kantoi nampak gambar some random perempuan kat WhatsApp atau galeri telefon suami anda, seharusnya jangan terus melenting dan menuduh mereka menggatal dengan perempuan lain, nanti tak pasal2 menyebabkan perang dunia ketiga. Boleh jadi gambar tu member2 mereka forward dalam Whatsapp dan mereka cuma lupa atau tak berapa rajin nak padam. Kalau anda tak suka, tegur elok2 suami anda dan minta mereka padam gambar2 tu. Nak menangani tabiat buruk suami bukan mudah. Nasihat mereka baik2 suruh mereka berubah, dan kata kat mereka kalau nak pervert sangat, pervertlah pada isteri sahaja.

Tetapi jika anda jumpa dalam phone suami anda ada banyak gambar seorang perempuan yang sama sahaja, dan gambar2 itu dihantar dari WhatsApp seorang perempuan secara peribadi kepada suami anda dengan mesej2 macam orang tengah bercinta, yang tu memang suami anda tengah main kayu tiga. Yang tu kalau nak berperang aku tak peduli.

Dan kita pula, cuba elakkan daripada menghantar gambar dan video yang bukan2 dalam group WhatsApp. Walaupun ada yang tidak kisah, tapi mungkin ada juga ahli group yang tak suka. Malah bila kita post benda2 tu, kita dapat dosa, mereka pun turut dapat dosa. Jika ada ahli group yang buat maka tegur dan nasihatkanlah mereka.

Hari ni kita share2 gambar perempuan, mana tahu satu hari nanti dapat pembalasan gambar bini dan anak2 perempuan kita pula kena share merata2 tempat oleh lelaki2 lain. Oleh itu marilah kita berubah untuk ke arah yang lebih baik dan matang.


P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: orang kaum lelaki suka share gambar video perempuan wanita betina whatsapp kongsi lucah pervert gatal miang

18 ulasan:

  1. 1st..hahaha..
    Okeyy..sebab tu aku tak suka hantar gambar pompuan mana tah kat kawan2 group walaupun aku juga pervert tapi at least seminggu mmg paling kurang sekeping aku dapat dari member2..adehh..
    Aku suka post gambar jugak..tapi gambar pelik2,kelakar,kematian atau gambar yg membuasirkan otak orang lain..biar dorang berfikir dan boleh memberi manfaat..
    Tapi komen mmg takde la..ada la sorang dua yg respon..kalau gambar pompuan mana tah tu..laju je komen sampai bergaduh pun boleh jadi..hahaha..
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ak setuju part last noob sebb benda tu nabi ada nasihat.... so selalunya aku akan bubuh "cengkerik" kalau ada yg post gambar2 awek jilboobs dsb

      Padam
    2. Ckp saja lebih, ko lesbo ke?


      -zilaroc-

      Padam
    3. cibѧi sıяosʟı gѧy яupєnyѧ pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ѧyѧm ѧpєяiҡѧ

      Padam
  2. yang penting apa!!!!??? Prooooooooooooottttt arghhh!! legaaaa~!! baq hang noh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cibѧi sıяosʟı ѧpѧ yg ҡo mєяєpeҡ nı pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧT mѧsєʟѧn

      Padam
    2. Oh Rozana

      sekali ini kutemui
      bisjut & royi yang mengalir
      basahi rumput-dedaunan
      diserap akar dan kehidupan
      sebelum menuang
      dalam gelas-cangkir milik jejaka bangla
      ada seketul bisjut & royi
      dipermainkan jejaka bangla
      lalu kita mulai
      mencari RM10K
      menerusi ranting-ranting sungai

      Nak bisjut?

      Padam
  3. Aku ok je kalau kawan2 laki aku pos gambar tetek. asalkan bukan perempuan melayu kita la.. cina ke, korea ke, minah salleh ke, aku biasa2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tgk tetek ko tak?



      -zilaroc-

      Padam
    2. oi zilarox xyah menyamar jadi anon laaa proootttt kat muka lu~

      Padam
  4. Aku yg dah kawin pun jrg post gambar bukan2 tahap xde seurat benang...ada gak dlm group watsapp yg jenis mcm ni, siap post video ala2 modal malam jumaat pun ada, even yg share pun mmg dah kawin anak dua.

    Tp x semua laki mcm ni..ada yg jenis sanggap smpi semua benda lucah nak share..kalau lawak 18sx yg berlapik2, org rumah pun layan gelak gak. tp smpi video n gambar bogel bersepah..samada anda kena rajin delete (sbb nak ambil hati group) atau left group.

    Mmg laki dilahirkan mcm ni...even dlm group sy jenis ustaz pun rajin share benda bukan2, cuma level lucah lain2 la. Kalau suami anda rajin lyn gmbr ppuan lucah, maknyanya suami anda nak ehem2 tp asyik isteri bagi alasan xnak buat...ikut nafsu laki nak ehem2 hari2 tau....mcm baru kawin, nak 24 jam ehem2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. jarang pos? maknanya ada la pos jugak kan gambar xXxxx huhu..

      Padam
  5. Lebih selamat bila tak upload langsung gambar kat media sosial tu

    BalasPadam
  6. Lagi risau laki tu banyak post gambar laki..

    BalasPadam
  7. Tapi aq lagi benci yang suka berlakon jadi maknyah. Pastu post gambar laki2 wal hal bukan gay atw lembut cuma acah2 je...tapi perkara macam ni seolah2 nak menerima kaum sotong ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...