"Kesiannya arwah meninggal ketika usia masih muda, tak sempat nak ada anak, kalau tak boleh juga anak2 tolong doakan."
Ini adalah ayat2 yang tidak asing kita dengar dalam masyarakat kita.
Ya, bila matinya seseorang itu, memang doa anak yang soleh boleh sampai kepada orang tua mereka yang sudah meninggal dunia, tapi adakah ini bermakna orang yang ada anak sahaja yang ada harapan selepas mereka mati sebab ada anak yang boleh doakan untuk mereka? Bagaimana dengan orang yang meninggal awal sebelum dia sempat berkahwin ataupun orang yang tidak mempunyai anak?
Sebab tu ada 2 lagi perkara yang kita boleh usahakan sendiri sewaktu kita hidup dan tak perlu bergantung kepada orang lain, iaitu sedekah jariah dan memberi ilmu yang bermanfaat sepertimana sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim 1631, Sunan an-Nasa'i 3651)
Selain doa anak soleh, 2 perkara ini siapa2 pun boleh buat sama ada yang takde anak mahupun yang ada anak, malah boleh dibuat pada bila2 masa dalam pelbagai2 cara seperti berikut:
- Buat sedekah jariah seperti memberi sumbangan kepada masjid, orang miskin, tabung pembinaan surau, pakaian untuk mangsa musibah, beri makanan kepada gelandangan, menanam pokok, mewakafkan Al-Quran, kitab dan buku, menderma darah, memberi kerusi meja dan peralatan belajar untuk sekolah dan sebagainya.
- Bagi apa sahaja ilmu yang bermanfaat kepada orang lain di dalam kelas yang formal atau secara tidak formal, melalui percakapan, tutur kata, perbuatan, penulisan, lukisan dan sebagainya dengan menggunakan pelbagai medium seperti buku, papan hitam, nota, media sosial, Internet dan lain2 lagi.
Kedua2 perkara selagi mana ia dapat memberi manfaat kepada orang lain, ia akan terus mengalirkan pahala walaupun kita sudah meninggal.
So kalau anda tiada anak pun, anda sebenarnya masih boleh buat bekalan selepas mati dengan 2 perkara tersebut. Allah itu Maha Adil, Dia memberi peluang yang sama kepada semua hambaNya. Kita juga janganlah memandang rendah dan memperkecilkan orang yang lain yang tiada anak, kerana mungkin orang yang tiada anak itu bekalan sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaatnya lebih banyak berbanding orang yang ada 10 anak pun, siapa tahu?
Yang takde anak, boleh fokus dan perbanyakkan 2 perkara ini sewaktu masih hidup selain daripada amalan2 wajib dan sunat yang lain. Ada anak yang soleh itu satu bonus, tapi adakah kita yakin boleh mendapat anak yang soleh yang pasti akan mendoakan kita? Sebab itu bagi yang ada anak, didiklah anak2 kita agar menjadi orang yang soleh dan solehah dengan harapan mereka akan mendoakan kita apabila kita sudah tiada kelak.
Dan selagi kita ada peluang ini, kita haruslah sediakan bekalan kita sendiri dan jangan terlalu berharap dan bergantung kepada orang lain untuk mendoakan kita apabila kita sudah tiada kelak. Bagi yang sudah ketiadaan ibu bapa, berusahalah menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
tags: bila mati anak adam terputus amalan pahala kecuali 3 perkara sedekah jariah ilmu yang bermanfaat doa anak yang soleh
1st ! pssssootttttt pssiitttt(kentut silent)
BalasPadam-sirosli-
tapikan satu benda anak2 boleh buat dari sedekah jariah xboleh buat. iaitu anak2 capable berdoa kepada allah agar di ampuni dosa kedua ibubapa diorang yg telah mati..
BalasPadampahala memang xputus2.. tapi kita juga mengharap doa anak2. ya doa anak2..mintak org tua terlepas dari azab kubur.seperti mana yg aku buat skrg berdoa utk bapak aku yg dah xda.. manakala sedekah jariah xleh berdoa utk kita,xleh pohon ampun ... hanya bleh bg pahala sahaja..
nak harap member2 tlg doa?mmg xla..kita pun xdoa utk member yg dah mati ye dak?
insyaAllah aku akan didik anak aku supaya xlupa mendoakan aku setiap kali pas solat. fyi anak aku masih kecil..
ok.
PadamOk, jika ditakdirkan ank ko meninggal sebelum ko, jgn lupa doakan utk dia ye, dan teruskan usaha dgn membuat ank2 yg baru.
Padamok. proooOttt argh lega baq ang
BalasPadam-sirosli-
toya hang!!! prooot...
Padam-zirarok-
Ye... aku setuju dgn hujah kau. Ada anak pun belum tentu anak2 itu akan mendoakan. Bimbang jika anak2 itu pula yg menyebabkan kita makin terseksa "di sana".
BalasPadamyg ni aku xsetuju. noob ni bujang tua lapuk x kawin2 lg sampai skrg. try dia dah kawin beranak pinak konfom entry ni akan jd terbalik.
Padamjgn takut nak ada anak .. kita bukan tuhan bleh ramal anak tu akan jadi apa bila besar. yg penting didikan mak bapak.
anak tu legacy kita .. jgn biar keturunan habis dkt kau. . sekurang kurang bila kau dah tua sakit ada jugak anak tolong tgk2 kan.. kita bkn sentiasa muda. bila ko dah tua kerepot xlarat ko nak harapkan sapa lg kalu bkn anak2. sedih giler org tua yg xkawin xda anak bini .. sakit demam xda sapa yg amik peduli.. time raya lg sedih.
.jgn biar keturunan kau habis di bilik mandi ..
sekian tazkirah dari ustaz izhir idris
Motif entry ni suruh orang buat amalan sedekah jariah dan bagi ilmu yang bermanfaat, bukan suruh orang jangan ada anak. Aku dah siap2 tulis kat situ kalau ada anak didik mereka supaya jadi anak yang soleh/solehah supaya boleh doakan kita. Kenapa la orang selalu salah tafsir apa benda yang aku nak sampaikan ni dan buat kesimpulan sendiri.
PadamBiasa la nub, anon bangang ada merata-rata. Masa skolah dlu msti duduk kelas paling belakang. Aku anon pandai, spm 5A ke atas. Kedepan?
Padambetul tu noob. Allah tu MAHA ADIL. Dia tahu yang terbaik buat hambanya. jangan salahkan orang yang tak kahwin, dan tak ada anak. bukan suatu isu pun. Allah dah tetapkan rezki, jodoh, ajal dan maut. Ada orang yang tak kahwin, tak sempat nak kahwin, tak ada anak, tak ada waris, tapi Allah bagi rezki kat tempat lain. sebab itu satu ujian dari Allah. kita tak berhak nak tuduh atau jatuhkan hukum kat orang. sebab Allah yang lebih berhak tentukan baik buruknya seseorang lepas dia mati. Wallahualam.
Padamaik ustaz izhir, aku ada je slalu dengar org tua yg mmg dh kawen tp gaya mcm xde anak bini sbb semua buat hal duniawi memasing. Dan ada je dgr org2 tua yg xkawen tp happy hidup dia sbb dekatkan diri dgn program2 Allah, bergaul dgn masyrakat membantu hidupkan dan jalankan agama Islam. pastu dia kumpul duit sndiri dia bangunkan pusat jagaan orang tua. pahala tu wei. Ko hado?
Padamoleh itu jgn la judgemental sgt bila dgr orang2 yg x kawen ni. ko tau ke sbb ape dorang x kawen? ko dengki ke dorang x kawen? ko susah ke nub ni x kawen? ade dia susahkan hidup ko sbb dia x kawen? so kalo dia bujang tua lapuk pn apa masalah ko?
kahkahkahkah
ok
Padam-uztaz izhir idris-
Who cares
Padam-pon-
Salam jumaat
BalasPadamApa pula nasib wanita2 yg xberjodoh? Allah dah bg nikah ramai tp diorg xmau.....
BalasPadamApa pula nasib wanita2 yg x boleh mengandung dan beranak? Dah projek bnyk kali tapi gagal di tengah jln, kalu cuba juga lg dia boleh mati? Nasib dorng tu ko xnk tolong pikirkan skali?
Padam