Iklan Leaderboard

Rabu, 13 Januari 2016

17 Tips survival di universiti agar tidak kebuluran

Pertama sekali, aku macam tak percaya aku akan tulis artikel ini. Zaman aku belajar kat universiti sekitar akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000-an dulu tak pernah siapa2 ajar aku dan kawan2 aku cara untuk survive di universiti, dan ajaibnya, tiada antara kami malah tidak pernah pun aku dengar kes pelajar universiti lapar sehingga ke tahap kebuluran.


Tapi tidak mengapa, aku faham situasi budak universiti zaman sekarang berbeza dengan zaman aku 15 tahun yang lepas, sama juga seperti mana berbezanya zaman aku dengan zaman mak bapak aku 30 tahun yang lepas. Maka aku akan bagi sedikit sebanyak tips survival untuk pelajar2 universiti agar sekurang2nya tidaklah kebuluran berdasarkan pengalaman aku di universiti dulu yang mungkin ada yang masih boleh digunapakai oleh pelajar universiti zaman sekarang.




1. Tahu dan fahami latar belakang diri sendiri

Ini adalah perkara yang paling penting bagi seorang pelajar universiti iaitu tahu dan fahami latar belakang diri sendiri. Kenali diri sendiri, adakah anda daripada keluarga yang kaya, sederhana atau berpendapatan rendah, adakah ibu bapa masih ada, berapa jumlah adik beradik, anda adik beradik yang keberapa, adakah yuran pengajian anda ditanggung oleh biasiswa, pinjaman PTPTN atau tanggungan penuh oleh ibu bapa, adakah ibu anda boleh mengirimkan duit belanja setiap bulan atau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada duit biasiswa atau pinjaman dan lain2 lagi.

Macam aku sendiri, aku datang dari keluarga yang sederhana, masa belajar dapat biasiswa dan ibu bapa aku masih mampu mengirimkan aku duit belanja setiap bulan walaupun tak banyak, dan adakah aku rasa cukup? Tidak. Sebab apa tidak? Sebab gaya hidup aku masa belajar dulu agak teruk disebabkan culture shock, biasalah budak baru up pegang duit banyak.

Bagi yang mak bapak masih boleh menanggung duit belanja anak pasti takde rasa sesak sangat tapi bagi pelajar yang datang daripada keluarga yang susah atau mungkin anak yatim piatu, pasti akan merasai kesusahannya. Maka sebab itu perkara pertama yang perlu kita tahu adalah siapa diri kita?


2. Belajar membuat perancangan dan pengurusan kewangan

Biasanya kita belajar untuk merancang dan menguruskan kewangan kita hanya apabila kita sudah bekerja, kerana apa? Kerana kita tahu duit tu kita perolehi sendiri hasil titik peluh keringat kita, walaupun kadang2 kerja dalam office ber'air-cond' takde berpeluh mana pun. Waktu belajar dulu kita mana nak rancang dan uruskan kewangan kita sebab duit tu tau2 dah ada bila biasiswa/pinjaman dan masuk atau mak bapak kita masukkan duit.

Kita tak tahu macam mana nak rancang dan uruskan duit kita. Pantang nampak ratusan atau ribuan RM kat mesin ATM kita, mulalah dalam kepala plan nak beli komputer, nak upgrade RAM, nak beli graphic card, nak beli game, beli handphone dan sebagainya. Semester masih tinggal 4 bulan lagi tapi bulan pertama dah lebih separuh duit kita habiskan, elok je tinggal suku je lagi baki duit.

Zaman aku pun sama dengan je, dapat duit loan/biasiswa, terus sambar handphone Ericcson T10, Nokia 3310, Siemens, Alcatel dan lain2 jenama telefon popular ketika itu yang harganya boleh tahan jugalah antara RM500 - RM1,000. Line telefon toksah cakap la, sim card dah lah mahal gila, kalau macam line Celcom tu nak kena topup Airtime lain, Network lain. Bila fikir2 balik, tak perlu pun student masa tu beli handphone sebab kebanyakan masa digunakan untuk telefon dan SMS awek bukan telefon mak bapak sangat pun.

Sebab tu pelajar zaman sekarang dah kena belajar buat perancangan dan pengurusan kewangan mereka. Rancang apa yang perlu beli, catat perbelanjaan harian, buat anggaran secara purata berapa hari kita boleh belanja dalam sehari berdasarkan jumlah duit yang kita ada, seperti contoh lepas kita dah tolak semua barang keperluan yang perlu kita beli seperti buku, alat tulis dan sebagainya, baki tinggal RM1,200 untuk 4 bulan. Jika dikira RM1,200 / 120 hari (4 bulan) = RM10, maka anggaran perbelanjaan kita untuk makan minum adalah RM10 sehari.


3. Kenalpasti keperluan, kemahuan dan kemampuan

Benda ni memang bermasalah sikit sebab kadang2 kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kita perlu, mahu dan mampu. Cuma apabila kita merasakan suatu barang itu kita perlu dan mahu, kita perlulah cari barang tersebut dengan harga yang benar2 kita mampu. Seperti contoh jika kita rasakan kita perlu dan mahu beli smartphone, dan jika kita semak balik dalam perancangan kewangan kita hanya mampu membeli smartphone yang berharga RM500 ke bawah, maka belilah smartphone yang brand dan model2 biasa sahaja seperti jenama Huawei, Asus, Lenovo, Xiomi Redmi dan sebagainya. Janganlah pula beli iPhone 6s semata2 nak nampak hebat di kalangan student. Itu bukan hebat, itu bodoh namanya.

Kalau yang mak bapak bagi kereta, pakai je kereta tak perlu tukar dan beli aksesori itu ini. Kalau mak bapak bagi motor, pakai je motor tu apa yang ada tak payah gatal2 guna duit PTPTN pergi tukar sportrim atau korek blok. Kalau mak bapak cuma mampu belikan basikal je, pakai je basikal tu jangan nak demand macam2. Kalau mak bapak tak mampu nak bagi apa2 kenderaan, naik sahaja shuttle bas yang percuma tu atau jalan kaki sahaja. Jangan risau, takde awek pun yang nak gelakkan budak lelaki yang pergi kuliah jalan kaki atau naik bas dari tahun 1 sampai tahun akhir, sebab diorang sendiri pun sama je keadaannya dengan budak lelaki.


4. Kawal diri daripada terlibat dalam aktiviti menghabiskan duit

Perkara pertama yang korang kena faham adalah segala biasiswa atau pinjaman untuk pengajian tinggi adalah untuk bayar yuran dan perbelanjaan sepanjang pengajian sahaja. Ia bukan untuk benda lain, termasuk bagi kepada ibu bapa atau adik beradik lain, sebab aku ada terbaca kisah yang ada student bagi duit pinjaman PTPTN kepada ibu bapanya di kampung. Ya, memang kenyataan aku agak kejam sikit, tapi itulah hakikatnya di mana duit loan atau biasiswa adalah supaya kita tak perlu meminta2 lagi duit perbelanjaan daripada ibu bapa kita, dan ibu bapa perlu faham akan perkara ini.

Anak tu tak bekerja lagi, duit pun pinjam kat PTPTN bukan duit dia pun. Sebagai ibu bapa kita kena cakap kat anak tak perlu bagi duit kat kita, guna je duit tu untuk belajar, kalau nak bagi duit kat kita juga tunggu lepas kerja nanti dengan duit hasil titik peluh sendiri bukan duit hasil pinjam PTPTN. Kalau nak bagi duit juga pada ibu bapa, buat kerja part-time lepas tu kirimlah duit gaji tu pada ibu bapa.

Sebagai seorang pelajar, adalah penting untuk kawal diri daripada terlibat dalam apa2 aktiviti yang menghabiskan duit, seperti tonton wayang, shopping, karaoke, main bowling, snooker dan sebagainya. Bukan tak boleh, tapi kawal. Rokok atau vape juga tak perlu beli pun, buang masa, buang tabiat, buang kesihatan, buang duit. Lebih baik duit yang ada buat beli makanan yang mengenyangkan berbanding beli asap. Jauhkan diri daripada terlibat dengan apa2 yang tak berfaedah dan merosakkan seperti disko, kelab malam, strip club, dadah, ganja, mat rempit dan lain2.

Kalau rasa duit biasiswa/pinjaman tak cukup untuk perbelanjaan, atau rasa nak bantu ibu bapa atau keluarga di kampung, buatlah kerja part-time waktu tempoh pembelajaran ataupun sewaktu cuti semester seperti kerja kat kafe, tukang cuci tandas, kedai buku, kedai runcit, restoran makanan segera, menulis novel, menjual lukisan dan sebagainya asalkan ianya halal, tak mengganggu pelajaran dan kita tak perlu keluarkan duit seperti MLM.

Ingat, masa belajar jangan sekali2 join MLM. Ketahuilah yang MLM tu bukan kerja part-time pun sebab kau kena keluarkan duit kau dulu yang bukan duit kau pun tapi duit kau pinjam, malah kau bukan sahaja akan hilang duit malah hilang kawan.

Dan aku tak nasihatkan korang buat bisnes masa tengah belajar sebab benda tu perlukan modal, melainkan kau ada sumber modal yang lain yang tak mengganggu duit pinjaman/biasiswa kau atau keluarga kau memang kaya atau berduit untuk sumbang modal.


5. Jadikan belajar di universiti pengalaman yang menggembirakan

Tips yang terakhir, walau apa pun yang berlaku, jadikanlah saat kau belajar di universiti itu suatu pengalaman yang menggembirakan. Sebagai seorang student universiti, kau berhak untuk rasa gembira. Usah jadikan saat kau belajar di universiti suatu yang memeritkan atau menyedihkan. Maka jika anda melalui saat2 getir yang perit dan sedih seperti lapar dan kebuluran, ubahnya menjadi suatu pengalaman dan proses pembelajaran tentang kehidupan yang menggembirakan, pasti kau akan mendapat jalan.

Aku dulu pernah suatu ketika di saat duit aku memang tengah kering, di waktu pagi aku hanya bancuh air teh kosong, tengahari hanya makan roti Gardenia dengan ikan sardin, dan malam aku makan maggi kari, dan keadaan ini kadang2 berlarutan sampai 3 4 hari. Malah ketika aku tengah berduit pun, aku dah biasa sangat untuk makan makanan yang sama setiap hari supaya bajet aku tidak lari.

Pagi makan teh tarik dan roti canai - RM2. Tengahari makan nasi putih, ayam goreng, air sirap - RM5. Malam makan nasi putih, lauk paprik, teh O ais - RM5. So belanja aku setiap hari purata RM12 sahaja. Kalau ada duit lebih barulah pergi makan KFC, atau McDonalds, atau beli bekalan makanan seperti biskut2 untuk dimakan ketika lapar dan sesak. Bila aku duduk rumah sewa, kumpul duit ramai2 beli beras, beli telur, beli ikan paling murah, masak dan makan je la apa yang ada.

Aku pernah juga suatu ketika agak terdesak bukan sebab takde duit tapi nak jimat duit sebab duit dah joli awal2 semester, waktu maghrib je pergi makan kat masjid dalam dulang beramai2, tak pun buat muka tak malu pau member2 aku seorang seringgit, dapat 10 orang lepas dah makan satu hari (tapi tak boleh buat selalu nanti hilang kawan) dan juga macam2 lagi cara kreatif yang lain. Kalau betul caranya, percayalah yang lapar tu mungkin tapi anda pasti tidak akan kebuluran.

Kadang2 nak survive memang terpaksalah buat macam2 benda untuk survive walaupun benda tu agak perit, namun percayalah, benda2 inilah sebenarnya suatu pengalaman yang menggembirakan kerana ia banyak mengajar kita erti kehidupan yang boleh kita jadikan panduan di masa akan datang nanti terutama setelah kita melangkah ke alam pekerjaan dan juga rumahtangga.




tags: pelajar universiti kebuluran usus pecah sakit perut lapar tak makan tips panduan cara kaedah tutorial survival gaya hidup manja perbelanjaan kewangan bajet 

17 ulasan:

  1. Perggh tips untuk elakkan daripada kelaparan semasa belajar di Universtti/kolej pun ada

    Alhamdulillah skrng takde lagi la sampai jadi mcm ni haha rapi x tau la orang lain macam mana

    Apa2pun terbaik tips yang kau berikan tu Noob

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. yeaaah, tips ni sama macam aku praktikkan dulu kecuali pau kawan-kawan :-), sokong 100%

    BalasPadam
  3. wehehe thanks Noob, kupasan yg mantop. aku dulu zaman U di era 2010, agak mencabar, tambah di kota raya besar, tp ok je, tak pernah lagi kebulur. main point is, kena la tahu beza keperluan dengan kehendak. sbb kehendak sampai kiamat pun tak boleh habis.

    seriua aku tengok bebudak u sekrg. dpt duit pinjaman terus sambar iphone 6 plus. itu belum part belanja awek/pakwe. pengurusan kewangan penting. ukurlah baju di badan sendiri.

    BalasPadam
  4. Masa study dulu pun aku sesak gak, tapi masa nak hujung-hujung semester. tapi ada je jalan nak survive yg penting kena ikhtiar, rajinlah seperti ayam kampung rajin explore mengais, jangan jadi ayam daging hanya tunggu diberi dedak. Buat la keje macam2 asalkan dapat duit extra yg halal.

    BalasPadam
  5. yang aku tak paham knapa skrg benda ni jadi issue plak. dulu xde plak isu cenggini. kalau perhatikan balik, aku dlu pun dok hostel jgk, xde plak zaman aku dan sebelum2 ni jadi isu. mungkin zaman aku xda gst lagi who knows. mungkin zaman aku bukan pemerintah yg sekarang.

    BalasPadam
  6. nak lagi power pinjam je harta kawan kolej/university pastu buat mcm harta sendiri kan jimat tu kat kolej/U banyak buat mcm tu... x kebulur pun.....klu dia marah cari la orang lain yang x marah simple... (perangai nokhorom yg memang wujud di tempat belajar)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko merepek apa ni jilake? Mana proott ko jilake? Prooottt dmuka keladi ubi

      Padam
  7. wahh....harap sikap..suka mengumpul gajet tu dikurangkan, secara jujurnya, mereka suka menunjuk-nunjuk..sangup tak makan gara-gara, nak menunjuk....

    BalasPadam
  8. bullshit la xcukup duit.. bukan ada tanggungan pun.. jaga diri sendri n buat belajar jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well depend kt univ jugak.. Dpt ptptn full ke tk.. Dulu aku dpt pinjaman ptptn rm60k yuran rm80k, jd satu sem rm300 lebih je utk belanja.. Agak2 cukup ke? Aku univ swasta, tk de disediakn hostel, univ dok kt prime area, rumah sewa yg terdekat sewa mahal nk mampus (2bilik je rm1500 sebulan) dok mcm sardin dlm tu sbb tk de transport aku dok situ.. Alhamdulillah aku dpt pinjaman mara elaun sebulan rm700, tolak sewa dgn bil internet - tinggal rm300 tu la utk belanja sebulan.

      Jd aku tk tau sapa yg boleh survive dgn ptptn

      Padam
  9. Aku bengang gile dengan adik aku, belajar kat universiti, kereta ayah bagi, siap bagi elaun minyak makan bagai, kat fb update status islamik, gamba pi jalan-jalan dengan member perempaun, makan restaurant mahal-mahal, tapi time balik rumah mintak duit kat mak kata tak da duit, mintak duit nak beli smartphone baru sebab dah tak up to date, cibai laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tarbiah dan bagi la penampaq skali kt adik ko tu.

      Padam
  10. tips aku tak payah ada awek...mcm aku lepas abis belajar baru dpt awek terus kahwin...oh yeah...

    BalasPadam
  11. nice review & tips dari noob. meh aku share sikit pengalaman aku blajar dulu lebih kurang 10 -12tahun yg lepas.

    aku dulu2 masa belajar. aku kira bernasib baik dpt elaun sebanyak rm6xx sebulan daripada K****N. 2XX aku bg dkt mak aku dkt kg. sbb aku org miskin. bapak pun dah xda. so duit baki tu la utk aku survive mkn bli buku2 topup & lain2.

    tapi masa dulu .. xsama dgn zaman skrg. dulu aku bleh bli nasi + lauk ayam sayur dgn harga rm2. mlm mkn nasik dgn telur dadar je. overall 1ari xlebih dari rm6 aku blanja. & aku rasa ko xkan harga mcm ni pd zaman skrg. nasik ayam sayur je dh rm7. tapi hujung2 tetap sesak jugak sampai terpaksa pinjam duit member2 bli mkn. & stok megi & biskut sentiasa ada dlm laci. p blajar or p bandar naik bas & tumpang moto member & jln kaki. sem las aku bjaya bli moto sendiri hasil dari duit elaun aku simpan sikit2 start dari awal sem.

    aku xnafikan zmn skrg zmn rakyat susah. adik aku skrg yg blajar dkt u biasa tiap2 bulan mintak duit dgn aku sama ada utk mkn, bli buku, beli tiket blk kg & lain2. nak harapkan ptptn saja mmg xkan cukup.

    serius, masa blajar aku xda awex. forever alone. blanja utk aku pun xcukup jgn harap aku nak kuar duit blanja awek.

    -pcm biru-

    BalasPadam
  12. aku sokong artikel ni 100%..good!

    BalasPadam
  13. Apa yang penting kita kena pandai berjimat-cermat. Contohi aku, sehari belanja RM 84.00 ke RM 90.00. sebulan baru berapa? Ini sehari belanja RM500.00 memang tak cukup!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Giler ke belanja sehari 90, aku belajar swasta sekarang pun bajet 30-40 sehari. Kawan aku semua sama jaa.kalau budak yg dapat tajaan boleh la belanja macam kau.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...