Iklan Leaderboard

Selasa, 12 Januari 2016

20 Dahulukan hati sendiri atau hati orang lain?

Artikel 1: Mereka yang riya' atau kita yang hasad?

Riak di media sosial.

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.

Gambar hiasan

Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan.

Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.

Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak.

Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga.

Masya-Allah. Astaghfirullah.

Sikap orang Malaysia.

Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,

--- Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.

Itu saja sebabnya.

Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah.

Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.

"Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya."

Dia lebih likes, itu rezeki dia.
Dia lebih followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral, itu rezeki dia.
Dia kaya, itu rezeki dia.

Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.

"Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya."

Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?

Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.

Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.

Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.

Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.

Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.

Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.

Semua milik Dia.

Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?

Sekain.

Sumber dari FB Penulis Misteri.

* * * * * * * * * *

Artikel 2: Betapa Zaman Telah Berubah

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Sumber dari FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

* * * * * * * * * *

Sebelum ni aku dah beberapa kali menulis tentang isu menunjuk2 secara terbuka dan di media sosial. Isu ini sebenarnya telah membentuk dua jenis pemikiran dalam masyarakat, iaitu satu yang merasakan orang yang menunjuk2 kekayaan, kebahagiaan dan kebaikan sendiri ini sebagai riak, manakala satu lagi pemikiran mengatakan mereka yang merasakan mereka riak adalah orang yang hasad dengki.

Satu kumpulan merasakan orang itu riak.
Satu kumpulan merasakan mereka itu hasad dengki.

Maka aku berkongsi 2 artikel yang agak popular dan sudah banyak dikongsikan di Facebook tentang hal ini, satu daripada seorang penulis, pelukis dan juga selebriti Internet yang agak popular iaitu Penulis Misteri @ Encik Tembikai @ Abg Bikai @ Muhammad Rusydi @ Rusydee Artz, satu lagi daripada Pakar Motivasi iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah seperti di atas yang mewakili 2 jenis pemikiran ini.

Maka apa kesimpulan yang dapat aku buat?

Kebiasaannya orang yang buat bisnes tak kira yang besar, secara kecil2an, full time mahupun buat part time akan berpemikiran seperti artikel yang pertama. Mereka merasakan tidak apa menayang kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kebaikan diri sendiri untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada yang lain, lagipun ia adalah satu bentuk pemasaran dan promosi seperti mana yang biasa diamalkan terutama bisnes2 MLM.

Orang yang mempunyai pemikiran sebegini biasanya berfikir dengan mengutamakan dirinya dahulu dan mahu orang lain memahami dan menerima cara mereka. Memang akan ada orang lain yang dapat menerima cara mereka, namun ada juga yang tidak dapat menerima cara mereka, dan orang yang tidak dapat menerima cara mereka biasanya akan dilihat sebagai suatu yang negatif dan tidak positif. Menjaga hati sendiri adalah lebih utama berbanding menjaga hati orang lain. Tidak perlu pedulikan hati dan perasaan orang lain, yang penting hati sendiri terjaga.

Berbeza dengan orang yang mempunyai pemikiran seperti artikel kedua, bagi mereka menayang segala kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kebaikan diri sendiri adalah suatu yang perlu dielakkan kerana selain daripada boleh mengundang perasaan riak dan salah faham, ia juga boleh mengundang perasaan tidak senang dan tidak selesa terhadap orang lain.

Biasanya orang yang belajar tentang psikologi dan kaunseling seperti pakar motivasi dan pakar psikologi, mereka akan berfikir dengan mengutamakan diri orang lain dahulu berbanding memaksa orang memahami dan menerima cara mereka. Mereka akan berfikir apakah kesan terhadap orang lain akan setiap tindak tanduk kita. Adakah tindakan kita akan membuatkan orang lain gembira, marah, sedih, kecewa, cemburu, sakit hati dan sebagainya, dan semua emosi ini akan dijadikan pertimbangan dalam setiap keputusan yang dibuat. Menjaga hati dan perasaan orang lain adalah lebih utama berbanding melayani kehendak hati dan perasaan sendiri.

Self before others or others before self?

Maka kesimpulannya, sudut pandangan kedua2 artikel di atas tidak salah, malah kedua2 jenis pemikiran ini bagi aku juga tiada yang salah kerana masing2 ada pandangan dan penjelasan yang kuat serta boleh diterima dari sudut logik akal.

Namun jika tanya aku, aku lebih memilih untuk berpemikiran seperti artikel kedua, kerana ia mencakupi aspek ihsan, empati, sensitiviti serta keharmonian dalam masyarakat.




tags: mereka yang riya atau kita yang hasad betapa zaman telah berubah media sosial psikologi kaunseling motivasi

20 ulasan:

  1. Kesimpulannya...update status yg ada gambar...dah nama FB n seumpamanya ialah medium utk riak...haha

    Selalu bukak FB sbb nak tau Feed terkini..itupun x jamin 100% betul, byk putar belit n fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana prooott ko jilake! Kenapa ko ni bajet good2 je,ckp pn bajet admin, prooott dmuka cEro

      Padam
    2. ѧpѧ yg ҡo mєяєpeҡ nı pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ sıяosʟı & ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ✌

      Padam
    3. Ye ke ayam. Tipu la nak tau news feed. Kalau nak tau news feed baik baca malaysiakini je. Lu nie admin ke ayam?

      Padam
    4. Aku setuju dgn ko ayam afrika...

      Padam
  2. Aku lebih suka jaga hati sendiri dan cuba jaga hati pihak² yg berkenaan. Sebab tu aku tak post banyak gambar dalam FB aku walaupun aku dan kawan² aku suka buat photoshoot setiap kali kitorang kluar hang out(mmandangkan aku dressmaker+cosplayer). Aku cuma post 2-3gambar saja. Aku suka sharing benda2 yg gmbira kat fb aku. Tapi ada jugak kawan² perli² aku cakap aku ni da senang lah pe. Sedangkan hidup mereka pun bahagia. Ada kereta,ada suami,ada rumah sendiri etc~. Aku pun malas nak terangkan apa².

    BalasPadam
  3. fyi .. baca artikel lama noob. medium fb mewujudkan budaya riak tanpa kita sedari. link mintak dgn noob..

    BalasPadam
  4. choose second... but the first one got more benefit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. You know creeeeetttt?

      Padam
    2. nahh want dat proooottt. proot is better.

      -wakil sirosli hentai club-

      Padam
  5. Dari sudut pandangan saya ,saya memilih yang ke-2 iaitu menjaga hati orang lain lebih utama ...Kerana tak semua orang suka apa yang kita suka,dan tak semua orang mampu apa yg kita mampu dan kita patut mengambil kira apa yang mereka x suka dan apa yang mereka mampu .

    Bagi yang menjaga hati sendiri tu boleh....tapi biar ada ketikanya ...

    1) Pada hemat saya, orang yang mahu menjaga hati sendiri dan baru menjaga hati orang lain adalah sama maknanya dengan "kenyangkan perut sendiri dan kemudianya beritahu orang lain bahawa dia sudah kenyang sedangkan orang lain tengah berlapar "

    2)Mungkin niatnya hanya mahu memberi motivasi ,tetapi ...adakah materialistik itu semata-mata Motivasi?? Bukankah ada cara lain lagi ? (Ini berdasarkan isu )

    3) Kalau kita mahukan supaya orang menjaga hati kita ..kita sepatutnya kita terlebih dahulu perlu menjaga hati orang lain ..Percayalah.....

    BalasPadam
  6. SETIAP MANUSIA BERBEZA.ADA PENDAPAT MASING2.KLU NAK DIIKUTKAN MACAM CERITA LUKMAN HAKIM,ANAKNYA DAN KELDAI(CERITA CARI SENDIRI).SETIAP MANUSIA BERBEZA.

    CONTOHNYA KUCING.ADA ORANG SUKA KUCING,ADA ORANG TAK SUKA KUCING ,ADA ORANG GELI DENGAN KUCING,ADA YANG SERAM DENGAN KUCING.SETIAP ORANG TAK SAMA.BUKAN SEMUA ORANG BERFIKIRAN SAMA.

    PASAL JAGA HATI,JAGA LAH HATI SENDIRI,SEBAB ZAMAN SKRG NI XDE ORANG LAIN AKAN JAGA HATI KITA.

    MANUSIA ZAMAN INI PENTINGKAN DIRI,ORANG YANG KAYA DAN CANTIK

    YANG MISKIN HANYA DIGUNAKAN UNTUK MERAIH SIMPATI DAN MERAIH UNDI




    BalasPadam
  7. Aku tertarik dgn satu tweet yg lebih kurang berbunyi:

    Bila upload gmabr bercuti, makan, shopping di instagram akan dicop show-off, habis instagram fungsinya utk tunjuk gambar pengkebumian ke?

    pd aku, kalau tahap cemburu/hasad seseorang tu sgt tinggi, tak usahlah ada instagram sbb main point IG adalah utk show-off. Tak payah add/follow org kaya/cantik di fb, tak payah follow tweetfemes di twitter.
    Atau lagi bagus kalau takde langsung media sosial, aman bahagia. Ini tidak, tak follow pun kadang pi stalk jugak, lepastu sentap sendiri.

    Aku dulu suka upload gambar buku dan makanan, sbb fikir nnt org teringin plk makanan dlm tu. So sekrg aku hanya upload buku dan random objek. Jgn xtahu, up gambar buku pun boleh dicop riak, nk menunjuk rajin membaca! Adoi, kalau hati dh rosak.... apa pun tak boleh lah Noob oii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul juga Zyra, saya terlepas pandang untuk melihat dari sudut ini. Untuk konsep Instagram tu saya setuju sebab konsep Instagram ni lebih kepada Follow bukan Friend. Kalau kita dah sanggup nak Follow seseorang, mestilah kita memang mahu mengikuti apa yang dipostkan oleh orang yang kita follow tu. Kalau kita rasa dah tak sanggup, boleh sahaja unfollow.

      Cuma dalam FB sebab konsepnya Friend, dan Friend ni pulak boleh jadi ahli keluarga sendiri, kawan sekolah, kawan lama, kawan baru, kawan pejabat, officemate, kenalan dan macam2 lagi yang berhubungan atas dasar Friend bukan Follow, maka nak tak nak kena la jaga hati ramai orang yang berFriend dengan kita. Nak unfriend, nanti ada pula yang kecil hati. Silap post, mak sendiri tegur kat post kita, haru tu huhu.

      Padam
  8. Kebajikan - kalau tangan kanan memberi,sembunyikanlah dari tangan kiri. Itu kisah sepasang tangan sendiri,apatah lagi orang lain.
    Bila memasak -
    berilah sedikit hatta kuah sekalipun kepada jiran, takut mereka terliur bila tercium bau masakan anda.
    Bila rezeki lebih -
    Kongsilah kepada ibubapa dan asnaf, kalau orang tua dh meninggal bersedekahlah bagi pihaknya. Bukannya upload gambar stereng Bugatti veyron dgn caption 'jln jem lg ptg selasa pkl 5.45 ni',gambar handbag birkin 'alolo anak mama kantoi nk cari mekap lettew, baru masuk form 5 lom SPM lagi..'
    Kongsilah apa yg patut, Dr Fadzilah Kamsah dh ulas kt atas.
    Bila kita hebahkan sesuatu, ada pro n kontranya. Jadi postlah perkara yg bermanfaat tanpa risiko besar orang akan hasad, dengki, khianat,kempunan,nak maki,nk beraksi solo berdosa dsb. Kalau takde yg berfaedah,lebih baik diam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Dengan RM10K kau bisa membeli bisjut & royi
      tapi RM10K itu ko enggan membeli bisjut & royi
      Bisjut & royi juga dibeli oleh bangla
      tapi tidak untuk persahabatan sesama jejaka bangla

      Oh Rozana

      dengan RM10K kau bisa memikat jejaka bangla
      tapi tidak untuk aku
      jadi dengan RM10K
      ia hanya umpan darimu
      jejaka bangla kecewa kerana maukan bisjut & royi
      untuk itu,
      berikanlah semua bisjut & royi pada jejaka bangla,
      agar mereka tau nilai sebenar RM10K

      Nak bisjut?

      Padam
  9. Dua-dua pilihan menguntungkan baik dahulukan hati sendiri atw pun orang lain

    BalasPadam
  10. Aku lagi senang. Tak ada instagram pun. Yang ada instagram shop sahaja. Facebook pun hanya untuk update blog. Twitter pun private aku sorang ja boleh baca. Ha senang hidup dalam dunia sendiri. hahaha. Kita tak kacau org. Org tak kacau kita.

    BalasPadam
  11. mmmm typical malaysia..kalo asyik nak duk mengata org, sampai bila2 pun rezeki susah nak masuk.. kalo org tu nampak riak ka tidak ka, seeloknya tak ya la nak dengki2. balas dengan positif. dan daripada nak ikutkan saja emosi dengki, baik fikir macam mana nak dapat rezeki,bila dpt rezeki, plan apa nak buat. mcm mana nak manfaatkan rezeki.. kan byk sebenarnya fikiran tu lebih baik fikir tuk diri dari berfikir nak jatuhkan org..hihihi

    BalasPadam
  12. Tak perlu kot kata riak ka apa. Perasaan riak tiada siapa yg tahu, melainkan diri sendiri..cuma kdg2 kena beringat diri sendiri jg jgn terlalu show off, perspective org bknnya sama. andaikata org tu menerima jutaan pujian, perasaan riak itu sendiri timbul dgn sendiri. Nama pn manusia.. andaikata org yg follower tu anggap sbagai inspirasi or idola hidup. Boleh jadi satu pkara yg dianggap negatif sebenarnya ada baiknya. Bgantung pd perspective..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...