Iklan Leaderboard

Rabu, 6 Januari 2016

29 Apabila budaya show off sudah menjadi kebiasaan

Zaman sekarang ni, yang hidup mewah tayang harta kat orang lain atas alasan bagi inspirasi dan motivasi pada orang lain, yang hidup bersederhana pun nak bagitau orang lain betapa bersederhana dan zuhudnya mereka, yang melakukan amalan kebaikan beritahu orang lain tentang kebaikan yang dia lakukan agar orang lain boleh contohinya. Biasanya trend ini akan diakhir dengan ayat "Tiada niat nak menunjuk sebenarnya".

It seems like tabiat masuk bakul angkat sendiri dah jadi trend malah jadi norm yang sudah boleh diterima dalam masyarakat. Kalau dulu orang cakap kalau tangan kanan bersedekah jangan sampai tangan kiri tahu, tapi sekarang kalau tangan kanan bersedekah, tangan kiri, kaki, kepala, badan, termasuk anggota badan orang lain pun harus tahu. Masing2 kata mahu orang lain mencontohi mereka.

Mungkin ramai yang boleh terima dengan trend ni, tapi pada pandangan aku, biarlah kisah kejayaan, kebaikan, kehebatan, kezuhudan, kebanggaan, kehormatan dan kemuliaan seseorang itu datang dari mulut orang lain, bukan dari mulut tuan punya badan sendiri.

Caption: Syukur kepada Tuhan atas nikmat2 yang diberi. Bukan nak menunjuk, tapi jadikanlah nikmat yang Tuhan beri kepada aku ini sebagai motivasi dan inspirasi kepada korang untuk jadi berjaya seperti aku.


Dan orang2 seperti ini, kalau kau tegur secara direct, bersedialah untuk dihentam dan dibalun dengan teruk oleh penyokong dan macai2 mereka yang taksub untuk membacking idola2 mereka dengan pelbagai alasan dan dalil seperti nak jatuhkan usahawan melayu, tak boleh tengok peniaga melayu berjaya dan sebagainya. Kalau nak kata teguran tu menjatuhkan peniaga melayu, kenapa ramai je orang melayu yang berjaya dan kaya raya tanpa perlu mereka menunjuk2 kemewahan pun?

Ramai juga yang membolehkan perbuatan "show off" ini dengan menggunakan ayat Al-Quran berikut:
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Adh-Dhuha 93:11)

Berdasarkan ayat tersebut, mereka menyatakan semua kekayaan dan kemewahan mereka adalah nikmat Tuhan maka perlulah disebut2 dan ditunjuk2 kepada orang lain sebagai tanda kita bersyukur kepada Tuhan, namun kesyukuran perlu dizahirkan kepada Allah semata2 seperti dengan ucapan Alhamdulillah, melakukan sujud syukur, berterima kasih kepada Allah, berkongsi nikmat tersebut dengan orang2 lain, namun bukanlah dengan cara menayang2kan nikmat tersebut kepada manusia lain kerana ia boleh mewujudkan sifat riak serta mendatangkan fitnah dan kemudharatan.

Boleh nak beritahu secara umum akan nikmat dan juga kebaikan yang kita buat, tapi cakap secara umum bukan spesifik, seperti contoh "Terima kasih kepada Allah atas nikmatnya dapatlah aku beli apa yang aku hajatkan selama ini", bukan "Terima kasih kepada Allah kerana aku telah dapat beli Lamborghini ketika usiaku masih muda dan juga menjadi pembayar zakat paling banyak tahun ini. Semoga orang lain juga boleh dapat inspirasi daripada kejayaan aku ini." berserta gambar stereng kereta setepek.

Kena tahu beza kita sebut nama Allah untuk bersyukur dengan pergunakan nama Allah demi suatu kepentingan peribadi seperti mencari keuntungan dan publisiti. Kalau nak menunjuk atau berkongsi pun, tunjuklah pada rakan terdekat, tak perlu heboh satu Malaysia kerana boleh mendatangkan fitnah, melainkan kita benar2 yakin bahawa tiada sebarang fitnah akan berlaku kerana semua rakyat Malaysia ini manusia sempurna dan sentiasa berhusnuzon dalam segala perkara, namun yakinkah kita?

Sebagai manusia kita perlu berhati2 dalam mempamerkan harta yang Allah beri kepada kita, melainkan nikmat yang Allah beri kepada sekalian manusia seperti nikmat udara, air, tumbuh2han dan sebagainya. Berhati2lah agar kita tidak terjebak dalam sifat2 riak, ujub, takbur, dan sum'ah ini:
  • Takbur = sombong, ego dan bongkak, memandang rendah orang lain
  • Ujub = bangga akan diri sendiri, oleh sebab kelebihan atau sesuatu yang ada pada diri. contohnya nama, kepandaian, bakat, kekreatifan.
  • Riak = tidak ikhlas menunaikan sesuatu ibadah. dia mengharapkan sesuatu balasan setimpal. contoh: membuat sesuatu tetapi mengharapkan perhatian dan pujian orang. 
  • Sum’ah = merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi)

Dalam Al-Quran juga banyak menyebut dan mengingatkan kita tentang sifat riak, ujub, takbur, sombong dan bangga diri ini, antaranya seperti ayat2 berikut:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18)

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.  (Al-Baqarah 2:264)

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (Al-Maa'uun 107:6)

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36)
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan. (An-Nisaa' 4:38)

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. (An-Najm 53:32)

Malah dalam Al-Quran banyak juga menekankan tentang betapa pentingnya kita untuk menjadi orang yang merendah diri.
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Al-A'raaf 7:55)
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). (Al-A'raaf 7:94)
Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin). (Al-Hijr 15:88)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab 33:35)

Sebab itu sekali lagi pada pandangan aku, bukan mahu menghukum atau cakap kita mahu menilai niat seseorang, akan tetapi biarlah kisah kejayaan, kebaikan, kehebatan, kezuhudan, kebanggaan, kehormatan dan kemuliaan seseorang itu datang dari mulut orang lain, bukan dari mulut tuan punya badan sendiri sebab ia boleh menimbulkan macam2 prasangka, andaian dan tafsiran yang berbeza2.

Seperti contoh orang ini menceritakan tentang suatu kebaikan tentang orang lain, maka pembaca pun takkan buat sangkaan apa2 dan boleh terus mengambil inspirasi daripada kisah ini.


Cuba kalau cerita ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan seperti berikut di media sosial, pasti kita boleh jangka yang ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan tafsiran yang bermacam2.
Tadi ada orang langgar kereta BMW aku sampai habis bonet kereta aku. Dia pakai kereta Myvi je. Dekat 100 kali orang tu minta maaf kat aku, tapi aku cuma cakap "Tak apa bro, ini kereta saja. Tak ada nyawa, yang penting you ok. settle." Lepas tu dia balas, "Tapi bos, ini BMW, mahal, saya..." belum sempat orang tu habis cakap, aku menyampuk "Ini BMW kilang yang buat. You, I, Tuhan yang buat. Kereta rosak tak apa, kita mati, siapa bikin?" Lepas tu aku pun terus blah tak marah dia pun.

Kita tak boleh expect semua orang akan bersangka baik kerana fitrahnya manusia itu mempunyai pelbagai ekpresi perasaan seperti gembira, sedih, kecewa, cemburu, hasad dengki dan lain2 penyakit hati. Kalau tahu sesuatu itu boleh mendatangkan kemudharatan dan kekacauan, maka cubalah cegah dan elakkan.

Tapi kalau kau expect semua orang akan suka dan positif dengan perbuatan show off kau lalu mengecam mereka yang tak boleh terima sebagai negatif, tak positif, kolot, mundur dan sebagainya, maka lebih baik kau berkawan dengan robot. Mereka itu tiada perasaan.

Akhir sekali, entry ini tidaklah aku tulis untuk menghentam mana2 individu secara spesifik, dan bukan juga menggalakkan korang mengutuk dan menghina mana2 individu yang suka menayang kemewahan atau kebaikan yang mereka lakukan, sebaliknya ia cuma artikel bersifat umum untuk ingatan kita bersama, dan anda juga berhak untuk mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.

Baca lagi artikel berkaitan berikut:



tags: trend budaya show off menunjuk berlagak riak takbur ujub niat sum'ah husnuzon bersangka baik buruk

29 ulasan:

  1. Sangat setuju . Tunjuk untuk motivasi orang lain takpe la , ini niat menunjuk , zaman skrg macam-2

    BalasPadam
  2. aaa..macam nak tanya, kasut apa dia pakai tu? Nape rupa dia camtu? Ish..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah, kasut mahal kot. Rupa dia macam tu sebab trend kat luar negara.

      Padam
  3. nafsu diri......+ hasutan syaitan....akhir zaman...

    BalasPadam
  4. Hahahaha try hard betul siap angkat tunjuk kasut dekat stereng. Adakah sejenis parodi? Apa2 pun kalau dilahirkan kaya raya, xpernah rasa susah, duit poket makbapak kasik, tak payah lah ckp utk 'memotivasikan' ckp je nak show-off, meh.

    BalasPadam
  5. Maleis muslim semakin tahi Noob.. aku rasa kafir lg tinggi akhlaknya dr muslim hr ni.. yg ustaznya tahi cr ustaznya.. yg bukan ustaz tahi cara bukan ustaznya..

    Brader bukan islam tu rilek jer bmw dia kena sondol, minah pigeot meracau gila macam xde otak...

    Terima kasih atas peringatan ni. Aku akan manfaatkannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kafir ada akhlak lagi bagus? Org kafir xda akhlak tapi ada moral..setahu saya akhlak khusus utk penganut islam. Akhlak bersangkut paut dengan iman..moral tak.mohon maaf jika salah

      Padam
  6. Bengong ,rokok boleh jual, vape haram, kebabian apakah ini

    BalasPadam
  7. dengan harapan.. xnak lah benda ni jadi kat diri sendiri.. kadang2 kita di luar sedar..

    BalasPadam
  8. Peh stering ferrari, jam cap China, kasut bundle... pehhhhh.....

    BalasPadam
  9. Entah apa-apa je letak kaki kat stereng. Nampak buruk pulak perangai. Hehe. Tak faham betul dengan spesies suka menunjuk-nunjuk ni. Agaknya mereka ni bangga mereka kaya kot.. aduhai.. nikmat tu bila-bila masa je Allah boleh tarik..

    moga kita semua tak tergolong dalam golongan orang-orang ni..

    BalasPadam
  10. Salam mana 2.6 bilion?

    Vape ganggu pendapatan pemimpin umno. Umum maklum cukai daripada rokok setiap tahun dalam bilion! Untuk difaraidkan kepada pemimpin - pemimpin umno.

    Apabila datang vape untuk mengurangkan jumlah perokok apakah kesannya kepada cukai income pemimpin umno ini?

    Jika dikira haram, rokok terlebih dahulu difatwakan haram. Tetapi kenapa tiada serangan secara besar besaran ke atas rokok? kerana alasan rokok membahayakan kesihatan boleh digunakan untuk menaikkan cukai rokok sewenang-wenangnya.

    Tepat sekali jawapan tuan-tuan, vape tiada cukai dan paling membimbangkan ia mengurangkan jumlah perokok. Kurang rokok, kurang cukai, kurang cukai kurang income pemimpin umno.

    2.6 bilion masih tak cukup tuan-tuan kerana rezeki yang tidak berkat macam rezeki penjawat awam yang datang lewat balik awal buat bisnes luar, rezeki macam air laut makin banyak diminum makin haus.

    pertahankan vape kurangkan perokok!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, spm >5A degree dan guru, 4A-3A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai )

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko merepek ape ni pundrekk. prooootttt dmuka ko. argh lega baq hang cibai sirosli meyamar jadi ayam aperika proot d muka mat maselan

      Padam
    2. Gua memang menunggu status dari lu. Sebab gua rase lu ngan gua sama dari segi odeologi. Yang gua tak puas hati apasal ayam africa bajet bajet admin?

      Padam
    3. cıɞѧı ňooɞ meyamѧr jadi ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧTmѧsєLѧň ,sıяosʟı & ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ ✌

      Padam
    4. vape for scorer.. KEDEPANG KITE WANE GAMOK MUNG..

      Padam
  11. Tunjuk robot mainan kira show off tak? Wkwkwkw..

    BalasPadam
  12. sangat setuju dengan entry ni~ terbaik. :D

    BalasPadam
  13. sangat setuju dengan entry ni~ terbaik. :D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...