Iklan Leaderboard

Isnin, 18 Januari 2016

32 Bercinta itu pelaburan yang sangat memenatkan

Ada seorang kawan perempuan baru2 ini putus tunang setelah bertunang selama hampir setahun dan setelah berkawan lebih daripada 6 tahun. Sekarang umurnya 28 tahun, bermakna dia sudah mula bercinta dengan bekas tunangnya sejak umurnya 22 tahun bermula di universiti lagi. Aku ingat lagi majlis pertunangannya dah macam majlis kahwin. Punca putus, kerana tiada sefahaman, atau yang sebenarnya kerana lelaki itu tidak memahami kerjanya, selalu control kehidupannya dan banyak menghabiskan duitnya.

Ada seorang kawan lelaki baru2 ini juga, bercerai setelah 5 tahun berkahwin. Dia sudah pun ada 2 orang anak yang masih kecil dengan bekas isterinya. Sebelum berkahwin mereka dah bercinta selama 3 tahun. Masa couple dulu diorang ni bercinta macam nak rak tak ingat dunia selalu berkepit macam belangkas tak ingat kawan, time kahwin majlis buat kat hotel memang gila grand, honeymoon ntah pergi oversea negara Eropah mana ntah. Punca bercerai, kawan lelaki aku tu ada perempuan lain.

So apa sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam cerita ini?

Oh Mira Filzah... Gambar hiasan dari drama Cinta Si Wedding Planner.

Ya, bercinta itu adalah suatu yang memenatkan dan menghabiskan banyak duit, masa dan tenaga. Masa bercinta kau habiskan banyak masa dan tenaga untuk berjumpa, makan sama2, belajar sama2, buat pelbagai aktiviti sama2 dan sebagainya, malah semua benda tu perlu guna duit yang banyak, dan semua benda2 tu bukan perkara yang kau buat dalam sehari dua sahaja, tapi makan masa bertahun2.

Tambah pula bila nak bertunang, nak berkahwin, nak buat persiapan je dah habis banyak duit, masa dan tenaga, belum masa majlis lagi. Lepas dah kahwin, dapat anak, kena keluar duit dan korban banyak masa dan tenaga. Lepas2 tu pula nak beli rumah, habis lagi banyak duit.

Maka adakah berbaloi bila kau dah habiskan begitu banyak duit, masa dan tenaga, hanya untuk hubungan kau musnah begitu sahaja? Even kalau kau ni jenis kaya tak kisah duit habis, tapi adalah anda tak rasa masa dan tenaga yang dilaburkan selama ini akhirnya menjadi sia2 sahaja?

Kita ini bukannya muda dan ada banyak sangat masa hanya untuk bercinta sahaja. Banyak lagi matlamat lain dalam hidup ini yang boleh kita kejar dan capai.

Bercinta itu suatu yang sangat memenatkan. Bagi yang dah couple lama, atau dah pun berkahwin, yang dah banyak melaburkan wang, masa dan tenaga demi cinta, serius korang tak rasa penat ke untuk mencari cinta yang baru? Tak rasa penat ke nak mulakan semula proses cinta yang baru?

Bagi yang dah kahwin tu tak rasa penat ke nak mengulangi bercinta itu dengan orang baru, nak habiskan lebih banyak duit lagi, nak habiskan lebih banyak masa dan tenaga lagi, lepas tu nak ulangi lagi proses bertunang, berkahwin dan sebagainya, tak penat ke?

Comelnya Mira Filzah

Kalau aku, serius aku dah serik nak cari cinta baru. Ia sangat penat, tahu? Korang budak2 baru nak up bukannya fikir sangat semua tu. Kalau dah bercinta atau berkahwin lama tu, tak payahlah cari2 lain lagi. Cukuplah sekali sahaja aku lalui perkara2 yang memenatkan tu.

Kalau ada masalah, cuba selesaikan bersama. Kalau ada sikap yang buruk tu cubalah ubah. Ingat semula at the first place kenapa kau dulu sanggup buang duit, masa dan tenaga untuk bercinta dan berkahwin dengan dia. Mencari cinta baru di kala kau masih mempunyai hubungan dengan pasangan kau takkan mendatangkan penyelesaian pun, at least pada pasangan kau.

Melainkan hubungan kau terpisah disebabkan kematian pasangan kau, maka takde masalahlah kalau kau nak move on dan cari cinta baru, namun ia masih lagi suatu yang memenatkan, lebih2 lagi di kala usia kau dah semakin meningkat.




tags: bercinta itu penat memenatkan habis banyak duit wang tenaga masa mira filzah adi putra cinta si wedding planner slot akasia tv3

32 ulasan:

  1. love/hate/love/hate/love...

    BalasPadam
  2. aku pernah bercinta paling lama dua tahun dan YES ia amat memenatkan dan yg paling aku kesal, membuang masa selama dua tahun. DUA TAHUN pun aku dh rasa rugi gila aku tak tahulah perasaan org yg bercinta sampai 8 tahun tp end up berpisah.

    *nyanyi lagu Ezlyyn* baik ku kecewa dari buta habiskan masa dan ringgit malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bercinta pun penat? Kalau tk bercinta mcm mana nk memantat? Bajet gud2 je ko ni, oh mira filzah...apsal blog ko tak update? Proott dimuka ayam aperika ba admin

      Padam
    2. ajaran kitab yahudi mana ajar ko bila bercinta kena mantat.

      prooooOoOot d muka bapak ko lega baq ang ..

      -ayam aperika-

      Padam
    3. Wakahkah! Iyalah, lps bercinta barulah boleh mantat, tapi budak2 sekarang lain, memantat dulu baru bercinta, proottt dmuka mak ko, wakahkah! Pretttt dmuka ayam aperika bajet admin

      Padam
    4. Anon kentut tolong jangan mencarut2.

      Padam
    5. jangan bercinta dengan kentut saya Proooooooottt arghhh legaa~~

      Padam
    6. cibѧi sıяosʟı ѧpѧ yg ҡo mєяєpeҡ nı pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧT mѧsєʟѧn ✌

      Padam
    7. Sebab lu salah dengaq lagu. Tu yang frust. Lu dengaq lagu nana nera nera nana nera nera nera nananananana rerara. Pastu lu tanya Ayam Afrika kenapa dia jadi admin.

      Padam
  3. yes aku setuju dgn noob. bg kami yg dah 3series ni. cinta mmg pnat. tapi masa muda2 dulu time alam remaja masing2 mabuk asmara hahaha ..

    apa yg ko tulis ni noob terpakai utk org mcm kita je. sbb kita dah matang. utk budak2 remaja .. yg berumur 20an baru nak kenal dunia diorang xpikir pelaburan cinta ni. diorang hanya pk nak seronok je..

    so kesimpulannya jd lah org yg bijak. jgn becinta lama2. dh bkenan kenal sekejap kawin je. time berkapel suma nya sedap .. setan yg bagi sedapp.. dah kawin hancuss...

    dlm pkahwinan. amat penting sama2 amik hati masing2. jgn pentingkan diri nak suruh org amik hati kita je. ati & prasaan dia xterjaga..

    -pcm biru-

    BalasPadam
  4. Nak dapat cinta yg dua2 pihak suka mmg susah...nak mengekalkan hubungan itu lagi susah. Bukan senang nak maintain 2 hati yg berbeza menjadi satu.

    Cara nak kekal lama hubungan ialah....toleransi, komunikasi, kasih sayang. N jgn byk tgk cite typikal melayu..semuanya perfect. Hidup berpasangan ialah cara pasangan kita menerima baik buruk kita. Masa bercinta semuanya cantik...lepas kawin semua tunjuk belang, terima atau xnak je...

    Kalau hidup just nak rasa enjoy bercinta..smpi bila2 ko xkan puas dgn nak cari pasangan baru, sbb pasangan lama smpi satu masa akan jadi suam, x sehot dulu...hidup kena ada tujuan..bukan nak enjoy je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wei ayam. Tak penat ke dah jadi admin taip panjang panjang, pastu jadi komentar pulak.

      Padam
  5. Ko dh kawen ke noob??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belom, kenapa ada calon ke?

      Padam
    2. ada. awex ni fb dia ehhh sarah larrh evans IV. try la ko usha tgk noob. aku yakin ko bleh bimbing dia ni menjadi bini solehah. lurve till jannah huhu..

      Padam
    3. Baiklah aku akn cuba usha awek tu..hantu dn setan dpt aku tundukan, inikan pula hati perempuan, camon bebeh!

      Padam
  6. Raya cina ni makwe aku akan nikah, dengan pilihan ayahnye, iaitu anak kepada kawan ayahnye.

    Sungguh aku kesal, kerana aku tidak boleh berbuat apa2. sudah aku buat apa yg dibenarkan oleh syariat. dia seorang yg berpendidikan agama. dia tidak akan engkar pada ayahnye. aku juga tidak mahu dia engkar kerana aku.

    surat jemputan yg aku terima menambah lagi sakit aku. tapi aku tetap senyum kepadanya. menyembunyikan hati yg hancur. senyum dalam tangisan. aku melangkah pergi, biarlah aku melangkah pergi.

    aku tidak boleh brsendirian, jika tidak air mata mengalir, teringat kepada Allah, yg sentiasa setia. namun aku sentiasa tertanya apakah salahku.

    kepada pembaca blog ni, tak payah lah nak bercinta2. buang masa jer. tambah lagi apabila keputusan itu bukan di tangan kita.

    I rasa a total loser..... what a loser.

    BalasPadam
  7. noob. ni entry ni ada kena mengena ke dlm idup ko ke?. mcm pernah dikecewakan awek je. rilex la noob. kita xtau apa yg berlaku pd masa depan. terima je la takdir kalu kita dah xda jodoh. xguna di kenang2 perkara silam. kita bkn nya bleh travel back in time guna kereta delorean ubah masa silam.

    aku pun pernah dikecewakan awex. 2thn gak kenal. masa duit xyah ckp la .. rilex2 sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan aku dah tulis tadi berdasarkan kisah 2 orang kawan kat atas tu.

      Padam
    2. Retis perempuan dalam gambar tu dh kahwin ke noOb? Blog dia pn mcm xaktif je

      Padam
  8. Ni baru bercinta dgn manusia, yg kita nmpk depan mata..pun susah nak jaga...belum cinta dgn Allah swt lagi, dah la x nmpk, pas2 kena sembahyang 5 waktu tanda sayang kat Allah setiap masa..ada complain penat x demi kehidupan abadi nanti?

    BalasPadam
  9. Aku bercinta 7 tahun..dari start masuk universiti.pastu kitorang bercinta jarak jauh.disebabkan aku kerja tak stabil masa tu..dan aku taknak pasangan aku tgu aku lama sngt..dengan berat hati aku minta putus hubungan dan minta dia cari laki yg boleh bagi dia bhgia. Aku keje mcm biasa dgn gaji yg kecik.cukup utk aku dan motor aku. Lepas setahun..aku terserempak dgn dia time aku keje kat kl.dari jauh kami berdua terhenti.masing2 saling pandang dari jauh.kaku.air mata aku mengalir..dia pun sama.berdebar jantung aku.macam nak pecah.betapa rindunya aku kat dia.aku tnya dia..keje kat sini ke? Dia ckp ye..area sini. Aku ckp aku pun same.aku tnya dia dah kawin ke.dia ckp lepas putus ngn aku..tak pernah terpikir pun pasal kawin or nak bercinta dgn laki lain. Aku ckp sudi tak berkenalan dgn aku..dia trus ckp nama dia balik..keje kat mne..tinggal kat mne. Aku pun sme kenalkan diri aku.kitorang ketawa smbil air mata mengalir. Sethun lepas tu..dia jadi isteri aku..dan sekarang kami dah ada cahaya mata. Betulla kata org..lau dah jodoh..berapa tahun sekalipun..sejauh mana sekalipun..tetap akan bersama jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woww nampak beno penipunya


      -zilaroc-

      Padam
    2. Tahniah anon. Anda sangat bertuah. Semoga bahagia hingga ke jannah.

      Padam
    3. ni mcm citer drama maghrib tv3 3/4 je ni. xsilap aku tajuk dia suamiku ehh larhh till jannah 200% rindu awak. bagero punya anon nak auta pun biar la realistik cikit. puuii..

      -kaki drama maghrib tv3 3/4-

      Padam
    4. Nanti gua carikan tuan direktor buat drama berdasarkan kisah lu nie. Boleh jual ni. Tajuk gua cadangkan "Pertemuan Kasih Tujuh Belas Petala Airmata Di Kuala Lumpur Bersama Pertanyaan Asas Kehidupan Pasangan 300%"

      Padam
    5. Adoi.aku anon 803. Mende la korang ni.aku gurau syok2 tulis cerekarama tv3. Ada gak yg serius maki2. Tak open minded langsung. Serius bebenor. Rilek la beb..kita syok2 ja. Tapi aku mmg dah kwin pun. Kenai trus kawin je. Xde la rumit mcm cerita tv3 tu. Rilek lu....

      Padam
    6. jibai anon 803 kaki kencing rupanya. padan muka noob kena kencing hahahaha

      -ayam aperika-

      Padam
  10. Noob..ni pengalaman aku yg aku kutip dari ayah aku laa..mak kandung aku meninggal masa aku umur 2 taun lebih..setaun lepas tu ayah aku kawin ngn mak tiri aku masa umur dia hujung 40++..lepas 20 taun lebih,dorang bercerai pulak pasal tak sefahaman..banyak konflik gila..2013,waktu umur dia dah 70++,dia kawin lagi atas alasan takde org nak jaga makan pakai dia..
    Bagi aku bukan masalah penat tak penat bercinta tu..kalau hati dah tak sebulu ngn pasangan..buat ape pun tak jadi dah..penceraian ialah jalan terbaik..jadi,nak tak nak terpaksa la bercinta semula demi anak2 atau peneman di usia senja..walaupun anak2 tinggal berdekatan atau serumah sekalipun,ia tetap tak sama dengan pasangan kita..
    Sekarang aku tgk ayah aku bahagia je ngn wife baru dia n kitorang anak2 tak la terlalu berfikir sangat pasal ayah sebab at least ada orang yg meneman dia setiap hari..

    BalasPadam
  11. Memang bercinta ni buat pokai duit je.. dulu2 masa time study, bekas pakwe aku kaki kikis. alasannya dia tak ambik ptptn, so duit belanje dia cukup2 je yang parents dia bagi banding kitorg yang masyukkk dapat ptptn. pastu bila aku ajak makan, dia taknak keluar kalau aku taknak belanje. memang aku takde la nak ambik buat laki mamat macam tu.. lepas putus dia pujuk juga nak sambung balik. aku senyum je dalam hati cakap "dah pokai la tu". sorry memang aku tak layan la laki menghabiskan boreh macam ko.

    BalasPadam
  12. I nak kongsi kat sini, pasal lelaki penipu yang I pernah kenal dulu. I tak pernah jumpa lelaki ni tapi bercinta lama. Macam-macam sakit I pernah dapat sepanjang kenal dia. Akhirnya tak menjadi walau berjanji nak kahwin sehidup semati. Satu hari ni, I dapat tahu selama ni dia guna identiti orang lain. Dia sebenarnya bukan apa yang dia tunjuk kat I. I sedih sebab I jujur dengan dia walau buruk macam mana pun perangai I. I fikir, patutlah banyak pancaroba bila bercinta dengan dia ni. Pasal dia tipu I dari mula. Itu baru pasal identiti. Hal lain? Entah apa lagi dia tipu yang I tak dapat detect.

    Sekarang, ibu dan babah I mula tanya pasal kahwin. I bukan tak nak kahwin. Tapi I bosan dengan kecewa yang datang tu. Bercinta yang tak menjadi ni, buang masa bagi I. Sangat buang masa. I pun tak berminat nak mulakan hubungan yang baru sebab ada rasa yang benda sama boleh terjadi lagi. I tak kisah pun masih tak kahwin, I hidup dengan baik walau takde lelaki di sisi. Baik hidup macam ni dari hidup dengan pendusta.

    -Yanti-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...