Iklan Leaderboard

Selasa, 26 Januari 2016

40 Masalah plagiat, lanun, hakcipta dan harta intelek

Masalah plagiat, lanun cetak rompak, kurang kesedaran ilmu hakcipta dan harta intelek di Malaysia

Saya selalu baca artikel dan BO dan ada satu artikel yang menarik. Ini artikel tentang satu artikel BO yang diciplak oleh ustaz tanpa kebenaran serta ramai pula yang back-up ustaz dan kutuk Noob yang dikatakan kemaruk populariti. Kemudian, saya juga perasan satu kes tentang seorang peminat yang baru buka perniagaan jual sambal bagi taste-testing pada seorang artis. Artis itu tiada bagi respon, namun tetiba artis itu buka perniagaan sambal serta menggunakan jenama yang sama dengan peminat. Siap cakap dekat peminat “Dalam dunia perniagaan ni, siapa cepat dia dapat!” Bagus, baru mula berniaga dah mula pijak orang. Dua kes ini ada lah antara sebahagian kecil kes yang mana orang ramai menggunakan jenama/karya untuk perniagaan tanpa kebenaran tanpa pemiliknya.

Sumber gambar

Karya seni seperti artikel, novel, lukisan, gubahan lagu dan lirik, lagu, jenama syarikat, mascot, paten, filem, komik dan anime sering kali diplagiat dan digunakan tanpa kebenaran pemilik asal. Ini diburukkan lagi dengan kewujudan internet yang ramai hanya cari di Google dan gunakan apa yang mereka jumpa. Bila pemilik asal minta penjelasan, sedap mulut pula kata “kalau tak nak orang guna , jangan letak dalam internet!”. Masalah ini timbul disebabkan rakyat Malaysia tidak ada ilmu atau kurang kesedaran tentang Hakcipta dan Harta Intelek.

Ok, sebelum mula kita sentuh apa itu Hakcipta dan Harta Intelek. Menurut laman web World Intellectual Property Organisation (WIPO) ( www.wipo.int/about-ip):

Hakcipta/Copyright :legal term used to describe the right that creator have over their literary and artistic works (book, music, painting, sculpture, film, computer program, databases, advertisement, map and technical drawing).

Harta Intelek/Intellectual property: creation of mind (invention; literacy and artistic work; design; and symbol, names and images used in commerce)


Harta intelek dan Hakcipta sangat penting bahkan di Malaysia wujud Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang juga berperanan menjaga, meminda dan menyediakan tatacara berkaitan Harta Intelek dan menambak baik system Hakcpta.

Sekarang, apa pula masalah timbul disebabkan kurang ilmu tentang hak cipta pada pihak pereka cipta dan pengguna? OK, saya cuba ambil beberapa contoh yang berlaku dan kesan.

KES 1 : KL Gangster II

Sebelum ni semua orang tengah hype tentang KL Gangter yang Berjaya memecahkan rekod box office Sembilu. Pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof tahu hype ini dan bikin KL Gangster II. Filem ini berpotensi untuk menjadi box office yang baru serta mampu mengatasi KL Gangster yang asal. Malangnya, cerita ini bocor oleh orang dalam beberapa bulan sebelum tayangan di pawagam dan ramai orang telah download cerita ini di internet. Kes ini dikatakan dibocorkan oleh seorang blogger.


Ada juga yang mengatakan ini dilakukan oleh orang dalam semasa tayangan pra-tonton yang dibuat sebelum tayangan sebenar. Walaupun telah ditangkap, namun kesan yang lebih besar adalah kutipan yang rendah. Kos buat filem ini adalah RM 4.5 juta. Hasil kutipan? RM 4.96 juta. Mujur lepas untuk balik modal. Apa yang saya perasan, semasa cerita ini berlegar di internet, ramai yang buat tak endah dengan masalah yang dihadapi pengarah. Sebaliknya, mereka download/torrent tanpa rasa bersalah. Orang tak cuba untuk lapor atau paling kurang tak download cerita KL Gangster II sebelum tayangan sebenar, apa tahu siap kongsi link torrent dalam Facebook tanpa rasa bersalah.

KES 2 : Karya artwork Islam

Kes ini terpencil, sudah belaku lama di dalam Facebook tetapi saya highlight kerana saya rasa jelek dengan pesalah untuk gunakan agama untuk cover kerja mereka. Saya ada banyak kenalan yang buat karya lukisan ala manga. Ada antara kawan saya yang buat hasil karya Islamik dan ramai juga orang share kerana tertarik dengan mesej dan lukisan tersebut. Semuanya ok sehingga ada kawan saya perasan ada satu pages dalam Facebook bernama “Karya dan Lukisan Islamik” (lebih kurang, nama sebenar tak ingat). Pages itu menggunakan karya kawan saya dalam Facebook untuk page tanpa kebenaran serta karya artis lain.

Apa yang lebih teruk, admin pages itu buat jualan button dengan guna karya yang diambil tanpa kebenaran pemilik asal. Kawan saya buat bantahan pada admin tetapi tidak dilayan bahkan dibalas pula “Ni benda baik tak kan hendak berkira juga?” Memang haram punya kenyataan. Katanya, tak perlu berkira, ini kerja dakwah, tak perlu nak berkira siapa pemilik tentang untung dan kerja dakwah kena ikhlas kerana ALLAH.

Maaf bang, ini apa Mat Lutfi kata “Penunggang Agama” Engkau guna agama untuk menghalal kerja haram kau guna karya orang lain tanpa kebenaran buat duit lepas itu pemilik asal bising, boleh cakap “Mohon ikhlaskan untuk kerja dakwah?” Benda sama juga kawan Facebook kata yang dia terjumpa dalam komen semasa tayangan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Seorang hamba Allah komen berbunyi begini “Kalau ikhlas dakwah, filem ni patut bagi percuma untuk orang tengok, tak perlu nak bayar tiket wayang”

Kes 3 : Edaran torrent untuk komik/anime di internet

Ini adalah apa yang orang barat kata “Elephant in the room” Masalah paling jelas yang melanda adalah lanun cetak rompak. Benda ini sangat biasa berlaku dan banyak website yang sediakan torrent untuk anime fansub dan manga dalam internet. Malangnya ini dibuat tanpa kebenaran dan system ini memberi pulangan kosong pada pengkarya. Bagi peminat manga/anime mesti anda tahu tentang satu syarikat produksi anime Manglobe yang mengfailkan kebangkrapan mereka baru-baru ini selain banyak anime yang dibuat sudah turun kualiti dan semakin teruk fan-service. Jualan DVD anime semakin menurun bahkan dijual dengan harga terlampau mahal untuk jualan di Jepun sendiri.


Ini menyebabkan produksi terpaksa outsource kerja mereka kepada syarikat di China dan Korea yang lebih murah kos operasi. Sebaliknya, benda ni akan berterusan untuk masa akan datang ditambah dengan kelesuan ekonomi Jepun selain kadar kelahiran yang rendah. Boleh jangka, industri ini akan terus mengecil.

Tiga-tiga kes tujukkan tentang kesan dan betapa rendahnya pengetahuan rakyat Malaysia tentang hakcipta dan harta intelek. Ini buatkan ramai opportunist akan munggunakan kelemahan yang ada untuk mencuri karya dan mengambil untung atas angin tanpa berikan keuntungan pada pemilik asal. Banyak sebab benda ini berlaku dan ada juga solusinya. Saya hanya jelaskan dari pandangan dan dalam kepompong masyarakat Malaysia.

Tiada atau kurang pendidikan tentang hakcipta: Seperti saya nyatakan awal-awal, budaya copy paste tanpa kebenaran wujud kerana mereka merasakan apa yang mereka buat tidak salah. Banyak pesanan dan PSA daripada kerajaan untuk tidak membeli barangan cetak rompak. Namun, saya nampak lemah dari segi pendidikan untuk terangkan KENAPA tidakan itu salah. Bagi pengguna Malaysia, mereka sama sekali tidak faham dan tidak kisah tentang Hakcipta justeru menyebabkan pengcipta menjadi mangsa manipulasi dan orang yang mengambil kesempatan dan pengguna yang tidak sokong karya asli kerana tidak faham kesannya.

Rakyat Malaysia yang “cheapskate”: Ini adalah perangai buruk orang Malaysia. Mereka ingin barang yang berkualiti tetapi hanya mahukan dalam harga yang terlalu murah. Lebih buruk lagi, bila mereka ambil dalam internet secara percuma.
“Piracy is an issue of service, not price”

Gabe Newell

Gabe terkenal dalam komuniti gamer sebagai pengasas Steam, program yang menyediakan platform untuk pembelian dan pengedaran game secara online. Minta maaf Gaben, logik anda tidak kena dengan mentaliti rakyat Malaysia. Dengan alasan “harga servis/karya/tiket/komik mahal” adalah masalah utama kenapa rakyat Malaysia tidak membeli secara sah sebaliknya mendapat di dalam internet. Bukan benda biasa dengan freelancer bila hendak mendapat kerja, kilen minta benda yang bukan-bukan pada harga yang terlalu rendah. Lagi teruk jika mereka hanya menjanjikan “pendedahan” pada freelancer dan mereka mencebik muka dan mengatakan ayat “ala, buat dekat computer je apa susah?” atau “lukis je, apa susah sangat” dan “Ceh, engkau nak caj banyak ni kenapa?”


Sebabkan rakyat Malaysia ni sangat tangkai jering, mereka lebih suka ambil karya bahkan menciplak artikel yang terdapat di dalam internet dan tidak dikredit kepada pemilik asal. Logik mereka bahawa benda di dalam internet itu adalah hak milik awam dan boleh digunakan sesuka hati termasuk untuk perniagaan. Rakyat Malaysia melolong ingin pemimpin agar lebih telus uruskan penbendaraan negara tetapi pada masa yang sama,orang yang sama tidak malu ambil hak orang lain tanpa kebenaran dan secara “percuma”

Mentaliti halal atas dasar “kebajikan”: Noob pernah merasa situasi ini. Bila hendak nyata hak sebagai pemilik artikel asal, terus “ditembak” oleh macai-macai yang minta dihalalkan atas dasar kongsi benda baik. Kenyataan itu betul, tetapi masalah guna cara haram untuk buat kerja halal tu macam mana? Umpama merompak untuk bagi duit pada orang miskin seperti Robin Hood. Ini adalah antara orang yang saya benci dalam internet, salah guna agama untuk matikan hujah orang. Bila ditanya kenapa ambil artikel tanpa kebenaran dibalas pula “ kenapa tak boleh kongsi benda baik?”, bila pula minta duit untuk hasil karya mereka dibidas “tak ikhlas buat kerja dakwah”, lagi teruk dikatanya pemilik asal “mencapup”, gila populariti dan buat bukan untuk kepentingan umat Islam.

Ini jawapan saya untuk orang yang cakap demikian. Dua jari tengah untuk kau. Kepentingan umat Islam kononnya tetapi kebajian pekarya asal yang juga saudara semuslim tidak peduli pula engkau. Kongsi benda baik kononnya tetapi kenapa dia sibuk padamkan watermark dan klaim itu karyanya? Tak ikhlas? Tak pula engkau buat kerja tak terima gaji hujung bulan pasal buat kerja kerana ikhlas. Bukan buat untuk kepentingan umat Islam? Bila ada untung pada engkau tahu pula guna agama, bila kena dekat engkau, 1001 alasan pandai keluarkan.

Jujurnya penyelesaian itu ada, namun perubahan itu mohon jangan letak harapan tinggi sebab rakyat Malaysia rasa tak bersalah pasal sudah berakar umbi mentality ini. Ini antara cadangan saya. Mungkin tak seberapa, namun harap idea ini boleh membantu

1. Minta izin pemilik asal

Ini benda paling basic. Kalau nak pinjam barang mesti minta izin pada pemilik asal. Jadi benda sama juga perlu dilakukan. Jika ada artikel yang anda berminat untuk kongsi, minta izin dari pemilik asal dan hormat pemilik dengan nyatakan siapa pemilik asal artikel, jangan buat harta sendiri dan mohon jangan remove water mark pemilik asal.

Unuk karya lukisan atau fanart di dalam facebook, benda sama perlu buat, minta izin dan jangan pandai-pandai buat harta sendiri terutama bila gunakan karya untuk untuk kepentingan populariti dan perniagaan. Ada sesetengah penkarya yang letak signature dan link website mereka di hujung tepi gambar mereka. Jangan pula buang signature itu kerana itu adalah cara mereka elakkan karya mereka diciplak orang lain dan teknik untuk promosikan diri mereka. Benda sama juga untuk komik dakwah, selagi tak dapat izin pemilik, jangan pandai-pandai ciplak karya itu. Setahu saya, ada seorang artis komik dakwah MFR Studio yang membenarkan karya beliau untuk sebar meluas dan dibukukan untuk dakwah serta dikongsi tanpa bayaran atau seperti kata beliau “karya gratis 200% untuk dishare kepada orang ramai”

2. Sokong dengan beli karya asli

Walaupun internet perupakan lubuk cetak rompak, ia juga menyediakan lawan web yang menyiarkan media secara sah. Tonton.my sediakan rancangan TV Malaysia yang boleh ditonton pada bila-bila masa. Platform yang sediakan rancangan secara sah juga banyak seperti Netflix, Iflix, Hulu, Chuchyroll, Daisuki.net  membolehkan orang ramai untuk tonton rancangan, filem dan anime secara sah serta mereka adalah sediakan banyak pilihan.


Begitu juga dengan komik, saya tahu manga yang diterjemah sangat mahal di Kinokuniya, tetapi jika berkemampuan, beli komik untuk tunjukkan sokongan pada artis kesukaan anda. Bahkan penterjemah di dalam lawam web manga percuma pun sebenarnya ada etika yang selalu pesan pembaca agar beli buku komik jika ada di tempat mereka serta mereka selalu terbitkan manga/anime yang telah diterjemah lewat 2-3 hari daripada tarikh keluar di Jepun (melainkan Horriblesub yang sangat laju) demi galakkan peminat anime untuk tonton di siaran sah untuk tonton secara cepat dan seterusnya sedikit sebanyak bantu industry anime serta mereka tak mengambil untung daripada kerja terjemahan ini kerana mereka hanya bantu komuniti untuk dapatkan akses anime yang sukar dapat kerana masalah “region lock”.

3. Lapor sebarang kecurian karya

Pencuri karya atau “art thief” selalu belaku di Facebook dan Deviantart. Bukan sekali dua penkarya terkenal di internet mempunyai masalah kerja mereka dicuri dan orang buat harta sendiri. Lebih teruk apabila art thief buat Patreon untuk karya yang mereka curi untuk songlap duit orang lain.  Namun, selalu juga kes ini terbongkar kerana peminat dan orang dalam kouniti seni dan manga fanart kesan bahawa karya artis kesukaan mereka dicuri tanpa kebenaran dan terus lapor pada admin lawan web atau pengkarya itu sendiri.

Atas dasar tanggungjawab, walaupun kes art thief sering belaku, pesalah selalu terbongkar dan tak lama bersembunyi kerana komuniti yang proaktif dalam menjaga artis mereka dari karya mereka dicuri. Benda sama juga boleh guna dalam menentang kecurian Hakcipta di internet. Ia memerlukan komuniti itu bekerjasama dengan artis dan badan bertanggungjawab melindungi harta intelek.

4. Ingatkan kepentingan Hakcipta melalui pendidikan

Ini agak klise tetapi berkesan sebenarnya. Rakyat Malaysia tak tahu bahawa menciplak karya tanpa kebenaran pasal mereka tidak diberitahu implikasinya. Jadi cadangan saya perkasakan tentang Hakcipta dan Harta Intelek di dalam pembelajaran. Ini sebenarnya wujud dalam kurikulum subjek Kemahiran Hidup (KH). Kita perlu pastikan agar penekanan pembelajaran ini mampu memberi asas pengetahuan tentang isu dan kepentingan menghormati Hakcipta.

Jika anda fikir ini melecehkan dan menambahkan beban guru, sebenarnya tidak. Untuk pegetahuan anda, ketika saya dalam Tingkatan 2, kami belajar tentang system reproduktif manusia di dalam sains. Kami belajar tentang organ reproduktif lelaki dan perempuan, system haid perempuan serta bagaimana bayi terhasil. Kami juga belajar tentang perancangan keluarga seperti kondom, pil perancang dan lain-lain. Dalam bab ini secara tidak langsung, kami belajar tentang pendidikan seks. Jika bab ini membolehkan kami belajar dua benda pada masa iaitu system reproduktif dan pendidikan seks, boleh juga benda sama khas untu Hakcipta dan Harta Intelek. Sama penting juga untuk ajar agar tidak sewenang-wenangnya guna karya orang lain tanpa kebenaran walaupun untuk benda baik.

5. Sediakan medium pengedaran secara digital

Sistem jualan DVD Jepun sememangnya old school. Sehingga hari ini takala di Barat mereka mula beralih kepada Steam untuk jual games, Netflix and Hulu untuk drama dan rancangan TV, mereka masih berurusan dengan jualan atau sewaan DVD. Masalah ini menyebabkan banyak anime tak dapat diperoleh secara sah di internet dan ramai bergantung pada edaran torrent untuk dapatkan tontonan anime itu. Itu tidak termasuk beberapa rancangan yang tidak dapat diakses secara sah kerana region lock.

Cadangan saya adalah buat satu Steam versi manga/anime/drama yang membolehkan penonton untuk muat turun/tonton secara online dengan bayaran yang rendah banding jualan DVD yang melibatkan harga kos DVD, penghantaran, kos overhead dan kos promosi. Pengedaran digital bantu mengurangkan masalah cetak rompak games serta memudahkan pengguna mendapatkan genre games yang mereka kehendaki.Jadi ini boleh gunakan untuk manga/anime juga.

Akhir kata, benda ini sudah belaku lama, penyelesaian juga ada. Soalannya, adakah kita hendak selesaikan atau tidak?

Kuro Kyoshiro @ Black Bladerz
Budak Otaku


40 ulasan:

  1. Ok, t.kasih black bladerz.



    -zilaroc-

    BalasPadam
  2. Perghh gila betul boleh tau artis mana? leps ni xyah ak nak layan artis malaysia tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba view page facebook 9gag Malaysia, dari situ awak tahu siapa artis tu

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. terimas WTF!? apsl perangai dia mcm tu? tak sangka mcm tu pulak perangai dia mengarut betul....no wonder orang ada mengata psl dia ngan anak dia... mungkin ad yg dah tau perangai dia mcm mana.... apa2 je le terimas...comic pun ak terpaksa order luar negara vizmedia sebb untuk versi malay xde...

      Padam
    4. kanina lu rosli. lu kan admin blog xkan lu xtau nama retis bajet gud2 yg jadi anak ikan ayam Aperika.. buat2 tanya konon.. puuuii

      -ji lalok-

      Padam
    5. ProoooooooooooooooTTTTTTTTT crEEEEEEEEEEETTTTTTT dmuka sirosli arghhh leganya

      Padam
  3. Uhukkk..uhukkk..patut la pagi2 buta aku batuk berdarah..namaku diseru2 rupanya..
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btw aku akan beli barang original utk benda2 yg aku betul2 minat je..true fan..kalau setakat satu lagu best dari 12 lagu sampah..aku donlod je..
      -lanun-

      Padam
  4. Cibai Sirosli எனக்கு செக்ஸ் மோகம் ProooooOO0o0ttTT காலகட்டங்கள், crEeeEeeTtT பார்க்கும் Balaks Zilaroc பெண்ணோடெல்லாம் prEeeeTt CrriiittT காலம் அது, இப்போது அன்பான மனைவி, ஆசையான குழந்தைகள் என்று கொண்டிருந்தாலும், அந்த Najibuto RazaKபெண்ணோடெல்லாம் படுக்க வேண்டும்போன்ற MaT Maselan எண்ணங்கள், பத்தாண்டுகளுக்கு முன் நடந்த Ayam Aperika அனுபவ Ahhh legaa baq ang

    -ji lalok-

    BalasPadam
  5. Ada satu time tu. Mmber tanya kenapa "ko habis duit beli game ori?" Aq balas support company game yang aq suka tapi mmber aq tu direct ketawa sambil kata "bodoh pergi support org kafir buat apa, baik ko bg derma masjid". Org mcm ni tak nampak kesan dari tindak tanduk diorg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong kafir? Lol sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun berpajak gadai dengan Yahudi, habis tu ingat pasal non-muslim boleh ambil hak mereka?

      Padam
    2. Tolong kafir? Lol sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun berpajak gadai dengan Yahudi, habis tu ingat pasal non-muslim boleh ambil hak mereka?

      Padam
    3. aq aq aq aqketuih... prootttt

      -zirosli-

      Padam
    4. Tolong kafir? Lol sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun berpajak gadai dengan Yahudi, habis tu ingat pasal non-muslim boleh ambil hak mereka?

      Padam
    5. ko ni dah kenapa sampai 3kali komen benda sama? nak tiru si edebed ke?

      Padam
    6. Tolong kafir? Lol sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun berpajak gadai dengan Yahudi, habis tu ingat pasal non-muslim boleh ambil hak mereka?

      -ZyRosli-

      Padam
  6. Tak tahu, siapakah artis itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fynn jamal. Btw proootttttt dkt muka Mrs.A

      Padam
    2. Kurang ajaq punya budak prooooooooooooottttttttt dmuka ko, arghh lega baq hang

      Padam
  7. fuh, terbaik artikel ni..aku baca sampai habis haha..
    hmm. kena watermark besor2 lah kat kartun gamaknya..

    BalasPadam
  8. Mana pergi ayam afrika dgn zyraroxx tu, dah tak mau komen? CEro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada anon ambik berat pasal aku laa. Terharu :)

      Padam
    2. ayam aperika dgn zyraroxx xsihat sbb slalu kena kentut sirosli. dia akan kembali mengomen bila syndrome prootnya sembuh

      -ayam nigga(sepupu sepapat ayam aparika)-

      Padam
  9. Beritaaaa lawak antarabangsa hari ini! Najib dah pulangkan wang derma! Tiada kes! Esok cuti!



    -zilaroc-

    BalasPadam
  10. This is one great article.
    Pada pendapat aku, masalah plagiat ni takkan berkesudahan.
    Pasti akan ada yang mencuri 'tanpa sengaja' atau 'dengan sengaja'.
    Apa yang kita boleh buat ialah dengan adanya kesedaran individu tu sendiri.
    Dan yang DAH plagiat, betulkan balik mana silap yang ada.
    Minta kebenaran. Kalau tak dibenarkan, undo balik semua yang dah dipos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesedaran tu yg penting, hakcipta dan harta interlek sering dimanipulasi pasal kurang kesedaran

      Padam
  11. pjg gile ko tulis black. mati2 aku ingat noob yg tulis tadi. teruskan menyumbang idea2 ko . im enjoyed it reading..

    BalasPadam
  12. Noob..bukan ko pernah letak ikalan jual t-shirt one peace ke sbelum ni..yg tu asli ke curi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan asli bkn curi tapi derma. usah di tanya siapa yg menderma. kerana derma itu perkara yg baik. bagaimana pun saya telah memulangkan derma tersebut kepada tuanya. so kes ditutup. sekarang mari la kita membangun bersama gayy esst teyy ..

      Padam
    2. siya suka sama yitu pirdana mintiri najib razak. yini piyem bayak jaga bangela. lu worang jingan mau demand libih2. yini bangla sikit lagi jadi yitu mcm org cina. jadi boss. milisyia akan jadi bangelasia ..

      -bahadur kincinveraa-

      Padam
  13. Rilex lah bro, kita kna sabar, itu semua dugaan...

    BalasPadam
  14. Betul tu.. harta intelek kat Malaysia xdijaga, malah org nak ambik hak cipta kita sesuka hati jer.

    Aku sendiri pn dah kena, kak ipar aku nak formula ngan aku. Padahal aku dah RnD sendiri siang malam bertahun2 penat gile nak hasilkan bahan tu. Modal habis xyah cite brape.. masa lg, wat research n eksperimen lg.. nak source out bahan, bukan senang.. nak pecah kepala rasa, tubuh penat gile.

    Dtg2 senang2 je mintak.. byr berjuta2 pn belum tentu lg aku bg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dasyat jugak ngko ni.. formula ape yg mahal sangat tu.. formula buat sabun ke?

      -ZyRosli-

      Padam
  15. Org melayu memamg cheapskate tapi nak hasil yg bombastik. Kalau tak mencuri hasil kerja org lain, diorg mintak design FREE. ingat kerja mendesign grafik ni macam korek hidung je ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa mesti nak salahkan org melayu? prooot..

      -ZyRosli-

      Padam
    2. Prootttttttttttttttt

      Padam
  16. Manusia secara naluri suka yg free atau shortcuts....even benda tu pisang pun berebut nak ambik seketul pisang free sedangkan duit boleh beli 4 tandan pisang.

    So, tepuk dada tanya iman ye...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...