Sabtu, 5 September 2015

33 Kisah si plagiator dan macai-macainya

Al-kisah yang dah agak lama dalam 2 bulan lebih, ada satu artikel blog yang juga aku sharekan di FB aku telah diambil dan dikongsikan di mana nama dan juga link ke sumber asal ke entry aku dibuang oleh seseorang yang agak ramai follower yang juga merupakan seorang ustaz dan pakar motivasi, dan artikel tersebut telah dikongsikan lebih 10,000 orang dan rata2 semua berterima kasih kepada ustaz tersebut atas artikel tersebut, malah artikel tersebut pernah masuk sebuah surat khabar Cina atas nama dia.


Maka aku sebagai penulis asal artikel tersebut tulislah komen di post ustaz tersebut untuk menyatakan yang aku adalah penulis asal artikel tersebut dan kenapa perlu dibuang link asal? Komen aku langsung tidak diendah dan diambil peduli oleh si plagiator.

Dan walaupun ada yang faham dan menyokong aku, tapi ada juga yang kondem aku balik. Pada mulanya aku tak kisah sangat tapi bila dah semakin ramai macai2 plagiat yang serang dan kondem aku, maka aku terpaksa ambil kisah dan menulis entry ini.


1. Artikel tu tak muncul dengan sendiri, mesti ada orang yang tulis artikel tu, ia bukan tiba2 turun dari langit. Tak kisahlah jika tak mahu kenal atau ambil tahu siapa penulisnya tapi perlu ke mempertahankan orang yang klaim kredit atas penulisan orang lain. Kalau tiada orang yang menulis pada asalnya, rasa2 ada ke bahan untuk orang lain rembat?

2. Serius, memang membanggakan ke bila terima kredit dan penghargaan atas hasil kerja orang lain? Ada rasa bangga ke? Macam mana ya perasaan bangga tu? Cuba cakap sikit.

3. Nak kata aku jeles? Ya, memang aku cemburu kerana hasil tangan dan buah fikiran aku dirembat orang dan orang itu menerima banyak penghargaan dari orang lain. Apa ingat aku ni malaikat? Aku juga manusia yang ada perasaan.

4. Memang semua benda milik Tuhan, tapi sikap dan mentaliti tak nak ikut Tuhan pula? Kalau ada orang rembat kereta kau, anak dara kau, harta benda kau, hasil kerja kau, kau jangan marah, sebab benda tu semua milik Tuhan jua. Tolong jangan gunakan agama untuk menghalalkan perbuatan yang salah. 

5. Yang kata aku nak popular, batak like dan sebagainya boleh pergi mampus. Dah memang artikel tu aku yang tulis dan orang tu ambil kredit atas hasil kerja aku, apa masalahnya aku bagitau benda yang betul?


6. Yang cakap bukan boleh dapat duit ke apa pun sama boleh pergi mampus, bukan korang pun yang bagi aku duit atau tanggung hidup aku.

7. Aku bukanlah nak sangat penghargaan, dan aku gembira kalau orang kongsikan artikel2 aku kat Internet besertakan link dan sumber asal, bukan sebab aku nak riak atau berlagak, tapi supaya orang boleh kenal blog ni dan baca lebih banyak artikel dan buah fikiran aku yang ada kat blog ni, bukan setakat satu dua artikel itu sahaja.

8. Kalau aku nak riak, nak kejar populariti, nak kejar nama, aku tak guna nickname Prince of Noob dengan gambar Patrick Star, aku akan guna nama betul aku siap letak muka sebnar aku yang iras2 Keenu Reeves lagi, atau Jaejoong.

9. Bagi orang yang komen "Apa salahnya orang share benda tu, bersepah la kat Internet", "Pasal tu pun nak kecoh, tulisan je pun, orang lain pun boleh tulis apa?", "Kalau tak mau orang guna, jangan la upload kat Internet", anda sama ada memang jenis yang suka plagiat hasil kerja orang lain, atau anda memang tidak pernah menghasilkan apa2 benda yang asli dan original dengan hasil usaha titik peluh anda sepanjang kehidupan anda.

Kesian.

10. Aku bagi analogi mudah. Kau ada idea hebat, kau bagitau kat bos kau idea tu, lepas tu dalam meeting dengan pihak pengurusan bos kau cakap idea tu idea dia, kau ada rasa nak pijak2 muka bos kau atau kau redha sahaja?

Kalau kau tak kisah, mungkin sama ada kau ni bodoh sebab rela dipergunakan orang lain, atau kau tak pernah ada idea yang hebat atau kau punya mentaliti level sama dengan bos tu suka ambil kredit atas hasil orang lain.

11. Sebab wujudnya ramai orang2 macam ni orang boleh menerima mentaliti seperti "Oh tak apa PM dapat duit RM2.6 billion dalam akaun peribadi dia sebab benda tu cuma derma dan sumbangan dana politik".

12. Kalau ada yang tak faham lagi, boleh baca artikel ni:
Kalau masih tak mampu nak hadam, mohon mereput.

13. Aku tahu masalah plagiat macam ni bukan aku seorang yang hadapi tapi ramai lagi orang di luar sana yang idea mereka, buah fikiran mereka, penulisan mereka, lukisan mereka, hasil karya mereka yang diplagiat dan orang lain mengambil kredit atas idea dan karya mereka.

14. Akhir kata, lebih baik tidak menghasilkan apa2 daripada mengambil hasil usaha orang lain dan klaim sebagai hasil ciptaan sendiri.

Memalukan dan tiada maruah.


tags: plagiat rembat curi hasil tulisan karya artikel entry post status blog fb facebook tahi bangsat macai backing pertahan pencuri kartun originaliti original

33 ulasan:

  1. pandai plak orang2 ni nk bertarbiah suruh noob redha dan bersyukur ada org share, tp xnak bertarbiah plak kt si uztaz tu jgn delete signature orang+amek hasil keje orang lain. Ni mesti penyokong taksub ustaz tu kot. atau penyokong mana2 yang namanya ustaz. yela, kite ni bukan ustaz dop?
    sabar je la. mngkin lepas ni noob boleh guna kot idea buat artikel pakai gambar dan letak watermark.

    BalasPadam
  2. Ape artikel yang ko tulis tu.... Share le blk.... N sape yang plagiat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tau sgt artikel ape dlm blog ni yg diplagiatkan....idea dlm blog ni menarik..cuma kalau owner blog jenis hotstuff atau awek cun mmg byk gile followers n siap ramai sponser iklan. Maybe itu rezeki mereka tp x perlu smpi copy paste artikel 2 smpi x bg link penulis asal artikel 2....mcm kita buat kertas kerja, yg team member tido..bila present yg kaki jilat dapat nama n promoted. ..mcm ta***

      Padam
    2. https://www.facebook.com/DrAmirulAmin/photos/a.724360657584947.1073741827.153515574669461/976275075726836/?type=1

      Padam
    3. Oh ada PhD. ek? hmmmm...

      Padam
  3. Azankan kat telinga pencacai tu...menafikan hak orang nabi x pernah buat...walaupun semuanya dari allah..sedangkan islam mempejuangkan hak setiap individu x kira miskin ka hamba ka.... Utazka setan nak menafikan harta orang

    BalasPadam
  4. artikel mana ni noob. cer bg link jap aku nak baca. dulu ko punya artikel skali dh kena kopi paste ngan penmerah dot lancau. ni artikel mana plak

    BalasPadam
  5. xpe nti aku suruh uncle kipidap repot polis

    BalasPadam
  6. tolong share sapa2 beritau ustaz mana tu share? ak nak hentam jugak kurang ajar betul2 ustaz apa mcm ni adab xde benda memang betul artikel baik tapi adab dan hak x dijaga apa kebodohan ni? tu bukan cara orang islam sepatutnya mintak kebenaran... plz tolong beritau huhu

    BalasPadam
  7. baru baca tajuk, aku terus paham perasaan kau sebab aku pun pernah terkena bila gambar2 aku kena rembat dengan satu page. bila aku komplen mintak penjelasan, si admin tu ban aku pulak. cilake... nasib baik la gambar aku lepas tu dah dibuang.

    BalasPadam
  8. xpe akhirnya aku telah membaca perdebatan en. patrick di fb dr. amirul amin..

    BalasPadam
  9. mencuri namanya.. moga si pencuri insaf cepat dan yg komen ala2 baik2 2 pn cepat2 sedar... huhuhuhu malaysiaan...hurm moga admin bertabah.. huhuhu

    BalasPadam
  10. ostat jadi pencuri ,hhhhhiii no good not good.

    BalasPadam
  11. Inilah yang terjadi bila tak faham konsep 'harta intelek'. Mengaku 'ustaz' plak tu... ooh ye... ostat..

    BalasPadam
  12. Report kat skmm la bos.. Harta intelek x boleh buat main-main..

    BalasPadam
  13. Report kat skmm la bos.. Harta intelek x boleh buat main-main..

    BalasPadam
  14. Pehal ramai lak yg sokong plagiat ni? X sangka aku ramai makin bodoh sokong si plagiat. Xpe noob. Aku tau artikel ko ori. Idea dari ko. Bahkan aku x pernah jumpe blog yg artikel atau post yg latest mcm ko. Aku sokong ko noob. Aku yakin ramai kat sini pun sme sokong ko. Kalau aku pun mst panas lau de org plagiat idea aku. Tmbah panas lagi sbb ramai lak yg sokong si plagiat. Itu sume generasi yg dok copy paste dari tenet utk wat assingment la tu.hahah. makin bodoh rakyat malaysia ni rupenye. Nak plagiat tampal sebijik2 mcm artikel asal tu boleh.tp bagi la kredit kepada penulis asal. Mudah je.

    BalasPadam
  15. kesian noob... aku memahami perasaan tuu.. sabar yee.. mungkin ada hikmah disebalik semua ni..

    BalasPadam
  16. Banyak juga..komen aku kat mcm2 blog atas nama Tanpa Nama dan Anon di plagiat dan di-reproduce oleh pengguna lain. Pada aku, aku terasa juga sikik2 keintelekan aku dikebas.. tapi xleh buat apa2 sbb asalnyapun aku x nak sesapa kenal aku. Biaqpila..

    BalasPadam
  17. kau sendiri pun tak tau dari mana datangnya idea kau nak menulis tu...jadi jangan gebang laa...tulisan kau ada nilai komersil ke? ada nilai intelek sampai boleh dapat Anugerah Nobel ke? kalau ada kau boleh saman kat court...confirm kau menang!

    BalasPadam
  18. Isunya sekarang bukan ttg lokek idea, gila like atau yang sewaktu dengannya.

    Isunya ialah betapa sebilangan ahli masyarakat kita, warga yang diwar-warkan untuk menjadi rakyat negara maju dalam beberapa tahun lagi, masih lagi tidak memberi kredit kepada mereka yang bersusah-payah menghasilkan kerja mereka untuk kebaikan masyarakat.

    Noob, aku sokong perjuangan kau untuk mengubah "fundamental" masyarakat, walaupun kau masih dicaci mereka yang belum mampu melihat kepentingan anjakan paradigma masyarakat madani yang kau selalu perjuangkan.

    Keep it up, brother. Even with the whole nation going against you, let it be known that you have my back.

    BalasPadam
  19. Aku sokong ko patrick. Sesuka hati je main copy copy entri asal pastu publish dalam blog sendiri. Cam kucing betul

    BalasPadam
  20. Aku sokong ko patrick. Sesuka hati je main copy copy entri asal pastu publish dalam blog sendiri. Cam kucing betul

    BalasPadam
  21. Bukan main lg yg backup ustaz tu. Siap guna agama lagi cakap benda baik apa salahnya share. Fuhh..kalau aku pun aku x puas hati. Tinggal letak kredit je pun susah ke..bertabahlah noob.

    BalasPadam
  22. Begitu jugalah hinanya orang yang masuk kerja pakai cable. Mereka juga telah merampas hak orang lain. Bayangkan orang yang berusaha untuk skor 5A nak masuk sbap. Tiba-tiba yang sorang ni ayah dia call orang dalam minta masukkan anaknya yang tak cukup A. Akhirnya si skorer dipinggirkan kerana ayahnya cuma petani yang tidak berpengaruh.

    Ni mesti ustaz tak skor upsr ayah hantar ke sekolah graf rendah senang skor spm atau spm tak skor masuk KU atau pergi timur tengah supaya senang masuk KPM.

    KKEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian , spm 5A degree dan guru, 3A-4A diploma , 1A-2A sijil, 0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am). Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maksud hadis, "jika sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya tunggulah saat kehancuran" -sahih bukhari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bang...
      yang budak pandai kantoi pedo tu dalam kategori mana plak keja dia?

      Padam
  23. Sokong prince... Lembu punya susu sapi dapat nama..

    BalasPadam
  24. jahanam!
    boleh plak disokongnya org mencuri.

    BalasPadam
  25. buasirotak.blogspot.my/2015/07/walau-beza-kaum-dan-agama-darah-tetap.html?m=1

    BalasPadam
  26. I feel you bro.

    Kejadian yg sama berlaku. Saya buat manual penyusuan susu ibu berilustrasi. For free dengan harapan membantu ibu2 di luar sana. Senang2 depa ambik untuk promote products masing-masing. Siap tukar watermark saya lagi.

    Bila ditanya, semedang kata google. Owh magic betullll... bila kata tak mintak izin, ayat sebijik macam kat atas sana. Ilmu milik Allah.

    Ramai pulak tukang backup. Sadis.

    BalasPadam
  27. walaupun aku tak pernah kena plagiat sebab karya aku tak bagus dan aku tak dikenali, aku tetap kasihan dengan mangsa-mangsa plagiat.
    banyak lagi usaha kita untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang nilai-nilai murni yang dipelajari kat sekolah zaman dahulu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.