Rabu, 9 September 2015

9 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 1

Suamiku Budak Rock

“Sebuah Kisah Cinta Yang Bakal Mengubah Hidup Anda..”

PROLOG

Kisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya..

Pagi Ahad itu hujan turun dengan lebat membasahi pohon-pohon yang menghijau, anugerah yang tak ternilai dari yang Maha Esa yang cuma segelintir manusia mensyukuri nikmatnya. Jauh dari jendela kaca kelihatan awek-awek Universiti berlari-lari anak sambil memegang buku di atas kepala menuju ke arah bas persiaran yang siap tersedia menanti.

Illustrasi oleh Nazrul Ali @ Kartunster

Tersenyum aku melihat telatah mereka. Dah tau sekarang ni musim hujan apesal la tak bawak payung. Rasa macam nak turun pergi hantar payung kat dorang. Tapi aku pendamkan sahaja hasrat tu takut bertumbuk pulak aku ngan balak dorang al maklum la awek-awek yang dressed up K-Pop macam tu kompom la dah berpunya.. He..He..

Tapi bila diamati betul-betul aku macam pernah kenal je sorang awek yang berdiri ayu dekat stesen bas tu. Yang bertudung, berkulit cerah sejuk mata memandang. Hampir aku jeritkan nama yang telah kian lama aku lupakan. Ya.. nama yang dah lama aku lupakan…

BAB 1

“Oitt Ray jam ko rosak ke pe? Ke ko buat-buat lupa hari ni final exam dowh”.

“Bising betul la mamat skema ni, aku study sampai ke pagi tu pasal la mengantuk giler ni”. Dengan mata yang berselaput taik mata aku gagahkan jugak la cari henpon 3310 kesayangan aku tu. “Masak.. dah pukul 8.50 pagi. Paper calculus start pukul 9.00 pagi”. Calit mata ngan air liur la jawabnye. Capai apa yang patut, menggelabah turun tangga apartment yang 5 tingkat ni nasib baik tak tersungkur. Kalo ikut jiwa kental aku mau je aku lompat dari tingkat 5 ni sambil buat gaya Captain America.

Sampai je dekat motor kapchai champion aku tu, masuk kunci, start motor terus pulas minyak habis. Dah lambat la katakan. Tapi satu benda aku terlupa. Ye.. mangga brand Solid yang baeknye tergantung dekat disk brake depan. “Mampus aku.. “ Ketakk!!! Aikk.. elok je dia tercabut sendiri. Memang patut la pun dah brand Solid. Kah..Kah... Elok je lalu depan stesen bas sempat  pulak aku terpandang sorang awek ayu je muka ala-ala Japanese look berbaju kurung tengah tunggu bas dekat situ.

“Perghh.. Cun siak awek ni”.

Tapi dalam masa yang sama aku nampak 3 biji motor kapchai berenti  kat situ dan dengan selambanya ragut hand bag awek tu. Siap terjatuh awek tu.  Punye ramai orang kat situ tapi takde sorang pun yang nak tolong. “Siyut betul la. Sume takde k#*o ke?”. Tak sampai beberapa saat elok je bebudak kapchai tu lalu depan aku sambil buat aksi superman. Jauh dari sudut pandangan mata aku, jelas kelihatan awek tadi tu menahan kesakitan akibat terjatuh tadi. Atas dasar perikemanusiaan aku terus tukar gear 2 pulas habis minyak terus pergi kejar bebudak kapchai tu. Sampai dekat bulatan masjid bebudak tu dah perasan aku kejar dorang. Memasing terus tunjuk lagak amek corner style Rossi siap berapi lagi stand cecah kat jalan.

"Dorang ni tak tau ke aku champion kat sini? Sambil baca New Strait Times je aku ble cecah lutut la."

Terus aku pangkah dorang lepas tu langgar tayar belakang salah sorang dari mangkuk hayun tu. Ambik ko, dengan aku-aku sekali tergolek kat situ. Nasib time tu jalan tengah clear. Lepas 5 saat bergolek aku terus bangun. Mata aku liar carik mana hand bag awek tadi tu. Lepas dah nampak apa lagi aku terus capai hand bag tu dari mamat yang tengah menggelupur kesakitan tu. Walaupun dalam kegelupuran mamat tu still pegang erat hand bag tu tak nak kasi lepas. Aku sentap sekuat hati finally terlepas jugak dari genggaman dia. Nasib tak putus tali hand bag brand Louis Vuitton tu. “Perghh.. anak Dato’ ke awek tu”.

Tapi tiba-tiba aku rasa macam ada bende panas mengalir dari belakang  kepala aku. Terus pandangan aku jadi kabur tapi pasal nak nampak macho punye pasal aku buat-buat cool. Cantek punye lepas aku pusing belakang sorang lagi plak bagi penumbuk tepat kena dekat batang hidung aku. Dah hidung plak berdarah. Darah aku dah mula mendidih. Sorang-sorang aku pandang carik ketua dorang. Aku kalo pasal gaduh ni memang aku carik ketua dia dulu.

Terus aku cekak leher mamat yang pegang kayu yang masih kelihatan lelehan darah aku tu. Aku tak ingat berapa das tumbukan aku bagi kat muka mamat tu sampai lembik aku kerjakan. Aku ingatkan yang lain nak tolong member die tu, tapi rupenye sume takde t#*o jugak. Semua pakat-pakat start enjin motor lepas tu blah dari situ tinggalkan mamat sorang ni yang dah nyawa-nyawa ikan. Aku cakap kat mamat tu “Lu kalo takde duit pergi carik keje la bro. Jangan menyusahkan orang lain”. Mamat tu angguk-anguk kepala je tanda paham la tu.

Lepas dari tu aku pun angkat motor, start enjin lepas tu terus pergi dekat stesen bas tempat awek tadi tu. Sampai je kat situ aku pergi dekat dia sambil hulurkan hand bag dia tu. Bila dah berdepan macam ni baru aku nampak betapa ayunya dia walaupun tanpa secalit makeup di wajahnya.

“Saya rasa ni awak punya. Awak takde apa-apa ke?”.

Walau dalam kesakitan terpancar jugak senyuman manis dia. Pergh.. terus aku terlupa pasal kepala ngan hidung aku yang berdarah tu.

“Terima kasih ye sebab tolong dapatkan balik hand bag saya tu. Terima kasih sangat. Tapi awak tak kenal saya, kenapa awak sanggup susahkan diri kejar bebudak tadi tu. Saya mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan awak. Saya mintak maaf awak”.

Nada sedih awek tu buat aku sebak. Siyut la tetibe jadi jiwang plak. Ni kalo Mie nampak , sampai sudah dia bahan aku. Dengan coolnye aku jawab, “Dah jadi kewajipan saya untuk tolong orang yang dalam kesusahan. Mungkin hari ni hari awak, hari saya tak tau bila pulak kan? Ok jom pergi tengok wayang awak belanja. He..he”.

“Eeh.. sempat plak nak menggatal ye”. Kata awek tu sambil tangan dia laju je cubit pinggang aku. Terus muka die berubah. “Sorry.. sorry awak, saya tak sengaja tercubit awak. Sorry eek”. “He..he takde hal la bukannya kuat pon rase macam kene gigit lebah je”. Dengan tak semena-menanya kitorang boleh berborak panjang pulak dekat stesen bas tu walaupun masing-masing belum perkenalkan diri lagi. Rasa macam dah kenal lama la pulak. Tetiba dia cakap “By the way nama saya…”.

Belum sempat dia habiskan ayat dia tu tiba-tiba pandangan aku jadi kabur dan lepas tu semuanya  jadi gelap umpama malam tenang tanpa bintang.

* * * * * * * * * * 

Bukak-bukak je mata terus aku pegang kepala aku. “Hadoyai sakit gile la kepala aku”. Tapi aku pelik bila masa pulak aku pakai kopiah ni. Rupanya kepala aku dah berbalut. Bila aku pandang sekeliling baru aku perasan yang aku dekat dalam wad dan awek yang aku belum sempat nak berkenalan tu ada dekat situ tengah tunggu aku.

“Awak.. awak dah sedar. Awak ok tak? Kenapa kepala awak boleh berdarah? Tadi awak pengsan, awak tau tak? Nasib baik kawan awak yang nama Mie tu lalu dekat situ. Dia yang call ambulance tapi saya cakap dekat dia biar saya je yang ikut. Saya suruh dia bawak balik motor awak tu.  Doktor cakap awak pengsan sebab kepala awak kena hentakan objek keras. Tapi takde apa-apa yang serious”. Banyak pulak soalan awek ni dah macam keretapi express dah dia cakap. Terus aku letak jari aku kat mulut mungil dia tu. “I’m fine. Don’t worry about me. I’m Iron Man”.

Dengan pipi kemerah-merahan dia cakap, “Tak padan dengan sakit sempat lagi nak bergurau ye. Saya risau ni tengok keadaan awak. Saya carik nombor telefon emak awak dekat henpon awak tu tapi saya tak sure yang mana satu yang betul pasal banyak sangat nama emak kat dalam contact list awak tu”. Perghh.. Nasib baik dia tak call mak aku kalau tak mesti mak aku risau. Nak-nak kalo pompuan pulak yang call.  Mak aku  memang dah banyak kali tukar nombor telefon. Yang aku ni pulak tak tau nak delete nombor lama mak aku tu sampai kekadang aku pun konpius yang mana satu nombor dia.

“Alamak.. paper calculus!!”. Tetiba aku teringat. Bersusah-payah aku study subject tu last2 time exam aku  tak datang pulak. “Awak on the way nak pergi exam ke tadi?”. “Aah.. paper calculus. Tapi takpe la nanti saya pergi jumpa En. Zul untuk bincang balik macam mana nak buat samada boleh amek balik paper tu atau tak. Oh ye..  Sambung balik perbualan kita pagi tadi tu, saya Azrai dan awak boleh panggil saya Ray pasal memember sume panggil saya macam tu”.

“Saya pulak Nur Qistina dan awak boleh panggil saya Qis. Bukan kiss tau. He..he”.

Pandai pulak awek ni bergurau manja dengan aku. Oh indahnya dunia. “Tak sangka pulak kita boleh berkenalan dengan cara macam ni. By the way, awak tunggu saya ni balak awak tak marah ke”.

“Urmm.. Tadi doktor cakap awak dah boleh discharge hari ni. Saya pun dah call kawan saya serumah saya Nina mintak tolong dia jemput saya dekat sini. Awak nak ikut sekali ke?”. Eeh.. Dia boleh tukar topik lain la pulak. Soalan aku dia tak jawab lagi. Lantak la bukannya ada kena mengena dengan aku pun.

“Takpe la, Qis balik la dulu dengan kawan Qis tu. Kejap lagi saya mintak Mie jemput saya”. Tetiba handphone dia berbunyi. “Kawan saya dah sampai la. Saya pergi dulu ye. Nanti kita jumpa lagi eek. Take care”. Lepas bagi salam dia pun balik. Aku pun pergi  jumpa doktor bertugas untuk settlekan apa-apa yang patut sambil mintak MC sekali. Bayaran dia pun Qis dah tolong settlekan. RM1 je dah namanya hospital kerajaan. ”Terima kasih kerajaan Malaysia, jasamu dikenang!”.

Ingat nak cakap dalam hati tak sangka pulak aku tercakap kuat sampai semua orang dalam hospital pandang aku sambil buat muka pelik. Siap ada yang tabik spring. Hu..Hu.. Doktor cakap kalau kepala sakit lagi tolong datang hospital balik. Tak lama lepas tu Mie pun sampai. Sampai-sampai je terus Mie tanya aku mana awek tadi tu. Baru aku teringat yang aku belum amek nombor henpon dia. Dia duduk mana pun aku tak tanya.

“Argggghhhh…”.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:



9 ulasan:

  1. Sedang anda berjalan2, tibe2 anda terserempak ngan sekor ular, sorang keling, dan Najib Nazak (bukan name sbenar). Siape yg patut anda bunoh dlu?

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Hahaha, apa jadi kat ular ngn keling bila ko bunuh dia?

      Padam
  3. Entahla kenapa, tapi aq imagine HERO dlm citer ni ialah Prince of Noob. Haha

    Menarik2,masing2 mesti berkhayal awek itu ikot pengalaman masing2. sila bg sambungan Kotak Hitam utk bahan bacaan sewaktu melabur

    BalasPadam
  4. aku pun bayangkan hero dia Noob :))

    BalasPadam
  5. なぜあなたが病気と彼の脳に...

    BalasPadam
    Balasan
    1. watashi...daihatsu mitsubishi, arigato kulemas

      Padam
  6. boring sial novel. xda keja aku nak baca pjg2 ..komik2 xder kerr?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.