Khamis, 10 September 2015

17 Apa lagi yang diharapkan dengan sukan bola sepak?

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa baru2 ini terpaksa dihentikan pada minit ke-88 ketika pasukan Malaysia sedang ketinggalan 1-2 berikutan insiden membaling suar oleh penyokong ultras Malaya. Kejadian mendapat perhatian dunia sehingga satu akaun pengulas bola sepak, Football 24/7, memanggil memuat naik gambar kejadian dengan kapsyen "Malaysia Truly Asia".



Untuk lagi gambar dan video boleh layari portal Siakap Keli.

Sebenarnya ini bukan insiden pertama baling2 suar dan bom asap ni. Tahun lepas masa lawan Filipina pun baling suar ke dalam padang juga malah lebih teruk dari yang ini. Masa lawan Vietnam pula penyokong Malaysia pukul penyokong Vietnam.

So sebenarnya bukan hanya FAM yang gagal segagal2nya, malah penyokong fanatik bola sepak ini juga gagal segagalnya dalam menjaga nama baik dan adab sebagai orang Malaysia. Aku malas nak tulis benda yang sama berulang kali.

Malah masa aku lihat pasukan Malaysia kena belasah 10-0 masa lawan UAE tempoh hari memang rasa pedih, tapi melihat penyokong Malaysia mengubah nama Malaysia menjadi Ayam lebih pedih. Aku kira, mereka yang bermain itu dah cukup menderita, tidak perlu kita tambah derita lagi. Kita sendiri tahu, memang setakat itu je pun kemampuan kita.


Berhentilah berharap.

Seperti mana kita sudah berhenti berharap kepada pemimpin dan ahli2 politik di Malaysia, macam tu jugalah kita perlu berhenti berharap pada sukan bola sepak terutama di peringkat antarabangsa. Buatlah macam mana pun, anggap je lah kita memang tak mampu nak pergi jauh dalam sukan bola sepak peringkat antarabangsa.

Jangan kata bola sepak, sukan2 lain juga, terutama sukan utama seperti sepak takraw dan badminton, lebih2 lagi sukan berpasukan.

Bukan kita ini tak hebat, tapi orang lain lebih hebat dari kita.
Bukan kita ini tak berlatih, tapi orang lain berlatih lebih rajin dari kita.
Bukan kita ini tak ada strategi, tapi strategi orang lain lebih bagus dari kita.
Bukan kita ini tak ada kekuatan, tapi kekuatan fizikal dan mental orang lain lebih tinggi dari kita.


Lagipun orang negara kita memang sangat lemah dan bermasalah dalam berkerjasama dan bekerja dalam satu pasukan. Jangan kata sukan, dalam apa2 sekalipun, politik ke, pemerintahan ke, pengurusan ke, syarikat ke, kerja ke, group assignment ke, apa ke mesti ada je masalah. Ada orang malas dalam kumpulan la, tak ikut arahan la, nak tumpang nama je la, ambil kredit atas usaha orang lain la, meniru kerja orang lain la, macam2. Aku bukan nak memandang rendah tapi itulah realitinya.

So nak expect kita boleh pergi jauh dalam sukan berpasukan? Kita dan pemain2 tu pun lebih kurang sahaja.

Melainkan sukan individu yang mungkin akan muncul beberapa2 individu yang benar2 hebat dan luar biasa seperti Nicol David dan Lee Chong Wei, itu pun yang hebat adalah pemain itu sendiri bukan sekumpulan pemain.

Sama je lah pun dalam apa jua bidang pun kat Malaysia ni, biasanya akan muncul seorang dua individu yang benar2 hebat yang pencapaiannya memang luar biasa sehingga ke peringkat antarabangsa, tapi nak harap muncul pasukan atau ramai orang yang hebat tu memang tak lah.

Dan Malaysia mampu julang Piala Dunia? Masuk World Cup pun tak layak dah berangan nak julang Piala Dunia?


Serius, berhenti berharap.



tags: bola sepak pertandingan perlawanan malaysia harimau malaya menentang arab saudi uae 10-1 penyokong ultras baling bom asap suar gaduh fam denda hukuman berharap mampu julang piala dunia

17 ulasan:

  1. Firsttt..menyedihkan apabila sukan no 1 malaysia terbenam sebegitu dalam..lebih dalam dari timor leste yg baru jadi sebuah negara..memalukan..masih berharap kita mampu bangkit..

    Noob..first time komen kat blog ni..majulah buasirotak untuk negara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..tipu la..ini rosli mana pulak ni..

      Padam
  2. Melayu ni sebenarnya boleh pergi jauh tapi disebabkan kita xde seorg IKON dan IDOL MELAYU-MALAYSIA, Ikon dan idol yg ada pon ARTIS! kerajaan main peranan besar dlm nk melahirkan IDOL and IKON berbangsa MELAYU-MALAYSIA sebab Media diorg pegang!. Bila pertandingan mereka cipta...alahai,msuk surat khabo pon m/s tengah pstu gambar kcik...Hadiah...alahai...sekadar nk cukup syarat je,.. patut hasil ciptaan no.1 di komersialkan dihebohkan diberi dana utk improve, pencipta di naikkan nama tapi apa yg jadi kat mereka? dilupakan~~Tapi BAB HIBURAN, Bingtang sana-sini,Anugerah tahunan, Menang rumah,kereta,duit 100K, perbesarkan lagi industri hiburan........jadinya, ke arah mana manusia melayu menuju?Cuba tengok Western, Nama pencipta2 masyor grahem bell la, einstein, ford henry....secara tak lansung ade kelompok kecil yg jadikan diorg IKON IDOL.begitulah juga dgn sukan, belajar, v.game. Melayu takde IKON/IDOL melayu yg satu Dunia kagum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm...aq rasa mcm lari topik skit :P lantakla

      Padam
    2. Ala banyak sukan lain yg kite ble majukan, tak semestinye bola. Contoh sukan lain yg kite ble majukan ialah lari bawak telur dalam sudu. Kalau telur tu telur Najib Nazak lg bagus.

      Padam
    3. Ko dah makan ubat ka Red? Kalo lepas makan ubat, ko ingat pesan Noob: BERHENTI MENGHARAP.

      Padam
  3. noob, sila selitkan lagu berhenti berharap nyayian shilaON7..

    BalasPadam
  4. semua sukan yg gagal jadi juara dunia kita hentam... tak payah jadi ahli sukan kalau tak boleh jadi juara dunia, stadium kita tukar jadi kondo mampu milik!!!

    BalasPadam
  5. serious ini datang dari blog ni? Serious kecewa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aq pun x sure, tapi aq rasa dia kecewa dgn artikel ko(P.O.N) sbb seolah2 ko mengaku malaysia ni x boleh nak lawan sapa2 pon dlm ape2 pun.Blog ni kan banyak menasihat utk kemajuan bangsa malaysia tapi artikel kali ni mcm noktah yg kita memang tak mampu lawan bangsa lain

      Padam
    2. err... memang Malaysia tak boleh lawan sapa2 pun. ini realiti. cuba bagitau apa pencapaian orang kita yang boleh dibanggakan sangat?

      btw blog ni mana ada nasihat untuk kemajuan bangsa Malaysia pun, tapi nasihat jangan jadi insan bodoh yang menyusahkan orang lain dan masyarakat, itu sahaja.

      serius, aku tak pernah menaruh harapan tinggi pun untuk bangsa Malaysia kita jadi hebat, asal tak jadi bodoh sudah. cuba baca balik artikel ni - http://buasirotak.blogspot.com/2015/06/tonjol-sisi-hitam-masyarakat-lebih-beri.html dan juga artikel2 lain yang berkaitan.

      Padam
    3. kalo masuk pertandingan melancap sekalipun..malaysia akan kalah.. percayalah..

      Padam
  6. Sy personallt harap fam berubah pentakbiran...maybe biar tmj ambil alih n tgk mcmana progress. Bukan bersikap kenegerian tp mcmana jdt dr kelab biasa dah boleh bersaing dlm perlawanan dlm asia...perubahan perlu dilakukan, dr x wat pape n tahap bola sepak lebih kurg sama je.

    Cuba tgk iceland leh qualify final euro 2016, kalahkn turki n holland. Byk yg ckp sbb pengurusan bola sepak yg buat mereka.berjaya. negara yg x byk fasility mcm palestin pun leh kena titik..so sure something wrong dlm fam sblum ni..dgr cite just lubuk duit utk pegawai2 fam lepas dpt byk sponser...

    BalasPadam
  7. Orang Malaysia (Melayu+Cina+India) takde budaya kualiti. Tgk jer pekerja2 dalam sektor swasta dan kerajaan. Semua asal siap. Asal boleh. Takde punya nak buat keje sehabis baik.

    Bola pun camtu la. Ia refleksi tahap masyarakat kite.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.