Seperti contoh merokok atau vape di khalayak dan tempat awam;
Menghisap vapor atau rokok elektronik di tempat awam bukanlah sesuatu yang ‘pelik’ dalam kalangan orang ramai termasuk lelaki mahupun perempuan, bahkan ia kini menjadi 'trend'.
Bagaimanapun, perbuatan menghembus asap vapor ‘sesuka hati’ di tempat terbuka boleh mendatangkan rasa kurang senang orang lain kerana ia dianggap sebagai kurang sensitif.
Situasi itu turut dialami seorang pengguna media sosial menggunakan nama Keith Looi apabila dia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki yang menghembuskan asap vapor di tempat awam tanpa mengendahkan orang ramai yang berada berhampirannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya 9 jam lalu, kejadian dikatakan berlaku semalam di sebuah kedai serbaneka Daiso di Sunway Pyramid.
Menerusi video tersebut, lelaki terbabit yang dikatakan bersama isteri dan dua anaknya kelihatan tidak berpuas hati apabila Keith menegurnya.
“Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam shopping mall dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ.
“Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah. Kami sebagai vaper tengah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan vaping scene kami tetapi ada vaper yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan usaha kami semua.
“Dengan mengatakan bahawa mereka berbelanja dengan duit sendiri dan ia adalah hak mereka untuk vape dimana saja yang mereka mahu. Mereka juga tidak berminat sama ada kerajaan kami akan mengharamkan vaping atau tidak,” tulisnya sebagai kapysen kepada video tersebut yang kini ditonton lebih 97,000 kali.
Menurut Keith, dia terkilan dengan sikap lelaki terbabit dan berharap supaya pengguna vape lain lebih peka kepada orang sekeliling.
“Saya berharap kita semua dapat bekerjasama untuk menyelamatkan vape scene kita. Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan vaping etiquette yang betul,” katanya.
Sumber Malaysian Digest.
Atau menghina orang lain hanya kerana mahu hisap vape di khalayak ramai;
Sumber FB Sukan Star TV. |
Ataupun membawa anjing masuk ke dalam tempat yang tidak sesuai seperti pasaraya dan pusat membeli belah;
Seorang pengguna media sosial, Sharafazleen telah memuat naik satu gambar yang memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya menggunakan troli pada hari ini.
Melalui apa yang ditulis oleh Sharafazleen, kejadian mengambil tempat di Tesco Plentong, Johor Bharu dan gambar terbabit dirakam sendiri olehnya.
Tindakan wanita terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang lain yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif.
Lebih teruk, Sharafazleen juga turut berkata anjing tersebut siap terkencing lagi.
"Bawak anjing jalan2 ke ape??? Ltk dlm troli!!!! Siap terkencingg lagiii @ Tesco plentong....", tulis beliau.
Menurut Sharafazleen lagi, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu kepada pengawal keselamatan.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.
Gambar terbabit telah mendapat lebih dari 2,000 perkongsian dalam masa lebih kurang lima jam.
Sumber Siakap Keli.
Dan lagi pelanggan membawa anjing ke dalam pasaraya;
Susulan kes dua wanita bawa anjing dalam troli pasar raya Tesco Plentong Johor Bahru, kini tersebar pula gambar seorang lelaki melakukan perkara yang sama.
Gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Senyum pada 6 September lalu menunjukkan seorang lelaki berpakaian pejabat membawa anjingnya di dalam troli pasar raya Tesco Ampang.
Rakaman gambar itu didakwa berlaku pada 25 Ogos yang lalu.
Ekoran itu, netizen menggesa pihak Tesco Ampang mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Tesco Plentong, menyertu kesemua troli milik mereka.
Gesaan itu dibuat berikutan ia membabitkan sensitiviti pengguna beragama Islam di negara ini yang mana Tesco juga merupakan pasar raya pilihan orang ramai.
Dalam kenyataan terbaru pihak Tesco hari ini, mereka bercadang mahu meletakkan papan tanda saiz yang besar mengenai larangan membawa haiwan ke pasar raya berkenaan.
Respon netizen pula meminta pihak Tesco turut menggunakan tulisan bahasa Cina dengan saiz font yang besar agar difahami oleh pengguna berbangsa Cina kerana rata-rata mereka tidak memahami arahan atau larangan dalam bahasa Malaysia.
Sumber The Hype Media.
Itu antara contoh yang berlaku baru2 ini, malah peristiwa dan kes sedemikian rupa sudah banyak kali berlaku pun sebelum2 ini malah sudah tidak asing lagi dalam dalam masyarakat kita.
Kenapa perkara sebegini boleh terjadi?
Kita hidup ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga untuk masyarakat. Kalau dah tahu perbuatan kita itu akan membawa kesusahan dan menyebabkan masyarakat kurang selesa, kenapa ktia buat?
Takkan kita yang sudah dewasa ini tidak tahu erti adab?
Takkan kita yang sudah dewasa ini tidak tahu erti empati?
Takkan kita yang sudah dewasa ini tidak tahu erti sensitiviti?
Kita ini masih budak2 kecil yang tidak boleh buat keputusan dan mempertimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk kah?
Tak kira kau itu Melayu, atau Cina, atau India, atau apa jua bangsa, tolonglah... tolonglah jadikan Malaysia ini sebuah tempat yang selesa untuk didiami bersama.
tags: pengguna vape vaping vapeon melayu hisap hembus dalam pasaraya pusat membeli belah daiso kena sound video cina bawa anjing dalam troli tesco
Cina adalah pendatang
BalasPadamMelayu pun pendatang jugak. Ahmad Maslan tu Jawa. Jawa ni subspesis Indon. Najib Razak pulak Bugis, subspesis Indon jugak. Orang asal sini ialah orang asli, period.
Padammelayu pendatang di gugusan kepulauan melayu? kalau melayu di tanah besar cina ke, benua afrika ke, ye la pendatang.. lol.
Padam( ´(00)`)
PadamOrg Melayu berasal dari Kerajaan Malayu berhampiran Sungai Batang Hari, Sumatera Indonesia. Tuan Malaysia ni orang asli tu hah.. Bodoh 2 tolong lah simpan skit ..... Racist x sedar ke diri... Xde kaitan ngan konteks tajuk....
PadamKah kah kah...! Sg Batang mane pulak ni wei Anon 12.55 oi? Aku rase bodoh kau tu yg kau kne sorok wei... Mak kau ijau...!
Padammelayu proto, melayu deutro, rumpun melayu. faktanya bukan cina, india, portugis dll
PadamNajib Nazak, seorang Melayu, seorang Cina dan seorang India sedang duduk bersemuka di sebuah meja. Di atas meja tersebut ada duit sebanyak RM261.
BalasPadamNajib mengambil RM260, dan kemudian beliau berbisik kepada si Melayu di sebelahnya itu "Jaga2, si Cina dan si India tu nak ambik duit seringgit kau!"
Sumber plagiat FB
Maka Melayu ngok pun ambik duit RM261 tu bagi kat Cina dan India..kemudian Cina dan India tu ketuk kepala Melayu bodo tu sambil ketawa dan bertanya..pasal apa ko bagi kat kami? hahaha
PadamApa punya komen la kat atas...tak reflex lansung pasal artikel. Masyarakat sekarang dh kurang rasa keprihatinan...sewaktu membesar kita dididik "jgn hirau pasal pandangan org lain selagi ko tak melanggar undang2, klw ko asyik dok kisah apa org nak kata sampai bila pon ko tak maju"...ungkapan ni klw dpt dipahami olh orang bijak maka baiklah jadinya...tapi dapat dekat org2 yg bengap semulajadi inilah hasilnya
BalasPadamYou Win!!
PadamBila keluar makan di restoran atau bersiar-siar.. orang yang tidak vape atau merokok pulak yg kena mengalah dgn golongan ini... sungguh @#$%^&!!!
BalasPadamSabar siti, sabar xD... tengokla nanti dlm tempoh terdekat mesti vape ni di mark merbahaya and banyak tempat letak sign non-smoking+vape :^)
Padamitulah aku cakap, manusia makin hilang common sense. kalau yg ada common sense tu sgt rare and collectibles.
BalasPadambab bawak anjing tu memang haram jadu punya cina.
BalasPadamLol..bawa anjing ngan vape pun nak bising.. bukannya dosa besar pun..lagi baik curi duit RM2600 juta, semua menteri masih memuliakan si pencuri.
BalasPadamRm2600juta, bagi la sorg sejutakan?takdela kita nak meroyankan?kan?ha..kan?kan?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadambodo betul. masuk supermarket mana boleh bwk masuk pets, even ko dkt negara kafir pun. guard pun bodo gak. undang2 simple pun taktau SOP
BalasPadamBila sikap penting diri sendiri berlaku, xde toleransi mcmana nak wujud perpaduan dlm kaum berbilang bangsa....jgn ckp pemimpin, even ada antara rakyat biasa pun x betul dr segi common sense.
BalasPadamBila agama x dititik beratkan..jd la mcm ni. Pasal cina plak susah nak ckp, troli satu hal, nanti mcm2 mereka langgar mcm undi mereka sgt bernilai. Just berhati2 dgn mereka..itu nasihat sy. Semua org ada agenda masing2