Isnin, 14 September 2015

19 Isteri meminang sendiri wanita lain buat suaminya

Jika ada seorang wanita didatangi dan dipinang oleh seorang isteri orang untuk dijadikan isteri yang kedua buat suaminya, atau mungkin dipinang oleh seorang suami orang yang ditemani sekali bersama isterinya, apakah tindakan yang relevan yang harus dilakukan oleh wanita tersebut? Adakah wajar wanita tersebut menerima atau menolak pinangan berpoligami lelaki tersebut?

Itu adalah persoalan yang ditanyakan oleh seseorang pembaca blog ini yang aku sendiri agak terkejut dengan persoalan yang ditimbulkan. Walapun aku ini bukanlah seorang pakar kaunselor mahupun pakar percintaan, namun aku bolehlah kongsikan sedikit pandangan aku terhadap persoalan tersebut.

Gambar hiasan

Pertama sekali, walaupun kita rasa kaum wanita lebih ramai daripada lelaki, namun mengikut laporan statistik paling terkini dikeluarkan pada tahun 2011, di Malaysia sahaja bilangan lelaki sebenarnya lebih ramai berbanding wanita dengan ratio 106:100, iaitu terdapat 106 lelaki bagi setiap 100 wanita. Malah pada tahun tersebut, bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Dan poligami...

Ya, poligami itu sunnah, namun monogami itu juga sunnah. Hukum bagi perkahwinan monogomi tetap terpakai dalam poligami. Tujuan perkahwinan itu seharusnya membahagiakan, namun jika seorang lelaki berpoligami sehingga menyebabkan ada isterinya yang rasa tidak bahagia dan menderita, ia sudah lari dari tujuan asal perkahwinan itu sendiri. Dan jika isteri2 yang bermadu ini bahagia dengan perkahwinan mereka, maka tujuan perkahwinan dan poligami itu tercapai.

Berbalik kepada persoalan di atas itu tadi, haruskan wanita tersebut menerima atau menolak pinangan suami orang yang dia sendiri tidak kenal?


Jawapan aku, ia berbalik kepada keputusan wanita itu sendiri juga.

Kalau wanita yang dipinang itu memang suka pada lelaki itu dan sanggup jadi isteri ke-2 malah isteri pertama lelaki tersebut juga turut merestuinya, maka terima sajalah.

Namun kalau wanita tersebut tak suka kerana mungkin dah ada orang lain, maka tak payah lah terima kerana perkahwinan ini bukan benda main2, ia sangat berkait dengan hati dan perasaan. Lagipun kita nak jadikan seseorang itu sebagai pasangan yang akan menemani dan tinggal sebumbung sekatil dengan kita sampai kita tua, kalau salah pilih mungkin rumahtangga yang dibina akan berakhir sekerat jalan.

Akan tetapi jika wanita tersebut masih belum ada siapa2 dalam hidup, terpulanglah nak terima pinangan lelaki tersebut atau tidak. Tapi benda yang paling penting adalah kena kenal dulu siapa lelaki itu. Kalau lelaki tersebut memang seorang yang baik dan bertanggungjawab, boleh dipertimbangkan untuk terima, namun kalau lelaki tersebut nak urus diri dan keluarga sendiri pun bermasalah, maka sebaiknya tak payah terima langsung.

Lagipun orang zaman sekarang susah nak percaya. Jangan menilai seseorang itu hanya dari rupa luaran sahaja. Walaupun orang tersebut nampak baik, berkopiah putih, berserban, berjanggut tebal, dahi hitam, namun belum tentu dia itu boleh menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Baca kisah penderitaan seorang isteri yang pernah bersuamikan "Ustaz Kasanova" yang pernah berkahwin dengan 13 perempuan serta video temuramah ustaz kasanova tersebut di portal Oh Bulan.


So macam mana nak tahu seseorang lelaki yang juga merupakan suami orang itu baik dan bertanggungjawab?

Kenal isteri dia.
Kenal keluarga dia.
Kenal kawan2 dia.
Kenal rakan sepejabat dia.
Tahu pekerjaan dia.

Dan dalam zaman Internet ini lebih mudah.
Cari nama dia kat Google.
Selidik maklumat dia dari Internet dan media sosial.
Stalk Facebook dia kalau ada.

Dari situ sedikit sebanyak kita dah boleh menilai perwatakan dia. Dan orang yang baik dan bertanggungjawab ini biasanya kita boleh lihat dari perwatakan dia, dari gaya tutur kata dan bahasanya, dari cara dia melayan keluarganya, adakah beliau disenangi oleh rakan2 yang lain dan sebagainya.

Apa2 pun semuanya terserah pada keputusan wanita tersebut juga kerana dia yang nak kahwin, tapi jangan kerana orang lain, kerana keluarga paksa terima, kerana kawan2 suruh terima, akhirnya dia sendiri yang merana, menderita dan teraniaya. Kalau dia nak menderita sekalipun, biar itu kerana keputusan dia sendiri, bukan kerana orang lain. 

Harap pandangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 di luar sana yang sedang menghadapi dilema yang sama.

Sekian dari saya doktor Luv Noob pakar cinta.



tags: persoalan soalan keliru masalah wanita perempuan dipinang suami orang yang ditemani beserta isteri pertama tua muda hati jiwa cinta

19 ulasan:

  1. Nasihat yg bernas Dr.Noob. nak google hati jugak2 semua boleh buat sendiri~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. ok luv nub, ngko yg bangkitkan persoalan dan ngko jgk lah yg telah menjawab nya.. so aku hanya mampu baca.. tp artikel ni mmg best.

    BalasPadam
  3. harap artikel bagus nukilan doktor Luv Noob pakar cinta ni tak dikopipes dalam fb, blog lain, sekabor dan sebagainya tanpa bagi kredit atau gunakan agama untuk halalkan pengkopipesan ini..

    BalasPadam
  4. "Pertama kali dikhabarkan oleh kakak isteri pertama, bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri kedua, saya terasa amat berat mencucuk fikiran. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi. Namun, terjaga dari tidur, saya ‘terpaksa’ memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup yang sementara."
    sumber: http://sisi-kehidupan.blogspot.my/2011/07/menjadi-isteri-kedua.html

    Isteri kedua dari tiga Hafiz Firdaus (http://hafizfirdaus.com/)

    BalasPadam
  5. Dr. Love konon, sendiri teruna tua awek pun takde nak nasihat org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abisla ko...bersediala dengar ceramah noob

      Padam
    2. Pemburu p**i ni kenal noob kat luar ke? Citer skit bai cmne ko kenal noob? Yakin giler die noob xde bini/awek/anak....

      Padam
  6. apesal eh, lelaki yg 'alim' ni suka sgt pasang bini byk-byk berbanding lelaki yang kurang 'alim' =.=

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab alim tu maksudnya ilmu.
      Orang yang berilmu je ada skill nak manage wife lebih daripada 1 :)

      Padam
    2. alim dan juga mampu dr semua sudut.. maybe sebab mmg niat dia dan isteri pertama nak tolong perempuan yg belum berkahwin utk berumah tangga...

      Padam
    3. Tolong? Kalau bebetul nak tolong pempuan bujang tu utk berumah tgge, nape x kenenkan je dgn mane2 rakan semasjid atau sesurau die yg masih bujang juga? Nape msti nak rembat jd die punye jugak sedangkn ramai lg kwn2 masjid atau surau die yg bujang? Tu ha statistik kan lelaki lbih ramai dr pmpuan di msia nie.....

      Padam
    4. biasa la
      yang cantik molek rupawan,pak ustat atau pak imam pun nak sebat gak dulu.
      mana boleh bagi kat yang memuda lagi bujang ni
      lagipun "ISLAM" kata bole kawin sampai empat.jadi baik dia sebat dulu....

      Padam
  7. Nafsu perlu diurus, bukan dihapus.

    Tidak salah dan adalah fitrah manusia itu mempunyai nafsu, cuma ia perlu diuruskan dengan cara yang betul dan halal.
    Betul dan halal = pernikahan
    Haram = penzinaan

    Kalau yang takda nafsu, haram bernikah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg xde nafsu haram bernikah tu nabi mengaku umat x? Ya atau tidak?

      Padam
    2. Nabi tak ngaku umat kalau tak menikah - general rules.
      Haram menikah kalau tak de nafsu, kerana ia akan menzalimi pasangan - exception case.

      Babi haram dimakan - general rules.
      Makan babi sebab terlalu lapar dan tiada makanan lain selain babi - harus. (exception case)

      Dalam Islam, ada hukum Fiqh asal, ada hukum Fiqh berubah ikut keadaan. Cabang ilmu ini dipanggil Fiqh Aulawiyat (Keutamaan).

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Pandangan dan pendapat yang awesome...!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.